HANA Boutique

HANA Boutique Kepakaran saya adalah menyediakan pakaian yang menutup aurat anda dgn sempurna & selesa. Khidmat COD

07/09/2021

Jom.....cuci mata

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.Sedikit sharing pagi ni. Ada waktu kita dapat Nikmat ucap Alhamdulilah Ala Kulli ...
06/09/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Sedikit sharing pagi ni.

Ada waktu kita dapat Nikmat ucap Alhamdulilah Ala Kulli Hal. ๐Ÿคฒ๐Ÿ˜

Ada waktu kita dapat musibah, ucap Alhamdulilah Ala Kulli Hal. ๐Ÿคฒ๐Ÿ˜

Allah selalu mengingatkan kita dunia ni tidak kekal dan kita ni manusia biasa. Allah mendidik jiwa kita dengan musibah.

So, setiap kali ada nikmat dan musibah kena sentiasa ucapan Alhamdulilah Ala Kulli Hal ๐Ÿ˜

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. ๐Ÿ˜Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin di dalam Syarah Riadussolihin, ketika mem...
05/09/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. ๐Ÿ˜

Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin di dalam Syarah Riadussolihin, ketika membahaskan bab sabar menyatakan bahawa terdapat empat keadaan manusia dalam menghadapi ujian atau musibah daripada Allah.

1- Enggan menerima
2- Sabar
3- Redha
4- Syukur

Peringkat paling rendah ialah yang pertama. Ia merujuk kepada hati yang mula bersangka buruk dengan apa yang Allah takdirkan. Mula berfikir yang bukan-bukan tentang Allah. Hatinya mula mempersoalkan keadilan Allah. Lisannya p**a mula mengeluarkan kata-kata yang menzahirkan ketidak redhaan kepada apa yang Allah putuskan. Manakala tubuh badannya p**a melakukan perbuatan-perbuatan yang mula merosakkan diri seperti enggan makan berhari-hari, memukul-mukul dan meronta-ronta.

Peringkat kedua daripada bawah ialah sabar. Hatinya masih membenci musibah yang menimpa, dia berasa sedih, kecewa, dan sakit di atas musibah yang menimpa. Tetapi hatinya tidak pernah menyalahkan Allah. Tidak p**a hatinya berbisik bahawa Allah tidak adil. Lisan dan anggota tubuhnya terkawal daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan syaraโ€™ disebabkan musibah itu. Seorang mukmin, sewajarnya memastikan, inilah tahap paling rendah yang dia berada padanya. Jangan sehingga sampai terdetik sedikit di dalam hati prasangka buruk kepada Allah.

Peringkat kedua terbaik ialah redha. Ini merupakan satu peringkat yang sangat sukar dilakukan, tetapi ia menzahirkan sifat keimanan kepada qadha dan qadar Allah. Redha sehingga hatinya terbuka menerima ujian Allah. Seolah-olah tiada apa-apa yang buruk yang telah berlaku. Akan tetapi ini bukanlah peringkat yang terbaik .

Peringkat yang terbaik ialah syukur. Ini merupakan satu kedudukan yang sangat sukar dicapai. Di mana seorang insan, berasa gembira dan bersyukur apabila diuji, sehingga ucapan yang keluar daripada mulutnya ialah ucapan manusia yang menerima nikmat iaitu Alhamdulillah.

Peringkat terbaik ini bukanlah sesuatu yang mustahil dicapai. Seorang insan yang memahami bahawa setiap ujian itu mendatangkan pahala, dan menghapuskan dosa, mereka akan bersyukur dan mengucapkan tahmid tatkala diuji. Apakah nikmat yang lebih besar daripada pahala dan penghapusan dosa, yang mana penghujungnya ialah syurga dan dijauhkan daripada neraka.

Pasti, untuk mencapai tahap ini, memerlukan satu keimanan dan penghayatan yang kuat kepada maksud-maksud ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi sallallahu โ€˜alaihi wasallam. Semoga Allah menjadikan kita manusia bersyukur tatkala ujian menimpa diri kita.

