E BOOK VIRAL IV

E BOOK VIRAL IV Hai Gais ❤️❤️
Assalamualikum semuanya
Jom terjah wsp kami
www.wasap.my/60187636328/NakOderDariPage

🎀ENCIK DUDA EMIR ZAFRIEL 🎀TEASER 3Air dari paip di singki memercik deras dan terkena sedikit pada baju Emir. Lelaki itu ...
17/02/2026

🎀ENCIK DUDA EMIR ZAFRIEL 🎀

TEASER 3

Air dari paip di singki memercik deras dan terkena sedikit pada baju Emir. Lelaki itu terundur selangkah, terkejut. Tiara terdiam. Emir memandang bajunya, kemudian memandang Tiara dan tersenyum.

Tiara yang sedang membasuh tangan terus mencedok air dengan tapak tangan.

Dan....

SPLASH!

Air melurut dari rambut Emir, turun ke p**i, hingga ke bajunya. Emir terkesima seketika.

“Oh... berani awak basahkan saya dengan air paip ni. Main kasar nampak.”

Tiara berpaling, pura-pura tidak memandang. “Itu balasan sebab awak miang sangat!”

Emir ketawa kecil sambil menyapu air di p**inya. “Saya miang? Bila masa p**a saya kacau awak? Awak yang kacau jiwa saya ni.”

Dia mendekat lagi, senyuman penuh cabaran. “Awak jangan main-main. Jangan sampai jiwa saya meronta. Nanti awak lari tak cukup tanah.”
Emir ketawa besar, sengaja menyakat.

“Saya tak tak*t pun,” jawab Tiara dengan suara berlagak berani.

Emir melangkah dekat. Terlalu dekat. Tiara mula panik.

“Eh... kenapa ni? Jangan mengada sangatlah. Awak nak buat apa ni?”

Emir buat muka polos. “Saya tak buat apa pun.”

Tiba-tiba tangan Emir hendak mencapai paip. Tiara cepat-cepat menghalang.

Dalam perebutan yang langsung tak terancang itu.

KRAK!

Kepala Tiara terhantuk pintu kabinet.

“Arghhh!” Tubuhnya hilang keseimbangan. Tiara telentang di atas lantai. Rambut kembang semangkuk, kain sedikit senget. Emir terus panik.

“Tiara!”

Dia segera mendapatkan Tiara, memegang pinggang gadis itu dan membantu dia bangun perlahan-lahan. Saat pinggang Tiara berada dalam genggaman Emir, kedua-duanya terdiam.

Jarak terlalu dekat. Nafas bertembung. Tiara dapat merasakan dada Emir turun naik. Emir p**a dapat merasakan tubuh genit itu menggigil sedikit.

“Awak tak apa-apa?” tanya Emir perlahan. Suaranya lembut, membuatkan Tiara tak sempat marah.

Tiara tunduk. Mukanya merah menyala. “S... saya okey....”

Emir sengih. “Mungkin dah okey k*t. Sebab saya dah tolong pegangkan pinggang ni?”

“Emir!”

“Hm?”

“Lepas!”

Emir melepaskan pelukan perlahan-lahan. Sengaja dibuat lambat. Tiara cepat-cepat bangun dan terus berlari ke meja makan sambil memegang kepala yang masih sakit.

Emir berdiri, ketawa kecil sambil menggeleng.

“Kalau awak nak peluk saya, cakap aje. Tak perlu sampai jatuh telentang.”

www.wasap.my/60187636328/EncikDudaEmirZafriel

🎀ENCIK DUDA EMIR ZAFRIEL 🎀TEASER 2Tiara duduk di meja makan tanpa memandang Emir. Dia menyendukkan nasi goreng untuk Mak...
17/02/2026

🎀ENCIK DUDA EMIR ZAFRIEL 🎀

TEASER 2

Tiara duduk di meja makan tanpa memandang Emir. Dia menyendukkan nasi goreng untuk Mak Cik Salmah. Pinggan Emir dibiarkan kosong. Nasi itu Mak Cik Salmah goreng awal subuh lagi, malas mahu mengganggu pengantin baru. Semua sudah disediakan sejak pagi.

Emir memandang pinggannya sendiri. “Eh... saya tak wujud dekat sini ke? Saya punya tak ada?”

“Senduk sendiri. Awak bukan budak kecil. Ada tangan, kan? Ambillah sendiri.”

Emir bersandar di kerusi sambil menyilangkan tangan. Senyuman manisnya langsung tak lekang.

“Betul. Saya bukan budak. Tapi saya nak dimanjakan isteri saya yang comel manis leting. Boleh?”

Tiara tercekik air. Dah gila agaknya lelaki ni. Tak kuasa dia nak bermanja-manja dengan Emir. Sayang pun tidak. Ada hati nak dimanja.

Mak Cik Salmah tersenyum lebar, tak mampu menahan gelak dengan perangai anak saudaranya.

“Allah... duda ni memang gatal betul.”

Emir sengih, menayangkan senyuman paling manis yang dia ada.

“Nak perhatian sikit pun tak boleh? Salah ke nak bermanja dengan isteri sendiri?”

Tiara menjeling sambil mengunyah sarapan penuh dendam. Emir mendekat perlahan.

“Saya s**a bila awak marah. Comel aje. Selalu-selalulah marah , ya.”

Tiara menghentak sudu ke meja. “Pak cik tua!!!”

Emir tersenyum makin lebar. Makin Tiara marah, makin galak dia menyakat.

“Ya, isteri saya yang muda comel jelita.”

