Ritzjasmine Collection

Ritzjasmine Collection Ritzjasmine collection is a registered sole owner company since 2006.

20/05/2023

kuih lagend dr zaman nenek & mak² kita dlu, kuih siput 🐚🐌🐚.. buat kuih ni pasang lagu raya semangat nk siapkn pejam² doh dh habis 😂😂..

Resepi 🐚🐚...
1. 1kg tpg gandum xkisah cap apa² (sy guna bakers choice)
2. 1 peket serbuk kari babas daging spicy (25g)
3. 1 cawan majerin (sy guna cap pelangi)
4. 1 biji telor
5. ½ cawan gula
6. 1 sudu teh garam halus
7. Jintan manis & jintan putih (tiada s**atan agak² je blend)
8. Daun kari (gunting halus²)
9. 1 ½cawan santan..

Satukan semua bahan² gaul hingga sebati, masukkn sedikit air dan uli..doh jgn trlalu lembik jgn trlalu keras,sedang² je .. dh siap bleh terus terap kt papan acuan golek² je siput korg atas dulang 😊 , masa grg nt tabur je daun kari dlm myk tu bg wangi...selamat mencuba 🤌❤❤

kredit: suisan




20/05/2023

Sup ni kalau sapa pi kedai makanan cina muslim msti prh tgk, xya makan nasi pon xpa😛

Resepi
*Crabstick
*Cendawan
*Suhun (sedikit

lemak (2sudu
pekat (stgah sudu
paper (stgah sudu
bijian (stgah sudu
(stgah sudu

•tepung jagung

-telur sebiji

1.panaskan air & letak bahan yang bertanda *
2.lepas 5minit letak bahan yg bertanda @
3. Kacau rata and bagi cukup rasa ikot rasa kita.
4.letak tepung jagung yang sebelom ni dah kacau dgn air sampai sup tu rasa pekat, tpi jgan pekat sgt yeeee
5. Last tutup api dan letak telur sebiji and kacau cpt2 (kne tutup api baru letak tau & kacau cpt2, baru nampak cantik😛

Selamat mencuba.

Sumber : Melon Tay II

20/05/2023

Agar agar Pandan Santan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan
25 gram agar-agar bertali
1500 ml air
1 cawan gula pasir
2 -3 ketul gula batu - sebesar ibu jari tangan - opsyenal
1 cawan air daun pandan - kisar 5 helai daun pandan dg 1 cawan air dan tapis
1 cawan santan - guna 1/2 biji kelapa parut
1 biji telur gred A
Sedikit pewarna hijau

Cara cara:
Masak agar agar dengan air sehingga hancur. Setelah agar agar hancur, masukkan gula dan gula batu. Kacau lagi sehingga gula hancur.

Masukkan kelapa parut, daun pandan dan telur ke dalam blender dengan 1 1/2 cawan air. Setelah dikisar hancur, diperah dan ambil santan sebanyak 2 cawan. Masukkan sedikit pewarna hijau. Saya tak letak kerana tiada stock, jadi warna hijau daun pandan original tidak berapa cantik.

Tuang santan ke dalam periuk agar agar. Kacau rata sehingga ianya mendidih. Setelah mendidih dan masak sekata, angkat dan tuang ke dalam loyang atau acuan yang dis**ai.

Setelah hampir mengeras, pindahkan ke dalam peti sejuk. Setelah keras, bolehlah dipotong dan dihidangkan sejuk sejuk, memang sedap.

Nota:
Guna gula batu supaya agar agar tidak berair ketika dipotong. Ia akan lebih pejal.

20/05/2023

Resipi Lasagna Roti Murah & Terlajak Sedap

Guna roti je, tak perlu dah kepingan lasagna.
Bahan-bahan:
12 keping roti
3 biji telur
200 ml susu segar
8 keping keju
1 cawan Mozzarella cheese (diparut)
1 cekak daun sup
1 biji cili merah (dihiris)
4 sudu besar sos lada hitam
4 sudu besar sos tomato
300 gram daging cincang
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dicincang)
1 cubit garam dan gula
Cara-cara Penyediaan:
Inti Daging
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
3. Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air.
4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan daun sup dan cili merah.
6. Masak sehingga daging masak dan kering.
7. Ketepikan dan biarkan inti daging sejuk.
Lasagna Roti
1. Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega.
2. Pukul telur dan susu sehingga sebati.
3. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.
4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
5. Susun kepingan keju ke atas daging.
6. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
7. Akhir sekali, taburkan parutan keju Mozzarella di atas lapisan atas sekali.
8. Jika ada lebihan telur, siramkan di atas roti.
9. Bakar pada suhu 180ºC lebih kurang 40 minit.

