Azharima Simpul KasIh

Azharima Simpul KasIh Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Azharima Simpul KasIh, Shopping & retail, Gemas.

27/06/2024

Moga dapat pengajaran dari kisah ini.

Seorang bapa berkata kepada anaknya:
"Kamu lulus peperiksaan dengan kepujian, ini adalah kereta yang ayah beli bertahun-tahun yang lalu. Ayah sayang dan simpan untuk hadiahkan kepada kamu"

Si anak melihat kereta yang agak lusuh dan terbiar lama di garaj usang.

"Tetapi sebelum ayah berikan kepada kamu, bawalah ke kedai menjual kereta terpakai dan beritahu mereka bahawa kamu ingin menjualnya dan lihat berapakah nilai yang akan mereka tawarkan kepada kamu."

Anak lelaki itu pergi ke kedai kereta terpakai dan kembali kepada bapanya dan berkata:

"Mereka menawarkan saya 5000 kerana kereta itu tidak terjaga dan kelihatan sangat usang."

Si bapa berkata, "Cuba bawa ke kedai yang boleh di gadai."

Anak lelaki itu pergi ke kedai gadai. Kembali kepada bapanya dan berkata:

"Kedai itu menawarkan 500 saja kerana ia adalah sebuah kereta yang sangat tua."

Kemudian Si bapa meminta anaknya pergi ke sebuah kelab kereta dan menunjukkan kepada mereka kereta itu.

Anak lelaki itu membawa kereta itu ke kelab, kembali dan memberitahu bapanya:

โ€œBeberapa orang di kelab itu menawarkan 100,000 untuknya kerana ia adalah Nissan Skyline R34. Kereta ikonik dan dicari oleh banyak orang.

Si bapa berkata kepada anaknya:

"AYAH NAK KAMU TAHU. TEMPAT DAN ORANG YANG TEPAT MENGHARGAI KAMU DENGAN NILAI YANG BETUL"

*****

Sekiranya kita tidak dihargai, jangan marah, ini bermakna kita berada di tempat yang salah.

Mereka yang benar kenal pasti tahu bagaimana untuk menghargai.

Jangan tunggu lama2 ditempat kita tidak dihargai. Jangan buang masa berurusan dengan orang yang tidak menghargai kita.

Kredit: FB Mohamad Faidzal via Jipilli Saikar

22/12/2022
12/10/2022

Simpan kat sini , bila nak masak boleh tengok balik

RESEPI AYAM BAKAR

Bahan A
๐Ÿ‘‰ 1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan

Bahan B
1 batang serai
5 ulas bawang putih
Sedikit halia

๐Ÿ‘‰ Boleh kisar atau tumbuk.

Bahan C (kuantiti sesuai selera ye)
Sedikit sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Serbuk kunyit
Lada hitam serbuk
Lada hitam hancur
Sedikit lada putih
Garam
Sedikit minyak masak @ minyak bijan
Lebih kurang 1 sudu besar planta

๐Ÿ‘‰ Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30min.

Bahan D
๐Ÿ‘‰ Gula atau madu. Boleh skip kalau x s**a, sy letak madu supaya tak de la nnt rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap td.

๐Ÿ‘‰ Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.

๐Ÿ‘‰ Bakar dalam oven ikut suhu masingยฒ ye. Sy guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30min.

Sumber : Duang Promlikit

07/10/2022
20/09/2022

RESEPI NASI BERIYANI*โค

4 cwn beras moghul faiza ( beras pnjang ) basuh n rendam 10 minit
1 cwan susu cair
5 cwn air
1 kiub aym
garam
5 sudu besar rempah briyani bncuh ngn sikit air pekat gitu
rempah tumis
bwg putih, bwg besar , halia hiris smua.
pewarna kuning jenis air
minyak utk menumis ( guna myk sapi pon boleh, tp sy x s**a)

cara2
panaskn myk tumis rempah tumis n bwg putih, bwg merah n halia. dh layu msukkn rmpah briyani. tumis lg hgga naik bau. masukkn susu cair , air, kiub aym, sedikit garam.

biar mendidih kmudian masukkn beras yg dh di rendam td. msk hgga air hmpir kering. tutup api. alihkan beras dlm loyang, titikkan 2 sudu besar pewarna kuning kt atas nasi n kukus smp masak.

cara ni nasi masak cntik dan x berkerak. dh masak kaup balik nasi guna garfu spy nsi cntik x patah2. buh la daun sup n bwg goreng.