Tiara bangun terlalu cepat sampai kerusi terjungkit.

“Mak cik!!! Saya nak balik rumah saya! Bencilah dengan dia ni.”

Mak Cik Salmah menggeleng sambil ketawa. “Tiara, sabarlah sikit. Baru sehari kahwin. Emir memang s**a menyakat. Memang macam tu perangai dia. Tapi nampaknya dia dah mula sayang kamu. Mak cik tahu.”

Emir menyandar santai, senyum penuh kemenangan. Tiara sempat menjeling sebelum terus berlari masuk ke bilik. Selera makannya hilang terus pagi itu. Pak cik tua itu memang ada saja cara nak menyakitkan hatinya!

www.wasap.my/60187636328/EncikDudaEmirZafriel

🎀ENCIK DUDA EMIR ZAFRIEL 🎀TEASER 1Emir duduk di hadapan tok kadi dengan tenang. Serba putih, rambut kemas, wajah manis s...
17/02/2026

🎀ENCIK DUDA EMIR ZAFRIEL 🎀

TEASER 1

Emir duduk di hadapan tok kadi dengan tenang. Serba putih, rambut kemas, wajah manis seperti hero drama TV3. Sesiapa yang memandang, memang mudah cair.

Tiara p**a di sisi Mak Cik Salmah, wajah masam mencuka. Hatinya menolak sepenuhnya pernikahan ini. Namun apakan daya, semuanya sudah berlaku. Terpaksalah dia menghadapinya.

“Relaks, Tiara,” bisik Mak Cik Salmah. “Duda yang ni bukan sebarang duda. Orangnya baik, penyayang. Mak cik yakin Tiara akan bahagia dengan Emir.”

Tiara menjeling. “Mak cik bolehlah cakap. Saya yang kena hidup dengan pak cik tua tu.”

Mak Cik Salmah menepuk bahu Tiara, senyum melebar. Lucu melihat perangai keanak-anakan Tiara. Dia memang menyayangi Tiara seperti anak sendiri.

“Eh, mana ada tua. Kamu tak nampak ke handsome-nya anak saudara mak cik tu?Orang lain berebut nak dia.”

“Itu orang lain. Bukan Tiara,” balas Tiara geram.

Emir yang mendengar hanya tersenyum kecil. “Tak apa. Saya tunggu sampai awak nak. Saya boleh sabar.”

Tiara hampir meletup. Emir p**a selamba melangkah dan duduk di hadapan tok kadi.

Majlis dimulakan. Dalam satu nafas, Emir melafazkan akad dengan suara yakin dan tenang.

“Sah.”

Sorakan kecil bergema. Lutut Tiara terasa longlai. Emir memandangnya lalu menguntum senyum paling manis.

“Awak sah jadi isteri saya,” perlahan suara lelaki kacak itu.

Tiara membalas dengan jelingan tajam, cukup tajam untuk menumbangkan pokok kelapa kalau ada di situ. Rumah pusaka Mak Cik Salmah besar dan klasik. Bilik pengantin siap dihias dengan bunga telur, lilin aromaterapi, serta wangi-wangian kampung yang lembut menusuk deria.

Malam itu, selepas selesai majlis, Tiara masuk ke bilik terlebih dahulu. Dia duduk di atas katil sambil memeluk bantal seperti pelampung kapal karam.

“Jangan dekat!” jeritnya apabila terdengar pintu berderit.

Emir muncul dengan tuala di bahu, rambut masih basah. Bau cologne lelaki itu lembut dan manis, cukup berbahaya untuk jantung Tiara.

“Kenapa? Bukannya saya ada nak buat apa-apa pun.” Suara Emir kedengaran tenang tetapi berlapik nakal.

“Saya cuma... berjaga-jaga.”

Emir angkat bahu dan terus duduk di hujung katil. “Saya bukan harimau, Tiara. Sampai awak nak berjaga-jaga macam ni.”

“Awak tak payah banyak cakap. Awak tidur sana!” Tiara menuding ke arah lantai.

“Awak isteri saya. Takkan saya kena tidur dekat bawah. Katil ni besar, kan?”

“Awak paksa saya kahwin!”

“Bukan saya,” balas Emir sambil ketawa kecil. “Orang kampung. Lagipun, awak yang mulakan dulu.”

Tiara bangun, membuka almari sebelah dan....

DUP!

Dia terus masuk ke dalam almari bersama bantal dan selimut. Malas mahu berbalah panjang dengan Emir. Emir p**a terpinga-pinga, hampir tak percaya dengan apa yang Tiara buat.

“Awak serius?”

“Saya tidur sini!” Suara Tiara tenggelam di dalam almari itu.

“Dalam almari?”

“Ya! Selamat!”

Emir ketawa besar. Tangan diletakkan di pinggang, bahunya terangkat turun menahan gelak. Lucu benar perangai isteri yang baru dinikahinya itu.

“Awak ingat saya Dracula ke sampai awak kena menyorok dalam almari?”

Tiara terus menutup pintu almari. Emir makin ketawa kuat. Tak tahan dengan perangai comel Tiara.

www.wasap.my/60187636328/EncikDudaEmirZafriel

RAYNELLA 🦋 TEASER 12 🦋Nadia turun membawa sebuah beg sama saiz seperti Raynella. Dia lalu terkejut melihat dua buah beg ...
17/02/2026

RAYNELLA

🦋 TEASER 12 🦋

Nadia turun membawa sebuah beg sama saiz seperti Raynella. Dia lalu terkejut melihat dua buah beg bersaiz besar milik Farhana yang sedang disusun masuk ke dalam but keretanya.

