Uptown perda

Uptown perda Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Uptown perda, Flea Market, bandar perda, Bukit Mertajam.

02/06/2024

RESEPI NASI KERABU KUNING

BAHAN NASI :

Beras secukupnya
Air – ikut jumlah beras yang digunakan
Kunyit hidup atau serbuk
1 batang serai – diketuk
Daun limau purut yang dibuang tulang tengahnya

CARA MEMASAK :

Ade 3 teknik boleh buat untuk warnakan nasi iaitu:

1. Rendam beras dalam air kunyit.

2. Rebus air, kunyit, serai sampai mendidih kemudian masukkan beras & daun limau purut.

3. Pakai pewarna makanan sahaja.

4. Untuk memasak, tanak nasi menggunakan periuk nasi elektrik seperti biasa sampai masak.

BAHAN SAMBAL KELAPA :

Ikan selayang/kembung – kalau ikan besar guna 2 ekor sudah cukup. Kalau kecil guna dalam 5-6 ekor
1 biji kelapa parut – ambik bahagian putih sahaja
4-5 biji bawang merah kecil
3-4 ulas bawang putih
Garam & gula secukup rasa

CARA MEMASAK :

1.Rebus ikan dengan sedikit garam. Bila sudah masak, asingkan tulangnya.

2. Sangai kelapa sehingga hampir kekuningan, agak-agak dalam 10 minit lebih kurang. Jangan lama sangat untuk elak kelapa terlalu kering. Ketepikan.

3. Tumbuk isi ikan, kelapa parut dan bawang. Agak-agak pecah sahaja kecuali bawang perlu ditumbuk hingga lumat.

4. Masuk balik semua bahan yang ditumbuk ke dalam kuali. Perasakan dengan garam & gula secukupnya.

5. Buka api sederhana, kacau semua bahan hingga sebati anggaran dalam 5 min. Tutup api. Siap.

BAHAN KUAH TUMIS :

4 biji bawang merah besar
3-4 ulas bawang putih
1 biji bawang holland
Cili kering sesuai kepedasan masing-masing
1 batang serai – diketuk
200ml santan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Budu

CARA MEMASAK :

1.Kisar semua bahan sehingga lumat.

2. Ambil sedikit bahan kisar untuk perap ayam.

3. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak (macam nak buat sambal).

4. Masukkan serai, santan & air secukupnya. Biar mendidih sambil dikacau sentiasa hingga santan masak cantik.

5. Semasa tambah air tadi, jangan banyak sangat. Kuah tumis ni nak kena sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

6. Jika s**a, boleh titiskan sedikit budu. Sesuaikan de

02/06/2024

Mee Goreng Basah:-
-
1 bungkus mee kuning (Celur air panas dan tos kan)
1 paket fish ball
2 ekor sotong sederhana
Ayam (ambik isi & tulang2 sikit)
Sos cili 3 sudu besar
Kicap manis 4-5 sudu besar
Sos tiram 2 sudu besar
Cili boh 3-4 sudu besar
Sawi 1 ikat
Tomato 1 biji potong 6/8
Cili besar 2 biji
Minyak masak 3 sudu besar
Air (ikut masing2 nak basah sikit atau banyak)
Bahan2 ditumbuk:- Cili padi 7 biji
Bawang putih 5 biji
Bawang besar 1 biji

Cara-caranya :-
-
1) Panaskan kuali, masukkan minyak.
2) Masukkan bahan yg ditumbuk. Tggu sehingga naik bau. Masukkan cili boh, tggu mendidih atau pecah minyak.
3) Masukkan sos cili, kicap manis, sos tiram, ayam, sotong, fish ball. Tunggu sehingga mendidih serta ayam masak.
4) Masukkan mee. Gaul sebati. Boleh tambah air kalau kuah makin berkurang. Masukkan sawi, tomato, cili besar.
5) Siap untuk dihidangkan.

Sumber ini daripada ziehan azizan

02/06/2024

RESEPI NASI AYAM HAINAN

Sumber resepi : Anna Camfrog

BAHAN UTK NASI :

4 pot Beras (cuci bersih)
5 ulas bwang putih (tumbuk)
3 kiub ayam k**r (ramas hancur)
2 hlai daun pndan (dsimpul)
1 sup bonjot
2 bunga cengkeh
1 kayu manis
2 sdm mentega
1 btg serai (dtitik)
Halia (tumbuk)
Air scukupnye.

