Kasturi Emas Parit Raja BATU PAHAT

Kasturi Emas Parit Raja BATU PAHAT Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kasturi Emas Parit Raja BATU PAHAT, Shopping & retail, Taman Gemilang Harmoni, Parit Raja, Batu Pahat.

Selamat Hari Pekerja1 Mei 2026
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja
1 Mei 2026

20/03/2026
Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H
18/02/2026

Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H

Proses menghasilkan Wangian Kasturi dah dikesan sejak dari zaman dulu lagi. Hampir semua peradaban manusia wujud kisah K...
27/01/2026

Proses menghasilkan Wangian Kasturi dah dikesan sejak dari zaman dulu lagi.

Hampir semua peradaban manusia wujud kisah Kasturi di dalamnya. Termasuklah dalam peradab Islam hinggakan ada satu Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim berkenaan Sabda Nabi bahawa Sebaik-baik wangian adalah Kasturi.

Kerana itu juga Kasturi sangat dekat di hati kita.

Hari ni dengan teknologi lebih moden, kualiti Kasturi menjadi lebih baik untuk kita nikmati.

Sejak 2008, Kasturi Emas mengambil cabaran untuk mengubah stigma dan pandangan orang ramai bahawa Kasturi ni cuma wangian orang bawa pergi Masjid saja.

Bila kita keluarkan dengan kualiti yang baik, sebenarnya wangian ini boleh dan sesuai dipakai tak kira waktu dan kena dgn semua majlis.

Kerana wangian Kasturi Asli baunya akan beransur-ansur berubah jadi sangat tenang, segak dan mewah.

Bagi anda yg nak cuba, boleh dapatkan Kasturi Kijang Asli 3ml.....

Salam Isra' Mikraj 27 Rejab 1447H
16/01/2026

Salam Isra' Mikraj 27 Rejab 1447H

Selamat Tahun Baru 2026
01/01/2026

Selamat Tahun Baru 2026

Dalam ilmu penciuman, semua benda mempunyai bau. Cuma terp**ang pada kita cara nak extrak dia. Pakai kaedah hydro distil...
20/10/2025

Dalam ilmu penciuman, semua benda mempunyai bau. Cuma terp**ang pada kita cara nak extrak dia. Pakai kaedah hydro distillation saja pun takcukup.

Ada beberapa proses sebelum tu lagi yang boleh dibuat. Contohnya ‘membasikan kayu’. Nak detail lagi ? Banyak cantik 🤪

Untuk hasilkan Blackout Mahogany dan Extinction, beberapa kali proses itu perlu dilakukan. Barulah di ‘end’kan dengan penyulingan.

Susunan aroma ni seperti buat lagu. Big why dia adalah Hang nak bagi sapa dengaq ? Siapa niche karya ini.

Hip hop, metal, balada, irama melayu asli, slow rock, raggae Jamaica yang diperkalkan awal 1960 an atau techno, terp**ang.

Dan setiap bau yang kami hasilkan p**a memang sudah dikonsepkan. Ni pakai opis, ni masuk majlis formal, ni nak kutip hutang,

ni nak deal bisnes, ni nak pikat hati masyarakat, ni terpandang dalam masjid, ni untuk Ketua Pengarah, ni Ketua Menteri, ni Bangsawan, ni pelajar dan sebagainya.

Tetapi bukanlah bermaksud itu semua mutlak. Kerana pada akhirnya, fitrah tumbuhan aromatik yang terdapat didalam botol itu sendiri yang memilih Tuannya.

Ramai saja orang muka ganas tapi pakai Blackout 96. Sikit pun takda salah. Ramai juga perempuan, tapi s**a Blackout Tonkabien.

Kerana pada akhirnya, setiap kita punya jiwa. Dan apabila jiwa itu kuat, tapak kita juga kukuh. Keyakinan diri terjaga. Begitulah bagaimana bangsawan Istana Tanah Melayu dulu kala menzahirkan siapa mereka.

Dan bagaimana Perancis keluar dari kotor dan busuk dengan penerapan budaya bersih dan wangi kepada Bangsawannya.

Kami ? Wangi dan sihat.

Kalau tanya kami, apa itu kasturi ?Kami mungkin tidak tahu menerangkan bahawa kasturi adalah sebagus-bagus wangian seper...
14/09/2025

Kalau tanya kami, apa itu kasturi ?

Kami mungkin tidak tahu menerangkan bahawa kasturi adalah sebagus-bagus wangian seperti yang diriwayatkan oleh shahih Bukhari.

Kami mungkin tak pandai untuk ceritakan bahawa betapa tanah-tanah di syurga itu diperbuat daripada kasturi.

Kami mungkin tak mampu hurai kenyataan Ibn Qayyim tentang kebaikan kasturi didalam Tibb Annabawiah (Berubat cara nabi).

Kami bukan ahli dalam bidang usuluddin nak menceritakan bagaimana didalam kitab Al-Aqaid mengisahkan sewaktu Nabi Adam turun ke bumi, dihadiahkan kepada kijang jantan daun dari syurga, sehingga kijang itu menjadi wangi dan menghasilkan kasturi.

Kami juga bukanlah pakar menghuraikan bahawa perubatan yunani kuno menggunakan kasturi sebagai rawatan psikoterapi dan masalah mental berat yang lain.

Kami juga bukan berkelayakan untuk terangkan tentang perubatan ayuverda, siddha atau perubatan cina tentang penggunaan kasturi untuk rawatan gigitan serangga berbisa.

Tapi,

Kami akan jawab bahawa kasturi, sejak dari dahulu sehingga sekarang, ia dikatakan sebagai wangian dari alam paling ampuh pernah ditemui.

Didagangkan dengan sangat pesat ke serata dunia, dijadikan bahan utama untuk menaikkan magis design perfume demi mendapatkan aroma bersifat animalistik, earthy yang semerbak.

Sekaligus digunakan sebagai wangian pemikat, berubat, dan paling penting, dijadikan sumber rawatan kepada pelbagai jenis penyakit.

Jasa Kasturi sangat besar menghubungkan pedalaman Tibet dengan dunia perdagangan wangian, semenjak Arab mendominasi lautan, semenjak Melayu menjadi raja di timur dan semenjak bangsa Qibti mendominasi Mesir purba.

Jadi, apa itu kasturi?

Kasturi adalah Raja Wangian!

Address

Taman Gemilang Harmoni, Parit Raja
Batu Pahat
83000

Telephone

0177790472

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kasturi Emas Parit Raja BATU PAHAT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share