24/09/2024
Alhamdulillah terima kasih Kak Rafina Abdullah sebab sudi untuk terbitkan Novel Suami Terbaik buat Raissa 🥹❤️ Semoga Allah SWT permudahkan semuanya sampai novel ni sampai ke dalam pelukan semua pembaca yang membeli single STBR @ TRIO MENJERIT 🤲
Hari ni tarikh official pre order bermula sampai 4 Oktober 2024. 11 hari je pre order. Jangan lupa beli tau 🫶🏻
Blurb Suami Terbaik Buat Raissa
“Aku ni gemuk hmm tak lawa p**a tu, kau rasa ada ke lelaki yang akan cintakan aku dan sudi nak kahwin dengan aku?” -Raissa-
Berkahwin dengan lelaki yang dicintai dan mencintai dirinya sepenuh hati adalah impian Raissa dari kecil lagi, itu yang selalu diluahkan kepada sahabat baiknya, Rafi.
“Orang yang cintakan kau akan terima diri kau seadanya, Raissa. Macam aku, bagi aku kau sempurna dekat mata dan hati aku.” -Rafi-
“Memanglah kau cakap macam tu sebab kau tu kawan baik aku, nak jaga hati aku kan?” -Raissa-
Tanpa Raissa tahu Rafi mencintainya dirinya yang tidak sempurna dari awal lagi tapi terus memilih untuk memendam rasa cinta, bimbang persahabatan mereka akan musnah kerana perasaannya.
Kehadiran Afzal yang sudi menerima dan mencintai Raissa apa adanya, memusnahkan semua impian Rafi. Sedar dirinya sudah terlambat, Rafi reda yang Raissa bukan jodoh yang tertulis buat dirinya.
Raissa sangka bila dia mendirikan rumah tangga bersama Afzal, mahligai perkahwinan yang dibina atas dasar cinta dan restu orang tua akan berbahagia sentiasa, sehingga akhir hayat. Namun, kehadiran Jiha sahabat baik Afzal menggugat status Raissa sebagai isteri Afzal.
“Rai jangan cuba nak pisahkan Jiha dengan Zal sebab Jiha takut Rai yang kena tinggal nanti sebab percayalah yang Zal takkan boleh hidup tanpa Jiha.” -Jiha-
Cuba untuk bertahan, namun obsesnya Jiha terhadap Afzal bukan keleng-keleng. Satu tragedi buat Raissa enggan terluka lagi dalam ikatan perkahwinan yang penuh air mata.
Rafi kembali mewarnai hidup sahabat baiknya dan kali ini dia enggan terlewat lagi untuk meluahkan rasa hati.
“Aku cintakan kau Raissa, aku tak pasti sejak bila tapi aku memang dah lama nak kau jadi isteri aku. Kau nak jadi isteri aku tak?”-Rafi-
“Tolonglah terima abang balik. Kita mula semula, kita kahwin balik. Abang janji kali ni Jiha takkan ganggu kita lagi. Rai masih cintakan abang kan?” - Afzal-
Jadi bagaimana akhirnya? Siapa pilihan Raissa? Afzal atau Rafi? Siapa sebenarnya suami terbaik buat Raissa? Semuanya bakal terjawab dalam naskah novel SUAMI TERBAIK BUAT RAISSA.
•••••
TEASER
“Tu gelang tu Jiha yang tolong Zal pilihkan untuk Rai. Kalau nak harapkan Zal manalah dia tahu nak pilih kan.” Jiha juihkan mulut ke arah tangan Raissa sambil tangannya mula membetulkan anak rambut di dahi.
Tiba-tiba Raissa ternampak gelang di pergelangan tangan Jiha.
“Eh! Gelang Jiha macam sama p**a dengan gelang Rai kan?”
“Mestilah sama dah Zal yang belikan juga, dia kata upah untuk Jiha sebab tolong dia pilihkan gelang untuk Rai.”
