04/06/2025
JENIS-JENIS STATUS TANAH HARTANAH DI MALAYSIA 🇲🇾🏡
Ramai orang beli rumah, tanah atau hartanah, tapi tak ramai yang faham tentang status tanah. Penting untuk tahu sebab ia boleh pengaruhi proses pindah milik, pembiayaan & jenis pembangunan. Jom kita kenal pasti jenis-jenis status tanah:
1. Tanah Pegangan Bebas (Freehold)
Pemilik boleh miliki selama-lamanya.
Biasanya lebih bernilai & mudah dijual semula.
Kurang sekatan dari segi pembangunan.
2. Tanah Pajakan (Leasehold)
Milik sementara, biasanya 30, 60 atau 99 tahun.
Perlu mohon lanjutan bila tempoh hampir tamat.
Ada sekatan tertentu, contohnya perlu dapat kelulusan pindah milik.
3. Tanah Rizab Melayu
Hanya boleh dimiliki & dibeli oleh orang Melayu/Bumiputera.
Tidak boleh dijual kepada bukan Melayu.
Harga biasanya lebih rendah berbanding tanah biasa.
4. Tanah Kerajaan (State Land)
Belum diberikan kepada individu/syarikat.
Boleh dipohon untuk kegunaan tertentu melalui permohonan rasmi.
Penting: Sebelum beli hartanah, semak status tanah di geran & dapatkan nasihat dari peguam atau ejen hartanah berdaftar.
Roza Property
Vigor Properties Malay Wing