18/08/2020
ADAB MEMBERI KOMEN.
Baru sebentar tadi seorang sahabat aku memuat naik gambar produk jualan dia. Beliau bertanya kawan Fb, ada sesiapa nak beli boleh hubunginya. Siap letak harga lagi.
Aku baca komen-komen yang masuk. Dan satu komen ini aku sangat tidak setuju,
"Saya beli haritu dengan kawan lain dapat murah lagi. Kat Shopee pun ada yang jual murah. Baik beli kat Shopee, jimat".
Kawan, dengar sini. Jika kawan kamu berniaga, janganlah kamu sailang dia. Walau kamu dapat harga lebih rendah sekali pun, jangan!
Kat Shopee, ada jerung modal besar berniaga. Jenis order berkontena-kontena. Ada juga barang pre order. Ada p**a yang order direct dari penjual/pemborong di China. Kena tunggu 7-15 hari p**a. Memang la mereka dapat bagi harga lagi rendah.
Kawan tu peniaga bilis sahaja. Ambil kuantiti kecil untuk berniaga, mesti la tak sama dengan modal peniaga jerung atau beli direct kilang di China. Sebab itu kena mark up harga sebagai upah dia dan sebagai keuntungan. Itulah berniaga namanya.
Mana ada orang ambil modal dan jual harga modal? Itu bukan berniaga. Itu sekadar tolong belikan sahaja.
Pernah juga berlaku kat post aku. Aku bantu promosi beberapa produk kawan-kawan.
Pun ada orang datang komen, rugi beli sini sebab harga dia beli dekat situ sini lebih murah lagi.
Aduh kawan. Ini namanya sailang. Ini namanya merosakkan promosi dan cara berniaga kawan-kawan. Janganlah begitu. Fikir sedikit perasaan penjual bila kita hendak meninggalkan komen.
Mereka cari makan. Mereka berusaha mencari nafkah. Komen kita seperti itu seakan mahu produk dia tidak laku.
Begitukah cara kita berkawan? Mahu lihat kawan-kawan sendiri mundur dan lingkup?
Jika tak nak beli dan bantu dia berjaya, jangan p**a sailang untuk menjatuhkan dia. Dia usaha gigih untuk pastikan atas meja makan rumahnya sentiasa ada makanan untuk keluarga mereka makan.
Jangan tabur pasir dalam hidangan orang.