Aryan Irfan Enterprise

Aryan Irfan Enterprise Saya menjual ebook resepi pelbagai masakan. #1- #4 resepi Periuk pelbagai fungsi Noxxa. #5- #6 resepi Bread maker Noxxa. #7 - #25 resepi pelbagai. RM5 satu.

24/05/2022

eh...sedapnya..

Pecal Jawa

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang):

150 gm kacang tanah- sangai, buang kulit dan kisar separa halus (kasar dan halus)
10 tangkai cili kering- kerat, basuh dan toskan.
5 tangkai cili padi akar (resepi mat dan Abbot 10-15 tangkai... Kalau taj tak tahan pedas melampau, 5 tangkai pun dah berasap...)
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan -dibakar
2 inci isi cekur-
1 1/2 sudu besar udang kering- rendam 10 minit, toskan dan sangrai
1/2 sudu teh pati asam jawa Adabi + dengan 1/2 cawan air
1 sudu teh garam
5 sudu besar gula
1/2 cawan air

Bahan lain:

1 bungkus tempe- hiris nipis, gaul garam dan kunyit (campur sedikit air)- goreng
2 keping tauhu- goreng- hiris kecil
tauge- buang ekor dan dicelur sebentar
3 urat kacang panjang, celur dan kerat 1 inci
1 ikat kangkung - celur
1/2 biji sengkuang- kupas, hiris panjang-panjang
timun -hiris panjang-panjang
jantung pisang, celur
pucuk ubi- celur

*** celur dalam periuk berisi air dan 1 sudu besar minyak masak.(petua ni ye)
Sayur nampak cantik dan jantung pisang tak lebam

cara membuat kuah:

1. Goreng cili kering dan cili padi dalam 1/2 cawan minyak masak ,2-3 minit. Angkat dan toskan. Goreng juga bawang merah dan bawang putih hingga bahagian luarnya layu. Angkat dan toskan.
2. Goreng tempe dan tauhu menggunakan kuali yang sama.
3. Masukkan cili kering, cili padi, air asam jawa, ubi cekur, belacan dan udang kering ke dalam pengisar. Kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk. Licinkan baki bahan kisar dalam pengisar dengan 1/2 cawan air lagi. Masukkan ke dalam mangkuk.
4. Campurkan kacang tanah, garam dan gula. Kacau sebati

Address

Bandar Tun Hussein Onn
Cheras
43200

Telephone

+60192494819

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aryan Irfan Enterprise posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share