E BOOK VIRAL

E BOOK VIRAL Pelbagai E Book yang kami tawarkan😍😍
Jangan Tunggu Lagi ...
Lekas Grab Now
www.wasap.my/60187636328

06/09/2025

GADIS ANTI ROMANTIK

TEASER 1

“Ya, cik? Ada apa-apa yang saya boleh bantu?”

“Saya nak buat report tentang kehilangan beg duit saya.”

“Oh, sekejap ya.” Pegawai polis tersebut menggerakkan mouse dan menatap komputer di hadapannya. Bersedia ingin membuka Microsoft dan mengambil report. Namun, selang beberapa saat, telefon pegawai polis tersebut tiba-tiba berbunyi meminta diangkat. Skrin telefon dipandang sebelum dia mendadak bangun dari kerusi.

“Luth, tolong aku ambil report.
Inspektor Emir tiba-tiba call aku,” ujarnya pada rakan yang berada di kaunter sebelah. Lelaki yang dipanggil Luth itu mengangguk seraya tersenyum.

Tempat duduk yang berada di hadapan bertukar dengan pegawai polis yang bernama Luth itu. Itu tak menjadi masalah, Hasya tidak kisah sesiapa saja yang mengambil reportnya. Yang buat dia jadi segan tiba-tiba adalah bila matanya dapat menangkap lagak Liyana yang seakan tidak berkelip ketika memandang pegawai polis bernama Luth itu. Mulut Liyana juga seakan terbuka sedikit. Hasya menyiku perlahan lengan Liyana.

Memanglah pegawai polis di hadapan mereka itu ada rupa. Tapi perlu ke Liyana memberi reaksi berlebihan sebegitu? Serupa tak pernah tengok lelaki kacak. Padahal, suami Liyana sendiri boleh dikatakan lelaki yang ada rupa paras. Tak padan dengan bawak perut tu!

“Boleh cik ceritakan macam mana beg duit cik boleh hilang?” Hasya kembali fokus ketika mendengar soalan dari suara garau itu.

Belum sempat Hasya ingin membuka mulut, suara pegawai polis itu kedengaran lagi. Kali ini, kepada Liyana.

“Puan boleh duduk dulu ya. Saya tengok sikit lagi nak meletup tu. Risau saya tengok puan berdiri lama-lama macam tu.” Bukan nada tidak selesa yang terlantun pada suara itu tapi sebaliknya nada yang penuh dengan keprihatinan. Seolah-olah dia memang seriau tengok perut Liyana yang besar. Reaksi Liyana p**a? Perempuan itu tertawa perlahan sebelum dia membuka mulut membalas bicara lelaki di hadapannya.

“Anak saya yang bakal lahir ni perempuan. Bila saya tengok tuan, saya rasa saya dah jumpa jodoh untuk anak saya. Tuan single lagi ke?”

Hasya terlopong.

Ya Allah! Dia rasa nak balik sekarang juga tanpa buat report. Segan dengan perangai selamba Liyana. Ada ke patut Liyana nak jodohkan pegawai polis itu dengan anaknya yang belum lahir lagi.

www.wasap.my/60187636328/GadisAntiRomantik

06/09/2025

GADIS ANTI ROMANTIK
- AMY LUCCIOLA

BLURB

Bagi NUR HASYA NAURAH, hidupnya hanya tentang umi dan adiknya. Kenangan masa silam yang hitam membuatkan dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin. Selama 30 tahun dia hidup, tidak pernah sekali pun dia menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki. Kerana itu, dia digelar sebagai gadis anti romantik. Namun, kehadiran LUTH AMIR membuka cerita baru dalam hidupnya.

"Saya cuma nak cakap, mulai dari hari ni, saya nak mengenali Cik Hasya dengan lebih dekat. Saya harap Cik Hasya sudi sambut salam perkenalan saya.” - LUTH AMIR

"Maaf, saya tak berminat. Encik Luth boleh cari perempuan lain untuk berkenalan lebih rapat. - NUR HASYA NAURAH

Penolakan itu tidak langsung membuatkan semangat Luth jatuh.Tembok kukuh yang Hasya bina, dia dengan senang hati akan robohkan. Bagi Luth, untuk memiliki perempuan yang dicintainya, dia harus berusaha menunjukkan keikhlasan hatinya.

"Apa yang awak tak s**a pada saya?” - LUTH AMIR

“Pertama, saya tak s**a lelaki muda dari saya. Saya rasa mereka tak matang. Kedua, saya tak s**a muka lelaki ala pelakon Thailand macam awak. Saya lebih s**a muka maskulin yang kulit hitam manis. Ketiga, maaf, saya tak s**a lelaki badan beruniform." - NUR HASYA NAURAH

Semua alasan itu dicipta hanya untuk membuatkan Luth berputus asa meraih hatinya. Namun, Luth tidak mudah mengalah. Pelbagai cari Luth lakukan untuk menambat hati Hasya biarpun yang sering dia perolehi hanyalah pernolakan dari gadis yang dis**ainya itu.