Kredit : Mimie Ali




20/05/2023
04/09/2022
04/09/2022

sagu gula Melaka 1 adunan 2 versi..nk mkn dgn sos kastard atau pun dgn kelapa.
cikza bgi resepi sekali.

3 cwan sagu direbus separuh masak dn di lalu bwah air mengalir untuk buang kanji ketepikan.
dlm periuk masukkan 3 keping nise atau pun gula Melaka sedikit gula pasir,air dan daun pandan disimpul.air dlm 1 litter.dh menggelegak masukkan sagu tdi kacau sampai masak dh x ada yg biji putih2.angkat dn boleh lah masukkan kedlm loyang.betul2 sejuk bru potong..

sos kastard.

1 tin susu cair
1 Sb tpg kastard
sedikit garam dan daun pandan
masak diatas api sampai menggelegak.

kelapa ambil yg putih sahaja dn dikukus skjp.
gaul garam.potong kuih sagu yg disejukkan terlebih dahulu golek2 kn dgn kelapa siap.
Kredit: Noriza awang hamat

03/09/2022

Claypot Ayam Sh*take

Bahan-bahan:
Bahan nasi:

1 pot beras Jasmine Siam wangi (dicuci bersih dan direndam 30 minit)
1 pot air rebusan ayam (guna pot s**atan beras) / kiub pati ayam + air panas
Sedikit minyak bijan
Bahan untuk ayam:

2 keping dada + peha ayam
½ inci halia (ditumbuk halus/ mayang nipis)
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus/ mayang nipis)
1 sudu besar sos tiram
¼ sudu kecil chinese 5 spice
2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil gula perang
1 sudu kecil tepung jagung
Sedikit air rebusan ayam
Sedikit minyak masak
Bahan cendawan sh*take:

5-7 kuntum cendawan sh*take kering
2 tangkai daun bawang (dipotong kecil)
3 tangkai cili kering(di cuci & potong-potong)
1sudu besar lobak asin (direbus dulu, kemudian cincang halus) –*optional
Sedikit minyak bijan
Bahan hiasan:

Daun bawang
Bawang goreng
Peralatan:

Mangkuk tanah atau claypot
Cara-cara:
Rebus ayam dulu sehingga 50-60% masak dan barulah gaulkan ayam dengan semua bahan-bahan untuk ayam dan ketepikan selama 30 minit. Boleh juga jika tidak direbus.
Panaskan sedikit minyak bijan, kemudian tumis daun bawang & cili kering hingga naik bau.
Kemudian, masukkan lobak asin diikuti cendawan sh*take.
Kacau hingga sebati, perasakan dengan sedikit gula & garam. Angkat dan ketepikan.
Kemudian, masukkan air rebusan ayam ke dalam mangkuk tanah, tutup mangkuk dan jerang di atas api sehingga mendidih.
Bila mendidih, masukkan beras yang dah dibasuh bersih,kecilkan api. Tutup mangkuk tanah dengan penutupnya, biarkan hingga nasi 80% masak.
Sementara nasi masak, tumiskan ayam dan bahan-bahan perap.
Masukkan air rebusan ayam, biarkan hingga ia agak pekat dan ayam masak.
Bila nasi sudah 80% masak, gemburkan sedikit dengan garpu.
Masukkan ayam dan cendawan yang dah masak tadi ke dalam mangkuk.
Tabur sedikit daun bawang, tutup semula mangkuk dan masak dengan api yang kecil sehingga nasi masak 100% dan daging ayam empuk.
Matikan api.
Tabukan dengan sedikit lagi bawang goreng.
Sedia untuk dihidang.

Kredit: Ben Safwan

Address

F-1-4 Puncak Arabella
Cameron Highlands
39000

Telephone

+60129111416

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ritzjasmine Collection posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share