CARA MEMASAK :

~basuh beras sperti biasa...tos...ktepikan dulu
~pnaskan kuali...mas**an mentega..tunggu cair...mas**an bahan tumbuk, sup bonjot, serai, bunga cengkeh dan kayu manis....tumis semua sampai naik bau...
~mas**an beras...gaul rata dlm kuali slama lbih kurang 8 mnit...alihkn ke dlm periuk nasi...
~tuangkan air scukupnye (mgikut s**atan beras yg dgunakan)..masukn daun pndan dan kiub ayam k**r...gaul sebati...masak nasi sperti biasa...

BAHAN UTK AYAM :

1/2 ekor ayam (dcuci bersih)
5 ulas bwng putih (tumbuk)
Halia (tumbuk)
1 kiub ayam k**r
Garam
Air scukupnye
Minyak bijan (utk mmerap)
'Air masak scukupnye
'Ais
(Utk proses mlembut dan mlembapkn ayam)

CARA MEMASAK :

~satukan air, bhan tumbuk, kiub ayam dan garam dlm periuk...didihkn dia
~bila dh mdidih...mas**an ayam...tutup...tunggu smpai ayam masak (dlm 30-40 mnit...ikut saiz ayam)...
~bila ayam dh masak...angkat..mas**an dlm air yg bercampur ais...rendam dlm 20 minit (air tu air tapis or air masak...proses ni utk mlembapkn dan mlembutkn ayam)....
~stelah itu...angkat ayam...sapukn dan perap ayam dgn minyak bijan scukupnye....
~angkat dan potong2 ayam...smasa waktu hendak mhidang nanti.....

BAHAN UTK SOS HITAM :

4 sdm kicap cair
1 sdm kicap pekat
1 sdm madu
1/2 cwn air rebusan ayam
2 sdm mnyak bijan.

~campur semua bahan2 di atas...gaul sebati...siap

BAHAN UTK SOS MERAH :

5 cili api (merah-tumbuk)
3 lada besar (merah-tumbuk)
Halia (dtumbuk)
Garam
Gula
Air masak
Ajinamoto (abaikn jika tdak perlu)

~satukan semua bahan..didihkn skejap di atas api yg sderhana sambil dikacau2...siap

BAHAN UTK SUP :

3 bwng merah (dtumbuk)
2 bwang ptih (dtumbuk)
1 sup bonjot
3 rempah skwan
Halia (dtumbuk)
Garam
Air rebusan ayam
Ajinamoto (abaikn jika tdak perlu)
Sdikit mnyak (utk mnumis)
saya bubuh fishball...saja2 s**a2 je...hihii

CARA MEMASAK :

~pnaskan mnyak...mas**an bahan tumbuk bersama rempah 3 skawan dan sup bonjot...tumis smpai naik bau...mas**an air rebusan ayam...tunggu didih...masukn fishball..perisakn dgn garam dan ajinamoto...taburankn bwang goreng n daup sup semasa mhidang...siap — with Lisa Aisha.

02/06/2024
02/06/2024

RESEPI SAMBAL AYAM DAUN KARI

BAHAN-BAHAN :

Ayam seekor - potong 20pcs
Basuh dan bersihkan lps tu gaul garam n kunyit - Goreng jgn terlalu garing , angkat dan ketepikan.

BAHAN BLEND :

Cili kering 25 tangkai atau lebih
Bwg Besar 2 biji
Bwg Putih 5 ulas
Halia 2"
Jintan Manis 1 SB

CARA MEMBUATNYA :

Blend hingga halus dan tumis hingga pecah minyak.

Mskkan serai 2 btg yg telah dititik.
Mskkan sos cili 4 SB
Mskkan sos Tiram 4 SB
Mskkan kicap pekat karamel 1 SB - optional
Mskkan sedikit air Asam jawa
Mskkan garam, aji n gula secukup rasa
Mskkan daun Kari 2@3 tangkai
Mskkan ayam yg telah digoreng tadi
Mskkan Bwg Besar 2 biji yg dipotong bulat
Kacau2 dah siapppp....

Kredit : ChefPapa

Gambar sekadar hiasan 😄

SELAMAT MENCUBA 👍

02/06/2024

RESEPI KENTANG PUTAR
Bahan-Bahan:
1.Kentang(ikut s**a nak banyak mana)
2.Mentega/butter
3.Tepung gandum
4.Garam
5.Secukup rasa/serbuk hilal
6.Kiub pati ayam-1
7.Kicap(Qila s**a kicap mudim, ikut tak kicap apa yang uolls s**a)
8.Serbuk lada hitam
9.Air
Cara memasak:
(KENTANG)
1.Rebus kentang dengan air dan isi sedikit garam sehingga empuk.
*Bila dah empuk, tos kan dan boleh lenyek, air rebusan kentang jangan buang lagi, kalau kering sangat masa lenyek kentang tu boleh isi air rebusan kentang tu sikit.
*Dah siap lenyek boleh guna apa sahaja, senduk ke sudu ke bulatkan dia dan letak dalam bekas atau mangkuk.