“Cik Hasya, kahwin dengan saya tak seteruk apa yang Cik Hasya fikirkan. Saya rajin. Pandai kemas rumah. Pandai basuh baju dan lipat baju. S**a belajar benda baru. Walaupun saya tak pandai memasak saya akan cuba belajar memasak untuk Cik Hasya. Salah satu keputusan yang bijak kalau Cik Hasya terima saya. Insya Allah, Cik Hasya tak akan menyesal.” - LUTH AMIR

“Saya dah pernah cakap pada awak, Encik Luth. Saya tak pernah terfikir untuk berkahwin.” - NUR HASYA NAURAH

“Cik Hasya tak percayakan jodoh?” - LUTH AMIR

“Saya bukan tak percayakan jodoh. Saya tak percayakan lelaki.” - NUR HASYA NAURAH

S**ar untuk membuang tanggapan negatif Hasya terhadap kaum lelaki. Namun, Luth tidak berputus asa membuktikan kepada Hasya yang dia tidak seperti lelaki lain.

“Bagi diri awak peluang untuk merasai kebahagiaan sekali lagi. Dan, bagi juga saya peluang untuk buktikan dalam dunia ni, bukan semua lelaki tak guna. Masih ada lelaki yang setia pada seorang perempuan sehingga ke akhir hayatnya. - LUTH AMIR

Apakah kesudahannya? Mampukah Hasya kembali mempercayai lelaki? Dan berjayakah Luth memiliki gadis yang dis**ainya itu dalam ikatan yang halal?

www.wasap.my/60187636328/GadisAntiRomantik

SALAM OGOS SALAM BULAN KEMERDEKAAN🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾TANGGAL 31 , BULAN 8 , 57HARI YANG MULIA,HARI YANG BAHAGIASAMBUT D...
31/07/2025

SALAM OGOS
SALAM BULAN KEMERDEKAAN

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

TANGGAL 31 , BULAN 8 , 57
HARI YANG MULIA,
HARI YANG BAHAGIA
SAMBUT DENGAN JIWA YANG MERDEKA

🇲🇾MERDEKA...
🇲🇾MERDEKA...
🇲🇾MERDEKA...
🇲🇾MERDEKA.

DI SEBABKAN SEMANGAT TENGAH BERKOBAR-KOBAR DI BULAN PATRIOTIK NI, JADI TAK PERLULAH TUNGGU 2/8🤭
DENGAN RASMINYA , ARUZ PUBLICATION
BUKA JUALAN OGOS,

MUDAHAN SEMUA BERKOBAR-KOBAR UNTUK MEMBELI😆😆😆😆

BELI JANGAN TAK BELI , SUPPORT LAH
E BOOK KARYA BUATAN MALAYSIA
😂😂😂

KOMBO HERO KACAK
🌷🌷🌷🌷

DINGIN SEORANG QASH

BLURB

Qash Aideen lahir dari sebuah keluarga yang berpecah belah. Mama dan abah bercerai kerana mama tak boleh terima kemiskinan abah. Datuk Huda terlalu bermegah dengan kemewahan dunia yang diwarisi oleh bapanya.

Berkahwin? Langsung tiada dalam impiannya. Qash selesa hidup sendiri, ke sana ke mari tanpa terikat dengan perempuan. Bagi dia, perempuan ini boleh buat dia sakit kepala. Cukuplah ada si adik, Zarith.

Indah Amalin, perjalanan hidupnya sangat indah pada awalnya. Namun semuanya berubah selepas tunang tersayang pergi dijemput Ilahi dalam satu kemalangan ngeri. Hidupnya berubah kelam dan gelap gelita serta merta.

Dia tutup pintu hati untuk semua lelaki. Bukan tiada yang datang mendekat. Yang dikenenkan oleh kakaknya juga ada. Tapi hati Amalin terkunci kemas. Semua ditolak tanpa fikir panjang.

Tapi pinangan dari bekas bakal mertua untuk anak mereka, adik pada Redza, Rizal benar-benar mengusutkan fikiran Amalin. Sudah ditolak, tapi si Rizal ni sejenis yang tak faham Bahasa Melayu!

Asyiklah kejar dia, hingga selalu ganggu Amalin di kafe milik Amalin. Belum jadi hak milik, sudah berani naik tangan. Kalau dah jadi hak milik, agaknya habis lebam-lebam Amalin.

Muncul Qash sebagai penyelamat tak dirancang. Semuanya secara kebetulan, Qash berada di depan kafe Amalin.

Let’s get married, - Qash Aideen
Kalau kau nak selamat, ini aje caranya. - Qash Aideen
Selamat dari apa? – Indah Amalin
Kau nak terus kena ganggu dengan mamat tiga suku tu? - Qash Aideen
Memanglah tak nak…– Indah Amalin
Tak payah fikir panjang, setuju ajelah. - Qash Aideen
Mudahnya cakap. Kita tak pernah kenal dengan lebih rapat. Tiba-tiba ajak kahwin. Ingat kahwin koboi? Ingat hidup sebagai pasangan ni sehari dua aje? – Indah Amalin
Kenapa, nak cerai ke lepas tu? – Qash Aideen

Belum pun Amalin beri kata setuju, datang Datuk Huda ke teratak mama dan papa Amalin. Lagilah buat Amalin berbelah bahagi untuk terima. Keadaan sekeliling seakan memaksa Amalin untuk menerima pinangan Datuk Huda.