“Weh, mak cik! Kau bawak satu almari ke apa ni? Kita pergi dua hari saja tau.” Nadia mempamer riak terkejutnya.

Di mana mahu disumbat begnya dan Raynella kalau but keretanya sudah penuh dengan luggage sahabatnya itu.

Raynella menepuk dahi.

“Skincare dia pun dah satu beg. Faham-faham ajelah,” sindir Raynella dalam senyuman.

Farhana sudah mencebik.

“Tak muat sudah, aku drive sendiri jelah,” katanya merajuk. Dia lalu berura-ura mahu mengeluarkan semula beg pakaiannya dari dalam but kereta itu.

“Tak payah nak merajuk sangatlah. Dah, ikat aje beg kau tu kat bumbung kereta Nad.” Raynella bergurau.

Sedang asyik bertelagah bersama, Doktor Brian tiba dengan keretanya di hadapan pagar rumah mereka.

“Nasib baik penyelamat dah sampai,” ujar Nadia lega. Dia sudah tersenyum sinis ke arah Raynella.

Raynella p**a sudah menjegilkan matanya ke arah Nadia.

Doktor Brian keluar dari perut kereta dan melambai ke arah mereka bertiga.

“Akak, pergi naik dengan doktor akak. Biar kita orang naik satu kereta.” Nadia memberi arahan.

Farhana p**a sudah menarik luggage kecil Raynella lalu diberikan kepada doktor muda itu.

Raynella menggeleng kepalanya. Pandai mereka mengenakan dia kali ini.

“Nah doktor, ni beg Kak Nella.” Luggage bertukar tangan. Doktor Brian hanya mengangguk.

Diambil luggage kecil itu lalu dimasukkan ke dalam but keretanya.

“Dah akak, gerak cepat. Kita jumpa kat Petronas nanti,” halau Nadia p**a.

Tiada pilihan, kaki diatur perlahan masuk ke dalam kereta doktor itu.

“Are you okay?” tanya Doktor Brian sebaik sahaja dia memulas stereng keretanya. Mazda CX-5 itu bergerak perlahan meninggalkan rumah sewanya.

Raynella hanya mengangguk. “Maaflah susahkan doktor p**a, kena ambil saya,” ujar Raynella perlahan.

“I yang beritahu Nadia nak ambil you. Bukan dia suruh I. You tak kisah, kan?” terang doktor muda itu lagi.

Raynella sekali lagi mengangguk faham. Patutlah si Nadia tu tadi buat lambat je nak gerak. Rupanya dah berjanji dengan Doktor Brian.
15 minit perjalanan, mereka tiba di Petronas Seksyen 15 itu. Nasib baik mereka yang lain semua sudah mula bergerak ke Hulu Langat. Risau p**a Raynella jika ada yang melihatnya satu kereta dengan Doktor Brian.

Apalah alasan yang hendak diberi nanti? Terutamanya kepada Kak Bie dan Kak Salwa.

“Well, nampaknya kita dah kena tinggal. So, jom gerak sekarang,” ujar Doktor Brian.

Raynella hanya mengangguk. Di belakang mereka, kereta Nadia dan Farhana mengekor rapat.

“Sikit je barang you, staff nurse. I tengok beg dia orang bukan main besar,” tanya Doktor Brian sambil melirik ke arah Raynella.

Sempat dia perasan tadi, beg luggage para jururawatnya yang penuh di dalam but.

“Entahlah doktor, dia orang tu nak makan angin berapa lama entah.”

Raynella sudah tersengih. 40 minit perjalanan, akhirnya mereka pun sampai di Moonkissed By The River, Hulu Langat, Selangor.

Keluar sahaja dari perut kereta, masing-masing sudah menghirup udara segar di sungai itu.

Raynella laju menyambar begnya di dalam but belakang kereta Doktor Brian. Risau jika dilihat rakan-rakan kerjanya yang lain. Tak memasal menjadi topik hangat p**a di klinik nanti.

www.wasap.my/60187636328/Raynella

RAYNELLA 🦋 TEASER 11 🦋Pagi Rabu itu, mereka bekerja seperti biasa. Sampai sahaja di klinik, kaki laju diatur ke pantri u...
17/02/2026

RAYNELLA

🦋 TEASER 11 🦋

Pagi Rabu itu, mereka bekerja seperti biasa. Sampai sahaja di klinik, kaki laju diatur ke pantri untuk mengisi perut.

Nadia sudah turun ke kafe untuk membeli makanan. Belum pun sempat daun pintu dikuak, Doktor Brian lebih laju mencapai pergelangan tangan Raynella.

Terkejut bukan kepalang Raynella melihat Doktor Brian di depan mata. Doktor muda itu sekadar tersenyum dan menarik tangannya. Satu bungkusan plastik diletakkan di telapak tangan Raynella. Lalu kakinya dihala masuk ke bilik tujuh.

Raynella memerhatikan bungkusan plastik di tangannya. Lama, sebelum sebuah senyuman terukir di bibirnya. Daun pintu pantri itu dikuak. Dia lalu masuk ke dalam dan menemui Kak Bie yang telah tiba lebih awal ke klinik.

“Assalamualaikum Kak Bie,” sapa Raynella.

“Waalaikumussalam, Nella. Awal sampai,” balas Kak Bie p**a. Raynella hanya tersenyum.

Dia lalu membuka bungkusan plastik yang diberi Doktor Brian sekejap tadi. Ternyata lelaki itu membelikan sebungkus nasi lemak ayam untuknya.

