Pustaka Ulama -PUM WP

Pustaka Ulama -PUM WP Menjual Buku Agama

15/01/2025
Buku Pustaka UlamaTajuk : Baldatun Tayyibah Model Kesultanan Melayu NusantaraPenyelenggara: 1) Ruzaimi Ahmad2) Mohd Rosl...
27/06/2024

Buku Pustaka Ulama

Tajuk : Baldatun Tayyibah Model Kesultanan Melayu Nusantara

Penyelenggara:
1) Ruzaimi Ahmad
2) Mohd Roslan Mohd Nor

Penerbit : Persatuan Ulama Malaysia

Semasa pemerintahan Kerajaan Islam Melaka contohnya, undang-undang Islam di perkenalkan. Ia dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Keadilan sistem pemerintahan dan perundangan Islam telah menarik bangsa lain seperti pedagang dari China dan Gujerat, orang Arab serta ramai lagi untuk datang dan menetap di Melaka. Akhirnya Kerajaan Islam Melaka di kenali dari Eropah sehingga ke negara China. Apa yang lebih menarik ia telah berjaya mewujudkan zon aman, damai dan makmur di kep**auan Melayu Nusantara.

Disamping mengambil ibrah daripada sejarah Melayu, membetulkan fakta dan kaedah melihat serta memahami fakta sejarah juga penting. Selama ini kita mengenali Tok Janggut sebagai pemberontak. Fakta sebenar, beliau adalah seorang pejuang Islam yang memerangi kezaliman British dan memperjuangkan kemerdekaan untuk negaranya. Justeru sudut pandang terhadap fakta sejarah juga perlu dibetulkan kerana sejarah ditulis oleh orang yang menang. Maka mereka bebas menafsirkan fakta sejarah yang dicatat.

Buku ini menghimpunkan makalah-makalah ilmiah berkaitan sejarah kegemilangan kesultanan, adab budaya dan sistem perundangan di alam Melayu. Sewajarnya, buku ini dijadikan sebagai bahan rujukan dan panduan dalam membina peradaban baru.

Untuk yang berminat boleh dapatkan di kedai Pustaka Ulama di Masjid Bandar Tun Hussein Onn ataupun boleh tekan link di bawah

πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

https://wa.me/6017824566?text=Assalamualaikum%20Saya%20berminat%20dengan%20buku%20ini

Harga RM30 sahaja

Urusan pos juga boleh tekan link whatsapp yang tertera di atase

Buku Pustaka UlamaTajuk : Syarah Al-Jalal Al-MahalliyKarang : Al-Imam Jalal Al-Din Muhammad Bin AhmadPenerbit : Pembangu...
07/06/2024

Buku Pustaka Ulama

Tajuk : Syarah Al-Jalal Al-Mahalliy

Karang : Al-Imam Jalal Al-Din Muhammad Bin Ahmad

Penerbit : Pembangunan Ruwaq Jawi Services

Buku ini merupakan terjemahan serta komentar terhadap Matan Al-Waraqat karya Imam Al-Haramain Al-Juwaini. Buku ini membincangkan kesemua bab yang asa bagi ilmu Usul Fiqh. Sesuai untuk mereka yang berada pada peringkat permulaan dalam mempelajari Usul Fiqh. Komentar di ruangan nota kaki berperanan memberikan maklumat tambahan buat para pembaca.

Untuk yang berminat boleh dapatkan di kedai Pustaka Ulama di Masjid Bandar Tun Hussein Onn ataupun boleh tekan link di bawah

πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

https://wa.me/6017824566?text=Assalamualaikum%20Saya%20berminat%20dengan%20buku%20ini

Harga RM30 sahaja

Urusan pos juga boleh tekan link whatsapp yang tertera di atas

Siri Buku Pustaka UlamaTajuk : Terjemaha & Huraian Al-Nur Al-MubinKarya : Al-Imam Al-Allamah  Dr. Ali Jum'ahPenerbit: Ak...
29/05/2024