Raissa cuma mampu tersenyum kelat.
“Cantikkan design gelang ni Rai? Jiha harap Rai s**a dengan design yang Jiha pilih ni. Macam bermadu p**a kita kan ada gelang yang sama design.” Jiha sudah ketawa kecil tanpa rasa bersalah.
“Jadi lepas ni Rai dah boleh la kan bagi Zal keluarkan malam macam selalu? Bosan la kalau Zal tak ada lagipun orang lelaki ni jangan dikongkong sangat takut rimas. Zal yang Jiha kenal dia tak s**a kena kongkong tau Rai.”
Raissa terpempan sendiri. Tak sangka yang suaminya berkongsi masalah rumah tangga mereka dengan Jiha. Jatuh air mukanya dilabel sebagai isteri yang mengongkong suami.
Lagi menambahkan rawan hatinya, rupa-rupa dia dan Jiha memiliki gelang yang sama padahal suaminya kata gelang itu istimewa untuk dia saja, istimewa apanya kalau Jiha pun dapat juga!
Jiha sudah tersenyum dalam hati melihat wajah kelat Raissa. Dia tahu jeratnya sudah mengena, pasti akan ada perang dunia lagi selepas ini.
Baru Raissa ingin bahasakan Jiha, Afzal p**a sudah tiba di lobi syarikat dengan senyuman manis bergula.
“Rai lama dah tunggu abang? Sorry sayang, abang lambat turun sebab tiba-tiba ada kerja sikit tadi.”
“Baru je bang.” Raissa menyalam tangan suaminya. Afzal kucup dahi Raissa sejurus isterinya angkat kepala.
Tiba-tiba Jiha menyampuk bila hatinya menyampah melihat aksi romantik di depan mata.
“Zal, kalau Jiha ikut sekali makan tengah hari ni, boleh? Sebab kita kan memang selalu makan berdua jadi macam pelik p**a bila Jiha makan sendiri hari ni.”
Raissa kepal kuat tangannya. Jiha benar-benar sedang menguji kesabaran dirinya yang kian menipis.
“Rai...Boleh ke kalau Jiha ikut kita?” Afzal laju bertanya tak sampai hati biarkan Jiha makan sendiri. Memang mereka makan bersama setiap hari.
Raissa memandang suaminya, lama.
Afzal sudah kecut perut. Raissa kemudian halakan pandangan matanya pada Jiha.
“Maaf tau Jiha, bukan tak nak bagi Jiha ikut cuma Rai dah tempah dah tempat makan tu tapi untuk dua orang je. Takut kalau Jiha ikut nanti tak ada tempat p**a, maaf ya Jiha. Lain kali la kita makan sekali.” Raissa ukir senyum selebar mungkin.
Jiha buat muka seposen, menagih simpati Afzal.
“Abang lambat dah ni.” Raissa pantas bertindak.
“Sorry Jiha...Zal pergi dengan Rai dulu.” Afzal menarik tangan isterinya, ingin cepat-cepat beredar. Dia perasan wajah isterinya yang semacam saja dari tadi.
••••••••
“Saya pelik la macam mana Jiha boleh ada gelang yang sama dengan saya. Bukan awak kata gelang tu istimewa sangat ke? Hanya untuk saya?”
Raissa sudah tukar panggilan nama, tanda hatinya sangat sakit pada ketika ini.
Afzal pejamkan mata dia tahu pasti isterinya nampak Jiha memakai gelang yang sama, dia sendiri tidak menjangka yang isterinya akan datang ke pejabatnya hari ini dan boleh p**a terserempak dengan Jiha.
“Kenapa diam?”
“Err abang belikan untuk Jiha sebab dia tolong abang pilihkan gelang tu untuk Rai.” Afzal tergagap-gagap menerangkan.
Raissa sudah bersandar pada kerusi dan tersenyum sinis. Dia masih belum boleh hadam lagi yang suaminya belikan Jiha gelang emas. Suaminya bukan anak orang kaya pun, kerja pun sekadar makan gaji saja.
