BeybladeBurst Shop

BeybladeBurst Shop Menjual pelbagai jenis beyblade,beystadium dengan harga yang berpatutan. Korean dan Japanese version

16/10/2024

PMX kata dalam Parlimen tadi bahawa projek yang terkait dengan artikel Bloomberg itu diluluskan semasa zaman PN. Dan beliau kata lagi Farhash adalah bekas pegawai dia bertahun lepas.

Saya hanya ingin ulas fakta-fakta berikut:

15 Mac 2024: Media melaporkan Farhash atau syarikatnya telah beli saham bernilai berpuluh juta sebuah syarikat yang disenarai pendek (Heitech Padu) untuk projek kerajaan bernilai anggaran RM1 billion. Farhash beli saham ini semasa zaman Anwar jadi PM bukan semasa zaman PN. Dan syarikat ini masih termasuk dalam senaraipendek antara tiga syarikat untuk dianugerah kontrak RM1 billion tersebut semasa zaman PMX. Perkara ini telah dilapor secara meluas oleh media tempatan.

21 Mac 2024: Saya telah buat laporan polis, SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti supaya pihak berkuasa menyiasat jika ada perlanggaran isu tatakelola atau insider trading dalam urusniaga tersebut.

27 Mac 2024: PMX merangkap Menteri Kewangan kata dia akan semak dengan Perbendaharaan.

18 April 2024: Akhbar melaporkan Farhash atau syarikatnya telah lepaskan pegangan saham dalam Heitech Padu.

25 September 2024: Bloomberg keluarkan artikel yang mengandungi kenyataan berdasarkan tiga sumber bahawa PMX Anwar telah arah SPRM supaya tidak siasat Farhash. Pada hemat saya kenyataan Bloomberg ini adalah tuduhan yang serius. Jika ia tidak benar ia adalah fitnah yang berat.

26 September 2024: Saya buat saranan supaya PMX saman Bloomberg kerana telah mencemarkan reputasi nya dan reputasi kerusi Perdana Menteri Malaysia.

8 Oktober 2024: Saya dipanggil dan disiasat oleh polis di bawah Akta SKMM dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan berkaitan artikel Bloomberg dan saranan saya supaya PMX saman Bloomberg. Telefon saya dirampas.

9 Oktober 2024: Polis kata mereka akan panggil Bloomberg.

15 Oktober 2024 (Hari ini): PMX kata kerajaan sedang pertimbang untuk saman Bloomberg.

………

Saya ingin tanya tiga soalan tambahan:

1. Adakah apa-apa tindakan diambil ke atas tiga laporan saya kepada pihak berkuasa iaitu PDRM, SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti pada bulan Mac 2024 yang lalu berkaitan kes pembelian saham Heitech Padu oleh syarikat Farhash atau adakah semua laporan-laporan saya tersebut telah diklasifikasi sebagai “No Further Action” (NFA) atau tiada tindakan susulan?

2. Adakah projek RM1 billion itu telah dianugerah kepada syarikat yang terlibat atau akan dianugerah dalam masa terdekat atau surat setuju terima telah dikeluarkan?

3. Adakah pihak polis akan panggil PMX sebagai salah seorang individu terkait dalam siasatan ke atas laporan Bloomberg tersebut? Jika polis tidak boleh siasat PM yang mana PM terkait dengan tuduhan Bloomberg itu, siapa yang sepatutnya siasat? Suruhanjaya Diraja? Parlimen?

……..

p/s: Mengikut undang-undang, jika sesuatu kesalahan contohnya seperti insider trading telah dibuat, tindakan unduran contohnya seperti melepaskan pegangan saham tidak menyucikan kesalahan tersebut. Ia umpama seorang perogol berkahwin dengan orang yang dirogol, ia tidak membersihkannya dari dosa merogol. Dan Perdana Menteri tidak boleh arah SPRM untuk memilih-milih siasat atau tidak siasat sesiapa, ini melanggar undang-undang dan tatakelola. PMX perlu saman Bloomberg jika dakwaan tersebut tidak benar.

25/06/2024

Usul tergempar saya untuk bahas penangguhan atau pembatalan penjualan saham MAHB kepada syarikat pro-Zionis telah ditolak oleh Speaker.

Saya akan terus runding dan desak dalam Parlimen agar hal ini dapat dibahaskan agar semua rakyat tahu apa sebenarnya telah dan akan berlaku ke atas aset strategik negara iaitu 39 buah lapangan terbang kita.

06/11/2023
04/11/2023

Address

Jalan Kasawari
Johor Bahru
80350

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BeybladeBurst Shop posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BeybladeBurst Shop:

Share

Category