Mohbeli.Com

Mohbeli.Com Portal jual beli makanan, produk dan pengiklanan

Aktiviti Mohinfaq ke-13.Mulai tahun 2025, aktiviti mohinfaq yang terkini akan di war-warkan di page DiTec UMPSA
13/03/2025

Aktiviti Mohinfaq ke-13.

Mulai tahun 2025, aktiviti mohinfaq yang terkini akan di war-warkan di page DiTec UMPSA

PROGRAM MOHINFAQ KALI KE-11[Selasa , 18 APril 2023] Alhamdulillah selesai sudah program mohinfaq kali ke-11 yang telah d...
29/05/2023

PROGRAM MOHINFAQ KALI KE-11

[Selasa , 18 APril 2023] Alhamdulillah selesai sudah program mohinfaq kali ke-11 yang telah dilaksanakan bersama NGO Kelab Kebajikan & Sosial Pahang. Program kali ini adalah agihan untuk sumbangan terkumpul dari para penyumbang yang terdiri daripada sumbangan persendirian dan melalui portal mohbeli.com bermula Jan 2023 hingga April 2023. Sebanyak 16 pax barangan dapur dan sumbangan duit raya telah diagihkan kepada keluarga asnaf. Program kali ini juga bersempena dengan aktiviti PTMK pada bulan Ramadhan 1444H.

Sasaran sumbangan kali ini adalah kepada keluarga asnaf sekitar kawasan Kuala Penor. Terima kasih atas sumbangan anda semua. Moga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran.

Beberapa rumah yang di ziarah telah usang dan memerlukan baikpulih. Pihak NGO Kelab Kebajikan & Sosial Pahang berhasrat ingin mengumpul dana dan mengalu-alukan pihak yang berminat untuk bekerjasama bagi membantu kerja-kerja baikpulih rumah mereka yang terlibat.

Insyaallah program mohinfaq ini akan diteruskan di masa-masa akan datang. Teruskan menyumbang untuk kesinambungan program ini di masa akan datang.

Sumbangan barangan dapur untuk asnaf boleh di buat terus pada link http://bit.ly/mohinfaq

Blog Mohinfaq
https://mohbeli.com/category/mohinfaq/
Credit Gambar
Mustafa Kamal Bin Daud


Alhamdulillah selesai sudah program mohinfaq kali ke-10 yang telah dilaksanakan bersama NGO Kelab Kebajikan & Sosial Pah...
21/01/2023

Alhamdulillah selesai sudah program mohinfaq kali ke-10 yang telah dilaksanakan bersama NGO Kelab Kebajikan & Sosial Pahang. Program kali ini adalah agihan untuk sumbangan terkumpul dari para penyumbang melalui portal mohbeli.com bermula Mei 2022 hingga Jan 2023. Sebanyak 10 pax barangan dapur telah diagihkan kepada 10 keluarga asnaf.

Sasaran sumbangan kali ini adalah kepada keluarga asnaf sekitar kawasan Kuala Penor. Terima kasih atas sumbangan anda semua. Moga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran.

Insyaallah program mohinfaq ini akan diteruskan di masa-masa akan datang. Teruskan menyumbang untuk kesinambungan program ini di masa akan datang.

Sumbangan barangan dapur untuk asnaf boleh di buat terus pada link http://bit.ly/mohinfaq

Blog Mohinfaq
https://mohbeli.com/category/mohinfaq/

Credit Gambar
Mustafa Kamal Bin Daud


AGIHAN & SUMBANGAN PROGRAM MOHINFAQ KALI KE-9[Khamis , 28 April 2022] Alhamdulillah selesai sudah program mohinfaq kali ...
12/05/2022

AGIHAN & SUMBANGAN PROGRAM MOHINFAQ KALI KE-9

[Khamis , 28 April 2022] Alhamdulillah selesai sudah program mohinfaq kali ke-9 yang telah dilaksanakan bersama NGO Kelab Kebajikan & Sosial Pahang. Program kali ini adalah khusus bersempena bulan Ramadhan 1443H.