“Banyak duit awak.”
“Duit komisen jualan abang baru masuk sayang tu ada duit lebih sikit.”
Raissa sudah berpeluk tubuh, cuba kawal seluruh dirinya yang sudah bergetar menahan amarah yang makin menguasai diri.
“Penting sangat kan Jiha tu untuk awak sampai gelang emas pun awak sanggup belikan untuk dia. Gelang emas tau Afzal bukan gelang kedai dua ringgit.”
“Abang ada rezeki lebih, tak salahkan berkongsi rezeki.”
“Berkongsi rezeki dengan belikan gelang emas yang sama macam awak belikan untuk saya? Itu rupanya konsep berkongsi rezeki awak Afzal. Faham.”
“Tapi tak salah kan Rai dah memang Jiha minat gelang yang sama dengan Rai. Lagipun ramai lagi orang lain yang beli gelang yang sama jadi tak patut ada isu pun kan?”
“Kenapa ya kadang-kadang saya rasa yang saya berkongsi awak dengan Jiha? Macam saya tengah bermadu dengan dia.”
“Rai bukan macam tu sayang.” Afzal sudah memegang pelipis, pening diasak tanpa henti oleh isterinya.
“Tapi saya rasa macam tu Afzal. Saya rasa macam awak ni suami Jiha bukan suami saya. Kenapa ya saya kena rasa semua ni?”
“Ya Allah...Rai takkanlah sebab gelang sayang nak tuduh abang dengan Jiha ada apa-apa p**a. Rai isteri abang bukannya Jiha.”
“Kalau betul awak anggap saya ni isteri awak kan Afzal, awak takkan tergamak layan saya macam ni. Kenapa awak buka kisah rumah tangga kita dekat Jiha? Kenapa Jiha seolah-olah tahu apa saja yang jadi dalam rumah tangga kita Afzal?”
“Abang...” Afzal gagal menyusun kata sebab sedar memang dia yang luahkan masalahnya kepada Jiha selama ini tanpa sembunyikan apa-apa.
“Kenapa awak langsung tak jaga air muka saya dan jaja kisah dalam kain kita dekat dia sampaikan dia tuduh saya ni kongkong awak ha?”
Afzal gagal membalas serangan Raissa. Setiap kata-kata isterinya buat dia rasa ditampar berkali-kali.
“Saya kecewa sangat dengan awak. Saya pun ada kawan tapi tak pernah saya ceritakan keburukan awak dekat kawan-kawan saya pun selama ni sebab semua tu terlalu peribadi, hanya untuk kita berdua bukannya untuk dikongsi dengan orang luar.” Raissa bergetar meluahkan, sungguh dia rasa terkilan.
“Rai jangan macam ni sayang. Abang betul-betul minta maaf.”
“Awak ambil balik gelang ni sebab dah tak ada makna dah untuk saya. Gelang ni langsung tak istimewa kalau Jiha pun boleh dapat gelang yang sama siap ikut design yang dia s**a lagi.”
Raissa tanggalkan gelang dan letakkan di atas meja. Kemudian, dia terus melangkah pergi tanpa menoleh lagi.
••••••••••
“Kenapa p**a abang tak boleh janji? Memang kita akan balik sini pun raya haji nanti kan?”
Raissa sudah lepaskan keluhan berat. Takkan suaminya lupa yang dia sudah beritahu awal-awal yang adik bongsunya, Riana akan bernikah hari raya haji nanti.
“Abang lupa ke kan Rai dah beritahu abang yang Riana nikah hari raya haji nanti.”
“Jadi?”
Raissa besarkan iris mata melihat reaksi bersahaja suaminya.
“Abang mestilah raya haji nanti Rai nak balik rumah baba. Riana tu satu-satunya adik Rai mestilah Rai nak ada masa majlis kahwin dia nanti abang.”
