27/05/2024
KUAH ROJAK Kedai CikNana
______________________________
6 tahun lalu, CikNana dgn Syimir Yunusi mulakan kehidupan rumahtangga kami dgn berniaga di sebuah restoran yang terkenal dengan menu shellout di tebing Sungai Raja bersebelahan Pekan Rabu, Alor Setar. Stall kecil kami ketika itu dinamakan Rojak Tok Wan.
Perniagaan kami di sana bermula 8 malam hingga 2 pagi. Alhamdulillah, ketika itu jualan kami habis setiap malam dan mencapai target walaupun berniaga hanya utk tempoh beberapa jam sahaja. Selalunya pukul 10 malam jualan telah habis. Bisnes berjalan lancar hampir setahun sebelum keadaan ekonomi dan kuasa beli semakin menguncup menjelang 2019.
Dalam ketidaktentuan ekonomi itu, CikNana dapat tawaran kerja tetap dengan gaji yang agak lumayan. Setelah beberapa ketika, CikNana berasa tidak berkemampuan menguruskan dua kerja dalam masa yang sama. Syimir juga ketika itu telah mula membantu baba ( bapa mertua) mengusahakan tanah bendang tinggalan arwah Tokwan Hassan.
Dengan berat hati, kami mengubah pendekatan perniagaan dengan menutup stall Rojak TokWan dan fokus kepada jualan online dan kenduri kecil-kecilan.
Ketika itu, kami berniaga dengan cara membeli kuah dari TokJah ( tok kepada Syimir ) bagi membantu Tok secara tidak langsung seterusnya memberikan pendapatan dan aliran tunai kepada Tok.
Tidak berapa lama dahulu, TokJah dan TokWan Kassim mengusahakan sebuah gerai kecil di hadapan rumah di Bukit Besar. Gerai mereka pernah menjadi kegemaran warga setempat dan pemandu lori yang singgah melepaskan lelah.
Berbeza dengan kami, Tok dan TokWan tidak meneruskan perniagaan kerana faktor usia dan tenaga yang tidak mengizinkan. Kini Tok hanya menjual kuah rojak dari rumah kepada penggemar yang pernah merasai keunikan kuah Tok.
Kuah rojak Tok ( Kuah Rojak Halijah ) masih mendapat pemintaan penduduk setempat dan anak rantau yang p**ang ke kampung setiap kali musim percutian.
Bermula awal tahun 2024, TokJah mula suarakan kudratnya sudah tidak berdaya utk terus membancuh kuah rojak. TokJah menyatakan hasrat kepada Syimir utk meneruskan legasi Kuah Rojak Halijah yang diusahakannya sekian lama.
Bagi meneruskan legasi kuah rojak warisan keluarga, Syimir dan CikNana menyahut panggilan Tok dan TokWan untuk belajar resepi yang diamanahkan.
Bermula 29 April 2024, CikNana dan Syimir kembali secara online menjual kuah rojak dgn nama Kuah Rojak Kedai CikNana. Kedai CikNana adalah sebuah impian. Semoga termakbul impian kami yang berhasrat memulakan semula perniagaan bagi membolehkan kami berkongsi rezeki dengan lebih ramai orang yang memerlukan.
Janji Tuhan itu pasti. Dengan niat memulakan perniagaan bagi membantu mereka yang memerlukan, alhamdulillah belum sampai 1 bulan meneruskan amanah dari TokJah, kami dah dapat menjual hampir 500 botol kuah rojak, ke seluruh Malaysia! Malah ada order dari negara padang pasir, Qatar!
Terima kasih kepada semua yang support Kedai CikNana. Doakan semoga lepas musim padi nanti Kedai CikNana dapat jual produk dari bendang p**a! Syimir tengah aim kumpul duit beli mesin buat beras sebab dia nak jual beras yang diproses sendiri nanti.
l.ink di komen.