Novel House

Novel House Saya menjual novel2 terpakai dan baru dengan harga yang berpatutan.Koleksi novel yang saya ade setakat ini banyak terdiri daripada genre cinta dan triler

Biografi Agung Baginda Rasulullah S.A.W.Di dlm naskhah yg telah ditulis oleh Rusydi Ramli Al-Jauhari dan diterbitkan ole...
04/03/2014

Biografi Agung Baginda Rasulullah S.A.W.Di dlm naskhah yg telah ditulis oleh Rusydi Ramli Al-Jauhari dan diterbitkan oleh must read Sdn.Bhd memuatkn biografi Rasulullah S.A.W yang lengkap.Ia menceritakn semua perkara dari A 2 Z tentang diri baginda.Kepada yang berminat untuk membeli buku ini bleh pm sy.

Status : Baru
Harga sebenar : RM 65
Harga promosi : RM 50

04/03/2014

Alhamdulillah...Dlm tempoh 24 jam dah dpt 44 like.Trimas b*k2 kat sume yg telah berikan kerjasama.Harap2 lps ni akn ade b*k lgi org yg akn visit page Novel House ni.Amin.

Koleksi novel keluaran KAKI NOVEL
04/03/2014

Koleksi novel keluaran KAKI NOVEL

03/03/2014

Setakat ini saja yang saya mampu update bagi koleksi buku2 novel yang ada pada saya.Masih banyak novel yang sy akan update dari semasa ke semasa.Kalau ade pertanyaan sila pm saya.

Sinopsis : Bagi Nurul Iman… Fariz Minhat hanya menjadikan dirinya sebagai peneman setiap kali lelaki itu memerlukan.Bagi...
03/03/2014

Sinopsis :

Bagi Nurul Iman… Fariz Minhat hanya menjadikan dirinya sebagai peneman setiap kali lelaki itu memerlukan.

Bagi Fariz Minhat… Mustahil impiannya selama ini akan menjadi kenyataan kerana dia tahu, Iman tidak mempunyai rasa yang sama sepertinya. Lantas, cukuplah sekadar memerhatikan dan memuja gadis itu dari jauh, di sebalik gambar-gambar yang selama ini diambilnya secara curi-curi.

Disebabkan rasa waswas itu, mereka akhirnya membawa haluan masing-masing. Fariz Minhat cuba memilih untuk hidup bersama seorang gadis tanpa rasa cinta gara-gara rasa yang cuba dinafikannya terhadap Iman.

Iman cuba memilih jalan seperti Fariz, tetapi mengapa setiap kali dia cuba mewujudkan rasa cinta untuk si dia yang lain, ada saja alasan yang menyebabkan dia harus bersama dengan lelaki itu?

“Aku takkan pernah rela dengan apa yang dah terjadi antara kita. Kau faham maksud aku, kan? Kau berhak memilih, Iman. Jangan tunggu aku. Sebab aku juga takkan tunggu kau.” – Fariz

Semenjak perjanjian yang tak boleh dimungkiri itu diletakkan ke atas bahu mereka berdua, Iman semakin yakin, lelaki itu akan terus membenci dirinya. Fariz p**a semakin yakin, hubungan yang dibina tidak akan menuju kebahagiaan.

Mampukah perasaan yang telah disemai dalam hati sedari dulu, dapat membawa mereka kepada impian yang sama? Hanya dengan keyakinan dengan rasa cinta yang ada dapat menemukan mereka berdua dengan jawapan yang membahagiakan selama-lamanya.

“Apa yang abang s**a tentang Iman? Iman rasa, Iman tak ada apa-apa kelebihan. Banyak kekurangannya...”

“Bagi abang, kelebihan Iman terlalu banyak. Nak abang senaraikan satu persatu ke, sayang? Mungkin sampai ke malam nanti belum tentu habis abang senaraikan. Haha...”

Status : Baru
Harga Sebenar : RM 29
Harga Promosi : RM 27

Sinopsis : "Aku tengok kau bukan main lagi nak raih balik cinta Qaseh tu."Tiba-tiba Amri bersuara. Pandangannya dihalaka...
03/03/2014

Sinopsis :

"Aku tengok kau bukan main lagi nak raih balik cinta Qaseh tu."Tiba-tiba Amri bersuara. Pandangannya dihalakan kepada Tengku Aiman.

"Ada masalah ke kalau aku nak raih semula cinta dia?" tanya Tengku Aiman p**a. Iman Hafifi hanya menjadi pendengar. Tidak mahu masuk campur.

"Tapi aku tengok Qaseh tu bukan main benci lagi kat kau dah. Sudah-sudahlah tu, Aiman. Baik kau cari perempuan lain. Tak pun kau ambik je Damia yang sampai sekarang masih terhegeh- hegeh kat kau tu. Buang masa je kau tunggu Qaseh." Sinis sahaja Amri berkata-kata. Tengku Aiman tergelak kecil.