“Tapi kalau Rai tak ada sekalipun majlis kahwin Riana masih boleh berjalan lancar kan?”
Raissa tengadah sendiri mendengar jawapan balas suaminya.
“Abang sendiri tahu kan yang Rai rapat sangat dengan Riana. Lagipun raya puasa ni kan kita dah balik rumah mak abang jadi raya haji nanti kita balik rumah baba ya abang.”
“Mana boleh macam tu Rai. Tadi abang dah janji dengan mak abang. Lagipun selama ni tiap-tiap hari raya puasa dan raya haji memang abang balik sini. Abang kan anak sulung memang tanggungjawab abang semua ni Rai. Abang tak boleh lepas tangan dekat Anis dan Anas.”
“Abang, Anis dengan Anas tu dah kerja dah abang bukannya budak kecil lagi pun.”
“Tapi tetap mak dengan abah tanggungjawab abang. Rai tahu kan yang abang kena dahulu kan mak abang sebab mak tu syurga abang. Cuba Rai faham situasi abang.”
“Jadi tiap-tiap tahun abang nak kita sambut raya puasa dan raya haji dekat sini? Macam tu?” Raissa terpempan sendiri dengan apa yang baru dia ketahui.
“Ya. Abang nak Rai tahu yang tiap-tiap tahun dan tiap-tiap raya kita raya dekat sini Rai. Kalau ada cuti panjang pun kita akan balik sini.” Afzal bertegas.
Raissa rasa hendak meraung mendengar arahan suaminya. Tak sangka yang suaminya tidak ingin raya bergilir-gilir seperti yang dia harapkan.
“Along Rai pun anak lelaki sulung juga abang tapi boleh je sambut raya bergilir-gilir dekat rumah baba dan rumah keluarga kak long. Lagipun raya haji ni majlis kahwin adik Rai, takkan la abang tak boleh bertolak-ansur sikit dengan Rai, abang?”
Raissa sentuh lembut lengan suaminya berusaha memujuk.
“Rai, rumah baba Rai tu dekat Shah Alam je Rai. Kita duduk dekat Kuala Lumpur jadi bila-bila masa je kita boleh pergi lainlah rumah mak abang ni jauh. Cuma masa cuti perayaan dan cuti panjang je boleh balik.”
Raissa lepaskan pegangan tangan, dia sudah berjauh hati bila Afzal masih enggan ubah pendirian.
“Ya, Rai tahu memang rumah baba dekat Shah Alam dan rumah kita dekat Kuala Lumpur. Memang dekat tapi sejak kita kahwin Rai boleh kira dengan jari bila abang bawa Rai balik rumah baba tu pun puas Rai ajak abang. Bila Rai nak balik seorang diri abang tak bagi p**a. Masa bulan puasa hari tu pun masa hari pertama puasa je kita balik rumah baba.”
“Jadi Rai nak mengungkit la sekarang ni ya?”
“Rai bukan mengungkit tapi tu memang kenyataannya kan abang?”
“Baik Rai lepas ni abang izinkan Rai balik rumah baba Rai bila-bila pun Rai nak cuma balik raya setiap tahun dekat rumah mak abang. Adil kan Rai?”
Raissa sudah pegang kepalanya, tidak tahu macam mana lagi hendak pujuk Afzal. Tiba-tiba dia terfikir kan satu idea bernas.
“Abang apa kata raya haji nanti kita ajak keluarga abang raya dekat rumah kita, lepas tu boleh pergi sekali kenduri kahwin adik Rai.” Raissa berkobar-kobar beritahu ideanya. Afzal sudah jegilkan mata.
“Rai jangan nak mengarut boleh tak?”
Afzal sudah naikkan suara satu takuk.
Raissa terkebil-kebil bila Afzal sudah memetir, terkejut.
