15/07/2019
QUICK TIP - CARA PILIH USB CABLE YANG TERBAIK
1. Tahu tahap 'kuasa dicaj' (input) peranti smartphone anda.
2. Tahu tahap kuasa output charger adapter anda.
3. Tahu keupayaan USB Cable dan pastikan ia sesuai dengan kuasa input peranti dan charger adapter.
Apa akan jadi kalau tersilap?
📳 1. Keupayaan USB Cable tak sama tahap kuasa yang mampu diterima oleh smartphone.
▶️ Jika keupayaan USB Cable kurang dari keupayaan smartphone, ia akan menyebabkan phone memerlukan masa yang lebih lama untuk dicaj penuh. Jika dicaj semasa penggunaan, mungkin kuasa caj yang masuk kurang dari penggunaan semasa. Ini akan menyebabkan bateri phone korang berkurangan walaupun sedang dicaj.
▶️ Jika keupayaan USB Cable lebih dari keupayaan smartphone, bagi smartphone lama, ia mungkin menyebabkan bateri phone menjadi terlalu panas dan rosak. Walaubagaimanapun, bagi smartphone terkini, hampir kesemuanya sudah dilengkapi dengan 'smart chip' yang mampu menapis lebihan kuasa.
📳 2. Tahap kuasa output adapter tak sama dengan tahap kuasa yang boleh diterima oleh smartphone.
▶️ Jika kuasa adapter hanya 1.0A dan anda guna Cable 2.8A, ia berkemungkinan akan menyebabkan adapter anda menjadi terlalu panas dan boleh terbakar. Ia sangat bahaya. Namun, ada adapter yang dilengkapi dengan 'smart chip' yang mampu menapis lebihan kuasa yang ditarik oleh USB Cable juga. Sila baca spesifikasi di kotak adapter.
▶️ Jika kuasa adapter lebih dari keupayaan USB Cable, ia boleh menyebabkan USB Cable anda cepat rosak sebab terlalu banyak kuasa yang melaluinya (panas).
📳 3. Keupayaan USB Cable tak sama dengan keupayaan 'kuasa dicaj' smartphone dan kuasa output adapter.
▶️ Kalau lebih rendah ia boleh menyebabkan cable cepat rosak.
▶️ Kalau lebih tinggi (dan smartphone anda dilengkapi 'smart chip' yang mengawal kuasa) ianya tidak mengapa namun agak membazir..., kerana anda membeli cable mahal yang tidak diperlukan oleh peranti smartphone anda.
Jika adapter dan smartphone ada tidak dilengkapi 'smart chip', ia mungkin boleh menyebabkan adapter dan smartphone anda menjadi panas kerana terdapat lebihan kuasa yang tidak dikawal.
Sekian...