29/04/2022
YEAY BOLEH BALIK KAMPUNG DAH!
Alhamdulillah!
Tahun ni kita semua dapat balik beraya secara rasmi.
Tapi kena make sure anda ambil berat aspek keselamatan la.
Berikut saya sharekan 9 TIPS apa yang kita nak kena check dulu sebelum jalan jauh.
Panjang sikit, tapi better baca dan take care benda-benda ni alright?
1. RADIATOR & CECAIR PENYEJUKAN AIR
Cecair penyejukan enjin boleh diperiksa pada dua tempat, pada radiator dan juga pada tangki tambahan. Cecair penyejukan enjin di dalam radiator boleh diperiksa dengan membuka tudung radiator (radiator cap), pastikan cecair sentiasa penuh di dalamnya. Bagi tangki tambahan p**a, kebiasaannya ia mempunyai paras yang ditetapkan, pastikan cecair yang ada di dalamnya sentiasa berada di paras maksimum. Setiap jenis dan model kenderaan kebiasaannya menggunakan penyejuk (coolant) yang disyorkan oleh pengeluar mengikut nisbah campuran dengan air yang tertentu. Tetapi ada jenis kereta tidak menggunakan air sebaliknya 100 peratus menggunakan penyejuk yang disyorkan.
Maka pastikan anda membaca atau menelefon mekanik sebelum menambah cecair penyejukan enjin ke dalam radiator dan tangki air tambahan.
2. TAYAR & TAYAR SIMPANAN
Tayar adalah antara bahagian yang teramat penting di dalam memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan. Kedalaman bunga tayar minimum telah ditetapkan pada 1.6 mm. Ukuran boleh dibuat dengan duit syiling atau gunakan alat-alat lain yang boleh memberikan bacaan lebih besar dari 1.6 mm. Kedalaman bunga tayar juga boleh diperiksa pada tanda yang diletakkan oleh pengeluar tayar. Dengan perjalanan di musim tengkujuh juga memerlukan bunga tayar yang tebal untuk melalui jalanraya yang basah dan berlopak. Tayar simpanan mesti diperiksa dengan menambah tekanan angin dan memeriksa kondisinya. Selain tayar simpanan, ājackā, pemusing ājackā dan pemantul cahaya yang selalunya berbentuk tiga segi juga mesti diperiksa bagi memastikan pertukaran tayar di dalam perjalanan berjalan dengan lancar.
Pastikan ahli keluarga berada di luar kereta dan jauh dari jalanraya semasa menukar tayar.
3. MINYAK ENJIN
Pemeriksaan minyak enjin adalah antara pemeriksaan yang paling mudah dilakukan, pemilik hanya perlu membuka bonnet dan menarik keluar ādipstickā. Pastikan minyak enjin berada pada paras yang ditetapkan. Jika kereta-kereta moden dari Jerman seperti Audi, pemilik kereta tidak perlu membuka bonnet, sebaliknya hanya menekan beberapa butang dan paras minyak enjin akan dipamerkan di skrin pada papan pemuka.
4. PENGELAP CERMIN/WIPER DAN CECAIRNYA
Pengelap cermin kebiasaannya dibuat dari getah, maka kebiasaannya getah tersebut akan tercalar disebabkan oleh geseran dengan cermin yang berhabuk. Pemeriksaan getah pengelap cermin sangat mudah dilakukan dengan hanya memasang pam air pengelap cermin (washer pump), kemudian pengelap cermin akan berfungsi dan lihat jika ada garisan pada cermin disebabkan getah pengelap telah tercalar. Harga pengelap cermin sangat murah sekarang dan boleh didapati dengan harga tidak sampai RM10 sebatang, tetapi pastikan pengelap cermin yang baru mempunyai ukuran yang telah ditetapkan.