# pewarna kuning just titikkn je ye jgn gaul. pas titik terus kukus.
lau nk buh kismis atau gajus bleh buh sblm kukus.

RESEPI AYAM MSK SMBAL PAK KASIM
ayam goreng ketepikan
semangkuk lada kering
2 inci jalia
5 ulas bwg putih
5 biji bwg merah
6 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
garam, gula n ajinomoto
4 tangkai.daun kari

cara
blend smua bahan. panaskan myk tumis smp naik bau. buh garam, gula, aji, sos n kicap. tumis lg smp pekat. masukkn air 2 cwn. n ayam goreng. masak smp kuah pekat buh daun kari golek2 tutup api. siapp.. rasa dia.mesti manis mcm smbal tumis gitu.

RESEPI JELATAH TIMUN NENAS

potong timun, nenas, bwg besar n Lada merah.
masuk dlm bekas n letak garam, gula dan oren sunquick scukup rasa. siapp

20/09/2022

Nasi lemak sambal bilis petai, ayam goreng tepung, alhamdulillah razeki hari ini... Sy share rasepi sambal bilis petai yer.. Nak sambal mcm tu kne tumis lama2 yer...
Resepi Sambal Bilis Petai
Bahan:
Ikan bilis- dibersihkan dan tos kan...
2 senduk cili kering kisar
1/2 cawan air asam jawa
3 papan petai
3 biji bawang merah ( kisar)
2 ulas bawang putih ( kisar)
Garam Dan gula secukup rasa
Sedikit belacan
Nisang @ Gula melaka
Minyak
Cara2:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak, angkat dan ketepikan.
Dalam kuali yang sama, keluarkan sedikit minyak, tinggalkan lebih kurang 4 sudu besar minyak..
tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga bawang betul2 masak dan garing ye.
Masukkan cili kisar, masak sampai garing dan betul2 pecah minyak.. kemudian masukkan air asam jawa dan belacan.. Kacau biar rata dan Masukkan garam, gula secukup rasa serta gula melaka.. kemudian masukkan ikan bilis.. Petai masukkan last yer.. Dh masak boleh hidangkan..
Rasepi ni xmasukkan petai boleh jgk.. Buat Smbal bilis biasa...

20/09/2022

Sotong Masak Kicap

Bahan-Bahan

1) 3-4 ekor sotong
2) 1 inci halia - dihiris @ diketuk
3) 3 biji bawang putih - dihiris @ diketuk
4) 1 batang serai - diketuk
5) 6 - 7 biji cili api - diketuk
6) 1 biji bawang besar - hirisan bulat
7) 1 cawan kicap manis @ lemak manis
๐Ÿ˜Ž Garam
9) Cuka @ air asam jawa

Cara Memasak

1) Bersihkan sotong dan dihiris mengikut citarasa
2) Tumiskan halia, bawang putih, cili api & serai sehingga wangi.
3) Masukkan kicap manis ke dalam tumisan tadi. Tunggu hingga mendidih.
4) Masukkan bawang yang dihiris dan sotong dan kacau.
5) Biarkan hingga bawang layu & sotong masak.
6) Masukkan garam dan cuka (sedikit sahaja).

Address

Gemas
73400

Telephone

+60192326118

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azharima Simpul KasIh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Azharima Simpul KasIh:

Share