Siri Buku Pustaka Ulama

Tajuk : Terjemaha & Huraian Al-Nur Al-Mubin

Karya : Al-Imam Al-Allamah Dr. Ali Jum'ah

Penerbit: Akademi Pemikiran Turath Al-Mustanir

Karya agung al-Imam Ibn Juzay al-Ghamati al-Maliki yang bernama al-Nur al-Mubin Fi Qawa’id β€˜Aqa’id al-Din adalah karya yang menghimpunkan sejumlah perbahasan akidah yang disertakan bersamanya dalil-dalil tuntas yang meyakinkan kaum mukminin, dalam masa yang sama menolak kesesatan puak mushrik, nasrani, yahudi, dan lain-lain.

Dalil yang dimuatkan disepadukan antara aqli dan naqli. Penulis kitab ini seakan-akan merumuskan kaedah-kaedah al-Quran dalam membentangkan tentang persoalan akidah.

Penterjemah juga telah memuatkan di awal kitab muqaddimah ilmu yang digelar al-Mabadi sl-β€˜Asharah sebagai pedoman buat penuntut ilmu yang ingin mendalami ilmu akidah.

Untuk yang berminat boleh dapatkan di kedai Pustaka Ulama di Masjid Bandar Tun Hussein Onn ataupun boleh tekan link di bawah

πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

https://wa.me/60178245866?text=Assalamualaikum%20Saya%20berminat%20dengan%20buku%20ini

Harga RM38 sahaja

Urusan pos juga boleh tekan link whatsapp yang tertera di atas.

Siri Buku Pustaka UlamaTajuk : Jalan Menuju AllahPenulis : Al-Imam Al-Allamah  Dr. Ali Jum'ahPenerbit: Akademi Pemikiran...
20/05/2024

Siri Buku Pustaka Ulama

Tajuk : Jalan Menuju Allah

Penulis : Al-Imam Al-Allamah Dr. Ali Jum'ah

Penerbit: Akademi Pemikiran Turath Al-Mustanir

Buku ini adalah hasil tulisan semula kandungan pengajian yang telah disampaikan oleh Fadilah Al-Imam Al-Allamah Nur Al-Din Ali Jum'ah di Masjid Al-Ashirah Al-Muhammadiyyah di Al-Darrasah Kaherah Mesir sekitar sebelas pengajian pada tahun 2001.

Beliau menerangkan tentang petunjuk menuju Allah S.W.T, cara-cara melepasi penghalang yang bakal ditemui oleh para Salik, mengenali penyakit-penyakit yang boleh hadir semasa perjalananyan dan cara melepaskan diri daripadanya. Semua ini terbit daripada hati yang memahami syariat dan hakikat, yang menyelam ke dalam lautan ini serta menyelidik dasarnya. Sesungguhnya Al-Imam merupakan sosok murabbi yang mulia, yang telah melahirkan banyak penuntut hakikat. Beliau telah membimbing dan memandu mereka sehingga mereka sampai ke pesisir aman dan daratan makrifat.

Untuk yang berminat boleh dapatkan di kedai Pustaka Ulama di Masjid Bandar Tun Hussein Onn ataupun boleh tekan link di bawah

πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

https://wa.me/60178245866?text=Assalamualaikum%20Saya%20berminat%20dengan%20buku%20ini

Harga RM38 sahaja

Urusan pos juga boleh tekan link whatsapp yang tertera di atas.

Siri Buku Pustaka Ulama Tajuk: Memahami Pemikiran Melampau serta Pendekatan Ringkas Mendepani Pentafsiran Al-Quran & Wac...
17/05/2024

Siri Buku Pustaka Ulama

Tajuk: Memahami Pemikiran Melampau serta Pendekatan Ringkas Mendepani Pentafsiran Al-Quran & Wacana Maqasid Syariah

Penulis : Dr. Mohd Fakhrudin Abdul Mukti

Terbitan: Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia

Pemikiran melampau adalah satu musibah yang merugikan umat Islam dan manusia sejagat. Ianya bercanggah dengan fitrah yang Allah anugerahkan kepada manusia sekaligus membawa imejburuk kepada Islam selaku agama Allah yang diturunkan dengan namanya β€œAl-Islam” bagi mengupas isu-isu pelampauan pemikiran yang menimbulkan ketakutan sekaligus melahirkan islamophibia. Kupasan yang diberikan semuanya bersifat ilmiah dan akademik berdasarkan al-Quran Sunnah dan pandangan ulama’ yang muktabar.

