Farra Beauty Collection

Farra Beauty Collection HUBUNGI : 011 2740 0316 / 011 37299 776 (Farra) INSYA ALLAH HARGA SANGAT BERPATUTAN, AGEN DAN DROPSHIP JUGA DIPERLUKAN..

FARRA BEAUTY COLLECTION ADALAH PEMBEKAL & PERUNCIT PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIK YANG BERTAPAK DI BALING, KEDAH.. JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH TERUS HUBUNGI KAMI DI TALIAN 01137299776 ( FARRA)

Kalau sakit hati sangat pun dengan Suami,Jangan lupa ambil tangannya dan kucuplah tanda kita bersyukur dengan apa yang A...
01/01/2023

Kalau sakit hati sangat pun dengan Suami,

Jangan lupa ambil tangannya dan kucuplah tanda kita bersyukur dengan apa yang Allah beri.

Suami tak memerlukan maaf kita, tapi kita yang isteri sangat perlu kemaafannya.

Sebab apa?

Hanya dengan restu dan doa Suami, Allah meminta malaikat menjaga isteri dari keluar pagi hingga balik nanti.

Di pejabat, di tempat kerja, di jalanraya, Allah haramkan segala kejahatan dekat dengan isteri yang selalu meminta izin pada Suami.

Bukan soal siapa Suami, tapi soalnya, di sisi Allah, apakah yang ada pada Suami!

Saya hanya berpesan, sebelum Allah beri peringatan!

Terima kasih Wahai Para Isteri.
(Dikongsikan oleh Abu Huraira Asifa.)

Gb skincare
10/09/2022

Gb skincare

Malang sungguh bagi ibu-bapa yang tidak menyedari bahawa anak-anak mereka telah dewasa tetapi lebih malang lagi bagi ana...
04/09/2022

Malang sungguh bagi ibu-bapa yang tidak menyedari bahawa anak-anak mereka telah dewasa tetapi lebih malang lagi bagi anak-anak yang terlupa bahawa ibu-bapa mereka telah semakin tua.

Aku ada 5 adik, aku nombor dua. Kakak aku dah takde. Bila dah ramai adik beradik ni wajib ada sistem peraturan yang tak membebankan satu sama lain. Aku cipta satu sistem giliran untuk urusan mak ayah kami. Bila ayah mak perlukan bantuan, kalau yang empunya giliran tak boleh buat, dia wajib bayar 'gaji' pada ahli yang sanggup ambik giliran dia.

Siapa saja boleh beri sejuta alasan untuk mengelak..sibuk kerja la, anak takde orang jagalah, kereta belum servislah, belum gajilah.Ahhh macam2 alasan. Sedangkan mereka berdua tu lah satu-satunya ibu bapa kita.

Mak ayah adalah tanggungjawab bersama untuk jaga kebajikan mereka.Mereka ladang pahala buat kita selagi mereka masih hidup. Bila tak buat sistem giliran begini, yang bujang la selalu diambil kesempatan. Kena ambik cuti sedangkan dia juga ada komitmen hutang bulanan. Tidak adil untuk dia.

Dan ini bukan kes berkira perihal urusan mak ayah, Aku nak elakkan pergaduhan adik beradik atas sebab ketidakadilan. Siapa nak pahala lebih silakan buat. Tapi nak 'lari' dari tanggungjawab tak boleh!.

Bila ada sistem giliran begini, tak la keluar ayat
" ASYIK AKU JE KENA CUTI BILA ADA HAL MAK AYAH"

Kredit: Arni Suhaila Rahmat

26/08/2022

Nice.. Pemikiran diluar kotak 🤣

Ambil sebagai peringatan & pengajaran. Ujian setiap orang berbeza. Belum tentu bila kita diuji dengan hal yang sama kita...
23/08/2022

Ambil sebagai peringatan & pengajaran. Ujian setiap orang berbeza. Belum tentu bila kita diuji dengan hal yang sama kita dapat hadapi ujian tersebut.

Doa yang baik-baik. 🤲🏻

Moga Allah SWT membimbing kita untuk terus istiqamah membuat kebaikan.

