Dinamiz

Dinamiz Emas murah. Emas used. Membeli emas lama. Menjual emas baru. Membeli surat pajak.

Bagi rakan2 yang nak grab tawaran ini, boleh cepat2 wasap saya ye..
24/03/2022

Bagi rakan2 yang nak grab tawaran ini, boleh cepat2 wasap saya ye..

Perkongsian ilmu hebat dari Tn Mohd Zulkifli Shafie:*"Simpan emas tu jangan lupa bayar zakat…”*Itu pesanan yang selalu s...
02/01/2022

Perkongsian ilmu hebat dari Tn Mohd Zulkifli Shafie:

*"Simpan emas tu jangan lupa bayar zakat…”*

Itu pesanan yang selalu saya terima sejak aktif mendidik masyarakat tentang simpanan emas - sejak 2010.

Tapi tak pernah dengar p**a orang pesan “dapat dividen tu jangan lupa bayar zakat”….

Walhal simpan duit dalam akaun bank pun kena zakat juga! Zakatnya sama saja dengan zakat emas. Sama-sama 2.5%…

Itulah bezanya emas.

Ingat emas, automatik kita ingat zakat.

Dan perlu diingat, zakat tak dikenakan, kecuali hanya untuk orang kaya.

Maksudnya, siapa simpan emas hingga cukup haul dan nisab (yang mewajibkan dia bayar zakat), maka dia sebenarnya adalah orang kaya!

Siapa simpan emas, sangat mudah untuk upgrade diri menjadi orang kaya… InsyaAllah.

Berbeza simpan duit.

Banyak yang simpan duit bertahun-tahun tapi tak pernah pun keluarkan zakat simpanan.

Pertama, mungkin dia lupa duit simpanan di bank itu pun dikenakan zakat. Tak pernah ada orang ingatkan…

Kedua, simpan duit bertahun-tahun, tapi duit simpanan asyik bocor sahaja! Jumlah simpanan tak ke mana-mana!

Dan inilah faktor paling utama!

Jadi kalau nak cepat jadi golongan pembayar zakat (orang kaya), mulakan simpanan emas.

Yang dah simpan emas cukup haul dan nisab, pastikan bayar zakat hari ini kalau nak dapat REBAT INCOME TAX 2021.

Hari ini adalah hari terakhir…

Bertalu-talu saya dapat reminder dari PPZ (Pusat Pungutan Zakat) untuk bayar zakat hari ini.

Satu insiatif yang sangat bagus.

Tahniah PPZ-MAIWP!


LAGI AKU KAJI.. LAGI AKU TAKUT!! Kawan-kawan nak tahu tak.. Dari tahun 1789 ke 2000 (211 tahun), Amarika Syarikat mempun...
06/06/2021

LAGI AKU KAJI.. LAGI AKU TAKUT!!

Kawan-kawan nak tahu tak..

Dari tahun 1789 ke 2000 (211 tahun), Amarika Syarikat mempunyai hutang sejumlah $5.7triilion..

dan

Dari tahun 2000 hingga 2021 (21 tahun).. hutang negara ini naik ke $28trillion.. fuh!!

Selama 211 tahun, hanya 5.7trillion hutang, tetapi selepas itu.. hanya ambil masa 21 tahun untuk tambah hutang lagi ke 28trillion!!

Apa petanda ini kawan-kawan!!!

Penulis memberitahu.. impak covid-19 amat besar yang menyebabkan Amerika dan hampir semua negara perlu tambah hutang.

Negara-negara perlu cetak duit dan terus cetak!!

Kesan besar yang akan berlaku akibat “printing money” adalah inflation.. atau mungkin hyperinflation.

Selepas itu.. harga barang akan mula naik.. duit kertas terus ditekan valuenya untuk jatuh dan jatuh. Supply more than demand.

Sebab itu SJ keep on sharing tentang pentingnya kita semua ada simpanan emas. At least 10% to 30% kekayaan kita dalam bentuk aset emas sebagai insurance kekayaan.

Emas dah terbukti dapat kekal nilainya sejak zaman berzaman. Lihatlah sendiri kisah seekor kambing. Zaman Nabi Muhammad S.a.w, seekor kambing boleh dibeli dengan 1dinar. Zaman kita sekarang pun boleh!!

Hebat!! Emas hebat!!

Begitulah..

Moga bermanfaat

Copypaste from my MD
Syarif Jamil

NAHAS TUNGGU HARGA EMASPengalaman saya sejak 2010, mereka yang nahas selalunya yang menunggu, bukan yang konsisten membe...
28/05/2021

NAHAS TUNGGU HARGA EMAS

Pengalaman saya sejak 2010, mereka yang nahas selalunya yang menunggu, bukan yang konsisten membeli emas.

