Syarikat Adam

Syarikat Adam Syarikat Adam(AS0030317-T)
Gedung Ilmu Pilihan Anda! Syarikat Adam adalah syarikat 100% milik Bumiputra.

Syarikat ini telah ditubuhkan pada 28 Februari 1982 dibawah akta syarikat 1965. Selain itu, Syarikat Adam juga memiliki lesen kementerian Kewangan dan Akuan Pendaftaran Kontraktor. Dengan ini beroperasinya syarikat ini selama dua dekad telah banyak terdedah kepada pembekalan buku kepada badan kerajaan dan bukan kerajaan.

"Belajar Fiqh bukan sekadar tahu hukum,tapi belajar cara hidup yang lebih teratur dan diredhai Allah🤍📖.Fiqh Sunnah ini s...
11/05/2026

"Belajar Fiqh bukan sekadar tahu hukum,tapi belajar cara hidup yang lebih teratur dan diredhai Allah🤍📖.

Fiqh Sunnah ini sangat sesuai dijadikan rujukan harian sebab penerangannya mudah faham ,tersusun dan berdasarkan Mazhab Imam Al-Syafi'e✨

Ilmu yang nampak kecil,tapi besar manfaatnya dalam kehidupan kita setiap hari🌹"

Join OFFICIAL TELEGRAM KEDAI BUKU SYARIKAT ADAM
https://t.me/kedaibukusyarikatadam

FOLLOW TIKTOK KAMI di https://www.tiktok.com/

MARI SHOPPING DI SHOPEE SYARIKAT ADAM melalui link
https://shp.ee/k5xtaxj




Mari dapatkan sekarang di kedai buku adamDengan buku ini kita akan mendalami isi rohani kita melalui agama islam...diser...
10/05/2026

Mari dapatkan sekarang di kedai buku adam
Dengan buku ini kita akan mendalami isi rohani kita melalui agama islam...disertakan juga cara cara untuk kita mendekatkan diri kita dengan Allah swt

Baiknya Allah kepada kita, walau kita ini sering melakukan dosa padaNya, Dia masih memberi pelbagai rahmat kepada kita. ...
07/05/2026

Baiknya Allah kepada kita, walau kita ini sering melakukan dosa padaNya, Dia masih memberi pelbagai rahmat kepada kita. Kadang, kita tertanya-tanya, kenapa kesedihan dan masalah hidup kita tidak hilang? Dan kenapa hati kita masih lagi sakit dan belum sembuh? Mungkin, kerana kita belum berhijrah pada Allah. Kerana, ketika telah menumpuk dosa seorang hamba, namun dia tidak punya amal kebaikan untuk menghapusnya, maka Allah akan berikan ujian kepadanya dengan kesedihan untuk menghapuskan dosanya. Hijrah, adalah solusi sebenar bagi mereka yang ingin sembuh.

Join OFFICIAL TELEGRAM KEDAI BUKU SYARIKAT ADAM
https://t.me/kedaibukusyarikatadam

FOLLOW TIKTOK KAMI di https://www.tiktok.com/

MARI SHOPPING DI SHOPEE SYARIKAT ADAM melalui link
https://shp.ee/k5xtaxj




Pernahkah kita tertanya mengapa kita ada di dunia ini? Adakah hidup ini sekadar hadir lalu pergi begitu sahaja? Mengapa ...
05/05/2026

Pernahkah kita tertanya mengapa kita ada di dunia ini? Adakah hidup ini sekadar hadir lalu pergi begitu sahaja? Mengapa kita diberi akal yang mampu berfikir, hati yang mampu merasa, tubuh yang begitu kompleks dan alam yang begitu teratur? Siapa yang mengatur semuanya, dan untuk tujuan apa?

Allah SWT adalah Tuhan yang sama yang menghancurkan kaum Nabi Luth AS, Thamud, ‘Ad, kaum Nabi Nuh AS, Firaun dan Qarun. Mengapa sejarah kehancuran umat ini diwariskan kepada kita dan apakah ia sekadar sejarah lama tanpa nilai? Atau adakah ia satu amaran yang diabaikan?

Buku ini menelusuri kisah jatuh bangun manusia sejak Nabi Adam AS, agar kita dapat melihat dengan jelas jalan yang harus dipilih. Inilah sebuah ajakan untuk menulis semula skrip hidup, agar ia berpaksikan cahaya al-Quran. Tidak mungkin kita hanya diciptakan untuk tersesat.