“Wah, nampak sedap nasi lemak tu. Nella beli dekat mana?” tegur Kak Bie lagi. Dia menghidu nasi lemak yang berada di depan Raynella. Raynella sudah kaget. Mahu diberitahu yang sebenar, nanti boleh kecoh satu klinik dibuatnya.

Terpaksalah dia memusing sedikit ceritanya.

“Tadi kawan Nella bagi Kak Bie, waktu jumpa dekat punch card. Dia ada beli lebih.” Raynella membalas. Tak memasal dia terpaksa berbohong sunat di pagi hari.

Kak Bie mengangguk. Nasi lemak itu dikuis-kuis sebelum beberapa suapan masuk ke dalam mulutnya.

“Sedaplah, Nella. Rasanya ni nasi lemak Kak Salmah yang jual depan hospital tu,” ujar Kak Bie lagi.

“Tak tahulah kawan Nella beli dekat mana. Orang dah bagi, Nella ambil sahajalah,” kata Raynella lagi. Dia lalu menyuap nasi lemak itu perlahan-lahan ke mulutnya.

“Eh, Kak Nella dah makan? Ni Nad baru belikan akak bihun goreng kat bawah,” ujar Nadia yang baru sampai dari membeli makanan di kafe. Dia pelik melihat Raynella yang sedang makan, sedangkan tadi mereka datang bersama-sama. Di mana p**a Raynella membeli makanannya itu?

“Ni kawan akak bagi.” Ringkas Raynella menjawab.

Nadia dilihat sudah mengecilkan matanya. Seakan meminta penjelasan dari sahabatnya itu. Macamlah dia tidak tahu, pasti itu pemberian Doktor Brian. Nadia sudah lama perasan, layanan doktor kacak itu terhadap Raynella.

Selesai makan, Raynella terus masuk ke bilik tujuh untuk memulakan tugas. Nampaknya beberapa hari ini dia perlu berhadapan dan bekerja bersama Doktor Brian. Selepas membaca bismillah, Raynella melangkah masuk ke bilik tujuh. Doktor Brian dilihat sedang menghadap laptopnya.

“Morning, boss,” sapa Raynella seperti biasa.

“Morning, staff nurse,” balas Doktor Brian ringkas. Matanya langsung memandang Raynella di depannya.

“Thank you boss for the breakfast,” ucap Raynella lagi.

“Dah dua kali doktor belanja saya,” tambah Raynella lagi.

Brian hanya mengangguk. Bibirnya mengukir senyuman.

“Well, I tunggu you p**alah belanja I.”

Laptopnya ditutup. Wajah Raynella dipandang lama. Raynella tertawa kecil.

www.wasap.my/60187636328/Raynella

RAYNELLA 🦋 TEASER 10 🦋“So, Nella and Nadia masing-masing still single ke?Bukan apa, risau p**ak I, nanti kena bersoal ja...
17/02/2026

RAYNELLA

🦋 TEASER 10 🦋

“So, Nella and Nadia masing-masing still single ke?Bukan apa, risau p**ak I, nanti kena bersoal jawab p**ak bawak girlfriend orang keluar malam-malam,” tanya doktor muda itu sambil menyedut Cappuccino Icenya.

“Kak Nella sahaja single, Nadia dah double.” Laju Nadia menjawab pertanyaan itu. Hampir tersembur pancake yang baru disuap Raynella.

Doktor Brian dilihat sudah terangguk-angguk.

“Tapi no worries, Nadia dah minta permission my fiance. Kan, kak?” ujar Nadia lagi. Bibirnya tersenyum puas.

“Kak? Nampak macam sebaya je?” tanya Doktor Brian lagi. Raynella pantas menggeleng.

“Dia ni baru dua tahun kerja, doktor. Muda sangat lagi,” terang Raynella.

“Wow, still young,” balas Doktor Brian lagi.

“Of course I’m still young.” Nadia dah mula buat muka bangganya.

“And already engaged,” tambah Raynella p**a. Nadia p**a laju mencebik.

“So, how old are you?” tanya Doktor Brian kepada Raynella.

“I turned 28 last month. Nadia p**a baru 23 tahun,” balas Raynella tanpa berselindung.

“And still single? Sorry, no offense intended,” tanya Doktor Brian kembali.

“Kak Nella ni memilihlah doktor. Ramai tau yang nak try. Dia saja yang jual mahal.” Nadia menyampuk.

“Doktor Ariff klinik mata tu, dah berapa kali bagi hint, kena tolak juga.”

Raynella sudah tidak tahu mahu berkata apa. Nadia nampaknya sedang melondehkan semua cerita. Doktor Brian kelihatan bersungguh-sungguh mendengar. Yang ini pun, mengalahkan perempuan. Seronok p**a dia mendengar gosip murahan Nadia.

Pancake di depannya dikuis-kuis dengan sudu. Mati sudah seleranya. Dia tidak menjangka perbualan mereka malam itu hanya berkisar tentang dirinya.

Doktor Brian dilihat hanya tersenyum kecil. Ah, kenapa Raynella seperti melihat doktor itu seolah-olah sedang senyum mengejeknya p**a? Mereka terus berbual selepas itu, namun, lebih kepada hal semasa. Selesai menikmati makan malam bersama, Doktor Brian membawa Raynella dan Nadia ke Immersive Winterland di I City Central Walk.