Dah Boleh Oder Dah Tu 🤭🤭🤭
23/08/2022

Dah Boleh Oder Dah Tu 🤭🤭🤭

Beliau Dah Lama Pesan Kita Je Yang Lalai
22/08/2022

Beliau Dah Lama Pesan Kita Je Yang Lalai

SAU sasar kehadiran terbesar 100,000 peminat motosikalKUALA LUMPUR: Karnival Santai Anak Utara (SAU) yang menyambut ulan...
22/08/2022

SAU sasar kehadiran terbesar 100,000 peminat motosikal

KUALA LUMPUR: Karnival Santai Anak Utara (SAU) yang menyambut ulang tahun ke-10 tahun ini, yang akan dianjurkan bulan hadapan sekali lagi bakal mencatat sejarah sebagai program himpunan peminat motosikal terbesar negara dengan sasaran sehingga 100,000 peserta.

Ia selepas rekod tertinggi kehadiran penganjuran program berkenaan iaitu ketika SAU 5.0 yang diadakan di Amanjaya Mall, Sungai Petani pada 2017 dengan jumlah peserta mencecah lebih 80,000.

Program terbaharu yang akan diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) Serdang, Selangor pada 3 September ini juga menjadi karnival tahunan SAU yang julung kali diadakan di luar wilayah utara negara.

Kali ini program yang diasaskan 10 tahun lalu oleh Mohd Safiuddin Elias (Acai), 32, dan Mohd Syauqi Ismail, 40, ditambahbaik dengan sokongan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Pejabat Timbalan Menteri Perpaduan selaras dengan tema 'Belia Demi Negara'.

Program selama sehari itu akan menyajikan pelbagai pengisian antaranya termasuk kaedah tunggangan selamat, penyediaan peluang kepada pengunjung untuk menyertai latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pameran kerjaya, sembang bersama ikon permotoran, belia dan lain-lain.

Misi kali ini adalah untuk menjadikan ia sebagai titik pertemuan beberapa kelab permotoran serta meningkatkan tahap kesedaran keselamatan jalan raya, selain daripada mewujudkan aktiviti sihat untuk pengunjung.

Menjelaskan mengenai jumlah peserta, Mohd Safiuddin atau lebih selesa dipanggil Acai berkata, data mengenai daripada risikan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan pengiraan berdasarkan gambaran dari sudut tapak acara serta jumlah jualan baju rasmi program berkenaan.

"Dari segi usia, berdasar karnival sebelum ini, sebahagian besar peserta yang hadir adalah mereka berumur antara 15 hingga 30 tahun. Malah, kami pernah menerima kehadiran peserta semuda 12 tahun yang datang dari Kuala Lumpur, meskipun ketika itu acara diadakan di Batu Kawan, Pulau Pinang.

"Di sini saya ingin menasihatkan, tungganglah dengan selamat. Jika mereka ingin hadir dengan menunggang motosikal mahupun kereta, maka perlulah ada lesen dan cukai jalan serta mematuhi peraturan dan undang-undang. Bagi mereka yang muda dan belum layak mengambil lesen, maka tumpanglah dengan rakan yang mempunyai lesen. Kami ingin menerapkan ciri-ciri keselamatan yang lebih ketat kepada pengunjung pada kali ini," katanya ketika ditemui di sini sempena program SAU Media Ride, baru-baru ini.

Hampir 10 media tempatan menyertai program itu dengan berkonvoi dari Kuala Lumpur ke Baling, Kedah untuk mempromosi acara tahunan ke-10 SAU.

Wakil media turut menyertai program sambutan bulan Kemerdekaan di Sekolah Kebangsaan Pulai, Baling, Kedah, selain memberi sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Iboi.

Menyingkap semula penganjuran himpunan SAU pertama pada 2013, Acai berkata, ia bermula dengan himpunan secara 'suka-suka' oleh 42 kelab motosikal moped, tanpa mengira jenama, di Pantai Merdeka, Kedah, yang mana diketuai oleh Brotherhood, Yamalaya, Yamada Kedah, Ninja Kedah, Ninja Penang dan Silver Hunter.

Katanya, tanpa diduga acara itu mendapat sambutan hebat dengan kehadiran lebih 10,000 peserta, sekali gus menyebabkan kesesakan teruk di kawasan awam itu.

Sejak dari itu katanya perancangan lebih rapi mengenai pemilihan lokasi yang tertutup dibuat iaitu SAU 2.0 pada 2014 di Stadium Batu Kawan (18,000 peserta); SAU 3.0 2015 di Stadium Batu Kawan (21,000 peserta); SAU 4.0 2016 di Stadium Batu Kawan (37,000 peserta); SAU 5.0 2017 bersebelahan Amanjaya Mall, Sungai Petani (80,000 peserta); SAU 6.0 2018 di Laketown Resort Bukit Merah (62,000 peserta).

