02/02/2024
TIRULAH MACAM SAYAโฆ..
Perbezaan kadar rabun jauh antara mata kanan(RE)dan kiri(LE) sebanyak 3.00D tentu menyebabkan perbezaan ketebalan yg ketara antara kedua belah cermin.
Namun ini tidak kelihatan pada cerminmata Cik Syafiqah.
Selain memeriksa mata, Optometrist juga berperanan untuk memberikan konsultasi dan solusi kepada pemilihan kanta yg sesuai untuk pesakit.
Menggunakan kanta berindeks tinggi(Hi-index Lens) mempunyai kelebihannya berbanding kanta biasa.
Dengan kanta Hi Index ini, dapat mengurangkan ketebalan hampir 40% dari kanta biasa. Ini seterusnya menjadikan cerminmatanya lebih nipis dan lebih ringan.Apatah lagi pemakai memilih untuk mengikut trend semasa iaitu bingkai yg besar ala-ala KPop gitew..
Kesan Hi Index juga memberikan nilai estetika kepada pemakainya bila mana tiada kesan herotan(distortion).
Penampilan kelihatan lebih kemas dan cantik, tidak kelihatan perbezaan saiz mata kiri dan kanan.
Bila mana kesan herotan ini dikurangkan maka pemakai mendapat penglihatan yg lebih jelas dan tajam.( clear dan sharper vision).
Perlindungan terhadap sinaran UV turut ada apatah lagi beliau menggunakan kanta dengan penapis gelombang biru(420UV), sudah pasti memberikan keselesaan dan keselamatan apabila menggunakan gadget masakini.
Tampil bergaya, mata terjaga.
Jomlah ke Zanariyah Optometrist.