Salam semua, selamat pagi, salam jumaat โค๏ธJangan lupa baca Al - Kahfi
03/09/2021

Salam semua, selamat pagi, salam jumaat โค๏ธ

Jangan lupa baca Al - Kahfi

02/09/2021
Suit Zakiya direka khas buat penggemar suit labuh berseluar dengan gaya kasual minimal tetap tampil ayu dan sopan di sam...
01/09/2021

Suit Zakiya direka khas buat penggemar suit labuh berseluar dengan gaya kasual minimal tetap tampil ayu dan sopan di samping dapat menutup aurat dengan sempurna.

๐Ÿ‘‰ Material: High Quality Heavy Como Crepe
( Tak jarang + Tak mudah berkedut + Memeri + Lembut + Mudah digosok )
๐Ÿ‘‰ Saiz : SS โ€“ XXL
๐Ÿ‘‰ Kategori warna: Sweet, pastel and bold
๐Ÿ‘‰ Design baju: Design terkini belahan suit labuh dan menampakkan ilusi tinggi
๐Ÿ‘‰ Design seluar: Design seluar potongan lurus yang menampakkan ilusi tinggi dengan pinggang fully getah.

Istimewa โœจ
โœ… Rekaan ringkas puff comel pada bahu yang dijahit kemas dan cantik
โœ… Mesra wuduk dengan rekaan lengan cuff cekak berzip yang mudah dibuka
โœ… Rekaan belahan pada bahagian sisi dan depan bawah baju untuk memudahkan pergerakan si pemakai
โœ… Mesra menyusu dengan zip sembunyi di hadapan
โœ… Ada poket dikiri dan kanan
โœ… Ada span di bahu
โœ… Si pemakai akan kelihatan lebih elegan, classy dan cantik terpesona
โœ… Sesuai dijadikan pakaian harian dan boleh digayakan ke semua majlis.

*Tiada dat
*Color may differ due to indoor lighting studio
*Order process in 7 -10 working days

https://wa.me/c/60164762164


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-64Marilah kita seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik ...
31/08/2021

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-64

Marilah kita seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik Covid-19, tanpa usia dan bangsa!

Semangat โ€œMalaysia Prihatinโ€ perlu disemarakkan dalam kehidupan kita untuk sentiasa semangat menyambut kemerdekaan walaupun di waktu yang sebegini.

Terima kasih Malaysia โค๏ธ
We love you Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐ŸŒบ SUIT SAFARRA ๐ŸŒบSafarra Suit direka khas kepada yang inginkan gaya berseluar kasual minimal tetap tampil ayu dan sopan d...
27/08/2021

๐ŸŒบ SUIT SAFARRA ๐ŸŒบ

Safarra Suit direka khas kepada yang inginkan gaya berseluar kasual minimal tetap tampil ayu dan sopan di samping dapat menutup aurat dengan sempurna.

๐Ÿ‘‰ Material: High Quality Heavy Como Crepe
( Tak jarang + Tak mudah berkedut + Memeri + Lembut + Mudah digosok )
๐Ÿ‘‰ Saiz : SS โ€“ XXL
๐Ÿ‘‰ Kategori warna: Sweet, pastel and bold
๐Ÿ‘‰ Design baju : Design terkini potongan baju labuh suit yang menampakkan ilusi kurus dilengkapi dengan belahan pendek pada kiri dan kanan baju memudahkan pergerakan si pemakai
๐Ÿ‘‰ Design seluar: Seluar potongan lurus yang menampakkan ilusi tinggi dengan seluar fully getah mudah dipakai

