10/11/2026
𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐃𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀𝐀𝐍.
Bila saya bercakap tentang perniagaan di KAB Gold, ada 2 benda yang selalu saya tekankan :
𝐏𝐫𝐢𝐧𝐬𝐢𝐩 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦, 𝐈𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐡𝐬𝐚𝐧.
Islam maksudnya kita kena patuh kepada segala hukum hakam jual beli secara umum dan emas secara khusus. Ini akan menentukan sah atau batal setiap urusniaga di KAB Gold.
Iman maksudnya kita kena percaya bahawa perniagaan di dunia ini ada kesannya kepada dosa, pahala, syurga dan neraka. Kita tak boleh berbuat sesuka hati kita kerana kesannya amat panjang sehingga ke hari akhirat.
Ihsan ialah akhlak dalam urusniaga seperti bertimbang rasa dalam setiap tindakan, jujur dalam pemasaran dan keadilan bagi semua orang. Tidak hairanlah kalau you all tengok, ada saja tawaran hati gembira yang diberi kepada semua pelanggan yang setia menyokong perjuangan KAB Gold.
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐡 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐝𝐢𝐩𝐚𝐧𝐝𝐮 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡.
Bila kita bercakap tentang produk yang patuh Syariah, itu sebenarnya biasa dan di tahap paling rendah.
Di KAB Gold, saya memperkenalkan konsep dipandu oleh Syariah. Maksudnya, setiap apa yang mahu dilakukan di peringkat dalaman atau diperkenalkan kepada masyarakat umum, mestilah mengambil kira faktor boleh atau tidak dari sudut Syariah.
Inilah perkara yang saya tak dapat nak buat di syarikat ehem-ehem masa saya jadi ejen dulu. Walaupun projek patuh Syariah syarikat ehem-ehem tu saya yang lead, penglibatan saya ada hadnya kerana syarikat itu bukan saya yang punya.
Bila dah ada KAB Gold, macam-macam boleh saya buat secara bersungguh-sungguh dengan bimbingan Penasihat Syariah Rasmi iaitu Dr. Ahmad Sufyan Che Abdullah. Patuh Syariah kita bukan hanya pada produk secara umum tetapi juga pada variasi dari produk tersebut secara khusus.
Misalnya, ada 2 produk utama di KAB Gold iaitu Belian Terus dan Uncang Emas (termasuk Uncang Emas Plus).
Patuh Syariah KAB Gold bukan pada strukur asas produk sahaja tetapi kami turut mengeluarkan perbincangan Syariah berkaitan proses pembayaran, payment gateway, bila duit masuk, masa akad berlaku, bagaimana kalau berlaku pembatalan dan sebagainya dengan jelas.
Bila KAB Gold nak jual emas di Shoppee, ia diangkat kepada penasihat syariah terlebih dahulu. Bila kami nak perkenalkan pembelian secara auto debit, ia dirujuk kepada penasihat syariah untuk panduan.
Lepas ni kami nak bincang p**ak isu pendapatan boleh diwarisi oleh waris p**ak. Boleh ke tak boleh? Macamana mekanisme terbaik dan sebagainya. Itu pun kami bincang.
Bak kata Dr. Sufyan bila saya jumpa beliau tadi, takde penasihat syariah yang sanggup pecah kepala nak buat semua tu secara detail kalau tak kerana desakan daripada pemilik perniagaan sendiri.
Tak keterlaluan kalau saya katakan, KAB Gold dah jadi trend setter dalam bab patuh Syariah. Banyak keputusan Syariah dan dokumentasi dijadikan ikutan oleh syarikat-syarikat lain.
Sebab itulah, ramai yang tanya saya tentang beli emas bayar ansuran, kenapa takde di KAB Gold?
Ok, sekarang saya bagitahu la apa sebabnya.
1. Beli emas secara ansuran ni khilaf pada barang kemas sahaja.
2. Kita boleh strukturkan belian selain barang kemas agar patuh Syariah tetapi perlukan pemantuan yang rapi dan syarat yang ketat.
3. Sebagai contoh, duit yang dibayar setiap bulan adalah sekuriti deposit atau dalam Bahasa Arab - Hamisy Jiddiyyah.
4. Bila dah selesai bayar baru boleh akad jual beli pada harga yang dipersetujui pada awalnya terlebih dahulu.
5. Duit sekuriti deposit adalah amanah. Pemegang amanah tak boleh menggunakan duit tersebut atas apa saja alasan.
Ahaaaa…. Yang nombor 5 ni saya ada sikit sangkut.
Kalau saya ejen, saya tak boleh nak paksa syarikat untuk tak guna. Who am I to dictate this and that?
Kalau saya syarikat p**a, kelabu mata saya tengok duit banyak-banyak dan kalau saya biarkan begitu saja, bodohlah saya sebagai seorang peniaga.
Makanya, jalan paling selamat dan patuh Syariah, KAB Gold keluar terus dari khilaf dan tak tawarkan pun produk yang boleh menimbulkan masalah dari sudut Syariah dan operasi.
Sebab itulah KAB Gold takde produk beli emas bayar ansuran. Menjaga halal haram dalam urusniaga tu lebih utama daripada sekadar nak bagi ramai orang tertarik dan membeli emas.
Faham ye semua anak-anak?
Makanya, marilah kita berhijrah ke KAB Gold. Support orang Islam yang betul-betul nak buat perniagaan dengan cara yang bukan saja menarik tetapi juga patuh sepatuhnya pada Syariah dan dipandu p**a oleh Syariah pada segenap aspek.
“𝐀𝐥𝐚 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳… 𝐬𝐮𝐬𝐚𝐡 𝐥𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐀𝐁 𝐆𝐨𝐥𝐝. 𝐃𝐚𝐡 𝐥𝐚 𝐛𝐚𝐫𝐮, 𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐭𝐮 𝐭𝐚𝐤𝐥𝐞𝐡 𝐧𝐚𝐤 𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐞𝐡𝐞𝐦-𝐞𝐡𝐞𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐡 𝐞𝐬𝐭𝐚𝐛𝐥𝐢𝐬𝐡𝐞𝐝 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧.”
Saya cakap… semua yang lama bermula baru. Semua yang established bermula dengan ke hulu ke hilir mencari arah. Semua yang berjuta pelanggan bermula dari takde pelanggan.
Kenapa boleh jadi lama, established dan berjuta pelanggan? Sebab semua pakat duk sokong dengan sepenuh hati.
KAB Gold pun tak mustahil akan jadi lama, established dan berjuta pelanggan kalau semua pakat-pakat support.
Dulu mungkin la takde pilihan. Tapi sekarang ni, takde sebab untuk tak sokong KAB Gold. Lebih-lebih lagi bagi orang yang beragama Islam.
Jom simpan emas bersama KABGold dengan tenang dan yakin.
Whatsapps skrg : 019-566 3426