Ikan Laga Murah

Ikan Laga Murah Pembekal ikan laga dengan pelbagai jenis yang menarik

Sebarang pertanyaan boleh messenger atau whatsapp number dibawah😄👍
29/04/2021

Sebarang pertanyaan boleh messenger atau whatsapp number dibawah😄👍

1. PENYEDIAAN BEKAS/BALANG/AQUARIUM IKAN LAGA.Cari tempat tinggal yang sesuai untuk ikan laga anda. Di kehidupan liar, i...
29/04/2021

1. PENYEDIAAN BEKAS/BALANG/AQUARIUM IKAN LAGA.
Cari tempat tinggal yang sesuai untuk ikan laga anda. Di kehidupan liar, ikan laga tinggal dalam sawah padi yang cetek dan luas.Saiz bekas/balang/aquarium yang sesuai untuk bakal ikan laga sekurang-kurangnya yang bersaiz 2 biji bata. Jika boleh, bekas lebih besar dan luas juga sesuai untuk ikan laga anda. Ini supaya ikan anda boleh berenang bebas kerana di kehidupan liar ikan laga tinggal di sawah padi yang cetek dan luas.

2. PENYEDIAAN AIR.
Air yang sesuai ikan laga adalah air yang bebas klorin. Air tapis dan air masak sesuai untuk ikan anda kerana air ini tidak mengandungi klorin. Jika anda menggunakan air paip biarkan air tersebut selama 3-5 hari sebelum digunakan untuk ikan laga anda jika ingin segera anda boleh menambahkan sedikit beberapa titis ubat anti-klorin yang boleh didapati dimana-mana kedai ikan peliharaan. Air yang sudah dirawat juga alternatif yang baik untuk ikan laga anda. Air mempunyai pengaruh besar kerana air yang kotor/berklorin boleh mendatangkan banyak penyakit kepada ikan laga anda kerana air-air ini mengandungi bacteria yang tidak sihat untuk ikan anda. Jika bekas/akuarium/balang ikan laga anda tiada penutup pastikan air tidak terlalu penuh. Ikan laga sangat aktif dan boleh melompat keluar dari akuarium.

3. MAKANAN IKAN ANDA.
Makanan berbentuk pellet sesuai untuk ikan anda. Ikan laga hanya makan makanan yang muat dengan mulut mereka. Kadang-kadang ikan laga juga cerewet dalam pemakanan. Anda boleh tukar dengan jenis/jenama lain. Makanan ikan lain seperti makanan ikan emas/koi tidak sesuai untuk ikan anda.

4. BERSIHKAN BEKAS IKAN.
Bersih/cuci bekas ikan laga anda sekurang-sekurangnya sekali seminggu. Tempatkan ikan laga anda dalam air lama ketika membersihkan bekas. Bersihkan bekas ikan anda dengan air panas/suam kerana sabun boleh menjejaskan kesihatan ikan laga anda.
-Pastikan anda tambah ubat anti-klorin jika menggunakan air biasa/paip
-Pastikan juga air yang ditukar sama suhu dengan air lama, untuk mengelakkan perubahan suhu mengejut yang boleh membawa maut untuk ikan laga anda

5. BERMAIN DENGAN IKAN.
Jgn terlalu mengetuk bekas ikan anda tetapi anda boleh bermain dengannya hanya menggerakkan jari ke seluruh bekas dan melihatnya mengikut jari anda.

Address

Taman Tengku Maheran
Jitra
06000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikan Laga Murah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ikan Laga Murah:

Share

Category