Ayam Bismi Segar Halal Suci

Ayam Bismi Segar Halal Suci AYAM BISMI SDN BHD (879314-K)

Kami adalah syarikat TERNAKAN, PEMPROSESAN & PENJUALAN AYAM HALAL BUMIPUTERA terbesar di Malaysia.
(430)

03/08/2026

Kesihatan bukan hanya pada jasmani, tetapi juga rohani. Apabila kita memilih yang halal dan baik, kita sedang membina sebuah keluarga yang lebih sihat, lebih kuat dan lebih diberkati.

Ayam Bismi.
Healthy Chicken for a Healthy Family.

Dari tepi jalan ke mercu kejayaan:  Perjalanan Ayam Bismi didokumentasi menerusi kerjasama UUMPerjalanan sarat inspirasi...
03/08/2026

Dari tepi jalan ke mercu kejayaan: Perjalanan Ayam Bismi didokumentasi menerusi kerjasama UUM

Perjalanan sarat inspirasi syarikat pembekal ayam tempatan yang patut dibanggakan, Ayam Bismi yang bermula daripada perniagaan kecil-kecilan di tepi jalan sehingga muncul sebagai antara gergasi industri dan kebanggaan warga Kedah.

Bakal didokumentasikan secara rasmi menerusi kerjasama strategik bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Research Group, Sejarah dan Budaya di Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), usaha ini bertujuan merakamkan secara sistematik evolusi perniagaan Ayam Bismi dari fasa awal penubuhan, mendepani pelbagai cabaran, hinggalah berkembang menjadi simbol kejayaan usahawan tempatan pada hari ini.

Sinergi penting ini digerakkan menerusi kolaborasi erat antara pihak pengurusan tertinggi Ayam Bismi yang diterajui oleh presiden dan pengasas iaitu Jaffri Ahmad dan Mazlina Kamarudin bersama barisan akademik serta penyelidik terkemuka UUM.

Antara tokoh akademik UUM yang menggembleng tenaga menjayakan projek pendokumentasian ini termasuklah Prof. Madya Dr. Mohamed Ali Haniffa, Dr. Naidzatul Akma Mokhtar, Dr. Yusry Sulaiman, Dr. Jazliza Jamaluddin, Dr. Sharifah Ismail dan Zeety Kartini Abdul Hamid.

Wakil Research Group, Sejarah dan Budaya, SLCP di UUM berkata, projek pendokumentasian ini sangat penting bagi mendidik generasi muda bahawa nilai kenegaraan dan patriotisme juga dibina menerusi kegigihan ekonomi anak tempatan.

“Kisah Ayam Bismi yang bermula dengan menjual ayam di tepi jalan sehingga bergelar kebanggaan rakyat Kedah merupakan naratif yang amat bernilai.

“Pekara ini sekadar kisah perniagaan, tetapi manifestasi jati diri, keberanian mendepani risiko, serta sumbangan nyata terhadap sekuriti makanan negara yang perlu didokumentasikan menerusi pendekatan Sejarah Gunaan,” katanya.

Menerusi projek pendokumentasian ini, beberapa skop utama telah dirangka, antaranya, rekod fasa aAwal perjuangan, mengumpul bahan sejarah, gambar, dan maklumat asal sewaktu perniagaan dijalankan di tepi jalan bagi menggambarkan kesukaran serta strategi awal pengasas, Rakaman Sejarah Lisan (Oral History), temu bual mendalam bersama pengasas, pengurusan kanan, dan generasi awal pekerja bagi mengabadikan pengalaman pahit manis sepanjang membina empayar Ayam Bismi dan akhir sekali, Penerbitan dan Kes Kajian Mahasiswa, Hasil pendokumentasian ini akan diterbitkan dan dijadikan bahan kajian kes (case study) bagi pelajar UUM dalam menyemai semangat keusahawanan, patriotisme, dan pembangunan jati diri.

