Kita dan Buku

Kita dan Buku Menjual buku-buku baru dan terpakai

Judul: Permata AuroriusPenulis: Ahmad Patria AbdullahISBN: 9789836215802Sinopsis:Rizal telah dibawa oleh suatu kuasa gha...
02/08/2021

Judul: Permata Aurorius

Penulis: Ahmad Patria Abdullah

ISBN: 9789836215802

Sinopsis:

Rizal telah dibawa oleh suatu kuasa ghaib ke alam Aurora yang penuh misteri. Oleh sebab pada dirinya terdapat tanda-tanda kebesaran seperti tercatat dalam kitab-kitab kaum Aurora, dia telah diangkat sebagai pemimpin atau Artakus puak Armorikus. Sebagai Artakus, dia diharap dapat mengembalikan keagungan kaum Aurora dan membebaskan mereka daripada kezaliman Morrok-musuh Armorikus yang ganas. Dia juga terlibat dalam pertentangan Arasis(siang) terhadap Osria(malam) yang cuba memusnahkan alam. Untuk menyekat rancangan jahat Osria, dia harus p**a membantu Merkia(makhluk yang terhasil daripada cahaya) merampas Permata Aurorius yang berada di Kota Arialundalam genggaman Herakos(makhluk yang terhasil daripada kegelapan). Dalam usaha untuk merampas permata itu, dia terpaksa menempuh berbagai-bagai peristiwa yang ngeri, mendebarkan, mencemaskan, menyedihkan dan kadangkala melucukan.

Harga: RM15.80 + pos RM8

๐Œ๐ข๐ง๐ข๐ฆ๐š๐ฅ๐ข๐ฌ (Buku Baru Terbit)Sekiranya mahu ke hadapan, kita perlu bergerak, perlu berubah. Ada kesabaran diperlukan. Kej...
27/05/2021

๐Œ๐ข๐ง๐ข๐ฆ๐š๐ฅ๐ข๐ฌ (Buku Baru Terbit)

Sekiranya mahu ke hadapan, kita perlu bergerak, perlu berubah. Ada kesabaran diperlukan. Kejayaan dalam memiliki ketenangan dan kebahagian bermula dengan menghargai sekecil-kecil perkara.

Mempraktikkan minimalis dalam kehidupan akan menghasilkan hidup yang lebih berkualiti, lebih masa, lebih ruang, lebih penghargaan, lebih jimat dan semestinya lebih bebas.

Bebaskan diri daripada terperangkap dengan keinginan norma yang tiada batasan. Hidup ini terlalu singkat untuk sesuatu yang sia-sia.

Klik : wasap.my/60194183629/minimalis

Sebuah buku yang menceritakan tentang Syeikh Ahmad Yassin. Selain itu juga menceritakan tentang Palestin dan Hamas. Ia c...
17/05/2021

Sebuah buku yang menceritakan tentang Syeikh Ahmad Yassin. Selain itu juga menceritakan tentang Palestin dan Hamas. Ia cuba merangkumi semua peristiwa yang akhirnya membawa Syeikh Ahmad yassin menjadi seorang pejuang yang kita kenali hari ini. Kisah-kisah pengusiran penduduk Palestin, kisah Sabra dan Shatila juga bagaimana kotornya Mossad dalam melaksanakan misi jahat mereka.

Akhirnya, inilah novel yang akan menambahkan cinta kita kepada perjuangan jihad.

Beliau adalah seorang legenda, tidak kira sewaktu hidupnya ataupun selepas permergiannya. Bayangkan seorang lelaki tua, dengan janggut panjang dan jubah putih, lumpuh p**a serta berada di atas kerusi roda.

Tetapi lelaki yang nampak begitu lemah inilah, yang cukup ditakuti Israel, sebuah negara dengan ketenteraan antara tercanggih di dunia.

Sebab itu beliau adalah legenda. Dengan menggunakan kaedah penceritaan, pembaca menjadi lebih dekat dengan beliau. Dengan wujudnya dialog, cerita tadi p**a menjadi lebih hidup dan beremosi.