Menjadikah hubungan try and error antara Amalin dan Qash?

🌷🌷🌷🌷🌷

HIDDEN GIRL MEGAT ZAFRI

BLURB

IDA - 10 tahun dia bahagia menjadi isteri kepada MEGAT ZAFRI. Suaminya seorang yang sangat bertanggungjawab pada keluarga. Lantas IDA mula bersikap dominan dalam menjaga rumah tangga.

“Kita isteri ni kena jadi ketua. Buat suami dengar cakap kita. Bukan kita dengar cakap suami. Salah tu. Kita buat sampai suami yang melutut kat kaki kita.” - IDA

MEGAT ZAFRI - Dia mengahwini IDA kerana cinta. Tapi kerana sikap IDA yang tidak menghormatinya sebagai suami mula buat ZAFRI tawar hati.

“Pernah ke selama ni I pergi outstation tak tinggal duit? Bukan setakat duit, kad pun I tinggal. Tu peti, tak pernah kosong. I bagi penuh dengan makanan. I ada ke takde ke, you tak pernah susah.” - ZAFRI

IDA dan ZAFRI menjalani hidup sebagai suami isteri seperti biasa. Sehinggalah NURA muncul secara tidak sengaja dalam hidup mereka. Bagi IDA, NURA hanyalah seorang gadis muda yang polos. Tanpa IDA tahu sebenarnya NURA seorang gadis yang penuh rahsia

“Kakak dia mati muda rupanya. Mati sebab apa kak?” - IDA
Satu persatu cerita siapa NURA mula terbongkar. Dan waktu itu, IDA mula diganggu pemanggil misteri.

“Kau siapa betina? Kenapa kau tanya pasal laki aku?” - IDA
Hidup IDA mula tidak aman ditambah lagi dengan suaminya yang mula berubah sikap.

“Berani you ada perempuan lain, kan? I nak you mengaku sekarang yang you curang. I nak dengar dari mulut you sendiri.” - IDA

“Ya, I ada perempuan lain. Puas hati you?” - ZAFRI
Pengakuan suami tercinta buat hidup IDA gelap gelita. Enggan mengalah IDA nekad cari siapa perempuan yang ingin menyondol suaminya. Dan bila kebenaran terbongkar, IDA rasa dirinya telah diperbodohkan!

MEGAT ZAFRI dan NURA…ada rahsia yang mereka simpan selama bertahun-tahun tanpa pengetahuan sesiapa.

“I memang lelaki tak guna. I suami yang gagal. I tak nafikan. You berhak untuk marah I.” - ZAFRI

“You sanggup jandakan isteri sendiri demi betina lain? Betina yang datang entah dari mana, kemudian you nak buang I.” - IDA

Apa sebenarnya yang terjadi pada perkahwinan mereka? Siapa yang mengganggu IDA? Siapa sebenarnya NURA? Apakah rahsia NURA dan ZAFRI? Kenapa IDA telah menjadi target NURA? Bagaimana perakhiran kisah mereka bertiga? Siapa yang terpilih dan siapa yang dibuang?

www.wasap.my/60187636328/Kombo_Hero_Kacak

BELAHAN JIWA NURA NADINETEASER 19Kemudian Amar juga ikut masuk ke dalam sungai, menyertai adiknya mandi. 15 minit kemudi...
23/07/2025

BELAHAN JIWA NURA NADINE

TEASER 19

Kemudian Amar juga ikut masuk ke dalam sungai, menyertai adiknya mandi. 15 minit kemudian dia datang mendekati Nura.

Sengaja dia main renjis-renjis air pada Nura.

“Isy , basahlah,” rungut Nura, tak s**a dibuat begitu.

“Jomlah mandi, baby.”

Tadi Insyirah yang mengajak, sekarang Amar p**a datang menempel. Siap dagu direhatkan di atas paha Nura lagi. Lagak gaya macam pasangan bahagia.

“Tak naklah, sejuk.” Nura tolak sedikit p**i Amar.

“Sejuk nilah best .” Amar tersengih.

Terpanar seketika Nura dengan wajah manis Amar sebelum dia larikan anak mata. Haih , wahai jantung. Sila berdegup normal aje. Tak payah nak buat konsert dekat dalam sana.

Nura tak layan ajakkan Amar. Amar guna taktik kotor. Dia larikan jari jemari pada betis Nura yang berada di dalam air.

Meremang bulu roma Nura mendadak.

“Apa ni?” Terus Nura angkat naik kakinya. Dia bengang dengan Amar yang ses**a hati menyentuh dia di tempat terbuka.

Amar gelak besar. Senang hati dapat kenakan si isteri. Sekarang dia dah tahu titik sensitif Nura.

“Geli rupanya baby I ni,” ujar Amar seraya mengenyitkan sebelah mata. Lagak macam lelaki miang nak mengorat awek.

Nura tak menjawab sebaliknya dia jeling tajam Amar. Dengan mudahnya Amar kenakan dia. Mana badan tak angin.

