11/01/2022
Bagaimana anda hendak tahu apa kandungan yang terdapat dalam snek sekiranya kandungan makanan yang dipapar di pek bungkusan snek adalah bahasa yang tidak difahami?
Bayangkan jika ada bahan yang anda alah atau amaran khas yang dinyatakan di pek bungkusan. Belum lagi kandungan yang belum tentu suci untuk umat islam.
Jika berlaku sebarang masalah, siapakah pengimport yang bertanggungjawab?
Lambakan snek yang di import dari Jepun, Korea dan China yang dijual di pasaran yang TIDAK mempunyai label dalam bahasa melayu atau inggeris sebenarnya adalah satu kesalahan dibawah akta Makanan 1985.
Jika ada peniaga yang menjual produk sebegini, laporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau Bahagian Keselamatan Dan Kualiti makanan berhampiran.
Peniaga boleh didenda sehingga 10 ribu ringgit atau penjara tidak lebih 2 tahun.