10/02/2025
Semoga dipermudah urusan semua 👍
Minggu “dompet berdarah”
Minggu ni banyak bayaran yang perlu dibuat oleh ibu ayah. Yuran sekolah, buku, baju, segala macam perlu dibayar. Kos hidup pulak sekarang semakin tinggi, memang boleh sakit kepala.
Apa-apa pun hidup perlu diteruskan, bayaran tetap perlu diuruskan. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.
اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah."
Dalam situasi macam ni, mungkin ini beberapa perkara yang kita boleh usahakan.
Pertama : kita bayar ikut pada keperluan & keutamaan.
Tak semua benda kena bayar sekaligus. Utamakan yang wajib dulu, yuran sekolah, buku, dan keperluan asas. Kalau ada benda yang boleh tangguh, tangguhkan dulu.
Contohnya, beli kasut sekolah kalau yang lama masih boleh pakai sebulan dua. Yuran sekolah lun ada sebahagian boleh bayar secara ansuran.
Kedua : kita guna bantuan yang ada.
Check la kalau ada bantuan kerajaan atau sekolah. Contohnya Bantuan Awal Persekolahan (BAP) atau zakat pendidikan. Kadang-kadang PIBG pun ada sediakan bantuan untuk keluarga yang memerlukan.
PM pernah memperjuangan dengan lantang pendidikan percuma sebelum ini, harapnya dapatlah direalisasikan sebaiknya.
Ketiga : Berbincanglah dengan pasangan kita. Jangan hadap sorang².
Duduk berbincang dengan pasangan atau keluarga jika kita perlukan bantuan sementara.
Ye la, mungkin mereka boleh hulur sikit, atau boleh bagi pandangan yang baik untuk selesaikan kesulitan yang ada.
Keempat : Cuba kita kurangkan perbelanjaan yang tak penting.
Untuk sementara waktu, mungkin boleh kurangkan makan di luar, beli barang ikut pada keperluan dan boleh guna barang sekolah tahun lepas kalau masih elok. Anak-anak pun boleh diajar berjimat.
Kelima : Kalau kita ada masa lebih boleh cari pendapatan sampingan.
Kalau ada masa sikit, buat kerja part-time atau bisnes kecil-kecilan. Ramai juga yang bawa grab selepas waktu kerja, samada grab makanan atau penumpang.
Zaman sekarang banyak peluang, cuma kena rajin cari dan usaha.
Dan yang paling penting, jangan stress sangat. Masalah ni sementara je InsyaAllah. Plan elok-elok, InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan.
Stay strong! Rabbuna Yusahhil!!