“Jangan jeling sangat, baby . Nanti takut belum sampai rumah ada yang kena cium.” Sempat Amar menitipkan pesanan berupa amaran. Lagilah buat mulut Nura mendengus tanda tak s**a.

“Amboi korang. Nak berromantika, balik rumahlah. Aksi anda bukan untuk tatapan umum,” celah Insyirah yang sejak tadi memerhati gelagat abang dan kakak iparnya. Amar hanya tayang muka selamba.

Sempat dia sengih penuh makna pada Nura sebelum berenang ke tengah sungai, sambung kembali mandi. Tinggallah Nura yang berbahang wajahnya. Automatik bertukar merah padam.

www.wasap.my/60187636328/BelahanJiwaNuraNadine

BELAHAN JIWA NURA NADINETEASER 20Perlahan-lahan Nura angkat sebelah tangan Amar yang sedang membelit pinggangnya. Sehabi...
23/07/2025

BELAHAN JIWA NURA NADINE

TEASER 20

Perlahan-lahan Nura angkat sebelah tangan Amar yang sedang membelit pinggangnya. Sehabis perlahan dia lakukan
gerakan supaya lelaki itu tak terjaga. Tapi…

Amar celik luas matanya. Mata menikam pandang pada sepasang mata yang sangat hampir dengan dia.

“Morning, sayang.” Serak suara Amar menyapa. Lalu p**i putih itu Amar kucup lembut tanpa amaran.

Mulut menyengih p**a selepas itu. Isy! Geram sungguh dia dengan wajah comel Nura. Rasa nak gigit-gigit. Sementara Nura kembali alihkan tangan Amar.

“Nak pergi mana, baby ?” Suara lelaki itu kembali menyoal.

“Bangunlah. Dah subuh.” Reaksi Nura tetap sama seperti hari-hari sudah. Dingin.

“Kiss me first. If not, I will not let you go.” Penuh nakal Amar memberikan permintaan.

Huh! Mencerlung tajam mata Nura melawan pandang Amar. Akal lelaki itu
sentiasa panjang. Yang untungnya sebelah pihak aje. Yang asyik terkena semestinya Nura.

“No !”

“Why ? Bukan dosa pun.” Kemudian tangan Amar bermain di perut Nura. “Baby, tengok mommy you ni. Daddy minta kiss pun kedekut. Itu belum daddy minta yang lain,” ujar Amar, kononnya sedang mengadu pada si anak yang masih terlalu kecil.

Wajah Nura bertambah masam. Bukan main tajam lagi mata dia mencerlung pandang Amar. Hati sedang mendidih ni.

“Lepaslah, rimas,” dengus Nura, geram. Minta baik-baik, tak dilayan. Nak tunggu dia naik angin agaknya.

Tapi lain p**a reaksi Amar. Kepala selamba menempel di p**i Nura.

“Janganlah marah-marah. Nanti baby keluar muka masam macam mommy p**a. You tak puas hati dengan I, you cakap aje dengan I. Kan mudah macam tu.”

Lembut Amar memujuk.

Nura mendengus. Asyik-asyik dia yang terkena balik. Dalam dia begitu, Amar
lancarkan serangan bertalu-talu. Seluruh bahagian wajah Nura diciumnya tanpa amaran.

“Awak!” jerit Nura lantang. Terus lupa di mana mereka berada saat itu. Di rumah keluarga Amar. Pasti ada yang menelinga dia menjerit. Suasana sunyi p**a tu.

“Susah sangat nak dapat, baik I aje yang cium. Senang!”

Amar menyeringai sengih tanda kemenangan berpihak pada dia.

“Ikut hati I, I nak lebih lagi. But… enough for today. Next time I tuntut yang lebih lagi.” Amar kenyit sebelah mata sebelum bangun dari pembaringan.

www.wasap.my/60187636328/BelahanJiwaNuraNadine

BELAHAN JIWA NURA NADINE TEASER 21“ASAM PEDAS lagi?”Masuk ke dalam rumah, semerbak aroma asam pedas menyengat hidung.Pas...
23/07/2025

BELAHAN JIWA NURA NADINE

TEASER 21

“ASAM PEDAS lagi?”

Masuk ke dalam rumah, semerbak aroma asam pedas menyengat hidung.

Pastinya bau sudah meresap ke segenap ruang rumah.

Amar letak beg galas di atas kerusi sebelum ke dapur. Dalam melangkah, tangan membuka tiga butang atas baju kemeja yang membalut tubuh. Amar berpeluk tubuh sambil sandarkan belakang
badan pada dinding pemisah antara ruang depan dan dapur.

Ralit dia memandang gerak laku Nura yang sedang mengacau kuah asam pedas di atas dapur. Dengan apron bercorak kartun yang membalut tubuh Nura, comel!

Tanpa mengeluarkan sebarang bunyi, Amar datang mendekat Nura.

Selamba tangan mengepung tubuh Nura yang sedang menghadap dapur. Dengan rambut diikat tinggi, menyerlahkan lagi leher putih Nura, buat Amar telan liur berkali-kali.