Pihak kami telah menerima banyak sumbangan walaupun tempoh pemakluman di buat dalam masa yang singkat. Antara sumbangan yang diterima bersempena program mohinfaq ramadhan ini adalah :
- 22 pax barangan dapur sumbangan orang ramai melalui portal mohbeli.com
- 3 pax barangan dapur serahan terus kepada team mohinfaq
- 23 pax beras 5kg
- Tunai RM200 (serahan RM50 ke 4 keluarga asnaf terpilih)

Sasaran sumbangan kali ini adalah kepada keluarga asnaf sekitar kawasan Penor. Terima kasih atas sumbangan anda semua. Moga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran.

Insyaallah program mohinfaq ini akan diteruskan di masa-masa akan datang. Teruskan menyumbang untuk kesinambungan program ini di masa akan datang.

Blog Mohbeli
https://mohbeli.com/agihan-sumbangan-program-mohinfaq-kali-ke-9/

Seluruh warga kerja mohbeli.com ingin mengucapkan selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Semoga segala amal ibadah kita...
01/05/2022

Seluruh warga kerja mohbeli.com ingin mengucapkan selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Semoga segala amal ibadah kita pada bulan Ramadan diterima Allah hendaknya.


AGIHAN & SUMBANGAN PROGRAM MOHINFAQ KALI KE-8Alhamdulillah...program mohinfaq kali ke-8 telah selesai dilaksanakan pada ...
01/03/2022

AGIHAN & SUMBANGAN PROGRAM MOHINFAQ KALI KE-8

Alhamdulillah...program mohinfaq kali ke-8 telah selesai dilaksanakan pada Selasa (1 Mac 2022) dgn bantuan NGO Kelab Kebajikan & Sosial Pahang. Sebanyak 13 pax barangan dapur untuk 13 keluarga berjaya dikumpulkan melalui portal mohbeli.com bermula Mei 2021 sehingga Feb 2022. Sasaran sumbangan kali ini adalah kepada ibu tunggal sekitar kawasan Penor.

Terima kasih atas sumbangan anda semua. Moga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran. Insyaallah target program seterusnya pada bulan Ramadhan.

Moh kita berinfaq.


Assalamualaikum & salam sejahtera. Untuk makluman, pihak teknikal mohbeli akan membuat kerja penyelenggaraan & naiktaraf...
08/12/2021

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Untuk makluman, pihak teknikal mohbeli akan membuat kerja penyelenggaraan & naiktaraf pada portal mohbeli.com
seperti ketetapan berikut :

Hari : Rabu
Tarikh : 8 Disember 2021
Jam : bermula jam 10:00 am hingga 17:00pm

Terdapat gangguan untuk akses ke sistem mohbeli sepanjang kerja penyelenggaraan dilakukan. Harap maaf atas kesulitan tersebut.

Akses ke sistem dijangka kembali pulih pada jam 17:00.

Terima kasih

🎁INFAQ PRIHATIN STAF LANDSKAP PPH UMP🎁1. Sejak PKP1.0 – PKP3.0 seramai 70 – 85 pekerja ikhtisas gaji harian Landskap UMP...
22/06/2021

🎁INFAQ PRIHATIN STAF LANDSKAP PPH UMP🎁

1. Sejak PKP1.0 – PKP3.0 seramai 70 – 85 pekerja ikhtisas gaji harian Landskap UMPπŸ‘·πŸ»β€β™€οΈπŸ‘¨πŸ»β€πŸŒΎ telah terjejas pendapatannya berikutan bilangan jam berkerja mereka dihadkan bagi mengekang pandemik covid19. Pekerja ini adalah dikalangan komuniti setempat sekitar Kampus UMP Kuala Pahang dan kurang berkemampuan.

2. Sebagai menghargai sumbangan tenaga kerja mereka bagi mengindahkan landskap UMP πŸŒΈπŸŒ³πŸ¦ŒπŸ¦† semua dipelawa untuk menaja keperluan barang dapur dan harian keluarga bernilai RM65 (termasuk caj pengurusan sistem dan penghantaran).