Pelbagai aktiviti dilakukan mereka bersama di sana. Raynella apa lagi, langsung tidak melepaskan peluang mengambil gambar kenangan di situ. Tidak sedar masa berlalu pantas, jam ketika itu menunjukkan ke pukul 11.00 malam.

Brian lalu menghantar mereka p**ang ke rumah sewa kembali.

www.wasap.my/60187636328/Raynella

RAYNELLA 🦋 TEASER 9 🦋“Sorry lambat. Traffic jam,” ujar Doktor Brian sambil memandang sekilas ke sebelahnya. Raynella han...
17/02/2026

RAYNELLA

🦋 TEASER 9 🦋

“Sorry lambat. Traffic jam,” ujar Doktor Brian sambil memandang sekilas ke sebelahnya. Raynella hanya menggeleng sambil tersenyum.

“Doktor on timelah ni. Mana ada lambat. Perut kami pun tak lapar lagi,” sindir Nadia yang duduk di bahagian penumpang belakang. Raynella menjeling tajam sahabatnya. Sudahlah orang nak belanja, dijemput p**a. Tak mengenang budi betul kawannya seorang ini.

Doktor Brian dilihat sudah tertawa. Mujurlah dia tidak ambil hati.

“Jangan risau. Kita dinner dekat area sini je,” balas doktor muda itu lagi. Geli hati dia dengan kerenah Nadia. Boleh tahan pedas mulutnya.

“Laa, kalau dekat-dekat sini je, baik kami drive sendiri tadi doktor.” Mulut si Nadia nampaknya masih belum diinsurans kan. Doktor Brian sudah meletuskan tawanya.

“Kalau jauh, nanti kau bising lapar p**ak.” Raynella sudah memulangkan paku buah kerasnya. Nadia hanya mencebik.

Matanya lalu difokuskan ke telefon pintarnya. Pasti tengah melayan encik tunangnya itu.

“Doktor tak payah ambil hati dengan budak ni. Dia kalau dah lapar memang macam singa.” Sempat lagi Raynella memerli Nadia.

“I okey je, staff nurse. So, you guys tak kisah ke makan kat mana-mana?” Mata masih fokus dengan pemanduannya.

“Okey je,” balas Raynella ringkas.

Doktor Brian p**a dilihat sudah tersenyum. 20 minit memandu, mereka akhirnya tiba di Lambogrill Fine Dining. Mereka bertiga memilih tempat di bahagian dalam kafe itu.

Raynella membiarkan sahaja Doktor Brian memilih menu makan malam mereka.

Sambil menunggu hidangan sampai, mereka mula berbual.

“Doktor dah kahwin? Or tunang or somebody’s boyfriend maybe?”

Raynella rasa ingin mengetuk sahaja kepala Nadia. Boleh p**a ditanya soalan peribadi doktor mereka itu. Brian yang sedang membetulkan jam tangannya memandang Nadia dan Raynella silih berganti.

Kedua-dua keningnya diangkat.

“If I ada someone special, I tak akan ajak you guys keluar. Tak pasal-pasal I kena ketuk nanti.” Laju soalan itu dijawab.

“Yalah tu. Takkanlah doktor yang handsome, putih, baik macam ni tak ada girlfriend? Tak percayalah. Kan, Kak Nella?” bidas Nadia lagi.

Entah tersampuk jin manalah agaknya budak ini. Banyak betul soalannya. Doktor Brian tersengih.

“Dekat ward busy, betul tak staff nurse? Dengar kata you pernah kerja ward kan before this?” Ha… sudah. Dipusing soalan tu kepada Raynella p**a. Raynella mengangkat bahu.

“Doktor jangan nak babitkan saya p**a ya.” Sempat dia memberi amaran kepada doktor muda itu. Sekadar bergurau.

“Doktor sebenarnya nak tanya something kan pasal klinik. Sebab tu doktor rasuah kami dengan dinner malam ni, kan? Apa yang doktor nak tahu?Kami boleh je beritahu.” Panjang p**a celoteh Nadia.

Raynella dan Doktor Brian masing-masing sudah menggeleng kepala. Melayan perangai gila-gila Nadia.

Makan malam tiba. Doktor Brian memilih Lamb Carbonara Pasta untuk mereka bertiga bersama air Mojito Series, Cappuccino Ice dan Strawberry Latte. Manakala pencuci mulut mereka malam itu adalah Pancake With Chocolate Ganache. Sambil menikmati pencuci mulut, mereka berbual lagi.

www.wasap.my/60187636328/Raynella

RAYNELLA 🦋 TEASER 8 🦋Seperti biasa Raynella mengemaskan meja bekerja itu sebelum mengutip semua kad yang sudah selesai d...
17/02/2026

RAYNELLA

🦋 TEASER 8 🦋

Seperti biasa Raynella mengemaskan meja bekerja itu sebelum mengutip semua kad yang sudah selesai direview oleh doktor.

“Hey, would you like to grab dinner together tonight?” ajak Doktor Brian tiba-tiba. Raynella terhenti dari melakukan kerjanya. Dipandang lama Doktor Brian di depan matanya.

“What?” Bukan tidak mendengar pelawaan doktor itu tadi, tetapi Raynella cuma ingin memastikan apakah pelawaan itu serius atau hanya gurauan semata-mata.

“You heard me clearly. Let’s have dinner tonight. I boleh ambil you malam nanti.” Doktor Brian bersuara lagi. Tiada tanda-tanda dia sedang bergurau.

“Nonsense.” Raynella tertawa kecil. Dia yakin doktor muda itu tidak serius mengajaknya keluar.