(KUAH KENTANG PUTAR ALA KFC)
1.Cairkan mentega/butter, kalau kentang banyak boleh isi dalam 3 sudu mentega ataupun suku butter.
2.Lepas cairkan butter, masukkan satu sudu tepung gandum yang belum dicampur air dan gaulkan jangan biar hangus, sambil gaul letakkan serbuk lada hitam satu sudu kecil. API PERLAHAN JE YA!
3.Masukkan air(s**a hati nak banyak mana, Qila s**a banyak kuah sebab boleh cicah dengan ayam goreng), kacau sehingga sebati ya.
4.Lagi 3 susu tepung campurkan dengan air untuk pekatkan kuah dan masukkan dalam kuali kacau sehingga kuah jadi pekat. Kalau kuah dah pekat, tak payah tambah tepung dah.
5.Masukkan kiub pati ayam,garam dan secukup rasa. Then letakkan kicap sikit demi sikit sampai warna kuah jadi keperangan.
6.Rasa kuah anda, dah cukup rasanya sedap dah pekat macam KFC punya tu, dah boleh tutup api dan makanlah bersama kentang tadi dengan bahagianya. 😊
P/s: Masak sehingga mendidih ya.
By NUR AQILA FATHIAH AZMAN

31/05/2024

RESEPI SERBUK PATI AYAM HOMEMADE

Baru siap buat serbuk pati ayam homemade utk ank 7 bulan bkn utk baby jer boleh guna semua peringkat boleh guna. No gula,garam,msg dgn bahan pengawet. 😁

BAHAN-BAHAN :

3 ketul dada ayam
1 1/2 inci halia (diketuk)
2 btg serai (diketuk)
Air (agak tenggelam dada ayam)

CARA MEMBUATNYA :

1. Basuh bersih dada ayam kemudian toskan.

2. Rebus dada ayam dgn serai dan halia sehingga hempuk atau lembut.

3. Angkat dan toskan buang air rebusan atau boleh simpan guna utk buat sup. Carik² atau leraikan dada ayam tadi.

4. Sangai isi ayam tadi atas kuali yg tidak melekat guna api kecil sangai sehingga garing dan keperangan.

5. Kemudian blend kering isi ayam tadi guna tapis utk dptkan tekstur serbuk. Ulang langkah sehingga dpt tekstur yg kalian s**a.

Untuk 3 ketul dada ayam sy dapat 4 botol penuh anggaran 60ml. 😊

TEMPAT PENYIMPANAN :

Dalam chiller utk tahan lebih lama
Pastikan bekas utk simpan serbuk pati ayam betul-betul KERING nanti cepat rosak kalau terkena air.

Saya letak serai dgn halia utk tambah perisa dan bg bau harum dlm masakan baby .

Saya halalkan resepi mohon doakan saya semoga sihat walafiat, dikurniakan rezeki melimpah ruah dan mati dlm husnul khotimah. Aamiin. 🙂😊

Resepi Oleh : Nur Sakinah

SELAMAT MENCUBA 👍

31/05/2024

Tiap2 taun ikut resepi ni ja Alhamdulillah ank2 mkn sepuasnya...
nak lagi sedap potong ayam besar2 bila bakar nnti tak kecut dn kering....
Resepi asal tiada edit..
Terima kasih empunya resepi..
Resepi sate ayam merecikkk 😘
(untuk 1ekor ayam)
BAHAN2
-1 ekor ayam (ambil kesemua isi ayam, potong dadu, cuci n toskan)
❗kulit ayam jgn buang ye, potong kecik, n perapkan sekali isi ayam)
Bhn blend
-2 labu bwg besar
-5 ulas bwg merah (xnk letak pon Xpe, letak lg sedap)
-1 labu bwg putih
-2 Inci halia
-4 btg serai
(satukan kesemua bhn n blend dgn sdikit air)
Bhn perap
-2 keping gula melaka (potong kecil2/hiris2)
-1 ½ cwn gula (kena manis, baru sedap)
-2 sk garam
-4 sk serbuk kunyit
-3 sb serbuk jintan manis

