Page ini ditubuhkan untuk membolehkan para penderma, pembeli dan sukarelawan Charity Shoppe IRM mengikuti perkembangan terkini aktiviti Charity Shoppe IRM dan IRM secara interaktif. Charity Shoppe IRM merupakan kedai kebajikan milik Islamic Relief Malaysia (IRM) yang berkonsepkan kedai menjual barangan terpakai dengan harga rendah dari harga semasa dan berpatutan untuk tujuan kebajikan. Kesemua ba
rangan yang dijual di sini adalah sumbangan sepenuhnya dari orang ramai tidak mengira bangsa dan agama. Ini kerana ia sejajar denganhala tuju Islamic Relief (IR) dan IRM yang mahu mewujudkan dunia yang prihatin di mana insan akan membantu insan yang lain tanpa prejudis. Charity Shoppe IRM telah dirasmikan pada 21hb April 2012 oleh Pengurus Besar Kanan Lembaga Tabung Haji, YBhg. Charity Shoppe diumpamakan seperti ‘pintu gerbang’ untuk orang ramai mengenali organisasi IR dan IRM serta aktiviti-aktiviti kemanusiaan, dunia kesukarelawanan dan kebajikan anjuran IRM. Turut berperanan sebagai pusat sehenti untuk pelbagai aktiviti seperti sebagai pusat tumpuan untuk menerima sumbangan derma dari orang ramai selain sebagai sebuah tempat untuk orang ramai membeli barangan sambil menderma. Barangan yang diderma juga akan digunakan sebagai stok barangan bantuan kecemasan yang diberi kepada mangsa-mangsa bencana seperti kebakaran, banjir dan sebagainya. Antara barangan yang boleh didapati dan disumbangkan ke Charity Shoppe adalah pakaian, pelbagai jenis beg, peralatan dapur, peralatan elektrik, permainan kanak-kanak, buku dan majalah, malahan aksesori wanita dan lelaki. Lain-lain tarikan Charity Shoppe adalah kafe makanan ringan sebagai kemudahan untuk pengunjung yang ingin beli-belah secara santai dan sudut membaca yang disediakan untuk anak-anak kecil yang ingin menikmati bahan bacaan ringan di sini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Charity Shoppe di talian: 03-8912 6334
Alamat:
Charity Shoppe
Islamic Relief Center
A-05-G, Paragon Point,
Jalan Medan PB5, Seksyen 9,
Pusat bandar,
43650, Bandar Baru Bangi, Selangor. Waktu beroperasi:
Isnin - Jumaat: 9.00am - 5:00pm
Sabtu- Ahad & Cuti Umum: TUTUP