Pihak pengurusan Ayam Bismi, Tuan Haji Jafri dan Puan Hajah Mazlina turut menzahirkan rasa terharu dan bangga atas inisiatif kolaborasi bersama pihak universiti.

Mereka berharap kisah perjuangan dari peringkat akar umbi ini dapat dijadikan sumber inspirasi buat anak muda tempatan untuk terus berusaha membanggakan negeri dan negara. Melalui langkah ini, pihak Research Group, Sejarah & Budaya, SLCP, UUM dan Ayam Bismi membuktikan bahawa sejarah bukan sekadar lipatan kenangan, sebaliknya satu ikhtiar untuk memelihara warisan perjuangan tempatan demi memberi dorongan kepada usaha pembinaan negara pada masa hadapan.

Terima kasih, Langkawi.Setiap kali pelanggan berkata,“Alhamdulillah… akhirnya Ayam Bismi ada di Langkawi.”Kami sedar bah...
03/08/2026

Terima kasih, Langkawi.

Setiap kali pelanggan berkata,

“Alhamdulillah… akhirnya Ayam Bismi ada di Langkawi.”

Kami sedar bahawa yang kami bawa bukan sekadar ayam.

Kami membawa keyakinan, kepercayaan dan tanggungjawab untuk menyediakan ayam halal yang berkualiti kepada setiap keluarga.

Kepada pemborong, peruncit, pengusaha restoran dan seluruh warga Langkawi, terima kasih kerana membuka pintu dan hati untuk Ayam Bismi.

Insya-Allah kami akan terus berusaha memberikan produk terbaik, layanan terbaik dan menjadi pembekal ayam yang boleh anda harapkan.

"Ayam sihat, keluarga sihat. Terus dari ladang kami…"

Semestinyaaa Ayam Bismi 😍😍😍

Ayam Bismi Langkawi

👉 https://wa.me/60127194060
❤️Diana | Manager Ayam Bismi Langkawi

Waktu operasi : 7 pagi - 8.30 malam
Dibuka SETIAP hari.

302D, Jalan Padang Matsirat
Kampung Bayas, Langkawi.

Nak ke lokasi outlet. Tekan link dibawah (bersebelahan dengan MH Saujana) :

https://share.google/U7h2ZJozSKmVhBfby

“Saya dah jadi pembeli tegar Ayam Bismi hampir 2 tahun…”Bila terbaca komen ni, kami diam sekejap.Bukan sebab jumlah jual...
02/08/2026

“Saya dah jadi pembeli tegar Ayam Bismi hampir 2 tahun…”

Bila terbaca komen ni, kami diam sekejap.

Bukan sebab jumlah jualan.
Bukan sebab pujian.

Tetapi sebab satu ayat yang menyentuh hati kami.

“Terima kasih kerana memudahkan urusan kami umat Islam.”

Itulah sebab kami masih bertahan sehingga hari ini.

Di Ayam Bismi, kami percaya ayam bukan sekadar makanan di atas meja. Ia adalah amanah yang akan menjadi darah daging keluarga.

Sebab itu kami sentiasa berusaha memastikan setiap pek Ayam Bismi datang daripada ladang kami sendiri, diproses mengikut syariat, bersih, halal dan berkualiti sebelum sampai ke rumah anda.

Alhamdulillah, ramai pelanggan memilih Ayam Bismi 12 Potongan kerana lebih mudah dan cepat! Kualiti terbaik, segar dari ladang!

Setiap kali menerima testimoni seperti ini, kami sedar bahawa apa yang kami lakukan bukan sekadar menjual ayam.

Kami sedang membantu memudahkan urusan ribuan keluarga menyediakan makanan halal untuk insan tersayang.

Terima kasih kepada semua pelanggan yang terus mempercayai Ayam Bismi sejak 1988. Doakan kami terus istiqamah menjaga kualiti, halal dan kebersihan untuk anda.

Dapatkan hari ini tau!