“I serious ni. Jomlah dinner malam ni. Jam 8.00 malam I ambil you,” ujar Doktor Brian lagi.

Raynella sudah terkaku. Nampaknya doktor ini benar-benar mengajaknya keluar malam nanti.

“Dengan Nadia?” Raynella mengheret nama sahabat serumahnya.

“Sure. Send me your location.” Doktor muda itu sedang mencapai beg sandangnya.

Raynella sudah terangguk-angguk. Dia juga nampaknya sudah selesai mengutip kad dan mengemaskan meja. Mereka berdua beriringan keluar dari bilik tujuh itu.

Selepas masing-masing mengetik kad waktu di tingkat satu bangunan klinik pakar itu, Nadia dan Raynella melangkah malas menaiki anak tangga ke tingkat atas parkir bertingkat itu.

Masing-masing menarik tangan sesama sendiri. “Cepatlah, Kak Nella.” Tangan Nadia masih menarik kuat tangan Raynella yang sedang malas mendaki tangga itu.

“Tulah, siapa suruh parking kat atas, kan dah penat kena naik tangga sampai tingkat tiga,” gumam Raynella p**a. Hari ini dia menumpang kereta Nadia ke tempat kerja.

“Amboi, bukan sebelum ini kita memang parking kat atas ke? Dah, tak payah nak malas-malas, naik cepat,” marah Nadia p**a. Dia terus menarik tangan Raynella yang berpura-pura keletihan itu. Sengaja mahu mengusik si Nadia.

“Okey, kalau akak tak nak naik, Nad tinggal je akak kat sini.” Nadia berura-ura mahu melepaskan pegangan tangannya dari Raynella. Raynella yang tidak bersedia hampir terjatuh ke belakang sebelum pinggangnya dirangkul kemas oleh seseorang.

“Arghh!” jerit Raynella selepas pegangan tangannya terlepas dari tangan Nadia tanpa sempat dia berpaut di besi penghadang tangga. Mukanya merah selepas menyedari pinggangnya dirangkul dari belakang. Entah gerangan siapalah yang menyelamatkannya hari ini. Nadia dilihat sudah terlopong dan menutup mulutnya.

“Are you okay, staff nurse?” tanya satu suara yang kelihatan cemas, rapat di telinga Raynella. Dia kenal suara itu. Kenal sangat. Tak mampu rasanya untuk menoleh ke belakang. Malu yang teramat!

Doktor Brian masih belum melepaskan pegangannya di pinggang ramping Raynella. Dia sendiri masih terkejut selepas Raynella hampir jatuh di hadapannya.

“Ya Allah! Sorry doctor, sorry sangat.”

Laju Nadia menarik badan Raynella yang masih dalam pelukan Doktor Brian. Dilihat doktor itu hanya mengangguk laju. Namun, matanya masih belum lepas dari memandang Raynella. Merah muka gadis itu. Terkejut mungkin.

“Please be careful next time,” pesan doktor muda itu lagi. Raynella hanya mengangguk lemah.

Doktor Brian nampaknya masih tidak bergerak. Nadia laju menarik tangan Raynella mendaki anak tangga hingga ke tingkat atas.

Doktor Brian menyusul di belakang mereka. Wajah Raynella masih membahang. Saat pintu kereta bahagian penumpang dibuka, terdengar doktor itu memanggilnya.

“Staff nurse, don’t forget to send me your location,” laung lelaki itu lagi.

Nadia sudah menjegilkan matanya ke arah Raynella. Raynella hanya tersengih memandang rakan serumahnya itu.

Nantilah di rumah baru dia ceritakan kepada Nadia.

www.wasap.my/60187636328/Raynella

RAYNELLA🦋 TEASER 7 🦋Sampai sahaja di kopitiam itu, mereka berdua memesan beberapa jenis makanan seperti Duck Drumstick N...
17/02/2026

RAYNELLA

🦋 TEASER 7 🦋

Sampai sahaja di kopitiam itu, mereka berdua memesan beberapa jenis makanan seperti Duck Drumstick Noodle dan Chicken Pad Kra Pow serta Thai Toasted Butter dan Sangkaya Ice Cream sebagai pencuci mulut. Sambil menikmati makanan, mereka berbual mesra.

“Doktor biasa datang sini ke?” tanya Raynella.

“Staff nurse, stop calling me doctor. We’re not in the hospital. So, basically I’m not your doctor at the moment.”

Doktor Brian mula memberi cadangan. Rasanya terlalu formal untuknya dan Raynella berbual menggunakan gelaran seperti itu. Apatah lagi, jika perbualan mereka didengari orang lalu lalang. Apa p**a kata mereka nanti.

“Itu panggilan hormat, doktor. Mana boleh tukar,” tukas Raynella p**a. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu hilang hormat kepada pegawainya ini.

Doktor Brian ketawa. Dia lalu mengangguk sambil mencicip air di depannya.

“Okay, staff nurse. As you wish,” ucap Doktor Brian lagi. Mereka sama-sama tertawa.

Hampir dua jam menghabiskan masa bersama-sama di pusat membeli belah itu, Doktor Brian akhirnya menghantar Raynella p**ang semula ke bengkel kereta tadi. Setelah dua jam, pastilah kereta gadis itu sudah siap dibaiki.

“Well, thank you so much for today, boss,” ucap Raynella sebelum dia turun dari kereta.

“My pleasure.” Doktor Brian membalas senang. Dia sendiri gembira hari ini, menghabiskan waktu bersama Raynella.

