AvocadoBP

AvocadoBP Pokok avocado Cipedak/Miki Asli Depok, Jakarta di Batu Pahat Johor dari tahun 2015. Avocado dipercayai berasal dari Puebla, di Mexico.

AVOCADO (Persea americana L) buah-buahan dari keluarga Laura Ear yang di makan sebagai buah segar atau untuk diproses bagi pelbagai kegunaan. Menurut kajian yang dilakukan Avocado adalah makanan yang sarat dengan nutrien dan mengandungi pelbagai jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Walaupun Avocado mengandungi lemak, tetapi ia adalah lemak yang bermanfaat dan membantu anda untuk cepat kenyang

. Makanan lemak boleh mengekalkan paras gula dalam darah serta penting untuk semua sel tunggal dalam badan. Lemak yang sihat menyokong kulit yang sihat, meningkatkan sistem imun, penyerapan vitamin larut lemak, mineral, dan nutrien. Tanaman Avocado tidak popular disemua negara ASEAN seperti Malaysia tetapi popular di Filipina dan Indonesia. Orang Malaysia memang jarang yang minat makan buah avocado tidak seperti dibeberapa negara di Amerika Latin, Caribean, Indonesia dan Filipina yang makan buah avocado sebagai buah yang amat di minati. Salah satu variety avokado yang popular dibudidayakan masyarakat Indonesia adalah alpukat cipedak/Miki. Keunggulan variety avocado cipedak adalah masa berbuahnya yang produktif, memiliki rasa yang legit dan manis dan kulit yang tipis sehingga boleh dikupas seperti pisang. Keistimewaan lain adalah boleh ditanam di dataran rendah mahupun tinggi. Sementara jenis lainnya, hanya tumbuh di daerah dataran tinggi. Dalam setahun, avoca youdo Cipedak/Miki rata-rata boleh dituai sebanyak 4 kali, tetapi di luar musimnya dalam setiap harinya selalu saja ada buah yang boleh dipetik. Dalam setiap pohon, ada saja ranting yang sedang berbunga, putik, buah muda, dan matang sekaligus. Avocado Cipedak/Miki juga tidak disukai hama ulat kerana memiliki kandungan enzim yang mematikan ulat dan isi buahnya juga tebal dan tidak berserat tidak disukai oleh hama ulat. Saya mula menanam avocado Cipedak/Miki ini pada tahun 2015 dengan mendapat bibit (benih) dari seorang kenalan yang banyak memberi tunjuk ajar dan salah seorang pengiat dan pembudidaya yang aktif di dalam penanaman dan pembibit avocado Indonesia iaitu Alm. Sentot Sutyanoko (Alfatihah kepadanya yang telah kembali ke Rahmatullah pada 5 Januari 2020) semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Beliaulah yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan selama ini dan karater dan jasa beliau tidak dapat dilupakan. Kini usaha beliau saya teruskan di Malaysia dengan menanam bibit/benih hasil cantuman (garffting) beliau sendiri dan insyaAllah..saya akan sahut hasrat beliau untuk memperbanyakkan tanaman avocado terutamanya Miki/Cipedak dan beberapa variety koleksi terbaik milik beliau (KR01 , KR02 , Family dan Pendil) yang sudah melepasi ujian lokasi di tanam di Batu Pahat Johor dan mengeluarkan hasil...amenn

Habis Buah daun gugur dan daun baru muncul, sekali dgn bunga baru..beginilah kitaran pokok avocado ini sejak mula belaja...
02/07/2021

Habis Buah daun gugur dan daun baru muncul, sekali dgn bunga baru..beginilah kitaran pokok avocado ini sejak mula belajar berbuah pada usia 2.5 tahun sehingga sekarang berbuah sepanjang tahun...alhamdulillah...

Assalamualaikum dan selamat pagiSemoga hari ini kita sentiasa dalam perlindungan ALLAH swt,dipermudahkan segala urusan,p...
30/06/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi

Semoga hari ini kita sentiasa dalam perlindungan ALLAH swt,dipermudahkan segala urusan,perjalanan,diteguhkan silaturrahim sesama kita, dilimpahkan dengan rezeki yang bertambah dan sentiasa memperoleh rahmat dari Nya..
aamiin 🤲🏻

Memilih rootstock (pokok penanti) untuk dibuat cantuman adalah penting bagi memastikan keberhasilan dalam cantuman yang ...
11/06/2021

Memilih rootstock (pokok penanti) untuk dibuat cantuman adalah penting bagi memastikan keberhasilan dalam cantuman yang dibuat.

Langkah awal membuat cantuman :-

🌱Pokok penanti yang baik pertumbuhannya
🌱scion/keratan dari pokok induk yang telah berbuah sekurang2nya 3x berbuah

Masih dalam Ujian Lokasi di Batu Pahat untuk melepasi beberapa kriteria/ciri-ciri yang sama dari tempat asalnya Depok, J...
05/06/2021

Masih dalam Ujian Lokasi di Batu Pahat untuk melepasi beberapa kriteria/ciri-ciri yang sama dari tempat asalnya Depok, Jakarta

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُبِــــــــــــــــــسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِاللَّهُمَّ ص...
12/05/2021

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِــــــــــــــــــسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّ وَ مِنْكُمْ تَقَبَّلْ يَا كَرِيْم.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021, Maaf Zahir dan Batin ikhlas daripada AVOCADOBP.
Cahaya Ramadan berlalu pergi,
Syawal kini menjelang kembali,
Ucapan kini pengganti diri,
Semoga keceriaan mewarnai Aidilfitri
Raya, raya jugak..jangan lupa jaga jarak!
Bersama kita mencegah penularan Covid-19.

