A.Maya Nuris

A.Maya Nuris AGENT SAH : ALAM MAYA NURIS. Menjual Koleksi Tudung Labuh
Masa Kini.Pada Harga Mampu Milik.

13/03/2026
11/08/2025
08/08/2025
02/08/2025

Resepi kek coklat moist

Bahan A (Kisar / Blender):

1 cawan susu cair ATAU air biasa
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan minyak masak / minyak jagung 3 biji telur
Secubit garam

➡️ Cara Kisar:

1. Masukkan semua bahan A ke dalam blender.
2. Kisar selama 1–2 minit sehingga sebati.

Bahan B (Ayak):

1½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil bikarbonat soda
1 sudu kecil baking powder

➡️ Cara Satukan Bahan A & B:

1. Ayak semua bahan B ke dalam mangkuk besar.
2. Tuangkan bahan kisar (A) ke dalam mangkuk berisi bahan ayak tadi. 3. Kacau perlahan-lahan hingga sebati (tak perlu guna mixer).
4. Tapis adunan untuk elakkan ketul-ketul tepung.

Cara Kukus Kek:

1. Masukkan adunan ke dalam bekas 450ml (bekas tahan kukus).
2. Panaskan pengukus. Balut penutup pengukus dengan kain bersih supaya wap air tak jatuh atas kek.
3. Kukus sehingga kek masak (boleh test dengan lidi – keluar bersih).
4. Biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum letak topping.

🍫 Topping Coklat Leleh Simple

Bahan:

1 cawan serbuk koko
1 cawan susu full cream
1 cawan minyak masak
½ cawan susu pekat manis
Secubit garam

➡️ Cara Masak Topping:

1. Satukan semua bahan dalam periuk.
2. Masak atas api kecil sambil kacau tanpa henti.
3. Bila semua larut, topping jadi licin & berkilat, boleh tutup api.
4. Sejukkan sedikit, kemudian tuang atas kek yang telah sejuk.

Boleh tabur coklat rice atau hias ikut kreativiti selepas tuang topping.

Address

Johor Bahru
80000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A.Maya Nuris posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share