Mereka terlalu menunggu untuk dapatkan harga terbaik sampai akhirnya duit pun habis!

Orang yang beli emas tak tengok harga, emasnya dah confirm makin bertambah.

Orang yang menunggu, akhir sekali emas tak ada, duit pun habis!

Itu pengalaman.

Sebab itu saya jarang update pasal harga emas terkini sebab saya tahu, ia tak membuatkan kebanyakkan kita ke mana-mana.

Harga rendah hanyalah bonus.

Bila harga rendah, maksudnya itulah waktu untuk beli lebih banyak. Bukan baru nak beli...

Sudah lebih 10 tahun saya pakai formula ni, ianya memang terbukti.

Duit tak bocor, jumlah emas confirm bertambah, dan harga juga makin mahal!

Jadi buat apa nak menunggu?



Copypaste credit kpd penulis asal

JANGAN PEDULI HARGA EMAS NAIK TURUN!!SIMPAN SAMPAI 1 KILO DULUPada SJ, jangan peduli pasal harga emas tinggi rendah. Bel...
14/03/2021

JANGAN PEDULI HARGA EMAS NAIK TURUN!!

SIMPAN SAMPAI 1 KILO DULU

Pada SJ, jangan peduli pasal harga emas tinggi rendah. Beli, beli dan beli saja. Harga tinggi kita beli, harga rendah kita beli lebih banyak!

Macam mana nak tahu harga tinggi ataupun rendah?

SJ bagi satu tips paling mudah. Iaitu siapa dah pernah beli emas sebelum ini, dia mesti sangat peka tentang harga emas. Sebab dia sudah ada benchmark sendiri.

Siapa yang dah pernah beli emas (dengan ilmu), dia tahu harga rendah tahun ini tak akan sama dengan harga rendah tahun lepas. Jadi dia sangat realistik dengan harga emas.

Orang yang belum faham ilmu emas, dia sibuk sangat dengan harga emas tinggi rendah sebab dia takut beli emas harga mahal. Dia fikir emas ini sama macam saham atau aset kertas yang hanya ada nombor dan kertas sahaja.

Padahal nilai emas terletak pada berat dan ketulenannya sendiri. Selagi emas itu ada dalam milikan kita, selagi itu kita tak akan rugi bahkan kekal kaya.

SJ belum pernah jumpa orang yang jatuh miskin sebab simpan emas yang banyak. Belum pernah.

Jadi pada SJ, jangan peduli harga emas itu dulu. Apa yang penting, letak target dulu. Bila jumlah emas yang kita kumpul dah banyak nanti, confirm kaya. InsyaAllah.

Sebaliknya orang yang yang sibuk dengan harga, akhirnya tak kemana-mana juga. Emas pun takut nak beli, duit simpanan pun tak ada.

Itulah apa yang saya perhati sejak terlibat dalam jual beli emas tahun 2014 yang lalu.

Jadi mulakan simpan emas dengan target sekurang-kurangnya . Sejak adanya kaedah belian , semua orang mampu simpan emas. Walaupun cuma dengan bajet serendah RM100 sebulan.

Now everyone can buy gold!

Credit to my mentor syarif jamil

https://youtu.be/RlNmFKRhTQUASB ada dividen. Normally dividen tu sering dikeluarkn utk reward diri. Maka yg tinggal hany...
18/02/2021

https://youtu.be/RlNmFKRhTQU

ASB ada dividen. Normally dividen tu sering dikeluarkn utk reward diri. Maka yg tinggal hanyalah simpanan induk sahaja.
Cth simpan rm10000 , 10 tahun akn dtg tetap nilainya rm10000. Dividen dh kena usik. Apa yg mampu dibuat/dibeli dgn rm10k pada 10 thn akn dtg?

Simpan emas. Harini ada 100gram. 10 thn akn dtg. Kalau tak tmbh², tetap ada 100gram. Apa yg boleh dibeli dgn 10 thn akn dtg dgn 100gram yg sama? Tukar dgn rm.. besar ke kecil nilainya? Tak boleh nak bandingkan antara ASB dan Emas. Sebab kedua-dua portfolio gives different risk dan different return. Dua-dua bagus.

Utk ASB, walaupun dividend yg kita dapat tu nampak sikit, hanya 4%. Tapi ASB ialah aset paling cair. Jika ada kecemasan yg memerlukan tunai segera, ASB yg terbaik.

Emas p**a, ialah utk kita elak boros, elak dari terkesan oleh inflasi dan menyelamatkan kita dari kemiskinan jika berlaku sebarang isu² ekonomi.
Emas boleh dikatakan aset mudah cair tapi tidak semudah tunai.
Emas bagus untuk long term.

Cnp...