/Cipedak

﷽ Salam Sayyidul Ayyam & Selamat Pagi 🤗💕۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞Sal...
07/05/2021

﷽ Salam Sayyidul Ayyam & Selamat Pagi 🤗💕

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Salam 25 Ramadhan.

Jumaat terakhir Ramadhan tahun ini,1442H semoga dapat bertemu diramadhan akan datang.
Hanya berbaki 5 hri saja lgi.
Gunakanlah baki yang ada ni, dengan sebaik2nya.💪🏻

Semoga Allah menerima semua amalan baik kita dan mengampunkan dosa2 kita semua.

Aamiin2 Ya Rabbal 'alamin.

LALAT BUAH (Fruity Fly / Bactrocera)Adalah sejenis serangga perosak yang banyak menyerang kepada kebanyakkan tanaman bua...
20/04/2021

LALAT BUAH (Fruity Fly / Bactrocera)

Adalah sejenis serangga perosak yang banyak menyerang kepada kebanyakkan tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran. Avocado juga tidak terkeculi dari diserang oleh serangga perosak ini.
Serangga perosak ini biasanya menyerang buah dengan meninggalkan kesan tanda dengan bintik hitam atau benjolan pada permukaan buah (kulit buah) avocado, yang merupakan tusukan serangga sekaligus tempat untuk meletakkan telur serangga ini menjadikan kulit buah berlubang dan busuk.
Melalui pemerhatian dan sekadar perkongsian saya dalam penanaman avocado ini, sekiranya serangan pada buah muda akan meninggalkan kesan kepada kulit buah dan sekiranya serangan kepada buah matang akan meninggalkan kesan hitam, lembik dan berair, jika dibelah dan diteliti dibahagian dalamnya akan kelihatan ulat kecil (larva). Kebiasaanya lalat buah akan aktif pada awal pagi dan petang bergantung kepada keadaan cuaca.
Banyak Kaedah kawalan yang digunakan untuk mengawal serangan serangga ini mengikut tahap serangan dan kaedah yang biasa dan mudah dilakukan adalah dengan semburan bahan kimia (banyak produk-produk dipasaran) yang mudah didapati seperti malathion atau memasang perangkap lalat buah Feromon Pemikat Lalat Buah (Methyl Eugenol) yang banyak dijual dipasaran. Pengalaman saya menggunakan kaedah sembuaran racun DIMEXION 40 yang mempunyai bahan active imethoate 38% dapat mengurangkan kadar serangan lalat buah tersebut.Mengikut pemerhatian saya tindakan yang paling baik adalah memusnahkan (membakar) semua buah yang diserang lalat buah supaya larva mati dan tidak dapat membiak.
Serangga perosak ini jika tidak dikawal akan menyebabkan kualiti buah menjadi rosak dan berkurangan yang tentutnya akan merugikan.
Walaupun kawalan untuk serangan lalat buah ini, tidak berarti buah avocado akan bagus kualitinya dan tidak diserang oleh serangga perosak ini, kerana serangga perosak ini tetap ada dan kita hanya boleh menguranginya sahaja. Gambar-gambar tersebut adalah bukti serangan tetap berlaku walaupun kaedah kawalan secara berkala telah dibuat.

Waullahualam..

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan 1442H /2021M
12/04/2021

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan 1442H /2021M

Avokado Miki/Cipedak Depok
06/04/2021

Avokado Miki/Cipedak Depok

Alhamdulillah Variety (K###x) sudah mula menunjukan bunganya...Satu-satunya pokok yang hidup di sini dan  induknya telah...
24/03/2021

Alhamdulillah Variety (K###x) sudah mula menunjukan bunganya...
Satu-satunya pokok yang hidup di sini dan induknya telah pupus di Negara asalnya...
Semoga bertahan menjadi buah...
Masih menjalani Ujian Lokasi lagi sama ada sesuai dan berbuah dengan Maksimum di tempat barunya...

BUAH AVOCADO CIPEDAK/MIKI(Sekadar Perkongsian)Berdasarkan kepada pengamatan , Secara umumnya jenis miki/cipedak ini pura...
20/03/2021

BUAH AVOCADO CIPEDAK/MIKI
(Sekadar Perkongsian)
Berdasarkan kepada pengamatan , Secara umumnya jenis miki/cipedak ini purata berat buahnya 300-600gram/buah. Tempoh matang buah dikira dari mula berbunga lebih kurang 6 bulan..itupun bergantung kepada cuaca sekiranya panas buah akan lebih cepat matang.
Ukuran berat dan besar buahnya tergantung berapa banyak jumlah calon buah (putik) yang jadi dalam satu pokok, Selain itu juga tergantung keadaan kesuburan dan kesihatan pokok tersebut.
Jika dalam satu pokok terdapat jumlah buah yang banyak, akan terpengaruh terhadap besar kecilnya buah yang ada. Perkara ini terjadi mungkin kerana sistem dalaman pokok perlu merawat dan menjaga jumlah buah yang ada. Jika jumlah buah yang dirawat tidak banyak jadi penyerapan nutrisi untuk pembesaran buah lebih dari cukup tidak perlu bantuan pembajaan. Walaubagai manapun sekiranya pembajaan ketika terjadi putik buah boleh membantu untuk saiz pembesaran buahnya.
Wallahualam..

/miki

Address

Batu Pahat
83200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AvocadoBP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category