Join OFFICIAL TELEGRAM KEDAI BUKU SYARIKAT ADAM
https://t.me/kedaibukusyarikatadam

FOLLOW TIKTOK KAMI di https://www.tiktok.com/

MARI SHOPPING DI SHOPEE SYARIKAT ADAM melalui link
https://shp.ee/k5xtaxj




Sesiapa yang ingin mencari barang stationary boleh dapatkan di syarikat adam cawangan PB sekarang
01/05/2026

Sesiapa yang ingin mencari barang stationary boleh dapatkan di syarikat adam cawangan PB sekarang

✏️ PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SYARIKAT ADAM ✏️📅 TARIKH: 30 April 2026🏫 NAMA SEKOLAH: TADIKA STAR’AIN BERTAM👩🏻‍🏫 B...
01/05/2026

✏️ PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SYARIKAT ADAM ✏️

📅 TARIKH: 30 April 2026
🏫 NAMA SEKOLAH: TADIKA STAR’AIN BERTAM
👩🏻‍🏫 BILANGAN GURU: 3
👨🏻‍🎓 BILANGAN PELAJAR: 16

🌸 Sesi Lawatan Sambil Belajar bersama murid-murid Tadika Star’Ain Bertam berlangsung dengan meriah dan penuh keceriaan.

🎲 Para peserta berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif dan hands-on yang sesuai dengan peringkat umur mereka. Aktiviti ini membantu merangsang minat belajar, kreativiti dan keyakinan diri dalam suasana yang menyeronokkan.

🤝 Terima kasih kepada pihak sekolah dan para guru atas kerjasama serta sokongan dalam menjayakan program ini.

Ibu, rumah, mahupun dunia, tanpa Ibu sangat menakutkan....' - AlieAlie Ishala Samantha , 16 tahun, tidak pernah menyangk...
30/04/2026

Ibu, rumah, mahupun dunia, tanpa Ibu sangat menakutkan....' - Alie

Alie Ishala Samantha , 16 tahun, tidak pernah menyangka hidupnya akan menjadi sepelik ini.

Pada mulanya, dia hidup dalam keluarga yang penuh kasih sayang dan rumah yang sentiasa memeluknya. Namun, sejak dituduh menjadi penyebab kematian Ibu Gianla lima tahun lalu, segalanya berubah dalam sekelip mata. Gelaran 'pembunuh' juga tersemat dalam dirinya dan dia terus menerima penolakan dan rasa sakit dari ayah dan empat orang abangnya: Sadipta, Rendra, Samuel dan Natta.

Kehidupan Alie kini bagaikan neraka. Rumah yang sepatutnya menjadi tempat berlindung, malah menjadi tempat penyeksaan bagi fizikal dan mentalnya. Persoalan ini sering menghantui fikiran Alie: Sampai bila dia harus melalui semua ini? Adakah rumah ini kelak akan menjadi rumah untuknya lagi?

Join OFFICIAL TELEGRAM KEDAI BUKU SYARIKAT ADAM
https://t.me/kedaibukusyarikatadam

FOLLOW TIKTOK KAMI di https://www.tiktok.com/

MARI SHOPPING DI SHOPEE SYARIKAT ADAM melalui link
https://shp.ee/k5xtaxj




Tiga tahun lalu, satu kes penculikan berakhir dengan tragedi paling mengerikan. Mayat seorang gadis ditemui dalam keadaa...
29/04/2026

Tiga tahun lalu, satu kes penculikan berakhir dengan tragedi paling mengerikan. Mayat seorang gadis ditemui dalam keadaan aib, dikerat dan ditinggalkan sebagai tanda amaran. Kes itu ditutup. Fail disimpan. Pembunuh menghilang tanpa jejak.

Kini, satu mayat baharu ditemui. Modus operandi sama. Mata dijahit. Organ dalaman hilang. Seolah-olah pembunuh itu kembali untuk menuntut sesuatu yang belum terlunas.

Inspektor Umar dan pasukannya terpaksa membuka semula cold case yang sepatutnya sudah terkubur.

Setiap petunjuk membawa mereka hampir kepada kebenaran yang lebih kejam - bahawa keadilan pernah diputar belit dan orang yang sepatutnya bersalah telah dilepaskan.

