04/07/2023
Assalamualaikum 🤗
Misi Mudah Memasak Ramadhan nanti. "Pes Masak Putih @ Masak Kurma". Resipi ini hasil didikan mak yda. Orang lama panggil masak putih, rasa seperti masak kurma juga. Mak s**a masak style gini. Katanya lebih puas hati. Dulu-dulu rempah ini mak gigih mengiling, sekarang lebih selesa tumbuk dan blend sahaja. Cara mak, mak tumbuk dan blend bahan-bahan sahaja, kemudian terus guna atau terus simpan freezer.
Cara yda, terus menumis bahan supaya senang memasak Ramadhan nanti. Bila nak masak nanti, cuma tumis hirisan bawang dan halia dengan sedikit minyak sahaja. Kemudian terus masukkan bahan mentah, pes dan santan.
Bahan-bahan
- Jintan manis 7 sudu
- Jintan putih 4 sudu
- Rempah biji 2 sudu (tak ada dalam gambar)
-Serbuk Kas-Kas 5 Sudu
- Buah Keras 10 biji
- Bawang merah 3 labu
-Bawang besaq 2 labu
- Bawang putih 1 labu ( dalam 12 biji)
- halia 5 cm
Note : Petua mak yda, mesti lebihkan Jintan manis dan serbuk kas-kas. Rasa lebih sedap dan warna pun lebih putih. Petua dari kak sulung p**a, boleh juga blend sedikit nyioq untuk menyedapkan kuah bila masaka nanti.
Cara Memasak
-Rebus dahulu kedua-dua Jintan dan rempah biji tersebut. Kemudian tapis dan tumbuk sehingga lumat. Satukan juga buah keras dan tumbuk sehingga puas hati.
- Tumis 4 sekawan dengan bawang dan halia yang telah diblend ( bawang separuh sahaja menumis, separuh lagi satukan dengan rempah). Tumis dengan api yang sederhana. Sementara menunggu bawang garing, urus p**a rempah.
-Rempah yang di tumbuk tadi satukan dengan bawang dan halia yang berbaki tadi. Satukan juga serbuk kas-kas. Blend agak lama ya. Pastikan rempah betul-betul halus dan hancur.
- Bahan yang telah di blend terus masukkan ke kuali yang ditumis tadi.
- Tumis pes sampai garing dan pecah minyak.
-sudah masak baru masukkan buah keras yang sudab ditumbuk. Buah keras memekatkan kuah.
- Sudah masak tutup api. - Mula-mula menumis bawang tadi, lupa p**a nak letakkan daun kari. Ok saja letak last pun. Tabur daun kari dan gaul.
-Siap dan sedia disimpan ke dalam freezer.