Simpan emas sangat mudah tak perlu pening-pening kepala macam sesetengah aset fizikal lain seperti rumah dan  hartanah. ...
16/02/2021

Simpan emas sangat mudah tak perlu pening-pening kepala macam sesetengah aset fizikal lain seperti rumah dan hartanah.

Bukan bererti kita tak perlu ada rumah dan hartanah, tetapi mulakan dengan aset fizikal kecil, murah dan mampu milik i.e emas sebagai batu loncatan untuk miliki rumah dan hartanah

Simpan emas sikit-sikit dan istiqamah, simpan selama mungkin ( 5 tahun ke atas ) untuk dapat untung yang besar.

Bila dah capai matlamat simpanan boleh lah ju.al dan nikmati hasilnya. InsyaAllah.

Satu rahsia yang SJ nak beritahu. Emas ni boleh buat kita hidup aman tanpa menjadi boros. Kita akan jadi individu yang peka akan perbelanjaan.

Sayang nak boros duit jika belum keperluan.

Dan terpaksa ada simpanan yang banyak nanti...🥰

Dina & Mizi
Dealer Aktif Public Gold



APA ITU GAP?GAP ialah singkatan dari Gold Accumulation Program. Ia adalah salah satu cara bagaimana kita boleh membeli e...
05/02/2021

APA ITU GAP?

GAP ialah singkatan dari Gold Accumulation Program. Ia adalah salah satu cara bagaimana kita boleh membeli emas secara sedikit demi sedikit serendah 1 gram atau RM100. Ia kaedah terbaik dan termurah untuk mendapatkan emas serendah 1 gram di Malaysia.

PRINSIP SYARIAH DALAM GAP.

Kita membeli GRAM EMAS milik Public Gold dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold.

Akad jual beli termeterai secara sah (ijab dan qabul) apabila Public Gold mula merekod pembelian gram emas ke dalam penyata atas talian (online statement) pembeli.

Pemilikan sebegini adalah berdasarkan kepada pemilikan secara hukum (qabadh hukmi/constructive possession).

Ketika memindahkan wang, ia hanyalah sebagai deposit keselamatan (security deposit) atau hamisy jiddiyyah.

APA KEISTIMEWAAN GAP?

Dengan GAP, kita mempunyai 2 pilihan :

1. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya disimpan serta dijamin oleh Public Gold. Tiada upah simpan dikenakan. Dari masa ke semasa, kita boleh menambah gram emas kita dengan pembelian seterusnya.

2. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya kita boleh keluarkan dalam bentuk gold bar atau dinar di mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat dengan kita.

APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU?

1. Untuk mengaktifkan akaun GAP, baki minimum sebanyak 1 gram perlulah ada pada setiap masa. Kita boleh mengeluarkan kesemua baki gram dalam akaun GAP, tetapi ia akan diklasifikasikan sebagai "tutup akaun". Caj pembukaan akaun akan dikenakan bila kita ingin membeli melalui kaedah GAP pada masa hadapan.

2. Setiap gram yang terkumpul dalam akaun GAP, boleh dikeluarkan dalam apa saja item dalam bentuk gold bar atau dinar. Gold premium yang minimum akan dikenakan, bergantung kepada item emas apa yang kita keluarkan. Bayaran gold premium hendaklah dibayar secara tunai ketika pengambilan emas.

3. Akaun GAP boleh dibuka untuk sesiapa saja yang memiliki kad pengenalan. Bagi yang berumur di bawah 18 tahun, akaun akan dinamakan secara bersama dengan ibu atau ayah.

4. Gram emas di dalam akaun GAP juga boleh dijual tanpa perlu diambil fizikalnya. Duit akan dimasukkan terus ke dalam akaun pemilik GAP dalam masa 24 jam.

5. Gram emas dalam akaun GAP boleh digunakan untuk membeli belah di PG MALL, sebuah online shopping centre milik Public Gold.

SIAPA YANG PATUT MEMBELI SECARA GAP?

Sesiapa saja boleh membeli emas di Public Gold menggunakan kaedah GAP. Tetapi biasanya kump**an berikut akan menjadikan akaun GAP sebagai prioriti :

1. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit sehingga tercapai gram yang diinginkan, barulah dikeluarkan emas itu.

2. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit atau banyak tetapi ada isu keselamatan apabila menyimpan sendiri.

3. Orang yang mahu mengalih simpanan tunai menjadi simpanan emas seperti akaun simpanan di bank.

4. Orang yang bekerja atau menetap di luar negara. Sesekali p**ang ke Malaysia, bolehlah diambil emas yang dikumpul sekian lama di dalam akaun GAP.

LAGI?