Raynella menapak masuk ke dalam bengkel dan menyelesaikan pembayaran keretanya sebelum dia memboloskan diri ke dalam Toyota Yaris miliknya itu.

Sementara Doktor Brian, masih menunggu di dalam kereta, memastikan gadis itu p**ang dengan selamat.

Sempat Raynella melambai-lambai sebelum keretanya meluncur laju ke arah jalan raya. Sedang asyik memandu menuju ke rumah sewanya, Raynella menerima satu pesanan ringkas di aplikasi WhatsAppnya.
Lantas, telefon pintar itu dibuka.

+Drive safely. Text me when you get home.

-Oraits.

Raynella menggeleng kepalanya sambil tersenyum. Boleh tahan caring ya doktor seorang ni, getusnya di dalam hati. Sampai sahaja di pekarangan rumah sewanya, Raynella terus mematikan enjin kereta.

Lama telefon pintarnya ditatap sebelum menghantar pesan kepada Brian mengatakan dia sudah selamat sampai ke rumah sewa.

+I’m home.

-Take care.

Raynella menarik nafas panjang. Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Banyak yang mahu diceritakan kepada sahabat baiknya Nadia. Entah gadis itu sudah p**ang atau belum.

Masuk sahaja ke dalam rumah, Raynella terus merebahkan badannya di atas katil. Mengingat kejadian tadi, bibir terus mengukir senyum.

www.wasap.my/60187636328/Raynella

RAYNELLA 🦋 TEASER 6 🦋Sedang asyik berbual dengan pekerja di situ mengenai masalah keretanya, muncul Doktor Brian di situ...
17/02/2026

RAYNELLA

🦋 TEASER 6 🦋

Sedang asyik berbual dengan pekerja di situ mengenai masalah keretanya, muncul Doktor Brian di situ juga.

“How’s your car?” Terkejut Raynella dengan suara yang dekat di belakang telinganya.

“Eh, doktor? Doktor buat apa dekat sini?” Raynella bertanya dalam kehairanan.

“Nak tengok you lah, staff nurse. Risau I nanti you tak jumpa bengkel ni,” ujar Doktor Brian dalam senyuman.

Raynella menarik nafas lega.
Sekurang-kurangnya ada juga yang dia kenali di situ. Tak dinafikan Raynella agak bimbang berseorangan di situ tadi. Sudahlah perempuan, datang seorang p**a.

Sungguh, dia bersyukur dengan kehadiran lelaki ini. Sekali lagi, doktor muda ini menjadi penyelamat untuknya.

“Thanks, doctor. Saya pun risau ni. Sorang-sorang. Nadia tak dapat teman. Dia ada hal.” Raynella menerangkan.

Doktor Brian p**a hanya mengangguk lalu dia menemui sahabatnya di dalam bengkel dan memberitahu masalah kereta Raynella kepada mereka.

“Dah, jom teman I breakfast. Kereta staff nurse lagi sejam baru siap.” Doktor Brian sudah menapak menuju kereta Mazda CX-5 nya.

Laju kaki Raynella mengik*t dari belakang. Takkan dia nak tunggu di sini p**a. Dah orang ajak, mestilah kena ik*t, desis hati kecilnya.

Masuk sahaja ke dalam kereta, bauan buah peach memenuhi rongga hidung Raynella. Terus doktor muda di sebelahnya dilirik.

“Nak makan dekat mana?” Raynella bertanya lembut. Matanya memerhatikan sekeliling. Rasanya, di sekitar sini tiada kedai makan halal.

“Jangan risau, kita pergi tempat yang best sikit.” Laju Doktor Brian menjawab sambil mengenyitkan matanya.

Raynella hanya menggeleng sambil mencebik. Hampir 15 minit perjalanan, mereka akhirnya sampai ke pusat membeli belah IOI Mall Puchong.

Selesai memarkir kereta, Doktor Brian dan Raynella berjalan beriringan masuk ke dalam pusat membeli belah terkemuka itu.

“Ni bukan breakfast lagi dah doktor, dah nak masuk waktu lunch ni,” ujar Raynella sambil matanya melirik ke arah jam di tangannya.

“Well, brunch maybe. Because I tak makan apa-apa lagi since morning. Bangun pagi tadi, terus straight away ke bengkel.” Doktor Brian berterus terang. Raynella menggigit bibirnya. Dia sudah merasa bersalah.

“Maaf doktor, saya susahkan doktor lagi sekali.” Raynella memohon maaf. Jatuh kasihan kepada doktor muda itu yang kerap kali disusahkan.

“Eh... Nope, staff nurse. Bukan macam tu, don’t get me wrong, please.” Laju Doktor Brian menyangkal telahan Raynella.

Risau dia, jika gadis itu merasa bersalah kerana memang dia yang berniat mahu membantu. Raynella menarik nafas lega.

“Okey, kalau macam tu, doktor nak makan apa? It’s on me,” tanya Raynella semula. Matanya memerhatikan sekeliling. Mencari-cari restoran yang sesuai untuk mereka.

“Serious?” Doktor itu mengukir senyum. Raynella mengangguk laju. Dia memang berniat untuk belanja Doktor Brian makan kerana lelaki ini telah beberapa kali menolongnya.

“Then, it’s up to you, staff nurse. Memandangkan you yang nak belanja, so I ik*t saja,” balas Doktor Brian lagi.

“Okeylah kalau macam tu. Apa kata kita makan dekat kopitiam Thaiyang? Kat situ makanan sedap. Chinese muslim.” Raynella mula memberi saranan.