3. Saluran sumbangan berbentuk keperluan asas keluarga seperti beras, tepung, sardin, bihun, susu cair, teh/kopi, biskut, gula, minyak masak dan bahan pencuci boleh dibuat melalui platform mohbeli.com πŸšπŸžβ˜• https://mohbeli.com/product/infaq-prihatin-staf-landskap-pph-ump/

4. Ikhlas - Unit Pengurusan Tanaman dan Landskap PPPH UMP. Keterangan lanjut sila hubungi Pn Ernie (019-488 0432) atau Pn Marhaniza (013-975 8089)

❀️Sumbangan anda bermakna buat mereka yang memerlukan
Terima kasih atas bantuan, pihak Mohbeli.com akan sampaikan πŸ“¦

Innalillah wainna ilaihi rajiunBaru terima berita dari Rizal (informer program Mohinfaq Kuala Pahang) , ibu kpd Makcik A...
20/06/2021

Innalillah wainna ilaihi rajiun

Baru terima berita dari Rizal (informer program Mohinfaq Kuala Pahang) , ibu kpd Makcik Ara (biasa dipanggil Tok) yg pernah menerima sumbangan barangan dapur dari program Mohinfaq telah kembali ke rahmatullah selepas zohor tadi ...Jenazah Insyaallah akan dikebumikan selepas asar.

Last kita bagi sumbangan kepada keluarga Tok pada Ramadhan yang lepas. Tok telah lama terlantar sakit dan dijaga oleh anaknya Makcik Ara.

Kita doakan moga Allah ampuni dosa2 Nya dan ditempatkan Tok dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh dan dipermudahkan segala urusan keluarga Tok.... Amin

AGIHAN & SUMBANGAN PROGRAM MOHINFAQ KALI KE-7Jumlah terkumpul pax sumbangan barang dapur RM50  bermula 4 Mei 2020 hingga...
27/05/2021

AGIHAN & SUMBANGAN PROGRAM MOHINFAQ KALI KE-7

Jumlah terkumpul pax sumbangan barang dapur RM50 bermula 4 Mei 2020 hingga 26 April 2021 adalah sebanyak 31 pax. Terima kasih kepada para penyumbang. Agihan tersebut selesai dilaksanakan Ahad malam (2 mei 2021) dan pada Khamis (6 mei 2021) dgn bantuan NGO Kelab Kebajikan & Sosial Pahang.

Mohon maaf tidak dapat kongsikan gambar kesemua 31 keluarga yang telah menerima sumbangan sebagaimana kebiasaan aktiviti mohinfaq yang lepas kerana kekangan PKP pada waktu tersebut.

Walaubagaimanapun order number utk sumbangan tersebut kami update di sini utk rujukan penyumbang. Pihak penyumbang boleh merujuk pada email dengan tajuk "Your MohBeli order is now complete" yang menunjukkan sumbangan telah selesai dilaksanakan.

Mohon maaf atas kekurangan dan kelewatan membuat serahan sumbangan dari saudara/saudari sekalian.

Terima kasih atas sumbangan anda. Moga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran. amin

Moh kita berinfaq

PROGRAM MOHINFAQ KALI KE-7Alhamdulillah...program mohinfaq kali ke-7 di buat bersempena bulan ramadhan ini telah selesai...
07/05/2021

PROGRAM MOHINFAQ KALI KE-7

Alhamdulillah...program mohinfaq kali ke-7 di buat bersempena bulan ramadhan ini telah selesai dilaksanakan Ahad malam (2 mei 2021) dan pada Khamis (6 mei 2021) dgn bantuan NGO Kelab Kebajikan & Sosial Pahang... Mohbeli telah menerima sumbangan dari pelbagai pihak .

Sebanyak 31 pax sumbangan barang dapur untuk 31 keluarga berjaya dikumpulkan bagi bulan Mei 2020 & hingga April 2021 (sumbangan dari 4 Mei 2020 hingga 26 April 2021 di portal mohbeli.com). Sumbangan lain berupa kuih raya, kain pelikat dan belanja tunai untuk sambutan hari raya.

Moga Allah membalas dengan sebaik-baik balasan dan menjadi amal kita di sana kelak... Sedikit perkongsian gambar2 sumbangan


Tempahan anda dalam tindakan.. Tunggu ya.. Kami kerja lebih masa utk anda πŸ˜„
24/10/2020

Tempahan anda dalam tindakan.. Tunggu ya.. Kami kerja lebih masa utk anda πŸ˜„

Address

Gambang
26300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohbeli.Com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mohbeli.Com:

Share