Nura tersentak dengan kehadiran Amar. Tak perlu pusing tubuh pun dia tahu itu Amar. Bau haruman yang dipakai pagi tadi masih melekat di baju lelaki itu.

“Baby nak makan asam pedas lagi hurm?” Gemersik suara Amar menerjah telinga. Sangat dekat sekali suara itu. Dan bau wangian itu seakan mencucuk hidung Nura. Bagai mencolok tekak. Pantas tangan naik menekup mulut.

Gelora perut Nura tak dapat ditahan lagi.

Soalan Amar tak dijawab sebaliknya laju tangan Nura menolak tangan lelaki itu yang sedang mengepung tubuh dia. Meluru ke arah singki dan…

“Uweek!!” Segala isi perut terhambur keluar. Perit tekak Nura.

Amar terpinga-pinga. Cepat-cepat dia mendekati Nura. Belakang tubuh yang sedang membongkok itu dia usap perlahan.

Sepanjang disahkan mengandung, Nura tak
pernah alami alahan atau muntah. Hari ini pertama kalinya.

“Nak muntah lagi?” Amar bertanya sewaktu melihat Nura tegakkan badan
setelah berkumur.

Nura geleng lemah. Perut pedih, tekak perit. Allah! Besarnya ujianMu.

“Jangan… jangan dekat.” Nura tiba-tiba memberi amaran sesudah berkumur
beberapa kali. Amar terkejut.

“Kenapa baby ?” Dahi turut sama berkerut.

“Saya… saya tak boleh bau perfume awak.” Payah sekali Nura memberikan jawapan kerana tekak yang perit.

Kedua-dua tangan Amar terangkat dan hidung sibuk mencium baju sendiri.
Rasanya dia tak pernah tukar jenama minyak wangi. Satu jenama itu aje yang dia guna sejak dulu.

“I busuk ke baby?”

“Hidung saya tak boleh terima. Bau perfume tu buat saya loya.” Nura berterus
terang.

“Sebelum ni elok aje. I tak pernah tukar perfume pun,” gerutu Amar seakan tak puas hati.

Amar mahu mendekati Nura kembali tapi cepat-cepat dua tangan Nura menahan.

Baru nak manja-manja dah kena tolak.

“Please pergi mandi dulu,” pinta Nura penuh pengharapan. Dia memang takboleh bau minyak wangi Amar waktu itu.

Hidung jadi sensitif tiba-tiba.

“Yalah, yalah. Sebelum ni okey aje.”

www.wasap.my/60187636328/BelahanJiwaNuraNadine

KOMBO RATU HATI💕💕💕💕BLURB : TERUS MENUNGGU Kerana cuba menyelamatkan nyawa seseorang, Zaffran cedera sehingga fizikalnya ...
11/07/2025

KOMBO RATU HATI
💕💕💕💕

BLURB : TERUS MENUNGGU

Kerana cuba menyelamatkan nyawa seseorang, Zaffran cedera sehingga fizikalnya tidak lagi sama seperti dulu. Saat dia memerlukan seseorang disisi, tunangnya tidak dapat menerima keadaan dirinya itu dan perkahwinan yang bakal dibina terhenti separuh jalan.

“Dengan keadaan Zaff sekarang ni, Zaff faham kalau Serina nak putuskan pertunangan kami” - Zaffran.

“Mama yakin akan ada seseorang yang akan sayangkan Zaff seperti mana mama dan papa sayangkan Zaff”.- itu kata mamanya saat memujuk lelaki itu.

Saat Alisha hadir dalam hidup dia, Zaffran ragu-ragu. Dia tidak sempurna, tetapi wanita itu memilih untuk tetap bersama dengannya.

“Aku buruk. Kau nak ke hidup dengan lelaki buruk macam aku? Kau tak takut kena keji?” – Zaffran.

“Kenapa saya perlu takut dikeji sedangkan suami saya dah lakukan perkara yang baik. Parut ni bukti awak seorang yang berani dan punya hati yang baik” – Alisha.

Saat bahagia mula menyinari rumahtangga mereka, Alisha hilang secara tiba-tiba. Tanpa sebab, tanpa sebarang berita!

Setelah 4 tahun lamanya, mereka bertemu dalam situasi yang tidak disangka. Zaffran muncul dengan imej baru dan Alisha langsung tidak mengenali lelaki itu.

“Sorry again, Encik Zaim. Your face looks so familiar. Have we met before?” – Alisha

“I don’t think so!” – Zaffran.

Ketika Zaffran mencari punca sebenar kehilangan Alisha, muncul si kecil yang mirip wajahnya. Tapi Alisha menafikan tentang itu. Dalam masa yang sama Serina muncul menagih kembali kasih daripada Zaffran.

“Alisha pun tinggalkan you. Dia dengan I tak ada beza. Dua-dua pernah tinggalkan you!” – Serina.

Saat rahsia terbongkar kenapa Alisha tinggalkan dia 4 tahun lepas, Zaffran terkedu. Adakah Zaffran kekal setia menunggu dan menerima Alisha? Mampukah dia selamatkan perkahwinan mereka? Atau berjayakah Serina mendapatkan Zaffran kembali?