Misi rakyat deliveryDengar cerita dibangunkan sendiri oleh anak tempatan dan 100% profit dapat kat rider. Kredit : Eiza ...
20/08/2022

Misi rakyat delivery

Dengar cerita dibangunkan sendiri oleh anak tempatan dan 100% profit dapat kat rider.

Kredit : Eiza Eiza/VideoViral Malaysia

5 tips untuk kita sentiasa tenang bila duit makin susutKalau boleh. Kita nak duit sentiasa ada. Bukak wallet. Duit ada h...
20/08/2022

5 tips untuk kita sentiasa tenang bila duit makin susut

Kalau boleh. Kita nak duit sentiasa ada. Bukak wallet. Duit ada hati lega
Duit makin kurang hati gelisah. Duit takde lagilah tak tentu arah.

Okeh ada 5 tips untuk kita supaya relaks, happy dan tenang. Walaupun Bukak wallet. Tapi kosong. Duit tak ada.



Setiap Kali kita terima duit. Asingkan kepada 3 bahagian. Untuk kegunaan, simpanan dan sedekah.

Duit sedekah boleh disedekahkan setiap hari atau setiap Jumaat atau pun setiap hujung bulan. Tak kisah. Terpulang pada pemberi sedekah.

Sedekahkan setiap hari amatlah digalakkan.

Sekiranya biz online. Dapat je sales. Duit untung tu Boleh bahagikan 3. Duit modal tu simpan jejauh. Nak guna untuk restok barang. Senang. Duitnya dah ada.



Sekiranya setiap hari dah ada duit untuk simpanan tu. Setiap hari lah ke bank untuk menyimpan.

Masukkan ke akaun bank tertentu. Mudah sangat sekarang ni transfer online je akaun tersebut. Klik je dihujung jari

Then

Lupakan duit simpan tu. Tak payah nak kira berapa dah dapat simpan. Simpan dan tutup mata 😊



Bila keluarkan duit dari wallet. Tenangkan fikiran. Senyum. Iringi baca ayat 54 dari surah sad. "Inna haza larizquna maalahu minnafad"

Bermaksud "sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak habis habis"

Baca dan fahami maksudnya. Masa kita baca sambil faham maksudnya hati kita yakin bahawa rezeki dari DIA.

So walaupun duit tinggal seposen je pun dalam wallet. Hati dan minda kita tetap tenang kannn.



Bila dapat saja duit. Masukkanlah duit dalam wallet dengan iringi ucapan Alhamdulillah ataupun baca Surah Al Fatihah.

Amalan ini kita mensyukuri segala apa yang kita dapat.

Kan janji Allah. Setiap kali kita mensyukuri nikmat Allah pasti Allah tambah lagi nikmat pada kita.



Biasakan baca asmaul husna Ya Mughni (Maha Memberi Kekayaan). Bacalah 1000x setiap hari atau pun sebanyak yang boleh.

Bila kita sentiasa berzikir. Hati dan minda kita tenang. Kita akan sentiasa ingat padaNya.
So bila wallet kosong tak ada duit pun. Masih boleh senyum dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan.

Banyak lagi sebenarnya doa, ayat al Quran, asmaul husna serta amalan yang boleh kita buat.

Kuncinya bila kita tenang. Apa jua kesulitan pasti Allah mudahkan.
Paling penting. Tiang agama sentiasa ditegakkan. Itu yang wajib.
Akhir sekali. Allah pasti bantu kita.

"Sesungguhnya, cara Allah memberi jalan keluar, tidaklah seperti cara yang kita sangka ( masalah duit tidak semestinya selesai dengan duit)"

Sumber : Md Azhari Daud

18 Surah² pendek dalam tulisan rumi untuk anda yg masih tak pandai jawi..Namun harus ada usaha belajar membaca alquran d...
09/08/2022

18 Surah² pendek dalam tulisan rumi untuk anda yg masih tak pandai jawi..

Namun harus ada usaha belajar membaca alquran dalam tulisan jawi ..

Sumber : Viral johor

Address

Kedai Farra Kosmetik, Kampung Parit Panjang
Baling
09120

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farra Beauty Collection posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Farra Beauty Collection:

Share