29/08/2023
Berjalan dan bermusafir sebagai peniaga runcit sambil membuka mata, dapat mengumpul pandangan dan idea daripada cerita-cerita sukses jenama-jenama terkemuka. Inspirasi akan menjadi inovasi untuk membuka jalan kita sendiri ke tahap seterusnya.
Sebagai peniaga runcit atau lebih tepat saya sebagai peniaga pakaian akan sentiasa memastikan tidak ketinggalan dalan mengikuti trend masa kini dengan acuan SENDIRI dan ASLI. Seperkara yang terpaksa dihadapi adalah apabila kita diikuti dan ditiru jejak yang telah kita lakukan dulu oleh mereka yang ada sama dalam gelanggang yang sama. Ini lumrah malah dihadapi juga oleh jenama-jenama ternama.
Dan akhirnya, kita tetap berkeyakinan bahawa usaha kita tidak akan sia-sia walaupun cabaran menerpa kita kerana, rezeki itu amat luas dan terlalu banyak sehinggakan kalaupun rezeki itu tersalah alamat pergi ke tempat lain, kerana keluasan rahmatNya, ia tidak akan mengurangkan apa-apa kerana rezeki lain p**a yang dihantar tepat pada alamat kita p**a.
"Window shopping: where gazing through glass opens up a world of ideas and sparks inspiration"
"