“Keputusan abang muktamad Rai. Abang tak nak bincang lagi soal ni dan Rai jangan bangkitkan lagi isu ni ya kalau tak nak abang naik hantu. Kalau boleh abang tak nak kita bergaduh sebab hal remeh-temeh macam ni. Buang masa dan tenaga.”
“Abang...” Raissa sudah memanggil suaminya cukup lirih.
“Abang keluar dulu. Kejap lagi Rai pun keluar bilik tau. Abang tak nak mak abang fikir yang bukan-bukan p**a.”
Raissa terduduk di atas birai katil usai suaminya keluar dari dalam bilik. Hatinya sudah tidak rasa apa lagi, terlalu terkilan dan kecewa.
Sayu hatinya mengenangkan nasib diri. Dia tidak sangka suaminya langsung tidak ingin bertolak-ansur sedangkan sudah puas dia memujuk rayu.
••••••••
SEPATUTNYA Kak Jiha yang jadi isteri bang long bukannya Kak Rai. Apa yang bang long nampak dekat Kak Rai tu pun Anis tak tahu, badan dah macam badak sumbu. Kalau berjalan bergegar satu rumah papan ni tau.” Anis melepaskan keluhan berat.
“Anis kenapa cakap macam ni, tak baik tau kan bang long dah kahwin dengan Kak Rai jadi Anis kena belajar terima Kak Rai.”
“Ni ha ni, Kak Jiha tengok gambar raya semalam ni. Habis gambar raya keluarga Anis jadi hodoh sebab Kak Rai ada sekali dalam tu. Anis nak letak dalam Instagram dengan Facebook pun malu, ada kakak ipar besar gedabak macam badak sumbu.”
Anis hulurkan telefonnya kepada Jiha sambil sambung membebel.
“Semua ahli keluarga Anis jenis badan kecil molek je, tiba-tiba Kak Rai besar gedabak dekat situ serius memang merosakkan gambar betul.”
“Buruk kan?”
Jiha anggukkan kepala.
“Ya la Anis buruk. Tapi nak buat macam mana dah bang long Anis pilih Kak Rai. Anis terima je la ya.”
“Bang long tu memang buta, serius Anis tak faham. Masa dia kenalkan Kak Rai dulu Anis dah bantah dah tapi bang long degil, cinta mati konon. Mana ada keluarga kami yang badan besar macam badan Kak Rai tu, serius memang memalukan kaum je.”
“Sudah la Anis dah jodoh mereka.” Jiha acah-acah suci.
“Kalau Kak Rai tak tiba-tiba je muncul mesti bang long akan kahwin dengan Kak Jiha sebab selama ni pun bang long memang sentiasa dengan akak, kan?”
“Ya Anis tapi nak buat macam mana bang long Anis tak pilih akak.”
“Kesian Kak Jiha, sampai hati bang long.” Anis sudah memeluk Jiha.
Raissa yang sedari tadi berada di luar bilik Anis sudah bergetar seluruh badan. Dia sudah dengar semua perbualan Anis dan Jiha.
Hajat hati hendak masuk ke dalam bilik Anis untuk membantu adik iparnya bersiap untuk majlis bertunang yang bakal berlangsung selepas asar nanti terus terbantut.
Langkah kaki terus diayun ke arah dapur dengan hati yang luluh, dia enggan mendengar lagi bicara adik iparnya yang menikam lumat hatinya.
Sampai hati Anis menghina fizikal dirinya siap samakan dengan badak sumbu lagi sedangkan dia sudah cukup berusaha untuk mengambil hati adik iparnya selama ini. Sampaikan dia berbesar hati menaja pelamin mini dan MUA untuk majlis bertunang hari ini.
•••••••
“Mak rasa Rai kena turunkan berat badan sikit, mungkin lebih senang nak lekat. Mak tengok Rai ni lepas kahwin makin berisi p**a. Mak ni bukan apa Rai, Zal tu anak sulung. Kalau boleh mak nak cucu cepat dan ramai. Baru meriah rumah ni nanti.”