𝑫𝒂𝒑𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒋𝒖𝒈𝒂 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝑬𝒋𝒆𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑺𝒕𝒐𝒌𝒊𝒔 𝒌𝒂𝒎𝒊 𝒅𝒊 𝑺𝒆𝒎𝒆𝒏𝒂𝒏𝒋𝒖𝒏𝒈 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 :
🌐 https://ayambismi.com/agen-list/

Pernah cuba Ayam Bismi? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen. Kami sangat menghargai setiap maklum balas daripada anda. ❤️

02/08/2026

Produk Ayam Bismi kini boleh dibeli menggunakan MySARA di kedai atau pasar raya yang berdaftar di bawah MyKasih.

Kini lebih mudah untuk mendapatkan Ayam Bismi menggunakan bantuan yang disediakan oleh kerajaan. Pilih ayam yang halal, berkualiti dan menjadi pilihan keluarga.

Semak kedai atau pasar raya MyKasih berhampiran anda dan dapatkan produk Ayam Bismi hari ini.

mykasih.com.my
mykasih.com.my
mykasih.com.my

01/08/2026

Pernah tengok kilang proses makanan yang anda beli hari ini?

Chicken Popcorn Ayam Bismi ini dihasilkan di kilang Ayam Bismi Food yang kami pasarkan terus di Mydin dan banyak lagi!

𝑺𝒆𝒏𝒂𝒓𝒂𝒊 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒆𝒅𝒂𝒓 𝑷𝒂𝒔𝒂𝒓𝒂𝒚𝒂 :

(Mydin / Aeon / Cmart / Fresh 365 / TSB Superstore / Mutiara / AA Teguh / Halal Mart)
🌐 https://ayambismi.com/senaraipengedarkami/

Kadang-kadang kita hanya nampak apa yang ada di depan mata, tetapi tidak pernah benar-benar menghargai nilai di sebalikn...
01/08/2026

Kadang-kadang kita hanya nampak apa yang ada di depan mata, tetapi tidak pernah benar-benar menghargai nilai di sebaliknya.

Sama seperti sebungkus ayam yang ada di sinki dapur setiap hari. Ia hadir untuk mengenyangkan perut keluarga, tetapi pernahkah kita berhenti sejenak untuk melihat apa yang ada pada setiap pek itu?

Pernahkah kita membaca labelnya?

Dari mana ayam itu datang. Siapa yang menternaknya. Bagaimana ia disembelih. Bagaimana ia diproses. Bagaimana ia dibungkus sehingga selamat sampai ke meja makan kita.

Bagi kami, ayam bukan sekadar produk untuk dijual.

Ia adalah satu amanah.

Sebab itu setiap pek Ayam Bismi membawa satu komitmen yang tidak pernah kami kompromi.

Ayam sihat, untuk keluarga sihat. Dari ladang kami sendiri. Diproses mengikut piawaian yang ketat.
Disembelih secara halal dengan penuh tanggungjawab. Dibungkus dengan teliti demi menjaga kualiti dan kesegaran.

Kerana kami percaya, setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh akan menjadi darah daging kita.

Dan daripada darah daging itulah lahirnya sebuah keluarga.

Mulai hari ini, jangan hanya lihat harga.

Lihat juga sumbernya.

Lihat siapa yang menghasilkannya.

Lihat siapa yang sanggup meletakkan nama dan amanah mereka pada setiap pek ayam yang anda bawa pulang.

Kerana memilih ayam yang baik bukan sekadar untuk mengenyangkan keluarga, tetapi satu pelaburan untuk kesihatan dan keberkatan mereka.

Ayam Bismi. Healthy Chicken for a Healthy Family. From Our Own Farms.

𝒀𝒐𝒖𝒓 𝑻𝒓𝒖𝒔𝒕𝒆𝒅 𝑯𝒂𝒍𝒂𝒍 𝑪𝒉𝒊𝒄𝒌𝒆𝒏 𝑵𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏𝒘𝒊𝒅𝒆!

