25/03/2021
Strategi Simpanan Emas Jangka Masa Panjang Yang Selamat
1. Mulakan Belian Pertama
- Usah ditunggu, kerana harga emas TIDAK akan menunggu anda.
- Usah tamak, beli sedikit demi sedikit melainkan anda boleh meramal harga masa hadapan.
- Biasanya harga belian pertama pasti akan diingati sampai bila2.
2. Set Matlamat
- 2 tahun Saya mahu 24g emas
- 2 tahun Saya mahu ada simpanan Emas bernilai RM4800
- sesuaikan pembelian mengikut matlamat sebagai contoh 1g 1bulan atau RM200/bulan
3. Konsisten Membeli/Menyimpan
- Sebaiknya konsisten membeli/menyimpan setiap bulan.
- Turun Naik harga harian adalah normal.
- Anda perhatikan turun Naik Harga Emas dan bandingkan dengan harga belian pertama anda
4. Usah Terburu-buru
- Jika harga seterusnya lebih murah dari belian pertama seharusnya anda buat belian seterusnya.
- Jika harga seterusnya lebih Mahal dari belian pertama Usah biarkan ianya terus meningkat buat belian terus.
5. Periksa Kos Purata Pembelian Emas
- Setelah beberapa bulan membeli dan menyimpan cuba Kira kos purata belian emas anda.
- Semakin hampir dengan harga semasa adalah lebih baik.
- bulan pertama RM240/g, bulan ke-2 RM245/g, bulan ke-3 RM235/g, bulan ke-4 RM250/g, bulan ke-5 RM240/g, bulan ke-6 RM250/g
Kira harga purata per gram anda.
(240+245+250+249+250+235)/6 = 243.33/g
-cth kiraan kos purata per gram pada bulan ke-6 adalah RM243.33/g vs Harga semasa RM250/g.
6. Lihat Hasil Setelah Matlamat Tercapai
- Jika kos purata anda Setelah 2 tahun (24g) adalah lebih murah dari harga semasa pasti anda mempunyai lebihan keuntungan. Sebagai contoh kos purata RM243/g vs Harga Semasa RM260/g. Bermaksud anda mempunyai keuntungan RM17/g atau pun RM408 untuk keseluruhan 24g yang anda telah kumpul.
-Jika kos purata anda lebih Mahal dari harga semasa sebaiknya tunggu Masa sesuai untuk menjual kerana harga emas berubah setiap hari. Anda tidak rugi selagi emas berada di tangan anda.
Serendah RM100 untuk belian pertama.
Nak mula simpan emas?
https://wa.me//60177418706/MULA