02/01/2025
Hemoi
Org kedah sebut hemoi... Apa tu?
Menebal muka membuat sesuatu tanpa segan silu untuk memenangkan hati org tertentu. Itu yang saya faham la...mungkin ada org kedah lain boleh tlg bg definisi depa.
Ada yg kata kalau berniaga kena pandai hemoi... Utk saya jika perlu hemoi sekalipun ada limit. X perlu sampai jual maruah diri dengan merendahkan diri sendiri. Jika kita dh cuba sebaiknya tapi pelanggan xtermakan dengan pasaran kita x perlulah memaksa dgn cara lain.
Nak cerita ada satu pakcik di satu masjid ni dulu saya pernah hemoi introduce rehal moden... Mungkin 4-5 tahun lepas. Sampel free pun saya bagi sbb katanya nak bawak kpd mesyuarat Jawatankuasa masjid.
Selepas beberapa mggu ditanya semula dia kata ahli mesyuarat menolak cdgn utk membeli. Banyak alasan diberikan. Cuma yg saya ingat depa kata lebih selesa dgn rehal kayu. Saya tgk masa tu banyak yg dh patah dan berselerak... Sbb tu saya propose rehal moden.
Harini saya singgah solat disini... Tudia... Hampir semua rehal disini adalah rehal moden yg saya supply... Terkejut jugak dibuatnya. Seingat saya x pernah jual kpd jawatankuasa masjid ni.
Tu lah dikatakan rezeki... X datang dari org yg kita hemoi tapi datang dari saluran lain. Saya pasti ada yg membeli dan wakaf di masjid ni utk kegunaan jemaah. Alhamdulillah saya tgk pelajar Tahfiz pun banyak guna dan selesa dgn rehal moden di masjid ni.
Nak rehal moden??
WA 011-65498787
WA 011-65498787