Sejarah hidup beliau bukan sekadar fakta kering, tetapi sebuah kisah. Yang membawa pelbagai rasa dan kesan, sama ada kepada minda mahupun hati.

Novel sejarah Syeikh Ahmad Yassin cuba menelusuri kisah-kisah yang akhirnya membentuk satu persona, nama, yang kita kenali dan dengar pada hari ini. Tentunya kisah tokoh Palestin ini tidak akan mampu berpisah dengan kisah perjuangan rakyatnya.

Dalam novel ini, kita membaca kisah pengusiran penduduk Palestin. Juga kisah penyembelihan beramai-ramai manusia di Sabra dan Shatila. Juga kisah taktik-taktik keji Mossad, unit rahsia Israel dalam melaksanakan agenda mereka.

Novel ini bukan sahaja membantu kita mengenali seorang tokoh besar, saudara jauh kita. Bahkan novel ini sama ada secara sedar ataupun secara halus, menanam rasa cinta. Kepada perjuangan mempertahankan keadilan. Kepada manusia yang dinafikan haknya.

SINOPSISOrang sekarang pelik-pelik. Bila ditanya, "Kenapa kau tak beli rumah lagi?" Jawabnya, "Tak mampu bro. Mahal ruma...
14/05/2021

SINOPSIS

Orang sekarang pelik-pelik. Bila ditanya, "Kenapa kau tak beli rumah lagi?" Jawabnya, "Tak mampu bro. Mahal rumah sekarang ni." Tapi relaks dan selamba pakai kereta yang bayarannya RM1,000 sebulan.

Sebenarnya, faktor utama sukar memiliki rumah pertama adalah kegagalan urus kewangan dengan baik, tidak meletakkan pemilikan rumah sebagai prioriti dan sikap tunggu dan lihat yang menebal.

Ada golongan yang menanti harga rumah turun, barulah nak membeli. Tapi, tiada persediaan awal, tidak pernah mula buat simpanan, tidak rajin mencari ilmu kewangan dan hartanah.

Golongan ini, jika harga rumah turun pun tidak akan mampu membeli kerana dia langsung tidak bersedia serba-serbi. Perkara pertama yang dia perlu ada adalah kesedaran. Kemudian, ilmu.

Maka, buku ini ditulis untuk anak muda yang sedang mencari jalan mendapatkan rumah pertama, hala tuju kewangan dan kehidupan yang lebih baik. Semoga kandungan buku ini menjadi inspirasi kepada kita semua untuk cepat-cepat mula mengurus kewangan pada waktu muda dan beli rumah pertama di awal usia.

"Tafsir Tok Guru ni, untuk level apa pun, semua orang boleh faham." - Ustazah Asma Harun ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘Buku Tafsir Tok Guru ini mem...
01/05/2021

"Tafsir Tok Guru ni, untuk level apa pun, semua orang boleh faham." - Ustazah Asma Harun ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Buku Tafsir Tok Guru ini memang unik dan mudah dibaca. Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dah huraikan ayat-ayat Quran dengan bahasa yang cukup mudah, bahasa percakapan orang awam. Contoh-contoh yang dibawa semuanya contoh yang kita alami sepanjang kehidupan di Malaysia.

Kalau Indonesia ada Tafsir Hamka, kita di Malaysia ada Tafsir Tok Guru yang sangat relevan dan dekat di hati. Barulah faham apa maksud dan kehendak ayat-ayat Quran yang kita baca tu. Senang nak relate dengan aktiviti seharian.
Apa lagi keistimewaan Tafsir Tok Guru?