Semoga sebahagian dari tajuk-tajuk yang dikemukakan dalam β€œSiri Membanteras Pemikiran Melampau” terbitan WOAG ii dapat memberi pencerahan kepada isu yang timbul dari hasil salah faham terhadap konsep-konsep Islam yang ada kena mengenadengan kehidupan bernegara yang banyak menimbulkan perselisihan yang membawa ketegangan dalam kalangan ummah.

Bagi yang berminat boleh dapatkan di Kedai Pustaka Ulama Masjid Bandar Tun Husain Onn, Cheras ataupon boleh tekan link di bawah

πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

https://wa.me/60178245866?text=Assalamualaikum%20Saya%20berminat%20dengan%20buku%20ini

Harga RM25 Sahaja.

Urusan pos juga boleh tekan link whatsapp tertera.

Terima kasih

Siri Buku Pustaka Ulama Tajuk: 50 Wasiat Rasulullah SAW Untuk WanitaPenulis : Majdi As-Sayyid Ibrahim Terbitan Bersama: ...
09/05/2024

Siri Buku Pustaka Ulama

Tajuk: 50 Wasiat Rasulullah SAW Untuk Wanita

Penulis : Majdi As-Sayyid Ibrahim

Terbitan Bersama:
1)Persatuan Ulama Malaysia
2)Pustaka Syuhada

WANITA adalah pembentuk generasi masa hadapan. Merekalah yang banyak berperanan mendidik para pemimpin, pewira dan srikadi negara. Namun bagaiman mungkin seorang wanita dapat mempersiapkan sebuah generasi keluarga dan anggota masyarakat yang kuat dan beriman kecuali mereka benar-benar seorang muslimah, terpandang kerana agamanya, berpegang kepada panduan Tuhannya dan mengikuti Sunnah@@ Nabi.

Buku 50 WASIAT RASULULLAH SAW UNTUK WANITA ini memperjelaskan pelbagai kaedah, tunjuk ajar, bimbingan serta pedoman yang bolej diteladani. Terhimpun di dalam buku ini petikan ayat-ayat al-Quran serta diperteguhkan oleh hadis-hadis sahih dari Rasulullah SAW, yang berisi bermacam wasiat. Diharapkan buku ini dapat menarik minat para wanita Muslimah untuk mencontohinya.

Bagi yang berminat boleh dapatkan di Kedai Pustaka Ulama Masjid Bandar Tun Husain Onn, Cheras ataupon boleh tekan link shopee Pustaka Ulama πŸ‘‰πŸ» https://my.shp.ee/LPoPAQT .

+60178245866

Harga RM50 Sahaja.

Atau terus menghubungi whatsapp admin untuk urusan pos.

Terima kasih

Siri Buku Pustaka Ulama Tajuk: Rasulullah Negarawan Ulung Editor dan Penyelenggara: 1- Prof Madya Dr. Shukeri Bin Mohama...
23/04/2024

Siri Buku Pustaka Ulama

Tajuk: Rasulullah Negarawan Ulung

Editor dan Penyelenggara:
1- Prof Madya Dr. Shukeri Bin Mohamad
2- Mohamad Zamri Bin Mohamed Shapik
3- Rumaizi Bin Ahmad

Terbitan: Persatuan Ulama Malaysia

Buku ini merupakan himpunan kertas kerja yang pernah dibentangkan dalam Seminar Rasulullah Negarawan Ulung, anjuran Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS).Ia mengandungi empat tajuk yang meliputi:

