Bima Aquaculture

Bima Aquaculture Bima Aquaculture

,😱Ramalan 10 Juta Kematian Dijangkakan pada 2050 Disebabkan Anti Microbial Resistance 😱 Dasyatkan kesan AMR ??Pada 22 Ju...
22/07/2026

,😱Ramalan 10 Juta Kematian Dijangkakan pada 2050 Disebabkan Anti Microbial Resistance 😱 Dasyatkan kesan AMR ??

Pada 22 Julai, Bima Aquaculture berpeluang menyertai Program Kesedaran Antimicrobial Resistance (AMR) serta sesi penerangan mengenai Pensijilan MyGAP bagi industri akuakultur.

Program ini telah membuka ruang kepada kami untuk menambah ilmu dan memahami kepentingan amalan penternakan yang lebih bertanggungjawab, selamat dan mampan.

Antara perkongsian yang paling bermanfaat ialah:

🐟 Kepentingan penggunaan antibiotik, antifungal dan antiviral secara berhemah serta hanya apabila benar-benar diperlukan.

🐟 Risiko Antimicrobial Resistance (AMR) yang boleh berlaku akibat penggunaan antimikrob secara tidak terkawal.

🐟 Amalan pengurusan kolam yang baik mengikut piawaian MyGAP, termasuk aspek biosekuriti, kualiti air, kebersihan dan pengurusan kesihatan ikan.

🐟 Kepentingan menghasilkan ikan yang berkualiti, selamat dimakan dan memenuhi standard industri.

Di Bima Aquaculture, kami percaya bahawa ilmu dan penambahbaikan berterusan adalah kunci untuk membangunkan industri akuakultur yang lebih maju.

Setiap ilmu yang diperoleh akan kami jadikan panduan untuk meningkatkan kualiti pengurusan ladang serta memberikan hasil ternakan yang terbaik kepada pelanggan.

Terima kasih kepada pihak penganjur Jabatan Perikanan Negeri Perak atas program yang sangat bermanfaat.

Semoga usaha seperti ini dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan penternak dan terus memacu industri akuakultur Malaysia ke arah yang lebih mampan dan berdaya saing.

12/07/2026

Terima Kasih Atas Kepercayaan Anda
Terima kasih kepada semua penternak ikan keli di sekitar Hutan Melintang dan Teluk Intan yang terus memilih anak ikan yang kami bekalkan.

Mengapa Ramai Penternak Memilih Kami?

βœ… Anak ikan yang sihat, aktif dan berkualiti.
βœ… Saiz lebih seragam untuk memudahkan pengurusan ternakan.
βœ… Bekalan yang konsisten dan dipercayai.
βœ… Ramai pelanggan membuat pembelian berulang kerana berpuas hati dengan kualiti yang diterima.

Kepercayaan Yang Dibina Melalui Kualiti

Bagi kami, setiap anak ikan yang dibekalkan bukan sekadar untuk dijual, tetapi merupakan amanah kepada setiap penternak. Sebab itu kami sentiasa memastikan kualiti menjadi keutamaan agar penternak dapat memulakan ternakan dengan lebih yakin.

Komitmen Kami

Insya-Allah, kami akan terus membekalkan anak ikan berkualiti tinggi, memberikan perkhidmatan yang terbaik serta menjadi rakan yang boleh dipercayai oleh penternak di seluruh kawasan Hutan Melintang, Teluk Intan dan sekitarnya.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda. Semoga setiap kolam membawa hasil yang lumayan dan rezeki yang berpanjangan. 🀝🐟

Tempahan boleh anda hubungi Kedai Sumber Unggas Hitam Melintang dan Kedai Sumber Unggas Sabak Bernam

KURSUS ASAS TERNAKAN IKAN KELI "ZERO TO HERO" @ PKD SG HJ MUHAMMADAlhamdulillah, selesai Kursus Asas Penternakan Ikan Ke...
04/07/2026

KURSUS ASAS TERNAKAN IKAN KELI "ZERO TO HERO" @ PKD SG HJ MUHAMMAD

Alhamdulillah, selesai Kursus Asas Penternakan Ikan Keli "Zero to Hero" Siri Ke-2 anjuran PKD Sungai Haji Muhammad bersama Akademi Unggas.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak PKD Sungai Haji Muhammad atas jemputan serta kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk berkongsi ilmu bersama komuniti setempat.

Kami amat berbesar hati dapat bertemu dengan peserta yang hadir daripada pelbagai latar belakang. Ada yang ingin menternak ikan keli sebagai hobi, ada yang mahu menjana pendapatan sampingan, malah ada juga yang bercita-cita membangunkan projek penternakan secara komersial.

Sepanjang kursus ini, kami memberi penekanan kepada asas penternakan yang betul, kerana kejayaan sesuatu projek bermula daripada ilmu dan persediaan yang baik.