โœ… Disunting daripada kuliah asal Tuan Guru pada setiap hari Jumaat.
โœ… Huraian yang dekat dengan rakyat Malaysia.
โœ… Menggunakan analogi dan kiasan yang padu.
โœ… Penjelasan maksud kalimah ayat Al-Quran yang mudah.
โœ… Selalu membetulkan tajwid ayat Al-Quran.
โœ… Menyelitkan info dan ilmu berkaitan nahu dan tatabahasa Arab.
โœ… Tok Guru menunjukkan contoh melalui kehidupan beliau sendiri
๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ Sekarang ada PROMOSI ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ

Set 7 buku Tafsir Tok Guru kini berharga RM270 sahaja (diskaun RM42 berbanding harga asal) sempena bulan Ramadan. Dapat kotak eksklusif dan juga hadiah percuma lagi.
Ayuh, dapatkan koleksi lengkap Tafsir Tok Guru di wasap.my/60194183629/tafsirtokguru

๐—•๐—ผ๐—ป๐˜‚๐˜€ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎSyawal bakal tiba.Sempena Aidilfitri yang akan menjelang tiba, team Kita&Buku nak bagi Bonus Raya untuk:Pre-Or...
30/04/2021

๐—•๐—ผ๐—ป๐˜‚๐˜€ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ

Syawal bakal tiba.

Sempena Aidilfitri yang akan menjelang tiba, team Kita&Buku nak bagi Bonus Raya untuk:

Pre-Order Tafsir Tok Guru Nik Aziz: RM 270 sahaja!!

Istimewa pre-order Tafsir Tok Guru Nik Aziz adalah:

โ˜‘๏ธSatu set 7 buku Tafsir Al Quran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
โ˜‘๏ธKotak eksklusif untuk menyimpan semua 7 buku tersebut
โ˜‘๏ธPenanda buku
โ˜‘๏ธKipas Tangan
โ˜‘๏ธSticker Kereta
Promo ini hanya untuk 200 SET sahaja. Jadi kena cepat-cepat tempah sebelum stok habis. Kalau habis, harga akan kembali ke asal dan tiada lagi free gift.
Jom, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Set Promo Ramadan ini untuk koleksi peribadi atau untuk dihadiahkan kepada surau, masjid, sekolah dan kepada mereka yang tersayang.
Dapatkan Set Promo Ramadan Tafsir Tok Guru ini dengan klik link dibawah:
wasap.my/60194183629/tafsirtokguru

[BUKU BAHARU TERBIT]โ โ โ โ "Tak guna punya orang tua. Dah tua-tua tak nak mampus, menyusahkan orang!"โ โ โ โ "Kau ni lembab bet...
01/04/2021

[BUKU BAHARU TERBIT]โ โ 
โ โ 
"Tak guna punya orang tua. Dah tua-tua tak nak mampus, menyusahkan orang!"โ โ 
โ โ 
"Kau ni lembab betul buat kerja. Bodoh, buang masa aku!"โ โ 
โ โ 
Setujukah anda jika perkataan yang baik itu dapat diukur jika ia tidak menyakitkan hati orang lain, tidak membuat orang lain tersinggung, marah, sakit hati dan kecewa?โ โ 
โ โ 
Gunakanlah mata dan telinga untuk melihat serta mendengar terlebih dahulu sebelum berkata-kata. Jika tidak perlu bercakap, maka lebih baik diam sahajaโ โ 
โƒ Ibnu Qayyim Al-Jauziyahโ โ 
โ โ 
Seluruh anggota badan ini kurniaan Allah yang perlu dimanfaatkan oleh kita sebagai manusia. Maka berkatalah ucapan yang baik-baik & diam bila perlu.โ โ 
โ โ 
***โ โ 
Bicaralah Yang Baik Ataupun Diamโ โ 
oleh Iqro' Firdausโ โ 
โ โ 
RM 14
โ โ Klik untuk order
wasap.my/60194183629/diam
โ โ 

Assalamualaikum ๐ŸŒธPeringatan kepada semua pengguna Buku Nota Lengkap Mudahnya Belajar Ilmu Tajwid,  Insyaallah sambungan ...
27/03/2021

Assalamualaikum ๐ŸŒธ

Peringatan kepada semua pengguna Buku Nota Lengkap Mudahnya Belajar Ilmu Tajwid, Insyaallah sambungan kelas online Buku Tajwid akan diadakan bersama dengan *Ustaz Syafiq Taqwim*