Raissa yang baru ingin mencedok mi goreng, hentikan gerakan tangan. Rasa bagai tertelan pasir air liur yang ditelan.
“Rai cuba nanti mak.” Raissa menjawab dengan senyuman nipis di bibir.
“Kena usaha kuruskan badan Rai, umur Rai pun bukan muda lagi kan? Keturunan mak semuanya subur, cepat dapat anak. Sepupu perempuan Zal yang nikah saing kamu tu dah mengandung dah Rai.”
Raissa terluka dengan bicara ibu mertuanya. Dia dan Afzal baru sahaja berkahwin tak sampai lima bulan pun lagi tapi ibu mertuanya sudah bertanya soal anak macam mereka dah bertahun-tahun kahwin p**a.
“Ya la Kak Rai, turunkan la sikit berat badan tu. Biar dalam perut tu ada bakal anak buah Anis bukannya anak cacing sebab banyak sangat makan.”
Anis yang turun ke dapur p**a menyampuk. Terus duduk dan ceduk mi.
“Insya-Allah mak, Anis. Doakan la ya.”
“Usaha perlu Kak Rai selain doa. Kurangkan sikit melantak tu.”
“Anis apa cakap macam tu?” Mak Anom menjeling anaknya.
“Anis cakap benda yang betul je mak, Anis tengok Kak Rai ni kuat makan.”
Terbantut terus niat Raissa untuk bersarapan, sudahlah malam tadi dia tak makan malam sebab mogok dengan keputusan Afzal.
Raissa kuatkan hati, takkan la dia hendak bergaduh dengan adik iparnya p**a. Sayu hatinya bila berat badannya dikatakan punca dia belum mengandung.
Ramai je orang lain yang bertubuh besar mengandung di luar sana. Cuma belum rezeki dia dan Afzal tambahan mereka baru sahaja kahwin.
•••••••
“Rai isteri abang jadi Rai milik abang seorang je. Abang tak s**a nak berkongsi Rai dengan orang lain!”
Afzal akhirnya luahkan rasa hatinya. Raissa sudah memicing memandang suaminya.
“Orang lain? Abang tahu tak orang lain yang abang maksudkan tu keluarga Rai. Tanpa mama dan baba, Rai takkan wujud dalam dunia ni dan takkan berdiri depan abang sekarang ni.”
“Tapi abang tak s**a. Apa lagi yang Rai tak faham ni ha?” Afzal menjerkah isterinya.
“Sama juga macam Jiha. Dia lagi la orang luar tapi abang tetap bela dia dan lebihkan dia sedangkan dia tu dah macam perempuan murah dah nak tagih perhatian abang!” Raissa juga naikkan suara kerana sabarnya sudah dihujung tanduk.
PANG!
Bunyi tamparan Afzal bergema satu rumah.
Tergamam. Suasana menjadi hening buat seketika. Perlahan-lahan Raissa angkat tangan dan meraba-raba p**inya yang terasa pijar. Kepalanya turut rasa berdenyut-denyut kuat. Pertama kali dalam hidup dia makan penampar dan orang yang tergamak menampar dia adalah suaminya sendiri.
Afzal bagaikan baru tersedar dia sudah menampar isterinya.
“Rai, abang minta maaf. Abang tak sengaja sayang.” Afzal ingin dapatkan Raissa yang sudah dia kasari.
“Jangan sentuh Rai!” Raissa jarakkan diri dengan air mata yang sudah berderai jatuh. Dirinya terlalu kecewa saat ini.
“Allah, apa abang dah buat ni. Abang betul-betul tak sedar tadi.”
“Rai betul-betul dah tak mampu nak teruskan lagi semua ni. Rai dah tak mampu nak tahan lagi.”
“Apa maksud Rai?”
“Rai dah tak sanggup nak jadi isteri abang lagi. Ceraikan Rai.”