💕💕💕💕

TAUTAN DUA HATI
BY : ELLY ANAYLIE

SINOPSIS:
🌹🌹🌹

“I nak putuskan pertunangan kita” - Nailaa Sofea

Tanpa diketahui punca. Itu yang diungkap oleh Nailaa sebaik Luke tiba di Malaysia. Sungguh, buat Luke keliru.

3 tahun lamanya, mereka dipertemukan kembali. Nailaa seakan tersedar! Hatinya berbolak balik. Betulkah keputusannya dulu melepaskan Luke adalah keputusan yang tepat? Luke p**a berpura-pura tidak mengenali Nailaa. Namun, dalam diam Luke nekad untuk mengikat Nailaa kembali sebagai isteri dan membuktikan kepada Nailaa bahawa hanya gadis itu pilihannya.

“Marry me, Nailaa. Marry me so I can prove you’re wrongly accusing me. Please? - Luke Hayyan

Bagi Nailaa p**a, jauh disudut hatinya, dia juga masih menyayangi Luke.

Takdir sekali lagi menyatukan mereka. Namun, dalam menikmati bahagia yang baru tercipta, ada p**a dugaan yang menanti.

Qaira! Siapa Qaira di dalam hati Luke?

Tuntutan kerjaya Luke sebagai Juruterbang, membuatkan masanya untuk Nailaa terbatas. Tambahan, dengan kemunculan Qaira yang mengaku mempunyai hubungan dengan Luke, melukakan hati Nailaa.

“He loves me, that’s why he needs me.” - Qaira

Dan Luke p**a, tanpa sedar telah menambahkan lagi luka di hati Nailaa dengan tindakannya yang melebihkan Qaira.

Sedarkah Luke dengan perubahan sikap Isterinya itu?

Tanpa dapat ditahan, Nailaa membongkarkan rahsia kenapa dirinya memutuskan pertunangan mereka dahulu.

Adakah hati mereka bakal bertaut kembali? Adakah Luke sedar dalam diam tindakannya menyantuni Qaira membuatkan Nailaa terluka?

www.wasap.my/60187636328/KomboRatuHati

TEASER 8 : TERUS MENUNGGU “Terima kasih sebab Alis sudi terima Zaffran. Mama bersyukur sangat-sangat. Alis tahu kan, Zaf...
11/07/2025

TEASER 8 : TERUS MENUNGGU

“Terima kasih sebab Alis sudi terima Zaffran. Mama bersyukur sangat-sangat. Alis tahu kan, Zaff tu ada kekurangan. Maafkan anak mama, kalau dia ada terkasar dengan Alis ya? Anak mama tu, baik orangnya. Tapi sejak kemalangan tu, perangai dia dah berubah sikit. Mama harap, Alis sabar layan kerenah si Zaff tu nanti ya?”, ujar Datin Habsah sambil menepuk lembut kekura tangan Alisha. Wajah menantunya itu direnung penuh kasih.

Dia mengharapkan kehadiran Alisha dalam hidup Zaffran mampu menjadi penawar untuk pulihkan emosi dan mental, serta memberikan kasih sayang yang berterusan untuk anaknya itu.

Bak kata suaminya, jika mereka mengupah seorang penjaga untuk Zaffran sekalipun, mungkin cuma makan minum, ubat dan luka yang dijaga. Tapi siapa p**a yang mampu merawat hatinya? Siapa yang mampu berikan semangat saat anaknya itu rasa dirinya tidak berharga? Seorang isteri bukan hanya pelengkap hidup, tapi juga penawar dalam duka. Dan kerana itu, mereka sepakat memilih Alisha. Gadis yang telah lama mereka kenali hati budinya.

“Insya’Allah, mama. Mama doakan Alis juga ya. Alis pun mungkin perlukan bantuan mama nanti untuk jadi tempat rujukan Alis. Alis... tak ada ibu. Ibu Alis dah lama meninggal. Dan mama, Alis dah anggap sebagai ibu kandung Alis. Orang kata doa seorang ibu ni tiada hijabnya. Dan Alis harapkan doa mama untuk sentiasa doakan Alis dan Encik Zaff”, balas Alisha sambil memandang ke arah Datin Habsah.

Kemudian, pandangannya mula jatuh pada jari jemarinya yang merah dengan ukiran inai.

Tip**ah kalau dia katakan saat ini dia menerima perkahwinan ini dengan penuh kerelaan hati. Kerana jauh di sudut hatinya, masih tersimpan rasa ragu-ragu. Betulkah keputusan yang diambilnya ini? Mampukah dia menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri sebaiknya? Tapi dia masih berpegang dengan jawapan solat istikharah yang dia buat.

Mereka tak pernah bercinta, tapi dia akan cuba buka pintu hatinya untuk belajar mencintai suaminya itu. Itu tekadnya. Sekali dah melangkah masuk ke dalam perkahwinan ini, akan dia usahakan agar tindakannya ini tidak sia-sia. Badan Alisha dipeluk Datin Habsah erat.