Kelas ini akan dijalankan secara online menerusi Fb Live di FB Page Mommy Happy Show ๐Ÿ‘‡๐Ÿป

https://www.facebook.com/mommyhappyshow

Berikut merupakan details berkenaan kelas online ini:

MASA: 3.00 PETANG
HARI : SABTU
TEMPAT: FB PAGE MOMMY HAPPY SHOW
TARIKH: 27 Mac 2021
TOPIK: BAHAGIAN 8-9, M/S 9-20

Semoga kelas ini dapat membantu pengguna-pengguna Buku Tajwid untuk sama-sama belajar dan mempratikkan ilmu Tajwid ini.

Pernahkah kita berasa Allah s.w.t. tidak berlaku adil kepada kita kerana Dia belum mengabulkan doa dan permintaan kita? ...
26/03/2021

Pernahkah kita berasa Allah s.w.t. tidak berlaku adil kepada kita kerana Dia belum mengabulkan doa dan permintaan kita? โ 
โ 
Pernahkah kita berasa Allah s.w.t. berbuat kejam kerana menimpakan suatu ujian atau musibah kepada kita sehingga kita berasa Allah s.w.t. tidak sayang kepada kita? โ 
โ 
Di dalam buku ini, ada jawapannya.โ 
โ 
***โ 
Donโ€™t Worry, Allah Lebih Tahu Yang Terbaikโ 
oleh Miftahul Asror Malikโ 
โ 
RM 25
โ 
wasap.my/60194183629/dontworry

Sertai kump**an telegram untuk mendapatkan maklumat tentang buku-buku terbaru

t.me/kitadanbuku

๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐‹๐ˆ๐‡ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐€๐‹๐€๐’๐€๐ ๐๐€๐๐˜๐€๐Š ๐ƒ๐Ž๐’๐€ ๐Š๐„๐‘๐€๐๐€ ๐Œ๐€๐๐”๐’๐ˆ๐€ ๐Š๐„ ๐’๐ˆ๐๐ˆ ๐Œ๐„๐๐†๐„๐‰๐€๐‘ ๐๐€๐‡๐€๐‹๐€Tiba- tiba mata aku tertumpu pada satu s...
25/03/2021

๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐‹๐ˆ๐‡ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐€๐‹๐€๐’๐€๐ ๐๐€๐๐˜๐€๐Š ๐ƒ๐Ž๐’๐€ ๐Š๐„๐‘๐€๐๐€ ๐Œ๐€๐๐”๐’๐ˆ๐€ ๐Š๐„ ๐’๐ˆ๐๐ˆ ๐Œ๐„๐๐†๐„๐‰๐€๐‘ ๐๐€๐‡๐€๐‹๐€
Tiba- tiba mata aku tertumpu pada satu susuk badan seorang tua yang agak bongkok. Dia berjalan perlahan dengan bantuan sebatang tongkat. Jubah yang dipakainya kemas dan janggutnya agak panjang namun tersikat rapi.
Mataku masih lagi mengekori dia. Aku berasa sedikt kagum apabila melihat dia. Dia berjalan ke arah dua orang pelajar universiti dari arah belakang dan mencuit bahu mereka.
Aku ingatkan dia nak mintak pelajar tadi beralih ke tepi sikit bagi memberi sedikit ruang untuk solat, rupanya........ (Baca Selanjutnya m/s 31) "Nak syai (teh)?" tanya budak kecil itu. "syai merah ke hijau?" sengaja aku tanya, mencari modal nak bersembang. "Merah, ada pudina sekali," jawabnya bersungguh. Seakan tahu yang aku sukakan pudina. "Bagilah satu," ujarku lantas tersenyum.......

KLIK: wasap.my/60194183629/installpahala

Sertai kump**an telegram untuk mendapatkan maklumat tentang buku-buku terbaru
t.me/kitadanbuku

Address

Alor Setar
05200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kita dan Buku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kita dan Buku:

Share

Category