11/08/2026
๐๐๐ ๐๐๐ค ๐๐๐๐ข๐ซ ๐๐๐ซ๐ฅ๐ข๐ฆ๐๐ง, ๐๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐ ๐๐๐ค๐ฌ - ๐๐ซ๐๐ฆ๐ ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ค ๐๐๐๐๐ง๐ข ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ญ ๐๐๐ฆ๐๐ฅ๐ฎ๐ค๐๐ง
โPagi tadi, saya bersama pimpinan dan rakan-rakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) hadir ke Parlimen untuk Sidang Khas isu RCI Tabung Haji. Kami sudah bersedia dengan teks dan hujah-hujah untuk berbahas.
Ini isu besar. Isu wang simpanan jutaan umat Islam dan maruah institusi terkait agama yang sebelum ini menjadi model untuk dunia.
Tetapi semasa pilihanraya Negeri Sembilan, PMX menuduh ada "billion ringgit sakau". Maka kami juga mahu tahu apa sebenarnya berlaku dalam TH.
โTetapi apa yang berlaku di dewan hari ini tersangat memalukan. Mesyuarat dipanggil oleh PMX sendiri atas kuasa yang dimiliki oleh hanya Perdana Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 11(3). Malangnya PMX sendiri tidak hadir ke dewan dan difahamkan mengambil MC atas masalah kesihatan.
Sepatutnya, apabila pihak utama yang memanggil persidangan khas ini tidak hadir berdepan dewan, mesyuarat ini perlu ditangguhkan. Tambahan lagi PMX sendiri yang menjadikan isu TH ini sebagai isu politik semasa PRN Negeri Sembilan. Maka dia sendiri wajib ada dalam Dewan Rakyat.
โLebih melucukan, status Laporan RCI ini di-downgrade menjadi sekadar "Penerangan Menteri" sahaja, tanpa ada sebarang usul, undian, mahupun keputusan rasmi yang boleh dibuat selepas perbahasan.
Tugasan di dewan p**a diserahkan kepada Menteri Agama, Senator Dr. Zulkifli Hasan untuk hanya sekadar baca teks penerangan.
Kalau setakat minta Menteri baca kenyataan bertulis tanpa ada keputusan dan tanpa kelibat PMX, baik tak payah panggil Sidang Khas Parlimen yang membazir masa. Keluar press release sahaja sudah cukup!
Nampak sangat ini adalah drama politik Madani dan bukan untuk menjaga kepentingan umat yang menabung di TH.
Laporan RCI dah siap dari Julai 2022 dan masuk Kabinet Disember 2022. Tapi kenapa ia disorok selama 3 tahun 7 bulan hanya untuk diakhiri dengan drama membaca teks di dewan?
โInilah satu lagi drama politik terdesak dan sangat memalukan sejak kerajaan Madani ini mentadbir.
โAtas dasar itu, seluruh Ahli Parlimen PN mengambil keputusan untuk keluar dari dewan. Kami tidak mahu menjadi sebahagian daripada drama politik Madani yang langsung tidak memberi nilai mahupun jawapan tuntas kepada rakyat dan pendeposit Tabung Haji.
Prinsip kita jelas: kita mahukan ketelusan dan kebenaran.
๐๐ ๐๐๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐ง ๐๐๐ข๐๐ฎ๐ฅ ๐๐๐ง ๐๐๐ง,
๐๐ก๐ฅ๐ข ๐๐๐ซ๐ฅ๐ข๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐๐ค ๐๐๐ฅ๐ฎ๐ ๐จ๐ซ
๐๐๐ข๐ ๐๐ซ๐๐ฌ๐ข๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ญ๐ข ๐๐๐ฐ๐๐ฌ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐
๐๐ ๐๐ ๐จ๐ฌ ๐๐๐๐