5. LAMPU DAN LAMPU-LAMPU
Hidupkan lampu dan periksa satu persatu, mungkin pemeriksaan memerlukan bantuan, panggil sahaja anak atau isteri untuk membantu contohnya bagi melihat lampu brek berfungsi atau tidak. Selain dari memberikan cahaya untuk menambahkan tahap penglihatan di dalam gelap, lampu juga merupakan alat untuk mengelakkan kemalangan, lampu yang baik boleh dilihat oleh pemandu kenderaan lain dan ada kalanya lampu juga mampu memberikan amaran dengan cara meninggi rendahkannya di dalam masa yang cepat.
6. BELTING (FAN & DRIVE)
Tali sawat digunakan untuk pelbagai fungsi, antaranya sebagai pemusing kapi (pulley) alternator dan pemampat sistem hawa dingin, bagi kereta yang masih tidak menggunakan sistem stering kuasa elektrik, tali sawat masih digunakan untuk memusing kapi (pulley) pam stering kuasa hidraulik. Pemeriksaan dilakukan dengan memeriksa kondisi tali sawat itu jika ianya telah terlalu keras dan merekah. Pastikan tali sawat ditukar baru tanpa ditunggu kerana tali sawat yang putus boleh menyebabkan kereta terhenti, contohnya jika terjadi pada tali sawat alternator yang digunakan untuk membekalkan kuasa elektrik dan mengecas bateri.
7. SALURAN HOS
Jika anda meletakkan kereta di tempat bersimen atau di atas jalan tar yang bersih, selepas beberapa jam pemeriksaan boleh dijalankan dengan memeriksa jika ternampak apa-apa cecair yang kebocoran dan menitis di permukaan simen atau tar. Kebocoran yang berlaku kebiasaannya akan melibatkan kerosakan yang besar kepada enjin, contohnya hos air dari radiator ke enjin yang kebocoran akan memanaskan dan merosakkan bahagian dalaman enjin. Hos-hos lain seperti hos sistem stering kuasa yang kebocoran akan menyebabkan sistem stering kuasa tidak berfungsi. Pemeriksaan secara visual dan sentuhan juga boleh mengesan sebarang tanda hos yang telah lama dan perlu ditukar.
8. KEMAS DAN BERSIHKAN KENDERAAN
Bagi sesetengah pemandu yang terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti, sesetengah barangan seperti kasut sukan, kasut pejabat dan alat-alat sukan seperti raket, bola, sarung tangan tinju dan kayu golf selalunya ditinggalkan di dalam kereta. Bagi memulakan perjalanan yang jauh dengan membawa kesemua ahli keluarga sudah tentu memerlukan ruang yang maksimum. Maka bolehlah pemilik kenderaan mengemas dan meletakkan segala barangan tersebut di tempat yang sepatutnya di dalam rumah.
9. PETA
Dengan teknologi navigasi satelit yang semakin maju, pelbagai jenis navigasi satelit telah diperkenalkan dan boleh digunakan pada telefon pintar, contohnya Google Maps dan Waze yang mampu memberikan laluan terbaik kerana boleh mengesan sebarang masalah trafik pada masa sebenar (real time). Pastikan telefon pintar anda mempunyai pelan data yang mencukupi kerana aplikasi-aplikasi navigasi satelit kebiasaannya menggunakan data yang besar. Jika Google Maps dan Waze tidak digemari kerana menggunakan data yang besar, aplikasi navigasi satelit āofflineā seperti aplikasi Here juga boleh digunakan, tetapi fungsi untuk memberikan laluan terpantas berdasarkan keadaan trafik pada masa sebenar (real time) masih lemah berbanding dengan Google Maps dan Waze.
Dah siap check semua dan prepare baik-baik?
Hah kira ready la tuuuu.
Baca doa naik kenderaan, dan semoga anda semua selamat pergi selamat balik okay?
Saya punya kedai buka macam biasa tau?
Selamat Hari Raya!
Regards,
AZMEL KAMARUDIN
https://cowayliving.my