1. Harga GAP dikemaskini sekali sehari pada pukul 12 tengah malam.

2. Item-item seperti gold bar 1 gram, gold bar 5 gram dan 1/2 sangat bagus jika dibeli menggunakan kaedah GAP kerana harganya jauh lebih murah dari harga cash and carry (yang menggunakan harga retail). Senarai harga boleh dirujuk di laman web www.publicgold.com.my

Nota : Idea asal adalah dari Ustaz Khairul Anuar Basri

Priority Dealer Public Gold
Mohamad Tarmizi
PG00315796
www.wasap.my/60104463348

Public Gold Malaysia

Promosi fblive from public gold. Boleh buat 10x bayar atau cash..
27/12/2020

Promosi fblive from public gold. Boleh buat 10x bayar atau cash..

[FAKTA]Orang yang pakar tentang sistem wang kertas (wang fiat) mengatakan, semua duit kertas pasti akan kembali kepada n...
27/12/2020

[FAKTA]

Orang yang pakar tentang sistem wang kertas (wang fiat) mengatakan, semua duit kertas pasti akan kembali kepada nilai instriknya yang sebenar iaitu KOSONG. Ia pasti, cuma masanya sahaja yang menentukannya.

Sebelum nilainya jatuh kosong wang kertas biasanya jatuh teruk disebabkan hyper inflasi terutamya bila berlaku ketidaktentuan ekonomi negara dan dunia seperti yang berlaku kini.

Berbeza dengan EMAS .

Emas nilainya melekat pada berat dan ketulenannya sendiri. Emas dikatakan satu-satunya aset kewangan yang nilainya tidak akan jatuh KOSONG sama sekali.

Sebab emas tidak boleh dicipta oleh manusia (untuk ditambah pengeluarannya), dan emas sekali-kali tidak dapat dimusnahkan.

P/s - gambar dibawah bukti kukuh tentang wang kertas yang tidak lagi bernilai

Cc: Ustaz Nor Azah

Selalu kalau nk beli emas, kita dgn konfiden akan tanya harga pergram emas.. Betul kan.. Harga emas pergram yg ditawarka...
17/12/2020

Selalu kalau nk beli emas, kita dgn konfiden akan tanya harga pergram emas.. Betul kan.. Harga emas pergram yg ditawarkan paling rendah sgt menarik perhatian kita utk singgah tengok kedai emas tersebut.. Tapi.. Ada sesuatu sy nk share pasal ni...

*KENAPA HARGA KILANG DAN KEDAI BERBEZA?*

Kenapa harga di kedai nampak rendah drpd kilang?

Harga kedai mempamerkan harga pergram emas yg murah

1. kerana bersaing antara kedai emas
2. Untuk menarik perhatian pelanggan
3. Utk menunjukkan bahawa pelanggan mdpt kedai yg murah

Tetapi tahukah anda, bahawa dalam pembelian emas... Bukan
setakat HARGA PERGRAM yg perlu kita tahu tetapi juga UPAH

Tetapi di kedai, upah selalu x sama setiap hari malah boleh p**a diubah2 dan di Kurang2....

Sekarang secara logikal, apa yg berubah sebenarnya dlm pasaran emas?

*Harga emas pergram @ upah?*

Sudah tentu *Harga emas pergram..* Sbb harga emas ikut pasaran harga dunia..



*BUKAN UPAH*
(tetapi di kedai harga nmpk x berubah selalu... Tetapi tahukah anda yg berubah adalah upah)

Boleh rujuk https://goldprice.org

Dan

https://www.kitco.com/

Tetapi di kilang.. Upah kami *tetap (fix)* dan sgt2 *termurah...* Boleh layari

View.orodesign.biz

Kilang mgikut harga pasaran dunia setiap MINIT...

KEDAI? mereka pun ikut tetapi melalui upah yg dikenakan...

Logiknya... Sesebuah kedai emas perlu mjual emas utk keuntungan sbb mereka perlu menanggung kos pelbagai (kos utiliti, kos sewa kedai, kos pekerja kos beli emas, dan kos lain)... Tidakkah mereka akan mjual lbh rendah drpd harga kilang?

Dan mereka sendiri membeli daripada kilang...

Dan siapakah kami? Kami ialah dealer yg menjadi ahli kilang kerana kilang ingin memberi peluang kpd bumiputera yg tiada modal utk muka kedai emas kerana nilai emas bukan murah...

Dan sbg ahli kilang. Kami mmg akan beritahu secara telus harga pasaran tetapi harga pasaran kilang lebih rendah dari harga persatuan emas Malaysia... Boleh rujuk harga emas.
https://www.hargaemas.com.my/

Jadi fahami situasi kenapa kalian nmpk harga emas di luar nmpk murah.... sbb itu saya ajar anda... Jgn tgk harga pergram.... Tgk sama upah dan paling penting tgk *HARGA BELIAN...* iaitu harga yg perlu anda bayar...

Address

Bukit Indera Muda
Bukit Mertajam
14000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60104463348

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dinamiz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dinamiz:

Share