Istimewaโœจ

โœ… Dua welt pocket di hadapan baju untuk pelbagai guna
โœ… Jahitan tengah yang kemas dan cantik
โœ… Mesra wuduk dengan bukaan luas lengan cerut yang cantik
โœ… Mesra menyusu dengan zip sembunyi di hadapan
โœ… Ada span di bahu
โœ… Ada dat di belakang
โœ… Sesuai dijadikan pakaian harian dan mudah digayakan ke semua majlis

*Color may differ due to indoor lighting studio
*Order process in 7-10 working days

https://wa.me/c/60164762164


Assalamualaikum dan selamat pagi semua๐Ÿ˜โค๏ธ"Setiap penyakit pasti ada penawarnya"Semoga Allah angkat wabak covid19 ni dari...
23/08/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi semua๐Ÿ˜โค๏ธ

"Setiap penyakit pasti ada penawarnya"

Semoga Allah angkat wabak covid19 ni daripada kita semua๐Ÿคฒโœจ

Amin Ya Rabbal Alamin

๐ŸŒบ KURUNG CIK BUTANG ๐ŸŒบKurung Cik Butang direka khas buat penggemar baju kurung regular dengan gaya minimal ekslusif agar ...
22/08/2021

๐ŸŒบ KURUNG CIK BUTANG ๐ŸŒบ

Kurung Cik Butang direka khas buat penggemar baju kurung regular dengan gaya minimal ekslusif agar tampil ayu dan sopan di samping dapat menutup aurat dengan sempurna.

๐Ÿ‘‰ Material: High Quality Heavy Como Crepe
( Tak jarang + Tak mudah berkedut + Memeri + Lembut + Mudah digosok )
๐Ÿ‘‰ Saiz : SS โ€“ XXL
๐Ÿ‘‰ Kategori warna: Sweet, pastel and bold
๐Ÿ‘‰ Design baju : Design terkini potongan kurung regular yang cantik bergaya yang menampakkan ilusi tinggi
๐Ÿ‘‰ Design kain: Potongan kain mermaid menampakkan ilusi langsing dengan pinggang fully getah.

Istimewa โœจ
โœ… 7 butang bungkus eksklusif pada kiri dan kanan pergelangan tangan dijahit dengan kemas dan cantik
โœ… Mesra menyusu dengan zip sembunyi mudah dibuka
โœ… Mesra wuduk dengan 7 butang bungkus yang mudah dibuka
โœ… Tagging HASNURI di bahagian kanan bawah baju
โœ… Span dibahu
โœ… Dat di belakang
โœ… Sesuai dijadikan pakaian harian dan boleh digayakan ke semua majlis.

*Color may differ due to indoor lighting studio
*Order process in 7 - 10 working days

https://wa.me/c/60164762164


Salah satu ciri orang beriman adalah berkata baik. Bertutur kata baik dan santun merupakan cerminan akhlak seorang musli...
22/08/2021

Salah satu ciri orang beriman adalah berkata baik. Bertutur kata baik dan santun merupakan cerminan akhlak seorang muslim yang membawa kedamaian bagi dirinya maupun orang-orang di lingkungan sekitarnya. Bertutur kata yang baik dan santun diterapkan kepada siapapun lawan bicara, baik orang tua, sesama atau kepada orang yang usianya berada di bawah kita. Juga kepada orang-orang yang kita sayangi. Rasulullah bahkan mencontohkan untuk berkata baik kepada pembantunya.

Lidah memang tidak bertulang sehingga ia boleh secara fleksibel digunakan oleh manusia untuk bercakap. Namun, jika tidak disertai dengan kawalan diri, maka kesan dari ucapan yang menyakitkan akan lebih dahsyat daripada luka dengan sebilah pedang. Lukanya akan melekat dalam jangka waktu yang lama, bahkan boleh sampai ajal memisahkan nyawa dari raga. Kerana itu, pergunakanlah dengan bijak, hanya untuk hal-hal bermanfaat dan menjauhkan diri dari akibat yang boleh merugikan.

Address

George Town

Telephone

+60164762164

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HANA Boutique posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to HANA Boutique:

Share