Antara topik yang dikongsikan ialah:

βœ… Pemilihan lokasi yang sesuai untuk ternakan.
βœ… Penyediaan kolam dan sistem ternakan.
βœ… Pemilihan benih ikan keli yang berkualiti.
βœ… Pengurusan kualiti air (pH, ammonia, nitrit & nitrat).
βœ… Kepadatan tebaran benih yang sesuai.
βœ… Teknik pemberian makanan dan pengurusan dedak.
βœ… Penjagaan kesihatan ikan serta pencegahan penyakit.
βœ… Pengurusan air dan penyelenggaraan kolam.
βœ… Pengiraan kos asas serta potensi keuntungan.
βœ… Persediaan pemasaran hasil ternakan.

Harapan kami, ilmu yang dikongsikan ini dapat menjadi titik permulaan kepada para peserta untuk memulakan projek ternakan ikan keli mengikut kemampuan masing-masing.

Tidak semestinya bermula dengan ribuan ekor. Mulakan dengan skala kecil, kuasai asas penternakan dengan betul, kumpul pengalaman, kemudian berkembang sedikit demi sedikit sehingga mampu menjadi sumber pendapatan yang berterusan.

Insya-Allah, dengan ilmu yang betul, usaha yang konsisten dan kesungguhan, penternakan ikan keli mampu menjadi satu bidang yang memberi pulangan yang baik.

Terima kasih sekali lagi kepada semua peserta yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang kursus berlangsung.

Jumpa lagi di siri kursus Akademi Unggas yang akan datang. Semoga lebih ramai bakal usahawan ternakan dapat kita lahirkan bersama.

Pada 16 Jun 2026 , kami terima kunjungan khas dari pihak Startlah bersama pengasas sebuah syarikat Start Up AquFISH dike...
17/06/2026

Pada 16 Jun 2026 , kami terima kunjungan khas dari pihak Startlah bersama pengasas sebuah syarikat Start Up AquFISH diketuai oleh pengasas En Rafiq.
Syarikat AquFISH sedang mengkomersialkan peranti AI IoT yang lengkap dengan pengesanan ujian kualiti air , jumlah ikan , berat ikan dan menyediakan ketepatan pemakanan yang tepat untuk ternakan ikan.Dengan ketepatan 97% dan ke atas.
Hasil perkongsian bersama En Rafiq..dengan penggunaan peranti AI IoT yang dicipta dapat mempercepatkan pembesaran ikan..jimat masa 2 bulan untuk capai berat ideal jualan.
Alhamdulillah hasil dari perjumpaan dan perkongsian ilmu bersama banyak yang kami dapat manfaat bersama terutama dalam memajukan industri akuakultur bagi penternak kecil dan sederhana.
Kami percaya jika penternak dapat menggunakan teknologi terkini dalam penternakan..Kita mampu memberi kesan positif pada industri akuakultur khasnya..Banyak peluang dibincangkan tentang insentif kerajaan kepada penternak.
Semoga pertemuan ini membuka peluang baru untuk kami mencuba sesuatu inovasi yang baru di tempat kami..

Kami mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah, Tahun Baru Islam 1448H kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh...
17/06/2026

Kami mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah, Tahun Baru Islam 1448H kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

Semoga tahun baharu ini membawa sinar kejayaan dan keberkatan lebih baik daripada sebelumnya.

Semoga setiap langkah kita dipandu oleh iman dan takwa kepada Allah SWT dan setiap usaha kita diberkati serta dipermudahkan.

10/06/2026

Anak Puyu Saiz Macam ni..Tak perlu risau dah pasal mati..

Insha Allah jaga air elok..Makan cukup cepat besar..

Ni anak ikan puyu yang kami bekalkan ke Kedai Sumber Unggas Sabak Bernam dan Hutan Melintang

Untung yang grab Anak Ikan dari Kedai Sumber Unggas..Mmg mega2 dah saiznya..Puas hati kena dengan harga
Nak.mula.ternak..Suka s**a dulu..Seronok nanti Mana tahu boleh jana pendapatan...Kann..

πŸ‡²πŸ‡Ύ DAULAT TUANKU πŸ‡²πŸ‡ΎMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Mah...
01/06/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ DAULAT TUANKU πŸ‡²πŸ‡Ύ

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesejahteraan, kesihatan yang baik, kebahagiaan serta keberkatan kepada Seri Paduka Baginda dalam memayungi rakyat dan memimpin negara tercinta.

✨ Daulat Tuanku ✨ Raja Berdaulat, Negara Sejahtera ✨ Rakyat Bersatu, Negara Maju

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‘‘

30/05/2026

Hantar Benih Ikan Puyu Padu ke Kedai Sumber Unggas Sabak Bernam Dan Hutan Melintang

Dapatkan anak ikan puyu yang Insha Allah ternak bela hidup semua..Cepat besar.. Hari hari seronok tgk bagi makan.
Nak ternak sikit nak ternak banyak..Boleh tempah di Kedai Sumber Unggas ya

Address

Akademi Unggas Parit 18 Sg Sumun
Hutan Melintang
36300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60126305987

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bima Aquaculture posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share