"Aku rasa kalau aku buang masa sampai mati sekali pun aku tak kisah. Lagipun aku tak sakitkan hati orang lain. Tak macam kau, dah ada anak bini pun masih ada hati lagi kat Cahaya. Kau ingat aku tak tahu ke? Jadi, aku rasa kau yang patut sedar diri sikit. Jaga je anak bini kat rumah tu, daripada kau jaga Cahaya kat sini." Sela Tengku Aiman bersama hujah yang cukup panjang. Air muka Amri terus berubah.

Tengku Aiman, Amri dan Iman Hafifi. Tiga lelaki berbeza tapi mempunyai rasa yang sama iaitu rasa ingin memiliki hati Cahaya Qaseh. Namun tanpa mereka sedar, keinginan mereka itu membuatkan Cahaya Qaseh sering diherdik dan dihina oleh kekasih hati masing-masing.
Akhirnya, setelah puas berfikir, Cahaya Qaseh mengambil keputusan untuk menerima lamaran Tengku Aiman yang juga merupakan kekasih pertamanya. Tapi sayang, pilihan yang dibuat itu menyebabkan dia terpaksa berdepan p**a dengan Syuhada dan Auntie Norly. Kedua-dua anak beranak ini punya agenda tersendiri. Selagi Cahaya Qaseh tidak tersungkur, selagi itulah mereka mengatur strategi.

Tapi adakah Cahaya Qaseh hanya mendiamkan diri bila dirinya dipijak lumat oleh orang lain? Jadi, ikutilah perjalanan hidup gadis bernama Cahaya Qaseh yang penuh dengan s**a, duka, romantis dan bahagia…

Status : Baru
Harga Sebenar : RM 22
Harga Promosi : RM 20

Sinopsis : “Aku tak s**a campur adukkan antara cinta dan persahabatan. Biarlah cinta dengan cinta dan sahabat dengan sah...
03/03/2014

Sinopsis :

“Aku tak s**a campur adukkan antara cinta dan persahabatan. Biarlah cinta dengan cinta dan sahabat dengan sahabat. Itu pendirian aku yang takkan aku padam.”

Kerana prinsip tersebut, TUAN RYAN ZHARIFF memendamkan perasaannya yang sebenar terhadap gadis tersebut. Gadis itu s**ar untuk didekati menyebabkan gadis itu amat berlainan pada pandangan matanya. Ryan mula mendekati UMMU BALQIS melalui hubungan persahabatan tapi pada masa yang sama dia memberikan janji kepada gadis lain.

Namun, takdir berkehendak lain apabila mereka terperangkap dengan jerat yang mereka ciptakan sendiri.

“Qis, macam mana kau boleh ada dekat sini? Dan kenapa kau pakai cantik-cantik ni?”

“Aku rasa kau salah rumah, Ryan. Yang sepatutnya datang sini suami aku, Zhariff. Bukan kau.”

Dalam kepayahan mencari erti sebuah perasaan, mereka akhirnya memilih jalan kehidupan yang s**ar. Balqis pergi meninggalkan Ryan Zhariff demi cinta lelaki itu kepada gadis lain. Tetapi pada Ryan Zhariff, rasa yang tertinggal tidak mungkin akan terpadam. Adakah benar kata orang, antara lelaki dan wanita tidak akan wujud istilah kawan baik?

Status : Baru
Harga Sebenar : RM24
Harga Promosi : RM 22

Sinopsis : Waktu kecil-kecil dulu, si gemuk memang s**a sangat mengusik Nurina. Mentang-mentanglah anak majikan ibu, asy...
03/03/2014

Sinopsis :

Waktu kecil-kecil dulu, si gemuk memang s**a sangat mengusik Nurina. Mentang-mentanglah anak majikan ibu, asyik Nurina saja yang harus mengalah.

“Hmmm... Boleh tak kalau kau jangan panggil aku gemuk?”

“Alah… Aku dah biasa panggil macam itu, kan? Kenapa mesti nak tukar p**a? Takkan sebab aku panggil kau gemuk pun kau nak merajuk macam ni?”

KHAIRY ADRIAN. Lelaki yang muncul dalam hidup Nurina bersama dengan satu ugutan. Semenjak kehadirannya, hidup Nurina jadi kacau dan tak pernah aman.

“Kau kena ingat... Kau ada hutang dengan aku. Kau ingat semudah itu aku nak lepaskan kau? Kalau kau terima pelawaan aku ni, hutang lima ribu tu hangus. Kalau tidak… kau patut fikirkan apa yang bakal kau terima.” – Khairy Adrian

Tapi NURINA cuba menangkis rasa sakit hatinya terhadap Khairy Adrian dengan mengingat kenangan manisnya bersama si gemuk. Di mana gemuk? Bagaimana cara dia hendak bertemu semula dengannya?

“Pergilah balik, menyibuk aje.”

“Mentang-mentang ada jajan, kau sombong dengan aku ya. Tak apa. Nanti kalau waktu kau susah, jangan sibuk cari aku. Aku balik, gemuk!”

Tapi, kenapa takdir menemukan Nurina dengan Khairy Adrian?

