02/06/2024
PENGORBANAN ‘KUAT & TABAH SEORANG WANITA’
Akronim TABAH
T – Teruskan melangkah walau apa jua mehnah. Mehnah ni ujian bertalu-talu satu tribulasi yang sangat dahsyat.
A – Allah ada Dia yang menetapkan takdir. Dia juga yang tak pernah mungkir. Teruskanlah hidup hingga nafas yang terakhir. InshaAllah, Selagi hidup teruskan. Sebab perjalanan takdir urusan Allah. Tugas kita hanyalah taat.
B- Banyak sungguh pelajaran dari Al-Quran yang kita boleh jadikan panduan. Teruslah belajar. Syaratnya bersumber Quran dan Hadis Nabi saw.
A- Akhirat menanti kita dengan balasan-balasan Allah yang sangat adil. Biasa saja di dunia ini kenapa mak mertua saya tak adil dengan menantu-menantunya, ustazah? Biasa Sahaja. Balasan Allah sangat adil, segala yang di dunia bukan mesti semuanya berhasil. Kan matlamat kita nak berhasil di akhirat sana.
H – Hadirkan jasad dan roh di dalam majlis ilmu. Ada orang yang hadir jasad saja, tapi rohnya tak hadir pun. Setiap hari. Moga hidupmu sentiasa terpandu menjadi wanita tabah.
https://www.facebook.com/share/v/3YfjZjnh7uPsy9hc/?mibextid=Z719m6