“Bila Alis dah kahwin dengan Zaff, mama dah jadi ibu Alis. Papa pun dah jadi ayah Alis juga. Jangan pernah rasa diri Alis terasing dengan kami. Mama sayang menantu mama ni”, ucap Datin Habsah sebak. Dia mengharapkan perkahwinan ini mampu menghadirkan rasa bahagia buat Alisha dan juga Zaffran. Belakang tubuh Datin Habsah, diusap Alisha perlahan. Meredakan rasa sebak yang menghuni dada.

www.wasap.my/60187636328/Terus menunggu

TEASER 9 : TERUS MENUNGGU Pintu bilik dibuka perlahan, namun Alisha terus menerpa masuk saat melihat Zaffran terkial-kia...
11/07/2025

TEASER 9 : TERUS MENUNGGU

Pintu bilik dibuka perlahan, namun Alisha terus menerpa masuk saat melihat Zaffran terkial-kial untuk bangun dari katil.

“Awak okay? Boleh bangun sendiri?”, soal Alisha cemas.

“Tak payah risau. Aku dah biasa”, jawab Zaffran dingin sebelum mencapai crutches nya di kepala katil. Dengan perlahan dia cuba bangun dan Alisha cuba memegang lengan Zaffran untuk membantu, tapi ditepis laju.

“Sombong!”, getus Alisha tanpa sedar. Sesaat, mulutnya pantas dikatup rapat. Matanya bulat. Kata-kata yang sepatutnya diluah dalam hati terlepas keluar tanpa dapat dikawal.

“Apa kau cakap?”, soal Zaffran sedikit kuat. Rasanya dia tak salah mendengar apa yang diperkatakan Alisha tadi.

“Tak ada apalah. Saya cuma cakap, amazing! Sebab awak dah boleh bangun sendiri, tak perlu saya tolong pun”, jawab Alisha sambil sengih tayang gigi. Zaffran menjeling. Bukannya dia pekak sampai tak dengar apa yang Alisha sebut tadi.

“Awak nak pergi mana ni? kita keluar sarapan, boleh? Semua dah ada kat meja tu. Awak tak makan dari semalam kan?”, soal Alisha bertalu-talu.

“Aku nak masuk bilik air”, balas Zaffran senada.

“Saya tolong boleh?”. Alisha cuba tawarkan diri.

“Kau nak temankan aku masuk bilik air? Kau nak mandikan aku, gosok-gosok badan aku? Beruskan gigi aku? Sanggup?”, soal Zaffran sambil naikkan kening. Sengaja nak menguji gadis itu sebenarnya.

“Hah? Errr, mama tak ada pun cakap saya kena buat semua tu”, balas Alisha perlahan. Kepalanya digaru tanpa sedar.

www.wasap.my/60187636328/Terus menunggu

TEASER 10 : TERUS MENUNGGU  “Nanti kau tolong bukakan dan pakaikan aku pampers sekali”, arah Zaffran sekali lagi dengan ...
11/07/2025

TEASER 10 : TERUS MENUNGGU

“Nanti kau tolong bukakan dan pakaikan aku pampers sekali”, arah Zaffran sekali lagi dengan tegas.

“Hah? Awak pakai pampers?”.
Alisha melopong. Tak terjangkau di fikirannya bila berkahwin dengan Zaffran dia perlu melakukan semua itu.

Memang niatnya untuk berkahwin dengan Zaffran, atas dasar ingin menolong lelaki itu. Tapi sampai pakaikan pampers, mandikan lelaki itu p**a pada hari kedua mereka sah bergelar suami isteri, sungguh dia tak bersedia. Lagipun, dia tak pernah sentuh mana-mana lelaki yang bergelar mahramnya sebelum ini kecuali ayah dan adik lelakinya. Apatah lagi memandikan lelaki itu. Wajah Alisha mula berubah pucat. Aku tersilap kahwin ke? Bisik hati kecilnya.

“Tapi...”, Alisha serba salah.
Bibirnya di ketap kuat. Rasa nak menangis waktu itu juga. Sungguh, dia tak bersedia. Wajah Zaffran dipandang. Meminta simpati.

Dan saat itu juga, meletus ketawa daripada bibir Zaffran. Alisha termanggu seketika sebelum sedar sebenarnya lelaki itu sedang mengenakan dirinya.

“Encik Zaffran!”, jerit Alisha sedikit kuat. Nafas ditarik bagi menahan sabar. Haish la lelaki ni. Hampir sahaja tangannya ingin memukul lelaki itu.
Tapi ditahan. Semalam, muka bukan main serius. Hari ni boleh p**a kenakan dia sambil bergelak tawa. Alisha mengeleng perlahan.

Manakala di sebalik pintu bilik, Datin Habsah ukir senyum. Niat di hati mahu memanggil anak dan menantunya sarapan bersama-sama.