“Wow... Such good taste. So, let’s go. I dah lapar ni.” Doktor Brian bersetuju. Dia pantas menarik tangan baju Raynella. Mahu segera sampai ke kopitiam itu. Perutnya yang lapar sudah meminta untuk diisi.

Raynella sudah terlopong. Dia melirik pada tangan bajunya yang sedang ditarik Doktor Brian.

www.wasap.my/60187636328/Raynella

RAYNELLA 🦋 TEASER 5 🦋Perodua Bezza kepunyaan Nadia meluncur laju membelah jalan. Raynella p**a masuk ke dalam Toyota Yar...
17/02/2026

RAYNELLA

🦋 TEASER 5 🦋

Perodua Bezza kepunyaan Nadia meluncur laju membelah jalan. Raynella p**a masuk ke dalam Toyota Yaris kepunyaannya dan menghidupkan enjin.

Baru sahaja keretanya bergerak keluar dari petak parkir, Raynella memberhentikan keretanya ke tepi. Dia lalu keluar memeriksa kiri dan kanan keretanya sebelum menyedari tayar bahagian belakang kiri keretanya bocor. Nafas terus dihela berat. Aduh! Sudahlah Nadia dah bergerak p**ang.

Raynella memerhatikan sekeliling. Tingkat atas ini selalunya sudah sunyi dan kosong kerana kebanyakkan staf lebih s**a memarkir kereta di bahagian bawah sahaja. Pesakit p**a selalunya sudah p**ang kerana semua klinik tamat sekitar jam 5.00 petang.

Raynella berkira-kira untuk menelefon Nadia, namun, panggilannya tidak dijawab. Ini pasti kerana gadis itu sedang khusyuk memandu. Raynella lalu membuka but keretanya untuk memeriksa tayar spare yang ada. Selepas itu, dia langsung memeriksa tayarnya yang bocor. Perlahan-lahan Raynella menunduk dan memeriksa tayar belakang keretanya.

“Kenapa tu?" Muncul suara asing di belakangnya. Raynella yang terkejut, berdiri serta merta.

“Eh, doktor tak balik lagi?” Raynella bertanya kembali. Rasanya Doktor Brian dah lama keluar dari klinik mereka tadi.

“Belum, staff nurse, I pergi office tadi. Uruskan penempatan dekat kerani,” ujarnya semula.

“Kenapa tu?” Dia kembali mengulang pertanyaannya yang tidak dijawab tadi.

“Oh... Ni ha... Tayar kereta saya pancit p**ak.” Raynella menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih.

“Ada tayar spare?” tanya Doktor Brian lagi.

“Ada, kat belakang but,” ujar Raynella sambil tangannya ligat mengeluarkan tayar dari dalam but keretanya.

Doktor Brian dilihat sudah melipat tangan baju kemejanya. Menanti untuk menukar tayar kenderaan itu.

“Ada jack tyre?” Doktor Brian menyoal lagi. Raynella hanya terkebil-kebil.

“Jack tyre? Apa tu?” Raynella menyoal kembali. Manalah dia tahu apa-apa pasal tayar.

“Tak apalah, kejap I ambil dalam kereta,” ujar Doktor Brian lalu melangkah laju ke kereta Mazda CX-5 yang diparkir tidak jauh dari kereta Raynella.

Selepas mengambil segala peralatan dari dalam keretanya, laju kakinya melangkah menuju Raynella semula.

“Tolong I pegangkan ni.” Doktor Brian memanggil Raynella yang tercegat memandang tangan lincah doktor barunya menukar tayar yang bocor. Pantas kakinya melangkah membantu doktor muda itu.

Untung ada si doktor kacak yang mahu menolong di saat genting ini. Selesai menukar tayar, Doktor Brian dilihat mengambil tayar yang bocor tadi lalu meletakkannya ke dalam but kereta Raynella. Sementara Raynella membantu mengemaskan segala peralatan milik doktor muda itu tadi.

“Nanti staff nurse kena pergi bengkel kereta, tukarkan tayar yang bocor tu. Tayar spare ni tak boleh pakai lama. Sebab saiz tayar tak sama,” terang Doktor Brian lagi. Raynella hanya mengangguk faham.

“Alamak doktor, habis kotor baju doktor. Minta maaf banyak-banyak, saya dah susahkan doktor hari ini.”

Raynella tersedar apabila melihat baju kemeja lelaki itu dipenuhi kekotoran. Dia berasa serba salah kerana telah menyusahkan doktor baru itu. Doktor Brian p**a hanya tersenyum sambil menggosok-gosok bajunya dengan tangan.

“It’s okay, staff nurse. Benda kecil saja ni,” ujar Doktor Brian sambil tangannya menyambut huluran peralatan keretanya yang diberi Raynella. Sebuah senyuman turut diberikan kepada Raynella.

“Staff nurse stay dekat mana?” tanya doktor itu lagi.

“Saya duduk rumah sewa dekat belakang ni saja doktor,” balas Raynella p**a.

Doktor Brian hanya mengangguk faham. Selepas meminta diri, Raynella terus memandu keretanya p**ang. Hari juga telah lewat.

www.wasapy/60187636328/Raynella

Address

Pasir Gudang
Johor Bahru
81700

Opening Hours

Monday 09:00 - 23:00
Tuesday 09:00 - 23:00
Wednesday 09:00 - 23:00
Thursday 09:00 - 23:00
Friday 09:00 - 23:00

Telephone

+60187636328

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when E BOOK VIRAL IV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to E BOOK VIRAL IV:

Share

Category