20/04/2021
5 Sebab Kenapa Air Mani Cair, Adakah Ia Akan JEJASKAN Kesuburan Lelaki?
Untuk pengetahuan anda, air mani cair dialami oleh ramai lelaki namun, mereka tidak mahu mengakuinya. Ramai p**a yang percaya ia mungkin akan jejaskan kesuburan lelaki.
Punca dan cara elak air mani cair:
1. Oligospermia
Punca utama air mani cair adalah kekurangan sperma dalam air mani, atau lebih dikenali sebagai kondisi oligospermia. Jika anda mengesyaki kondisi ini terjadi kepada anda, sila berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk mendapatkan rawatan kesuburan.
2. Ejakulasi terlalu kerap
Untuk pengetahuan anda, organ reproduktif lelaki memerlukan masa sekurang-kurangnya 48 jam atau 2 hari untuk menghasilkan sperma yang normal dan sihat. Oleh itu, ejakulasi yang terlalu kerap mungkin akan menyebabkan air mani cair. hentikan perbuatan beronani. Seharusnya, anda salurkan dan puaskan nafsu syahwat anda bersama pasangan, bukannya seorang diri sahaja!
3. Usia
Apabila seseorang lelaki itu semakin meningkat usia, ia akan membawa kepada beberapa masalah kesihatan serta kekurangan tenaga dalaman. Dengan tahap kesihatan yang semakin merosot, sudah pasti air mani yang dihasilkan juga akan menjadi kurang sempurna. Sekiranya anda ada sebarang kebimbangan mengenai air mani anda yang semakin cair apabila meningkat usia, sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan pakar.
4. Obesiti
Bukan sahaja isu obesiti atau kegemukan akan mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi atau penyakit jantung, malah ia juga mungkin akan mengakibatkan kemerosotan air mani lelaki. Jadi, sila kawal berat badan anda dari sekarang. Ia bukan sahaja mampu membuat air mani menjadi lebih pekat dan sihat, malah ini juga usaha untuk anda memerangi pelbagai lagi masalah kesihatan lain.
5. Gaya hidup tidak sihat
Menghisap rokok, meminum alkohol, diet tidak seimbang serta kurang melakukan senaman akan mengakibatkan masalah air mani cair bagi kalangan kaum lelaki. Sebagai seorang suami dan bakal bapa, berhentilah merokok dan hadkan pengambilan minuman beralkohol. Dalam masa yang sama, ajak dan ajar pasangan anda untuk mengamalkan pemakanan yang sihat serta bersama-sama melakukan senaman.
Jika anda ada apa-apa pertanyaan berkenaan Produk SP3M JUZZ
Jangan Malu Jangan Segan Whatsapp je kami! 👇👇👇
www.wasap.my/60146439220/sp3mjuzz
www.wasap.my/60146439220/sp3mjuzz
…