Dapatkan banyak lagi resepi mudah dan simple dekat sini >>https://t.me/AnekaResepiMudah
CARA2
-dlm bekas besar, masukkan isi ayam yg tlh ditoskan.. Masukkan bhn blend + bhn perap..
-gaul sebati..
-boleh tambah apa yg kurang, gula/garam..
-perap semalaman Klu nk sedap.. (sy perap blk keje smlm, ptg td baru bkr)
-bila dh perap, baru cucuk ye..
-nk sedap, selitkan kulit ayam dibhgian tgh..
-lebihan perapan td,ambil sedikit, letak dlm mangkuk kecil, n tambahkan sedikit minyak masak.. (untuk renjiskan masa bakar, guna 1 btg serai ketuk hujungnya)
-sy bakar td, dlm 5min dah Masak, sbb dh perap semalaman..
-masa bakar tu renjiskan dgn bhn renjis ye.. Biar sate tu, basah je..
Mkn camtu pon dh sedap, sbb dah cukup rasa..
Selamat mencuba 😘
KUAH KACANG
Bahan2
-1 ½ cwn kacang tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit, n blend/tumbuk separa halus. Sy blend je, jgn hlus sgt ye)
-segenggam cili kering (potong, rebus)
-2 labu bwg besar
-2 Inci halia
(blend bhn bertnda dgn sdikit air)
-1 btg serai (ketuk)
-2 kpg gula melaka
-1/2 cwn gula
-garam
-3 cwn air
-1 kotak santan
-2 kpg asam keping
Cara2
-panaskan minyak, jgn sikit sgt, jgn b*k sgt..
-tumiskan bhn blend, masukkan serai.. (tumis smpai pecah minyak)
-masukkan kacang, gaul sebati..
-masukkan air, biar mndidih.. (api slow

31/05/2024

RESEPI JAGUNG SUSU

Hujan2 pekena jagung susu🌽🌽 best jgk ni. Dah la mudah, sedap pulak tu..ni Kak Ru sertakan resepi jagung susu ni 🌽🌽

BAHAN-BAHAN :

🌽Jagung 5-6 btg (sebijik potong 3 )
🌽Susu cair 1 tin
🌽Susu pekat 1 cwn
🌽Air 3 cwn
🌽Gula 3 sudu teh
🌽Butter/planta 5 sudu teh
🌽2 sudu teh tepung jagung

CARA MEMBUATNYA :

Campur semua bahan kecuali tepung jagung. Kacau.

Mas**an jagung & rebus jagung dlm 10-15 minit, tgk la size kecik besar jagung tu.

Ketepikan skit, masukkan tepung jagung yg di bancuh dgn skit air.

Kacau2 utk pekatkan skit kuahnya..ok siap👌💯

Kredit : Kak Ru Mazru‎

SELAMAT MENCUBA 👍

31/05/2024

💜Resepi Kuah Yong Tau Foo💜

💜Kuah hitam
☑2 sudu makan taucu
☑2 sudu makan tepung jagung
☑2 sudu makan tepung gandum
☑3 sudu makan kicap pekat
☑3 sudu makan sos tiram
☑4-5 sudu makan gula
☑3 cawan air
➡Masukkan semua dalam blender, blend bagi taucu halus,
➡ pastu masak bagi mendidih sekejap.

Guna👉 https://shope.ee/AKABCwMDlz

💜Kuah merah
☑1/2 cawan kacang tanah yang dah digoreng
☑1 sudu makan tepung gandum
☑1 sudu makan tepung jagung
☑4- 5 sudu makan gula
☑3 cawan air
☑1/4 sudu makan garam
➡Blender semua bahan kat atas bagi kacang halus..
☑3 sudu makan cili blend
Cara-cara:
➡Panaskan sedikit minyak, tumis 2 biji bawang putih yang diketuk
➡Letak 3 sudu makan cili blend, tunggu kering.
➡Masukkan semua bahan dalam blender tadi, masak sekejap bagi kuah agak pekat dalam 5 minit. Siap
➡Dah boleh makan ngan apa-apa bebola, hotdog, sayur, sotong kangkung, dan lain-lain.
Campur kuah untuk sesuaikan rasa pedasnya. Tabur bijan sangai dengan bawang goreng.
Selamat mencuba..

Kuah sedap
https://shope.ee/1fsOt78BFG

https://shope.ee/5ASH3RJgMD

Credit resepi:Hamidah ida
Airtangan dan gambar: Eniza M. Salim

Address

Bandar Perda
Bukit Mertajam
14000

Opening Hours

Monday 20:00 - 03:00
Tuesday 20:00 - 03:00
Wednesday 20:00 - 03:00
Thursday 20:00 - 03:00
Friday 20:00 - 03:00
Saturday 20:00 - 03:00
Sunday 20:00 - 03:00

Telephone

01133864214

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Uptown perda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category