03/01/2024
[ PESAN-PESAN SABAR ]
وَعنْ أَبي سَعيدٍ وأَبي هُرَيْرة رضيَ اللَّه عَنْهُمَا عن النَّبيِّ ﷺ قَالَ: مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حَزَن وَلاَ أَذًى وَلاَ غمٍّ، حتَّى الشَّوْكَةُ يُشَاكُها إِلاَّ كفَّر اللَّه بهَا مِنْ خطَايَاه
Daripada Abu Sa'id al-Khudri RA dan Abu Hurairah RA, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: "Tidaklah akan menimpa seorang Muslim kepenatan, kesakitan yang mengenai jasad, kesusahan, kesedihan, gangguan, dan kesusahan, sehinggalah duri yang menusuk pada tubuhnya, melainkan dengannya Allah SWT menghapuskan kesalahannya (dosa-dosanya.)"
-Riwayat al-Bukhari 5641 dan Muslim 2563
Dalam hadis di atas, ada beberapa bentuk musibah yang akan menimpa atau mengenai seseorang Muslim:
1) Kepenatan (نصب)
Contohnya, penat bekerja mencari duit, melakukan kebajikan dan pelbagai lagi pekerjaan lain yang menyebabkan kepenatan.
2) Kesakitan (وصب)
Contohnya, seperti demam, selsema, batuk, pening, luka dan sebagainya.
3) Kesusahan (هم)
Manakala kesusahan p**a seperti menghadapi masalah keluarga kerana perangai-perangai yang kadang-kadang kita berbeza serta berselisihan dan sebagainya.
4) Kesedihan (حزن)
Umpamanya berada dalam kesedihan akibat kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta, dan lain-lain.
5) Kesakitan (أذي)
Misalnya, wujud benda yang menyakiti hati kita seperti orang mengata, memfitnah, dan sebagainya terhadap diri kita.
6) Kesusahan (غم)
Contohnya ialah kesempitan hidup dan kemiskinan.
Banyak istilah dalam bahasa Arab yang memberikan maksud susah. Manakala, bahasa Melayu p**a, terdapat satu sahaja perkataan yang memberikan maksud susah.
Pengajaran Hadis:
1) Bersabarlah dalam menghadapi semua ujian dan musibah yang menimpa orang beriman kerana ia akan menyucikan dosa yang dilakukannya.
2) Seorang Muslim mesti sentiasa reda terhadap ujian Allah SWT kerana ia merupakan tanda kasih doa sayang-Nya kepada kita semua.
3) Orang bukan Islam tidak dikurniakan pahala dengan diberikan ujian, sebaliknya seorang Muslim yang menghadapi musibah lalu bersabar, maka Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala di sisi-Nya.
Rujukan: Pesan-Pesan Sabar, Syarah Riyadus Solihin
=========================================
Setiap ujian yang kita hadapi adalah bentuk cinta dan bahasa rindu Allah SWT kepada hambaNya. Semoga dipinjamkan secebis kesabaran dari sabarnya Nabi Muhammad SAW, insyaAllah, Allahumma Aamiin Ya Mujib 🤲🏼🌟