IQRA Read Bookstores

IQRA Read Bookstores There is a Book Waiting for You

A subsidiary company of Malakat Lifestyle

31/08/2024
The Best of Maaf Cakap ArticlesMEREKA YANG LEMAU FIKIRANTatkala menjalankan tugas, saya bertemu dengan pelbagai ragam ma...
21/08/2024

The Best of Maaf Cakap Articles
MEREKA YANG LEMAU FIKIRAN

Tatkala menjalankan tugas, saya bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Biasa juga berdepan dengan berbagai kerenah dan bersemuka dengan bermacam tahap pemikiran.

Saya selalu bertemu dengan anak muda yang pandai berhujah dan terjumpa juga dengan orang berusia yang bercakap macam budak-budak. Kesemuanya membuat saya pelik dan mula mengerti akan kata-kata orang dahulu, kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.

Kadangkala saya berurusan dengan orang yang nampak selamba dan toya. Tetapi bila bercakap, ayat-ayatnya tersusun bagai sebuah teks ucapan yang betul nahunya.

Ada ketikanya saya bercakap dengan individu yang tampak hebat lagi berpersonaliti. Bagaimana pun, apabila bertukar pendapat, kata-katanya begitu klise, yang saya pernah dengar sebelum ini.

Mengapa terjadi begitu? Mengapa usia itu tidak dapat mencerminkan tahap pemikiran seseorang? Bukankah sedari kecil, apabila seseorang itu memasuki tadika, dia dilatih untuk mengenal abjad dan hafal turutan nombor? Lazimnya hampir kesemua daripada mereka dapat mengenal dan menghafal abjad dan nombor-nombor itu.

Menginjak ke darjah satu, dua, tiga dan seterusnya… kesemua pelajar mendapat ilmu yang sama. Sistem peperiksaan mengukur keseragaman kesemua kefahaman para pelajar secara setanding.

Di universiti p**a, walaupun masing-masing mengambil jurusan yang berbeza, mereka kesemua akhirnya mempunyai kemahiran asas berfikir yang hampir serupa.

Mereka terlatih dalam pemahaman dan kefahaman, berfikiran secara kritikal, menyelesai masalah, mentafsir, menganalisa dan merumus. Jadi, secara asasnya, apabila mereka keluar dari menara gading, masing-masing mempunyai aras pemikiran yang setara.

Sistem pelajaranlah yang menyelaraskan tahap pemikiran para pelajar mengikut usia. Sukatan pelajaran yang tertentu telah membentuk dan menjadi acuan agar kesemua mereka yang belajar hingga ke tahap universiti akan mempunyai satu aras pemikiran yang setara.

Jadi, mengapa juga kita akan terjumpa para pensyarah yang boleh tertipu dalam skim yang palsu? Mengapa kita temui ahli-ahli politik yang berhujah dengan alasan-alasan yang kartun?

Bagaimana p**a kita temui ahli perniagaan yang membina empayar dengan cara menipu dan tidak dengan cara menggembleng pemikiran intelektualnmya untuk memperoleh untung?

Setelah merenung, saya cenderung untuk mengatakan bahawa sebahagian besar mereka yang telah tamat zaman pendidikan masing-masing telah membuang buku jauh-jauh dari diri mereka.
Pendek kata, mereka tidak lagi mahu atau s**a membaca.

Keterujaan untuk menimba ilmu sudah tiada lagi dalam kamus hidup mereka. Akhirnya, usia mental mereka telah terhenti sebaik sahaja mereka mendapat segulung ijazah.

Keseronokan mencari ilmu sudah hilang dari sanubari mereka. Mata mereka lebih meliar bila berkunjung ke butik pakaian kerana riang melihat pelbagai jenis busana. Mereka terlalu seronok menatap menu sajian di restoran.

Tetapi ramai ibubapa yang bertahap intelektual hanya membelek majalah di gedung-gedung buku sementara menanti si anak mendapatkan komik kegemarannya.

Keinginan untuk menambah ilmu sudah mati. Bila usia semakin lanjut dan ilmu tidak bertambah, otak yang ada semakin berkarat. Ia mudah lemah bila tidak diberi santapan minda berupa bahan-bahan bacaan.

Akibatnya, sebilangan besar daripada mereka membuat keputusan hidup bersandarkan dengan apa yang orang lain lakukan. Bukan hasil dapatan original diri sendiri hasil dari bahan bacaan yang lain daripada orang lain.

Kita berdepan dengan masyarakat yang lemau pemikiran. Jika mereka setuju pada sesebuah pandangan, mereka akan mengulas balik apa yang mereka perolehi secara bombastik dan berlebih-lebihan umpama burung kakak tua.

Sebaliknya jika mereka tidak setuju dengan sesebuah pendapat, mereka bukannya memberi pandangan yang kontra terhadap pendapat itu, sebaliknya, membelasah si pemberi pendapat itu sekali! Inilah mereka yang lemau pemikiran.

Mereka ini terbahagi kepada dua golongan. Golongan pertama ialah mereka yang hanya pandai mengajuk. Golongan kedua p**a ialah golongan yang hanya pandai mengutuk

*Maaf Cakap ialah kolum yang terbit di akhbar Sinar Harian cetak dan online pada setiap Rabu.