𝑫𝒂𝒑𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊 𝑾𝒆𝒃𝒔𝒊𝒕𝒆 𝑹𝒂𝒔𝒎𝒊 𝑲𝒂𝒎𝒊 :
🌐 https://shop.ayambismi.com/
𝑫𝒂𝒑𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊 𝑻𝒊𝒌𝒕𝒐𝒌 𝑺𝒉𝒐𝒑 𝑲𝒂𝒎𝒊 :
🌐 https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8uEEMLGtEmI&_r=1

𝑫𝒂𝒑𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊 𝐒𝐡𝐨𝐩𝐞𝐞 :
🌐 https://s.shopee.com.my/1gCWNnxxqk

Nak Walk-in ? Jemput datang ke :
𝑶𝒖𝒕𝒍𝒆𝒕-𝒐𝒖𝒕𝒍𝒆𝒕 𝒌𝒂𝒎𝒊 𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒌𝒊𝒕𝒂𝒓 𝑲𝒆𝒅𝒂𝒉 & 𝑷𝒆𝒓𝒍𝒊𝒔 : 🌐 https://ayambismi.com/outlet-ayambismi/

𝑯𝒖𝒃 𝑨𝒚𝒂𝒎 𝑩𝒊𝒔𝒎𝒊 𝑩𝒖𝒌𝒊𝒕 𝑩𝒆𝒓𝒖𝒏𝒕𝒖𝒏𝒈 :
🌐 https://g.co/kgs/cbZXESa

𝑫𝒂𝒑𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒋𝒖𝒈𝒂 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝑬𝒋𝒆𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑺𝒕𝒐𝒌𝒊𝒔 𝒌𝒂𝒎𝒊 𝒅𝒊 𝑺𝒆𝒎𝒆𝒏𝒂𝒏𝒋𝒖𝒏𝒈 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 :
🌐 https://ayambismi.com/agen-list/

01/08/2026

Bismi On Wheel berada di Masjid Al-Sultan Abdul Halim Muazzam Shah, Sg Limau Yan pagi ni! Jom dapatkan ayam segar seekor bermula RM12 dari ladang kami! 😍😍

Tahu tak apa tu reban tertutup?Senang cerita, REBAN AIRCOND. ❄️Suhu, kelembapan, CO2, ammonia semua kami kawal. Walaupun...
31/07/2026

Tahu tak apa tu reban tertutup?
Senang cerita, REBAN AIRCOND. ❄️

Suhu, kelembapan, CO2, ammonia semua kami kawal. Walaupun luar panas lit-lit, dalam reban Ayam Bismi, suhu boleh maintain sejuk sebab kita pakai sistem kipas besar + cooling pad. Ayam selesa, baru cepat besar.

Bila ayam selesa, hasilnya pun luar biasa :
✅ Ayam lebih sihat
✅ Daging lebih banyak
✅ Berat cepat naik - 28 hari dah boleh tangkap!

Kalau reban terbuka biasa kena tunggu 30 hari ke atas baru cukup berat. Paling penting, BIOSEKURITI terjaga. Penyakit dari haiwan luar atau orang luar pun susah nak masuk.

Menurut Ketua Teknikal Ladang kita, En. Mohd Faizal Muhammad Aziz, reban Ayam Bismi siap ada SILO tangki dedak auto.

Dan yang terkini, kami juga ada lori Tanki untuk mengangkut dedak Amaize, jenama kami sendiri.

"Makanan jalan sendiri dari silo luar terus masuk dalam reban ikut piping. Tak perlu ramai pekerja masuk, ayam pun kurang stres. Makan pun on time."

Reban 2 tingkat ni pun mudahkan kerja buang najis, semua jalan terus tanpa perlu pekerja masuk reban selalu.

Bila ayam tak stres, ayam sihat. Bila ayam sihat, kualiti daging pun premium untuk anda sekeluarga!

Kerana kami komited menyediakan ayam sihat, untuk keluarga sihat setiap hari terus dari ladang kami!

Address

No 11 Jalan Kangkong
Alor Setar

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ayam Bismi Segar Halal Suci posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ayam Bismi Segar Halal Suci:

Shortcuts

Share