Rich T's Collections

Rich T's Collections Keselesaan anda, kepuasan kami!

Serahkan kepada ahlinya yang bukan sahaja pakar tetapi lebih utama adalah berintegriti.
18/10/2022

Serahkan kepada ahlinya yang bukan sahaja pakar tetapi lebih utama adalah berintegriti.



KENAPA RAKYAT MASIH MISKIN?

Isu ekonomi adalah isu teras yang menjadi tumpuan dan kecaknaan rakyat pada setiap lapisan masyarakat. Kemerosotan ekonomi menjadi semakin ketara apabila berlakunya pandemik COVID-19.

Dalam menghadapi krisis ekonomi yang merudum sepanjang pandemik, kerajaan telah mengeluarkan beberapa inisiatif untuk membantu rakyat bertahan dan menampung kelangsungan hidup.

Antara solusi yang dilakukan adalah menurunkan OPR kali pertama oleh BNM pada 22 Januari 2020 sebanyak 25 mata asas. Penurunan OPR adalah bertujuan untuk mengurangkan komitmen kewangan rakyat dan membantu rakyat berbelanja.

Apabila rakyat mula berbelanja, permintaan menjadi tinggi. Namun bekalan sedia ada tidak dapat menampung permintaan daripada rakyat. Ini menyebabkan berlakunya inflasi.

Risiko kenaikan inflasi berpunca daripada kenaikan mendadak harga komoditi, gangguan dalam rantaian bekalan di peringkat dunia dan permintaan tinggi (strong demand).

Tambahan, permintaan rakyat (strong demand) terhadap barang asas seperti minyak masak, ayam dan lain-lain tidak berkurang. Permintaan (demand) yang tinggi melebihi penawaran (supply) menjadi faktor kenaikan inflasi.

Beberapa keputusan baru perlu diambil untuk memastikan proses memulihkan ekonomi berjalan dengan baik, namun rakyat terpaksa berhadapan dengan kesan jangka pendek ini sementara ekonomi benar-benar kembali stabil.

Solusi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ini malangnya masih gagal mengeluarkan rakyat daripada garis kemiskinan.

Timbalan Menteri KPDNHEP melaporkan kumpulan isi rumah berpendapatan B60 dijangka meningkat. Ini didorong oleh peningkatan inflasi yang memberi kesan ketara terhadap semua masyarakat tanpa mengira taraf pendapatan.

Menurut data e-Kasih sehingga 30 Jun 2022, ketua isi rumah yang dikategorikan sebagai miskin tegar meningkat kepada hampir 145,000 berbanding hanya 45,000 pada 2020.

600,000 isi rumah M40 jatuh ke dalam kategori miskin dan menyumbang kepada peningkatan golongan B40 kepada B60.

Kebimbangan ini menjadi lebih menakutkan apabila ekonomi dijangka akan bertambah buruk pada tahun hadapan.

Satu kaji selidik yang dibuat oleh KPMG International mendedahkan bahawa 62% ketua pegawai eksekutif di rantau Asia Pasifik menjangkakan kemelesetan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Bagi bertindak balas dengan jangkaan tersebut, 44% CEO merancang untuk membekukan pengambilan pekerja, 43% mengurangkan kos dengan menaikkan harga dan 40% akan mengurangkan margin keuntungan.

Pastinya solusi, tawaran dan dasar yang kuat diperlukan untuk mengatasi masalah ini dan Perikatan Nasional bersedia dalam masa terdekat ini untuk membawa penyelesaian yang tuntas terhadap isu yang menggusarkan rakyat ini.

Apa yang diperlukan oleh rakyat pada waktu kini adalah satu solusi ekonomi yang sejahtera. Rantaian masalah ekonomi ini akan terus membebankan rakyat sekiranya tiada penyelesaian tuntas daripada kerajaan.



Interested?
23/02/2015

Interested?

[Update!] Perhatian kepada semua peminat bola sepak Liga Malaysia!Tunjukkan sokongan anda kepada negeri kesayangan anda ...
23/02/2015

[Update!] Perhatian kepada semua peminat bola sepak Liga Malaysia!

Tunjukkan sokongan anda kepada negeri kesayangan anda dengan memiliki t-shirt-tshirt eklusif ini.

Anda boleh dapatkan t-shirt2 ini melalui link berikut:-

http://myteeshirt.t-shirts.my/bola/

23/02/2015

Hi....Lama x udpate kat sini kan.....apa kabar semua? harap2 masih bersama kami di sini..

