07/01/2024
Aku orang tanya aku dari mana. Aku jawab Dungun.
Kalau orang tanya aku asal mana, dengan bangganya aku jawab Johor.
Walaupun separuh hidup aku di luar Johor, namun kecintaan kepada tempat asal tetap membara.
Walaupun aku boleh bercakap loghat Terengganu, tetapi kalau orang Johor cakap, aku boleh teka dia berasal daerah mana ataupun sub-etniknya.
Maka, wajiblah aku membaca buku ini agar kekal kejohoran aku. Ahhh gitu.
Buku ini memaparkan sejarah Kesultanan Johor yang dibangunkan dari puing Kesultanan Melaka yang diserang Portugis.
Buku ini tak seperti buku sejarah biasa. Buku ini disusun secara kronologi. Bermula dari Sultan Melaka terakhir, iaitu Sultan Mahmud Syah hingga Sultan Mahmud Syah. Ya, aku tak salah tulis. Memang nama kedua-dua sultan tu sama. Beza lebih 170 tahun.
Dalam sejarah dinamakan juga sebagai Sultan Mahmud Syah Melaka dan Sultan Mahmud Syah Johor.
Sultan Mahmud Syah Johor tiada anak. Kemudian beliau diganti oleh Bendahara Tun Abdul Jalil. Maka, bermulah era pemerintahan keturunan bendahara selama lebih kurang 200 tahun sebelum digantikan p**a oleh keturunan Sultan Johor sekarang.
Membaca buku ini baru kita tahu rupanya memang ada usaha dari orang-orang Melayu untuk menawan kembali Melaka.
Juga, peperangan turut tiga penjuru berlaku antara Johor, Aceh dan Melaka (Portugis/Belanda) selama beratus tahun untuk menguasai Selat Melaka.
Selain cerita pasal sultan, buku ini juga ada bercerita tentang pembesar-pembesar (terutamanya bendahara) yang bersama sultan.
Bila banyak baca buku sejarah, aku sedar bahawa sebenarnya penjajah tidaklah mengusai tanah melayu ini secara penuh. Mereka dapat sikit-sikit sahaja. Sebab nenek moyang kita dulu kuat melawan.
Kuat melawan penjajah tau. Buat kuat melawan dengan taip makian dalam Facebook. Hohohohoho