DATANG, JANGAN TAK DATANGInilah peluang anda mendapatkan buku-buku baharu dengan harga diskaun. Kami beri diskaun kerana...
28/07/2024

DATANG, JANGAN TAK DATANG

Inilah peluang anda mendapatkan buku-buku baharu dengan harga diskaun. Kami beri diskaun kerana CLEARANCE SALE. Iya, jualan kasi clear.

Mulai esok, kami akan mula kemas-kemas. Buku-buku yang tak terjual akan kami p**angkan kepada penerbit. Kalau anda sempat dan bernasib baik, anda bolehlah dapatkan buku yang dihajati.

Tapi kalau anda ingin nasib yang lebih baik, datang aje hari ini. Ada lagi buku-buku dari penerbit Grup Buku Karangkraf, Karya Bestari, PTS, Iman Publications, Telaga Biru, Hijjaz Publications, Karya Publika, Ana Muslim dan Goodreads yang terpamer.

Datang aje hari ini. Omputih kata, get a good deal...

BUKU, WALAUPUN HARGANYA MURAH, NILAINYA TETAP TINGGIHari ini Sabtu. Esok hari Ahad. Tinggal dua hari sahaja lagi bagi Iq...
27/07/2024

BUKU, WALAUPUN HARGANYA MURAH, NILAINYA TETAP TINGGI

Hari ini Sabtu. Esok hari Ahad. Tinggal dua hari sahaja lagi bagi Iqraread menawarkan diskaun minima 30 % bagi buku-buku, sebelum kami p**angkan kepada para penerbit.

Ada juga novel-novel harga puluhan ringgit kami tawarkan RM10.00 sahaja. Buku Prelove p**a dijual dengan harga semurah RM5.00. Malah banyak buku kanak-kanak banyak yang dijual dengan harga RM2.00!

Dan hampir kesemua buku-buku ini adalah buku-buku yang diterbitkan oleh penerbit terkenal seperti Karya Bestari, Grup Buku Karangkraf, Ana Muslim, PTS, Iman Publications, Hijjaz Publications, Telaga Biru, Mustread dan banyak lagi.

Kualitinya baik. Dari membeli di kedai-kedai lain yang menawarkan harga penuh, beli sahaja di kedai kami dengan harga diskaun. Sila ke kedai kami hari ini.

*Kebanyakan buku-buku di Iqraread adalah buku konsainment. Ertinya, buku-buku itu diletak oleh penerbit untuk jualan. Buku-buku ini kami jual dengan diskaun 30 %.

*Terdapat buku-buku yang telah kami beli sepenuhnya. Buku-buku ini mempunyai diskaun sehingga 70 %.

*Buku dan komik prelove juga ingin kami habiskan. Buku yang berharga puluh-puluh ringgit pun kami jual murah dengan harga di antara RM3.00 - RM8.00 sahaja.

Mari, mari, mari. Lai, lai, lai.

KENAPA TEAM AL-IKHSAN SPORTS DATANG KE MALAKAT MALL?Hari ini, Jumaat, 26 Julai. Jika semalam, team sumber manusia Habib ...
26/07/2024

KENAPA TEAM AL-IKHSAN SPORTS DATANG KE MALAKAT MALL?

Hari ini, Jumaat, 26 Julai. Jika semalam, team sumber manusia Habib Group, yang terkenal dengan kedai berlian Habib Jewel datang ke Malakat Mall untuk menemuduga staf yang berminat untuk menyertai kump**an itu, hari ini Al-Ikhsan Sports p**a yang datang.

Al-Ikhsan Sports merupakan rangkaian kedai s**an yang mempamerkan jenama-jenama level dunia. Mereka bawa jenama Nike, Umbro, Lotto, New Balance, Puma, Asics dan juga Skechers. Dari kasut, baju dan seluar trek serta segala kelengkapan s**an dijual oleh Al-Ikhsan Sports.

Sebagai sebuah perniagaan, pihak pengurusan Malakat Mall memang mempunyai sahabat-sahabat usahawan, korporat dan bisnes yang sentiasa saling bekerja sama dan bantu membantu. Para usahawan bumiputera memang ada rangkaian dan grup yang saling berhubung dan bertukar maklumat.

Ini berbeza dengan pandangan banyak pihak yang beranggapan pihak Malakat Mall terkontang kanting sendirian. Malah ada yang berharap kami akan tersungkur dan mati beragan! Insya-ALLAH, tidak.

Di Malaysia ini pun banyak perniagaan yang tutup cawangan, mengecilkan operasi atau beralih bidang bisnes. Bagi para usahawan, ia sesuatu yang perlu dilakukan. Biasanya mana-mana usahawan yang tutup kedai tak akan duduk diam. Kalau dia duduk diam pun, ada aje kawan usahawan yang tarik tangan mengajak dia terus berlari. Ada sahaja venture baharu yang menanti.

Oh ya, temuduga ini juga terbuka kepada umum. Anda yang berminat boleh juga datang ke Malakat Mall hari ini. Temuduga terbuka ini diadakan dari sekarang 2.00 petang hingga 6.00 petang.

Address

Lingkaran Cyber Point Timur
Cyberjaya
63000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IQRA Read Bookstores posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to IQRA Read Bookstores:

Share

Category