Senang Tajwid

Senang Tajwid senang tajwid medium untuk kenal cara belajar tajwid paling mudah melalui tips dan cara belajar yang terkini

05/04/2023

Renungan Pagi Ramadhan

Syukur Alhamdulillah bila lihat mushaf al Quran ada banyak di Negara kita.

Surau-surau , masjid-masjid , rumah-rumah , sekolah - sekolah pun ada.

Sedih bila tengok video kanak-kanak kulit hitam membaca Al Quran tanpa mushaf.

Mereka menyalin tulisan dari papan ke papan.Lalu di hafal.Papan itu p**a dikongsi ramai.

Kitab al Quran di Negara kita sangat banyak.Ada yang tak terusik pun hingga berhabuk

Masa muda ni belajarlah sedikit-sedikit.Rugi tak pandai membaca.

Sebab bulan Ramadhan ni jika baca al Quran pahala MasyaAllah , Allah sahaja yang akan membalasnya.

Anak murid saya bukan lagi budak-budak.Dah berumur 60 tahun lebih.

Baru menyelak buku iqra'.Matanya dah kabur.Tapi kesungguhannya, Subhanallah sangat tinggi.

Sambil membaca menggunakan lampu suluh ,terus sebut dan sebut.

Saya kata padanya, " jika sekarang Tuan susah, akhirat nanti Tuan akan ada sahabat"

Yang Tuan sebut inilah jadi sahabat Tuan bila dalam kubur dan Mahsyar nanti.

Bila teringat dia,itu juga jadi motivasi saya untuk terus membaca al Quran.

Tak sedap suara tak mengapa, janji boleh membaca.Ramadhan dah sampai pertengahan.

Jangan sia-siakan.Baca dapat pahala, dengar pun dapat pahala.

W/A

02/02/2023

Apabila Nun kosong ( tiada tanda mati) bertemu dengan huruf ikhfa yang bersifat isti'la maka kena lihat pada baris sebelum nun kosong.

Jika berbaris kasrah ( bawah ), maka bacaan dengungnya perlu dinipiskan.Boleh tengok link di komen.

16/12/2022
05/12/2022
03/12/2022

Surah Al Qariah ini mempunyai 11 ayat. Ia diturunkan di Makkah (Ayat Makkiyyah). Nama surah ini diambil daripada perkataan Al Qariah yang bermaksud ‘Hari Kiamat’.

Surah ini menggambarkan kejadian yang akan berlaku pada hari kiamat iaitu manusia umpama anai-anai yang bertebaran, gunung ganang yang berhamburan seperti bulu-bulu, dua golongan manusia iaitu yang berat dan ringan amalan kebaikannya.

Address

Bentong
28700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Senang Tajwid posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Senang Tajwid:

Share

Category