Raissa terus berlari laju memasuki bilik usai meluahkan semua yang terbuku di dalam hatinya walaupun sangat perit ingin menuturkan perkataan cerai.
Afzal kaku sendiri mendengar permintaan isterinya.
Raissa kunci pintu bilik dan bersandar di belakang pintu dengan air mata yang merembes keluar bagaikan air panjut. Dia benar-benar sudah putus asa dengan perkahwinannya.
Afzal sudah berani naik tangan, lepas ini entah apa lagi yang akan berlaku. Dia tak sanggup nak bayangkan.
Tiba-tiba terdengar ketukan bertalu-talu di luar pintu bilik.
“Rai sayang, abang betul-betul minta maaf. Abang salah sayang maafkan abang. Sumpah, abang tak sedar apa yang abang buat tadi.”
Raissa melorot jatuh dan terduduk di belakang pintu bilik. Dia menangis semahunya. Sakit sangat sakit rasa yang dia rasai sekarang ini. Penatnya dia rasa dengan semua ini.
“Rai sayang, jawablah sayang okey ke dekat dalam tu. Abang risau ni sayang.”
Raissa enggan menjawab, dia lelah dengan permohonan maaf suaminya yang sudah acap kali dilafazkan sekadar ingin memujuk hatinya tapi bila hatinya sudah terpujuk suaminya akan sakiti dirinya kembali.
“Abang mengaku semua salah abang. Tolonglah maafkan abang. Rai tahu kan yang abang cintakan Rai sangat. Cinta sangat.”
Makin kuat tangisan Raissa. Dia cuma ingin bahagia tapi kenapa bahagia yang dia impikan terasa sangat jauh sekarang ini.
“Rai janganlah hukum abang macam ni abang betul-betul menyesal. Tolonglah buka pintu ni sayang. Abang janji yang abang akan berubah lepas ni, takkan sakitkan hati Rai lagi. Abang sumpah tadi tu kali pertama dan terakhir abang naik tangan, abang betul-betul tak sengaja tadi.” Afzal merayu, makin mendayu-dayu.
Bila tiada sebarang sahutan dari sang isteri, Afzal mengugut p**a.
“Rai buka pintu ni kalau Rai tak buka, abang rempuh nanti pintu ni. Rai jangan cabar abang.”
“Rai buka pintu ni abang cakap, kenapa Rai degil sangat malam ni ha?” Afzal ketuk pintu bagai nak pecahkan pintu sahaja gayanya.
Raissa sudah ketakutan dengan ugutan suaminya, p**inya masih rasa sakit lagi dan dia tak rela andai suaminya ingin berkasar lagi.
“Abang kira sampai tiga kalau Rai tak buka abang betul-betul rempuh pintu ni. Kalau abang dapat masuk dalam Rai jangan marah kalau abang berkasar dengan Rai.”
Baru Afzal ingin merempuh, tiba-tiba pintu bilik terbuka dari dalam. Buru-buru dia masuk ke dalam bilik dan terus memeluk isterinya yang kaku bak patung cendana.
“Abang minta maaf abang betul-betul salah. Abang pilih Rai, ya abang pilih Rai bukan Jiha.”
Raissa masih diam di dalam pelukan suaminya. Dia sudah tak berdaya untuk berdebat lagi, hatinya sudah terlalu hancur.
“Abang takkan layan Jiha lagi. Lepas tu kita akan sambut raya haji dekat rumah keluarga Rai dan kita akan ada masa Riana kahwin nanti.”
Raissa rungkaikan belitan suaminya dan memandang suaminya meminta pengertian.
Afzal mengangkat tangannya, bersumpah.
“Sumpah, abang akan bawa Rai selalu balik rumah baba. Abang akan ikut semua yang Rai nak asalkan Rai tak minta abang lepaskan Rai, abang tak boleh hidup tanpa Rai.”
