15/12/2016
Apa yang Allah JAMIN untuk kita?
Terkesan sungguh apabila saya membaca bait-bait kata Ustaz Yusuf Mansur berkenaan rezeki.
Indah tutur bicaranya walaupun ayatnya di tulis di dalam bahasa Indonesia.
Terkadang rasa hati sudah terlanjur jauh.
Tambahan apabila menjalankan bisnes, yang sepenuhnya apa yang berada di hadapan tidak dapat di jangka.
Kadang kala rasa terlalu membelakangkan kekuasaan Allah.
Nah! Allah lorongkan hati untuk membaca artikel ustaz ini supaya hati makin percaya, setiap rezeki di bawah jaminan Allah.
Saya ulas sedikit apa yang telah di baca.
Mudahan ianya memberi sedikit manfaat buat yang membaca.
Apakah yang Allah jamin untuk kita.
Buat kita semua, sebenarnya Allah jamin apa sahaja yang kita mahukan, yang kita perlukan.
Seperti di dalam petikan (QS. Fushilaat : 31) ---- "dan buat kalian semua di dunia adalah apa yang kalian minta"
Maka, apalagi yang masih berkurangan jika semua yang kita minta sudah pun di jamin oleh Allah?
Sebenarnya, ada yang kita perlukan, Allah jamin kita pasti akan dapat. Lambat atau cepat.
Ada juga apa yang kita minta, Allah penuhi. Ianya tentang masa sahaja. Lambat atau cepat.
Cuma, hati manusia yang rapuh, sentiasa bersangka-sangka dengan apa yang Allah boleh jamin dan berikan.
Kisah pemandu teksi ini menginsafkan hati. Mungkin ada pengajaran bererti yang boleh di ambil darinya.
Pemandu teksi ini memperolehi pendapatan RM800 sebulan dengan tanggungan 5 orang anak, seorang isteri, ibu dan ayah, mertua, dua ipar dan 2 orang adik kandung.
Dengan pendapatan sebegitu, dari mata kasar seorang manusia biasa, "mampukah di tanggung semuanya dengan perolehan sebegitu?"
Tapi, benarkah pemandu teksi ini yang menanggung semuanya? Jika ini terjadi, ironinya, pemandu teksi itu tidak akan pernah kuat.
Hakikatnya, bukan kita yang menanggung keperluan keluarga kita.
Ia semua sebenarnya, datang dari Allah.
Hanya Allah Yang Maha Mempunyai Kuasa dan Upaya.
Sedangkan kita tidak.
Bagaimana Allah membantu dan menanggung keluarga kita?
Bilamana kita sentiasa menuruti dan menjalankan perintah Allah, sekaligus menjauhi laranganNYA.
Demi Allah, kita hidup bukan kerana kita punya rezeki yang kita cari, tapi kita hidup kerana kita ada Allah SWT.
Ada sesetengahnya mungkin berdoa seperti pemandu teksi ini, namun ada juga yang tidak berdoa, tapi tetap Allah menyediakan makanan paginya pada hari itu.
Sarapan pagi juga Allah sediakan. Kenapa?
Walakum fiiha mantasythii anfusukum. Allah akan penuhi apa yang kita perlukan.
Suatu pagi yang damai, sang isteri memberitahu pemandu teksi tersebut.
"Abang, saya faham abang tidak punyai wang yang banyak. Namun, mudah-mudahan abang boleh berdoa kepadaNYA. Kita memerlukan duit RM1,000 bang."
"Bilakah mahu digunakan duit itu?" -- tanya pemandu teksi tersebut.
"Hari ini" -- balas sang isteri pendek.
Sambil menyambung -- "ini untuk membayar yuran sekolah anak kita, bang"
"Oh. Baik lah. Nanti abang doakan"
Maka, berlalulah pemandu teksi tersebut. Jam 8 pagi, usai menghantar seorang penumpang, beliau menuju ke masjid untuk menunaikan solat dhuha.
Usai solat dhuha, beliau berdoa,
"Ya Allah, pagi ini isteri saya memesan, supaya berdoa kepada MU Ya Allah. Saya memerlukan duit RM1,000 untuk keperluan anak sekolah. Bantulah hambaMU ini Ya Allah"
Hakikatnya, dari manakah seorang pemandu teksi mendapatkan duitnya? Adakah dari penumpang?
Jika ianya datang dari penumpang, bagaimana jika penumpang tiada pada hari tersebut? Masih juga tidak mendapat duitnya.
Ataupun, pemandu teksi mendapat duit dari teksinya?
Jika begitu, kalau teksinya rosak, bagaimana p**a ia boleh mendapatkan duitnya?
Maka, apakah jawapan yang sesuai?
Pemandu teksi dapat duit dari siapa?
Semestinya dari Allah SWT!
Menyorot kembali kisah pemandu teksi tadi yang selesai menunaikan solat dhuha, beliau bertemu dengan seorang kaya yang juga baru sahaja selesai menunaikan solat dhuha.
Bicara mereka..
"Pagi-pagi sudah berada di sini, tidak membawa teksi?" Sapa orang kaya tersebut.
"Sudah tuan. Sudah. Sudah dapat seorang pelanggan tadi"
"Sebenarnya, saya mahu bersedekah pagi ini. Apakah keperluan awak pada hari ini?"
"Ya Allah Tuan. Kalau tuan tidak bertanya ini, saya juga malu mahu memberitahu".
"Tidak mengapa. Beritahu sahaja. Apa keperluan awak pada hari ini?"
"Saya memerlukan RM1000, tuan. Buat membayar yuran sekolah anak saya"
Lalu, orang kaya tersebut membuka dompetnya dan menyerahkan duit tersebut kepada pemandu teksi itu -- "ini duitnya."
Manusia kaya itu tadi boleh jadi bukan manusia atau mungkin dari golongan malaikat, atau jika ia manusia sekalipun, siapakah yang menggerakkan hatinya untuk menyapa pemandu teksi tersebut?
Benar. Hanya Allah SWT.
Allah sudah katakan, jangan takut, jangan khuatir, jangan sedih, jangan banyak memikirkan. Serahkan sahaja kepada Allah.
Selanjutnya, apa kata Allah lagi?
“Semua adalah Allah yang menghidupkan.” QS. Fushilaat :32
Maka, sebenarnya tuhannya harus benar-benar Allah dahulu.
Ia memerlukan banyak latihan demi latihan.
Sesekali kosongkan dompet. Supaya kita insaf,
Bahawa yang kita perlukan bukan DUIT, tetapi hanya Allah SWT.