“Awak nak semula ke baju ni? Kalau betul nak semula, lepas saya basuh periuk besar tu, awak bolehlah ambil semula.” – Nurina

“Buat apa nak ambil baju, lebih baik ambil orangnya.” – Khairy Adrian

Setelah mengetahui kebenaran, akhirnya kedua-duanya cuba mengalah dan mengakui perasaan yang sudah lama terpendam.

Tapi adakah lafaz cinta Khairy Adrian itu mampu menjanjikan yang kebahagiaan akan menjadi milik mereka selamanya? Semua keputusan itu hanya mereka saja yang mampu menjawabnya…

Status : Baru
Harga Sebenar : RM 22
Harga Promosi : RM 20

Sinopsis : Cinta hadir tanpa diundang. Sekeras mana pun kita cuba menolak namun perasaan itu tetap hadir dalam diri. Ikr...
03/03/2014

Sinopsis :

Cinta hadir tanpa diundang. Sekeras mana pun kita cuba menolak namun perasaan itu tetap hadir dalam diri. Ikram nekad tidak mahu jatuh cinta lagi setelah kecewa dengan cinta pertamanya. Kehadiran Syafiqah berjaya membuka hatinya, namun ego membatasi segalanya. Dalam diam dia jatuh cinta, namun s**ar melafazkan kata indah itu. Hanya gurauan menjadi pembual bicara.

“Duduk dalam bilik aircond pun rasa panas ke? Ni kulit orang ke kulit buaya ni? Pelik betul. Macamlah kau sorang je yang putih. Aku pun putih juga tapi tak ada merah macam kau pun. Orang kata, kalau muka kita tiba-tiba merah bila berdepan dengan seseorang, tu tandanya kita s**akan orang tu. Itu kata oranglah, aku tak kata. Kau s**a kat aku ke?” - Ikram

Gurauan demi gurauan membuatkan hati wanita Syafiqah sering terusik. Dia turut mempunyai rasa yang sama namun cuba menepisnya. Bagi Syafiqah, cintanya hanya milik Khairil, teman sewaktu zaman persekolahannya meskipun Khairil sedikitpun tidak mempunyai perasaan terhadapnya.

Keadaan semakin keruh dengan kehadiran Amalina, bekas kekasih Ikram yang kembali menagih cintanya. Begitu juga dengan kehadiran Khairil yang mula menyimpan perasaan pada Syafiqah. Sedangkan itulah gadis yang amat dibencinya pada suatu ketika dahulu.

“Bakal isteri!!! Baru bakal isteri tapi kau dah nak berlagak. Kalau dia bini kau sekalipun bro, aku tetap akan rampas dia dari kau. Aku tak pernah jatuh cinta, dan sekali aku jatuh cinta selamanya aku akan menyintai dia!!!” - Khairil.

Perasaan cemburu dan syak wasangka seringkali menjadi permainan. Pelbagai konflik mula timbul dan menjadi rencah dalam kehidupan mereka. Apakah kesudahan cinta mereka? Berjayakah Amalina memiliki semula Ikram? Dapatkah Khairil memikat hati Syafiqah? Dan apakah pengakhiran hubungan Ikram dan Syafiqah?

Status : Terpakai
Harga Sebenar : RM 23
Harga Promosi : RM 20

Sinopsis : SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writers block melanda. Suatu masa.....
03/03/2014

Sinopsis :

SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writers block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat seseorang menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?

RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...

Status : Baru
Harga Sebenar : RM 25
Harga Promosi : RM 23

Sinopsis :SAIFUDIN - muncul semula dari tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. P...
03/03/2014

Sinopsis :

SAIFUDIN - muncul semula dari tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

RAJA ROMAN - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian kematian permaisurinya... Sutera. Namun dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa. Taghut meminta bantuan Vlad The Impaler atau Pontianak Nosferatu, yang terkenal dengan gelaran Drakula.

MAKHLUK SUMPAHAN - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding.

SAIFULLAH – Pada abad ke-21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.

RAMLEE AWANG MURSHID – Sutera Bidadari, bukan hanya mempamerkan aksi lasak yang menguja pembacaan, malah turut memanip**asikan emosi kerana karya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yang tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir.

Status : Baru
Harga Sebenar : RM 22
Harga Promosi : RM 20

Sinopsis :Pastinya anda ingin mengetahui cerita seterusnya setelah membaca Bagaikan Puteri.Apa yang berlaku kepada Laksa...
03/03/2014

Sinopsis :

Pastinya anda ingin mengetahui cerita seterusnya setelah membaca Bagaikan Puteri.Apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani? Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

Inilah kisah pertembungan dua zaman yang pastinya membuatkan anda sayang sekali untuk meninggalkan walaupun satu perkataan kerana ceritanya semakin PANAS!!!

Status : Baru
Harga Sebenar : RM 19.90
Harga Promosi : Rm 18.00

Address

Bukit Mertajam
14000

Opening Hours

Monday 19:00 - 01:00
Tuesday 19:00 - 01:00
Wednesday 19:00 - 01:00
Thursday 19:00 - 01:00
Friday 19:00 - 01:00
Saturday 19:00 - 01:00
Sunday 19:00 - 01:00

Telephone

013-4156338

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Novel House posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Novel House:

Share

Category