Raissa masih memandang suaminya, sayu. Dia sedar suaminya berjanji bagai nak rak kerana terdesak, bukan datang dari hati suaminya sendiri seikhlas hati. Manusia bila sudah terdesak memang sanggup berjanji bulan dan bintang.
“Abang akan buat apa sahaja untuk Rai, tolong percayakan abang dan bagi abang peluang.”
Afzal resah sendiri bila isterinya kekal membisu, dia terus merangkul tubuh isterinya bagai tidak mahu lepas.
“Abang cintakan Rai, abang pilih Rai. Sentiasa pilih Rai.” Afzal tidak henti-henti melafazkan janji.
••••••••
“Mesti Rai rasa dah menang kan?” Jiha keluarkan intonasi sarkastik.
“Maksud Jiha?”
“Ya la rasa menang sebab Rai rasa yang Rai dah berjaya jauhkan Jiha dengan Zal. Sanggup Rai merajuk lari rumah sebab nak pisahkan Zal dengan Jiha, kan?” Jiha pamer riak wajah mengejek.
“Tu bukan masalah Jiha pun, jangan sibuk nak jaga tepi kain orang lain.” Raissa sudah panas hati, sudah la cuaca panas terik tengah hari begini.
“Jiha datang ni nak bagi amaran dekat Rai.”
“Amaran?” Raissa dah tautkan kedua-dua belah kening. Rasa terkejutnya dengan kehadiran Jiha belum habis, dia ingin diberi amaran p**a.
“Ya. Jiha nak Rai ingat apa yang Jiha cakap ni elok-elok. Zal takkan boleh putuskan hubungan dia dengan Jiha dan dia takkan mampu buang Jiha dari hidup dia walau apa-apa pun yang jadi.” Jiha tekan setiap satu ayat.
Raissa sudah gigit hujung bibir. Geram dengan gelagat Jiha yang berlagak macam isteri Afzal padahal terbalik. Selalu isteri serang skandal, ni skandal p**a serang isteri. Ini sudah lebih!
“Apa masalah Jiha ni nak bagi amaran bagai. Jiha ingat Jiha siapa? Patutnya Rai yang serang Jiha tapi ni dah terbalik. Perlu ke Jiha jadi setekad ni hanya sebab seorang lelaki? Mana maruah Jiha sebagai seorang perempuan ha?”
“Jiha tak kisah Rai nak cakap Jiha apa pun.” Jiha lempar senyum sinis kepada lawannya, ingin buktikan dia langsung tak terkesan dengan kata-kata Raissa.
“Perlu ke bergaduh sebab seorang lelaki, macam budak-budak?”
“Perlu sebab Zal tu hak Jiha dari awal lagi, Rai tu yang rampas Zal dari Jiha tahu!”
“Kalau Jiha nak sangat Zal tu ambillah tu pun kalau dia nak kan Jiha sebab sekarang ni tiap-tiap hari dia merayu dekat Rai untuk Rai terima dia balik dan dia kata dia sanggup buang Jiha dari hidup dia untuk Rai.” Raissa senyum selebar mungkin buat Jiha, dia juga ingin nampak kuat di depan Jiha.
Jiha sudah menyinga.
“Rai dengar sini, Jiha berani bersumpah yang Rai dan Zal takkan bahagia buat selama-lamanya sebab Zal milik Jiha sampai bila-bila pun.” Jiha berkata sambil menunjal-nunjal dada Raissa.
“Yakinnya Jiha. Rai tak takut pun sebab Allah SWT sentiasa ada dengan Rai.” Raissa menepis tangan Jiha.
“Jiha akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan Zal sebab dia milik Jiha dari awal lagi. Ingat Rai. Zal tu milik Jiha!”
Jiha terus berlalu pergi tanpa rasa bersalahnya. Raissa kehilangan kata. Dia benar-benar rasa Jiha dah gila.
••••••
RAW VERSION TEASER / BELUM EDIT