Ziara Intelligent

Ziara Intelligent Tok Lijah adalah merupakan satu penjenamaan yang diambil dari nama Halijah Bt. Shafie yang diwarisi dari keluarga beliau.

Shafie dimana setiap produk yang dihasilkan adalah merupakan resepi asal daripada Halijah Bt.

Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat walau dimana anda berada.https://shp.ee/6ehepetLayar...
05/04/2022

Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat walau dimana anda berada.

https://shp.ee/6ehepet
Layari kedai Shopee kami untuk menikmati penjimatan menarik sepanjang ramadhan ini.

Selamat menydmbut Hari Raya Aidil Fitri.Maaf zahir dan batin.Semoga kerahmatan dilimpahkan kepada kita dihari yang mulia...
12/05/2021

Selamat menydmbut Hari Raya Aidil Fitri.
Maaf zahir dan batin.

Semoga kerahmatan dilimpahkan kepada kita dihari yang mulia dan penuh kebahagiaan ini.

Ikhlas dari kami warga Ziara Intelligent.

Kini masanya untuk upgrade makanan kesukaan anda ke satu tahap yang lebih menyelerakan. 😋
04/05/2021

Kini masanya untuk upgrade makanan kesukaan anda ke satu tahap yang lebih menyelerakan. 😋

Cubalah sendiri.Pasti tak rugi. 😍😍
02/05/2021

Cubalah sendiri.
Pasti tak rugi. 😍😍

Selamat hari pekerja.Stay Safe, Stay Healthy.
01/05/2021

Selamat hari pekerja.
Stay Safe, Stay Healthy.

30/04/2021

Rendang Jerantan

Ia merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Kedah Tua terdahulu terutamanya yang tinggal di kawasan pantai yang menjalankan aktiviti perikanan.

Oleh kerana masakan ini berasal dari kelompok minority, ianya tidak begitu dikenali oleh masyarakat luar kecuali mereka yang pernah datang dan menginap di tempat dimana masakan ini berasal.

Bagi yang menggemar dan tertarik dengan keunikan dan keistimewaan masakan ini sudah semestinya mereka tidak akan melepaskan peluang untuk membawa p**ang untuk dikongsikan bersama keluarga tersayang di tempat mereka yang berada di luar kawasan perikanan.

Oleh kerana Rendang Jerantan ini bersifat tahan lama selain mempunyai aroma tersendiri, ia sudah tentu menjadi pilihan para penggemarnya terutama kepada mereka yang selalu keluar meninggalkan kampung untuk tujan berniaga dimana ianya boleh dinikmati ketika dalam perjalanan mahupun sebagai buah tangan ketika menziarahi sanak saudara. Dengan rasa dan aroma tradisinya itu sudah tentu mampu membuka selera sesiapa sahaja terutamanya kepada mereka yang menggemari ikan pari.

Dimasa kini, ikan pari terbiasa dengan menu masakan seperti ikan pari bakar, ikqn pari kering, asam pedas ikan pari yang dikomersialkan dari resepi turun temurun walaupun ianya mempunyai banyak versi dari pelbagai tempat.

Jika anda pernah melihat serunding ayam/daging atau ikan, begitulah gambaran fizikal yang boleh diberikan kepada Rendang Jerantan ini namun terdapat perbezaan yang ketara dari segi rasa dan aromanya. Apa yang uniknya Rendang Jerantan ini, ianya amat sesuai dihidangkan dalam pelbagai cara diantaranya dimakan bersama nasi, ketupat, lemang, mee/bihun goreng, dan banyak lagi. Dizaman ini, ia amat sesuai dijadikan bahan istimewa didalam sandwich, burger, murtabak, roti jhon dan lain-lain.

Rendang Jerantan ini dimasak dengan menggunakan 100% isi ikan pari tanpa campuran bahan lain seperti kelapa parut dan lain-lain sebagai bahan asas. Oleh sebab itu, tak hairanlah mengapa masakan ini tidak mudah didapati di kebanyakan kawasan terutamanya kawasan pedalaman dan kawasan yang jauh dari sumber hasil laut. Bahan-bahan rencahnya p**a terdiri daripada bahan tarisional yang masih digunakan sehingga kini seperti cili,bawang,halia dan sebagainya.

Proses memasaknya p**a agak mencabar kerana jika terlebih atau terkurang sesuatu akan membuatkan Rendang Jerantan ini berbau hanyir, rasa tawar, pahit, tidak beraroma, tidak tahan lama dan sebagainya. Oleh kerana itulah masakan ini hampir dilupakan dan kekurangan minat dari golongan pewaris untuk mempelajari masakan ini disebabkan proses memasaknya yang dianggap rumit ditambah p**a perlu mengambil masa yang agak lama bagi menyiapkan masakan ini.

Bagi mengelakkan masakan tradisi yang unik ini hilang ditelan zaman, menu masakan ini cuba diketengahkan semula kepada masyarakat kini dengan harapan supaya semua orang berpeluang untuk merasai sendiri keunikan Rendang Jerantan ini.

Semoga ianya mendapat tempat dihati masyarakat kini yang semakin kearah kemodenan.

Berminat nak rasa?
Dapatkan disini, ada Pack percubaan. 😉

https://shopee.com.my/product/42693507/8848325352?smtt=0.42694893-1619571692.9

Dan disini

https://shopee.com.my/product/15754102/8448811468?smtt=0.42694893-1619571967.9


Semoga terus istiqamah dalam menunaikan ibadah puasa.
28/04/2021

Semoga terus istiqamah dalam menunaikan ibadah puasa.

Masak juadah apa untuk berbuka kari ini?Selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat berbuka 😊
19/04/2021

Masak juadah apa untuk berbuka kari ini?
Selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat berbuka 😊

Address

Ipoh
31400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ziara Intelligent posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ziara Intelligent:

Share

Category