22/12/2022
๐๐ฅ๐ฅ๐๐ก ๐๐๐๐๐ข๐ค-๐๐๐ข๐ค ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ ๐๐๐ฆ๐๐๐ฅ๐ข
Solat dah solat dah, zikir dah zikir dah, dah jaga mak ayah, al Quran selalu baca dah, kenapa banyak lagi masalah?
Kita belum masuk syurga tuan/puan. Ini negeri dunia, Nabi ๏ทบ bersadba, "Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir." (HR. Muslim).
Bagi orang kafir, dunia ini dah macam syurga tidak ada masalah bagi mereka. Bagi kita orang mukmin p**a seakan terpenjara, banyak ujian dan masalah. Lepas satu ujian datang lagi ujian, kemudian datang lagi musibah, ITU TANDANYA KITA SEDANG DINAIKKAN DARJAT OLEH ALLAH DI NEGERI AKHIRAT.
Tidak ada satu musibah yang menimpa orang mukmin melainkan padanya pahala disisi Allah.
Salam Jumaat, penghulu segala hari.
Dihari yang penuh barokah ini, moga dikurniakan kita istiqomah dan ikhlas untuk terus memohon keampunan kepada Allah, menagih cinta Baginda Nabi ๏ทบ dengan banyakkan berselawat dan menjemput rezeki dengan banyaknya memberi.
Bidara Qurtubi
28 Jamadil Awwal 1444H