Tapi saat ketawa Zaffran kedengaran, sedikit sebanyak hati tuanya rasa gembira dan lega. Sungguh dia bersyukur dengan perubahan kecil yang ditunjukkan Zaffran. Semoga kehadiran Alisha mampu memberikan sinar baru dalam hidup anaknya itu.

www.wasap.my/60187636328/Terus menunggu

BELAHAN JIWA NURA NADINE - FIEYZA FADLINA BLURBLahir dalam keluarga yang punya segalanya, itulah Nura Nadine. Dia bertem...
10/07/2025

BELAHAN JIWA NURA NADINE - FIEYZA FADLINA

BLURB

Lahir dalam keluarga yang punya segalanya, itulah Nura Nadine. Dia berteman rapat dengan seorang senior di universiti. Namun hal ini tak disenangi oleh Dato’ Jamal.

“Aku nak kau putuskan hubungan dengan Nura. Kau tak layak untuk anak aku. Hanya sekadar anak penternak lembu. Ramai lagi lelaki yang berpangkat yang mahukan Nura. Sebut saja, siapa. Nura berhak memilih orang yang lagi layak dari kau.” – Dato’ Jamal

Dan Naqib Amar ambil keputusan untuk menjauh. Dia bukan pengecut, masa masih panjang. Dato’ Jamal boleh halang tapi kuasa Allah itu besar.

Setelah 8 tahun, mereka dipertemukan kembali atas sebab teman serumah Nura adalah adik Amar. Betapa kecilnya dunia. Larilah sejauh mana pun, kalau dah ditakdirkan Tuhan, pasti akan bertemu kembali.

Niat Nura ikut Insyirah balik ke kampungnya hanya untuk menyambut hari raya. Tapi lain p**a yang terjadi.

“Itu, bukan berdua-duan ke? Lelaki dengan perempuan duduk dalam satu rumah. Ini kau kata salah faham? Bukan mata aku saja boleh jadi saksi. Kau tengok, berapa ramai lagi orang di sini boleh jadi saksi.” – orang kampung Kenyataan yang payah untuk ditelan. Nura dan Amar ditangkap berdua-duaan di dalam rumah keluarga Amar oleh orang kampung. Terasa semuanya mengejut dan mendadak.

Kerana nak tutup mulut orang kampung, mereka setuju untuk nikah. Hanya nikah di pejabat agama tanpa majlis kenduri segala.

Setelah malam pertama bergelar pasangan suami isteri, Amar pergi meninggalkan Nura tanpa sepatah kata. Bagai semua kesalahan diletak di atas bahu Nura. Sedangkan mereka berdua tak salah.

Masih adakah rasa sayang antara mereka berdua sebagaimana dulu? Mampukah Amar kembalikan kepercayaan Nura untuk hubungan yang tak pernah dijangka mereka berdua?

BELAHAN JIWA NURA NADINE - FIEYZA FADLINA BLURBLahir dalam keluarga yang punya segalanya, itulah Nura Nadine. Dia bertem...
10/07/2025

BELAHAN JIWA NURA NADINE - FIEYZA FADLINA

BLURB

Lahir dalam keluarga yang punya segalanya, itulah Nura Nadine. Dia berteman rapat dengan seorang senior di universiti. Namun hal ini tak disenangi oleh Dato’ Jamal.

“Aku nak kau putuskan hubungan dengan Nura. Kau tak layak untuk anak aku. Hanya sekadar anak penternak lembu. Ramai lagi lelaki yang berpangkat yang mahukan Nura. Sebut saja, siapa. Nura berhak memilih orang yang lagi layak dari kau.” – Dato’ Jamal

Dan Naqib Amar ambil keputusan untuk menjauh. Dia bukan pengecut, masa masih panjang. Dato’ Jamal boleh halang tapi kuasa Allah itu besar.

Setelah 8 tahun, mereka dipertemukan kembali atas sebab teman serumah Nura adalah adik Amar. Betapa kecilnya dunia. Larilah sejauh mana pun, kalau dah ditakdirkan Tuhan, pasti akan bertemu kembali.

Niat Nura ikut Insyirah balik ke kampungnya hanya untuk menyambut hari raya. Tapi lain p**a yang terjadi.

“Itu, bukan berdua-duan ke? Lelaki dengan perempuan duduk dalam satu rumah. Ini kau kata salah faham? Bukan mata aku saja boleh jadi saksi. Kau tengok, berapa ramai lagi orang di sini boleh jadi saksi.” – orang kampung Kenyataan yang payah untuk ditelan. Nura dan Amar ditangkap berdua-duaan di dalam rumah keluarga Amar oleh orang kampung. Terasa semuanya mengejut dan mendadak.

Kerana nak tutup mulut orang kampung, mereka setuju untuk nikah. Hanya nikah di pejabat agama tanpa majlis kenduri segala.

Setelah malam pertama bergelar pasangan suami isteri, Amar pergi meninggalkan Nura tanpa sepatah kata. Bagai semua kesalahan diletak di atas bahu Nura. Sedangkan mereka berdua tak salah.

Masih adakah rasa sayang antara mereka berdua sebagaimana dulu? Mampukah Amar kembalikan kepercayaan Nura untuk hubungan yang tak pernah dijangka mereka berdua?

www.wasap.my/60187636328/NuraNadine

Address

Batu Pahat
83200JOHOR

Telephone

+60187636328

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when E BOOK VIRAL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to E BOOK VIRAL:

Share

Category