-Tinjauan terhadap bentuk kerajaan yang didirikan oleh Rasulullah SAW;
-Perlembagaan Negara Rasulullah yang diaplikasikan sebagai asas pembentukan negara Madinah pada masa itu serta sejarah perkembangan pembentukan negara tersebut dan pengisiannya;
-Konsep negara berkebajikan yang ditetapkan pada zaman Rasulullah SAW hasil kepimpinan baginda yang berpaksikan wahyu; dan
-Ketokohan Rasulullah SAW sebagai seorang Panglima Angkatan Tentera yang memimpin perang dan damai di zamannya.

Bagi yang berminat boleh dapatkan di Kedai Pustaka Ulama Masjid Bandar Tun Husain Onn, Cheras ataupon boleh tekan link shopee Pustaka Ulama πŸ‘‰πŸ» https://my.shp.ee/LPoPAQT .

+60178245866

Harga RM30 Sahaja.

Atau terus menghubungi whatsapp admin untuk urusan pos.

Terima kasih

Siri Buku Pustaka Ulama Tajuk: Menekuni Strategi Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk Editor dan Penyelenggara: 1- Baharom Kas...
14/04/2024

Siri Buku Pustaka Ulama

Tajuk: Menekuni Strategi Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk

Editor dan Penyelenggara:
1- Baharom Kassim
2- Mohd Roslan Mohd Nor
3- Abdul Karim Ali
4- Luqman Haji Abdullah

Terbitan: Persatuan Ulama Malaysia

Malaysia boleh dianggap sebagai sebuah negara yang unik. Keunikanya terletak kepada demografi dan kepelbagaian warna kulit, bangsa, etnik, kebudayaan serta anutan agama penduduknya. Kepelbagaian ini dari satu sudut adalah sumber kekuatan yang amat bermakna jika dapat digembeling dan dimanfaatkan sebaik mungkin. Bagaimanapun dari sudut yang kain p**a, jika kepelbagaian ini tidak dicermati, ia mampu meledakan keadaan kucar kacir, provokasi, huru hara perselisihan dan berbagai gejala negativ yang tidak sihat. Malah mampu meletakan negara dalam kedudukan yang tidak stabil.

Buku ini merupakan sebuah naskah koleksi wacana akademik yang membicarakan pelbagai aspek yang berkisar isi-isu yang disebutkan diatas. Ia hasil kompilasi kertas kerja Seminar Serantau Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk anjuran Persatuan Ulama (PUM). Buku ini PUM terbitkan antaranya bagi menjelaskan sikap islam buat kita menekuni. Di samping untuk diambil iktibar mengenai isu-isu kepelbagaian etnik di negara ini dari sudut pandang islam.

Bagi yang berminat boleh dapatkan di Kedai Pustaka Ulama Masjid Bandar Tun Husain Onn, Cheras.

+60178245866

Harga RM30.00 Sahaja.

Atau terus menghubungi whatsapp admin untuk urusan pos.

Terima kasih

Pustaka Ulama (PUM WP) diperkenalkan bagi mengumpulkan karya serta terjemahan Ulama dan Asatizah. Ia Juga mampu memudahk...
31/03/2024

Pustaka Ulama (PUM WP) diperkenalkan bagi mengumpulkan karya serta terjemahan Ulama dan Asatizah.

Ia Juga mampu memudahkan masyarakat mendapatkan bahan ilmiah serta membantu ekonomi Persatuan Ulama Malaysia (Cawangan Wilayah Persekutan) dalam berkidmat kepada masyarakat.

Pustaka ini beroperasi di Lot Kedai di dalam Masjid Bandar Tun Husain Onn, Cheras, Selangor.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi kami di
+60178245866 (Shafiq)
+601120991872 (Ikmal)

Semoga bermanafaat

Address

(Lot Kedai Masjid BTHO), Lot 4, Jalan Suarasa 8/3, Bandar Tun Husain Onn
Cheras
43200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60178245866

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pustaka Ulama -PUM WP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category