Neezarm Enterprise

Neezarm Enterprise Trading produk keperluan harian Barangan keperluan harian

No Akaun :
CIMB : 7043913076
MayBank : 151034540028

15/11/2025

Kalau tak ada modal besar, mulakan dengan produk yg kecil begini.

Harga runcit baru RM1.50, kalau ada orang order 10 pek, anda baru keluar modal RM15 sahaja. Beginilah cara mulakan bisnes online secara kecik kecilan.

Jangan ikut orang, jangan ikut kawan yg jual baju kurung dan sebagainya. Kos sehelai 50+ kalau ada orang order 10 helai anda kena keluar 500+ sehari. Lepas tu nak tunggu payment masuk masuk balik bukan sehari 2, buatnya lajak pi sampai hari ke-7, jenuh nak pusing modal untuk next order.

Kalau sehari anda keluar modal RM500, nak kena ada modal RM3,500 untuk pusing seminggu.

500 x 7 = 3,500

Kalau ada takpe, ni saya cerita untuk yg modal kecil tapi tersalah pilih produk jualan. Kalau jual benda yg kecil macam dalam gambar ni, modal pusingan untuk seminggu baru berapa saja;

15 x 7 = 105

Baru seratus ringgit lebih diperlukan untuk pusing modal seminggu. Ini lebih ringan untuk yg modal kecil dan boleh berniaga lebih lama.

Benda yg tak boleh buat main-main dalam berniaga ni ialah modal pusingan ye, tak ambil tahu dan tak buat projection memang anda pasti tersangkut di tengah jalan.

Survival dalam bisnes lebih penting dari mengejar sales, sales, sales. Contoh, ada duit lebihan pencen 100k saja tapi nak buka juga kedai makan yg bukan kaleng-kaleng, standard macam kedai mamak. Lepas 3 bulan, lenyap la dari muka bumi sebab dah tak boleh pusing modal.

Orang buat simple² macam kedai tomyam je, asal bisnes boleh berjalan dulu nanti bila dah maju baru bagi cantik.

Kira modal yg ada, kemudian pilih bisnes model dan produk yg sesuai dengan anda, jangan ikut orang atau nak kejar yg paling banyak untung.



15/11/2025

Aku baca kisah dua anak muda ni, terus rasa kagum gila.

Bayangkan, minyak masak terpakai, yang kita biasa buang lepas goreng ikan, ayam, pisang…

Mereka jadikan bahan api kapal terbang! 🚀

Dua anak jati Kelantan, Muhammad Arif Arman (30) & Mohammad Azhan Shamsu (28), pengasas Arjuna Dharma Global, ambil masa 8 bulan buat kajian, try & error, sampai berjaya hasilkan bahan api alternatif yang mesra alam.

Siap dapat tempahan tetap dari Amerika Syarikat, Switzerland dan Belanda. 🌍

Yang paling aku respect, mereka tak tunggu peluang datang.

Mereka cipta peluang.

Dari sisa dapur, jadi sumber tenaga untuk langit. Dari minyak terpakai, jadi bisnes enam angka sebulan. 🔥

Kadang orang pandang rendah benda kecil, tapi bila ada ilmu dan visi besar, benda tu boleh ubah masa depan.

Inilah contoh sebenar "orang kita boleh kalau betul-betul buat." 🇲🇾

14/11/2025
09/11/2025
07/11/2025

Address

No 26, Jalan P/8, Kawasan Perindustrian MIEL
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00

Telephone

+60137858713

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Neezarm Enterprise posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Neezarm Enterprise:

Share

Category