Koleksi T terbaru kami. Tulisan "I'm not perfect but I am LIMITED EDITION". Kolar V. 100% Cotton.Size: M.Harga:  RM 25 (...
28/02/2013

Koleksi T terbaru kami. Tulisan "I'm not perfect but I am LIMITED EDITION". Kolar V. 100% Cotton.

Size: M.

Harga: RM 25 (FREE POSTAGE)

Dtg dengan beberapa warna pilihan.

SMS 0133888121 utk tempahan sekarang atau datang terus ke booth kami do Karnival WOW Putrajaya dr 28/2 - 3/3 dr jam 10pg - 10mlm.

Baju T Superman. Kolar V.Size: M & LHarga: RM25 (FREE POSTAGE)Berbagai war a.SMS 0133888121 utk tempahan atau boleh uter...
28/02/2013

Baju T Superman. Kolar V.

Size: M & L

Harga: RM25 (FREE POSTAGE)

Berbagai war a.

SMS 0133888121 utk tempahan atau boleh uterus keep booth kami di Karnival WOW Putrajaya dr 28/2 - 3/3 2013. 10pg - 10mlm.

Assalamualaikum semua. Untuk makluman rakan2 Rich T's Collections, kami akan berjualan di Karnival WOW Putrajaya. Karniv...
20/02/2013

Assalamualaikum semua. Untuk makluman rakan2 Rich T's Collections, kami akan berjualan di Karnival WOW Putrajaya. Karnival akan berlangsung selama 4 hari.

bermacam2 program yang akan dianjurkan oleh pihak penganjur. So, jumpa kami di sana yer!

T's Collections. Keselesaan anda kepuasan kami!

Innalillahiwainnailaihiroji'un. Hari ni kami di landa musibah yang sangat memberi pengajaran ketika berjualan di KUIS. B...
20/02/2013

Innalillahiwainnailaihiroji'un.

Hari ni kami di landa musibah yang sangat memberi pengajaran ketika berjualan di KUIS. Beberapa helai t-shirt kami hilang di"pinjam" orang. Ditakdirkan bukan rezeki kami. Kami halalkan.

Semoga yang membuat "pinjaman" tu mendapat hidayah dari ALLAH SWT utk berubah kearah kebaikan. Amin Ya Rabbal 'alamin.

Lesson learned:
1. barang jualan haruslah disimpan rapi apabila kita selesai membuat jualan.
2. pengiraan stok perlu dilakukan semasa opening dan closing day agar mudah utk merekod pembelian dan juga untuk penambahan stok.
3. x boleh mengharap sangat kepada orang lain (bukan tidak percaya) tetapi lebih kepada berhati2.

Ya ALLAH, terima kasih atas ujian yang Kau berikan kepada kami agar menjadi pengajaran kepada kami agar lebih berhati2 dan buat sehabis baik. Kami terima ujianMU dengan redha Ya ALLAH. Gantilah musibah ini dengan perkara yang lebih baik dariMu Ya ALLAH. Amin Ya Rabbal 'alamin.

Rich T's Collections. Keselesaan anda kepuasan kami!

Selamat hari jumaat penghulu segala hari kepada semua rakan2 kami. Di penghulu segala hari ini, kita dituntut membaca su...
08/02/2013

Selamat hari jumaat penghulu segala hari kepada semua rakan2 kami. Di penghulu segala hari ini, kita dituntut membaca surah Al-Kahfi.

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.

Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya. Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:

Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]

Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
[ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]

Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
[ Hadis Riwayat Ahmad ]

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

05/02/2013

assalamualaikum semua..apa kabar yer? kami harap anda semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya...lama x post kan..kami agak produktif kebelakangan ini tu yang x sempat nak post. kami doakan anda semua kaya dan berjaya!

Percaya dengan saya! Ada harimau bintang di dalam gambar ini. Komen 'Saya dah jumpa' jika anda menjumpainya!LIKE dan SHA...
29/01/2013

Percaya dengan saya! Ada harimau bintang di dalam gambar ini.

Komen 'Saya dah jumpa' jika anda menjumpainya!

LIKE dan SHARE @ Rich T's Collections

25/01/2013

Salam hari jumaat penghulu segala hari! Jgn lupa cari barokahnya yer!

Address

Galaxy Ampang
Ampang
68000

Opening Hours

Monday 12:00 - 00:00
Tuesday 12:00 - 00:00
Wednesday 12:00 - 00:00
Thursday 12:00 - 00:00
Friday 12:00 - 00:00
Saturday 12:00 - 02:00
Sunday 12:00 - 02:00

Telephone

+60129429741

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rich T's Collections posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rich T's Collections:

Share