Apabila rahsia lama dibongkar satu demi satu, mereka sedar ini bukan sekadar pembunuhan bersiri. Ini adalah dendam yang dirancang rapi. Sebelum kes ini berakhir, akan ada harga yang perlu dibayar — dengan pertumpahan darah.

Join OFFICIAL TELEGRAM KEDAI BUKU SYARIKAT ADAM
https://t.me/kedaibukusyarikatadam

FOLLOW TIKTOK KAMI di https://www.tiktok.com/

MARI SHOPPING DI SHOPEE SYARIKAT ADAM melalui link
https://shp.ee/k5xtaxj




Set latihan dan pentaksiran yang direka untuk mengukur tahap kefahaman murid sekolah rendah Tahun 4/5/6 berdasarkan KSSR...
28/04/2026

Set latihan dan pentaksiran yang direka untuk mengukur tahap kefahaman murid sekolah rendah Tahun 4/5/6 berdasarkan KSSR Semakan. Ia merangkumi subjek utama seperti BM, BI, Matematik, dan sains, sering kali formatnya boleh dileraikan serta mengandungi cadangan jawapan untuk rujukan.

Program Didikan Ramadan: Kem Didik Cilik✨💫 Kem Didik Cilik ini dianjurkan oleh Syarikat Adam bagi memberi pendedahan awa...
27/04/2026

Program Didikan Ramadan: Kem Didik Cilik✨

💫 Kem Didik Cilik ini dianjurkan oleh Syarikat Adam bagi memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang keindahan serta amalan-amalan sepanjang bulan Ramadan.

✨🕌Program ini bertujuan untuk mendidik kanak-kanak supaya mencintai masjid, membiasakan diri dengan suasana solat tarawih, serta mengisi bulan Ramadan dengan aktiviti yang bermanfaat.

Melalui program ini, kanak-kanak berpeluang merasai pengalaman beribadah dalam suasana yang menyeronokkan. Mereka juga dapat memahami kepentingan Ramadan serta dibentuk menjadi generasi muda👦🏻🧕🏻 yang mencintai masjid🕌, rajin beribadah dan berakhlak mulia.

Terima kasih kepada MASJID AL-RIDZUAN🕌 kerana memberi peluang kepada SYARIKAT ADAM untuk menganjurkan program Kem Didik cilik pada bulan Ramadan.

Kem didik cilik ini mempunyai 3 fasa :

Fasa 1
✨Kehadiran penuh dari 1 Ramadan hingga 10 Ramadan.

Fasa 2
✨Kehadiran penuh dari 11 Ramadan hingga 20 Ramadan.

Fasa 3
✨kehadiran penuh dari 21 Ramadan hingga 30 Ramadan.

"Adik-adik yang berjaya menghadiri program sepanjang tempoh Fasa 1 hingga Fasa 3 akan diberikan hadiah penghargaan daripada syarikat Adam.

Masjid Al-Ridzuan, Pusat Bandar, Parit Buntar

✨ Nak anak skor dengan lebih yakin? Ini pilihan terbaik!🌹Isi padat, mudah faham & sesuai untuk semua peringkat 📚🌿Belajar...
27/04/2026

✨ Nak anak skor dengan lebih yakin? Ini pilihan terbaik!

🌹Isi padat, mudah faham & sesuai untuk semua peringkat 📚

🌿Belajar jadi lebih seronok tanpa tekanan

📗 Kamus Bahasa Arab (BM–BA & BA–BM)

✔️ Mudah cari maksud & faham konteks

✔️ Lengkap dengan contoh & susunan teratur

✔️ Sesuai untuk pelajar, guru & ibu bapa.

🛒 Cepat grab sekarang sebelum stok habis!

Join OFFICIAL TELEGRAM KEDAI BUKU SYARIKAT ADAM
https://t.me/kedaibukusyarikatadam

FOLLOW TIKTOK KAMI di https://vm.tiktok.com/ZMRfJRkgq/

MARI SHOPPING DI SHOPEE SYARIKAT ADAM melalui link
https://shp.ee/k5xtaxj




Address

3096, Jalan Rozhan, Taman Rozhan, Alma
Bukit Mertajam
14000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syarikat Adam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Syarikat Adam:

Share