Munch Monstr

Munch Monstr Holla! Welcome to Munch Monstr. A page where you can find absolutely scrumptious chocolaty dessert products originally from Monstr.

HOMEMADE CARAMEL 🧉Pada masa sekarang, caramel semakin kerap digunakan di dalam pelbagai jenis manisan seperti kek, kuih,...
13/01/2022

HOMEMADE CARAMEL 🧉

Pada masa sekarang, caramel semakin kerap digunakan di dalam pelbagai jenis manisan seperti kek, kuih, minuman, bertih jagung dan sebagainya. Apa itu caramel dan bagaimana cara untuk menghasilkannya?

Caramel adalah gula-gula yang tercipta apabila gula dipanaskan hingga 170 darjah Celcius (340 darjah Fahrenheit). Apabila gula dipanaskan secara perlahan hingga ke tahap ini, molekul akan memecah dan membentuk sebatian baru yang mempunyai rasa yang mendalam, kaya dan warna coklat keemasan gelap. Proses ini dikenali sebagai "karamelisasi" dan boleh dicapai dengan pelbagai jenis gula.

Cara untuk menghasilkan caramel dengan mudah adalah seperti berikut:

1) Dalam periuk kecik, masukkan gula dan air.
2) Nyalakan api sederhana
3) Biarkan gula masak sehingga berbuih kecil, kacau sekali sekala untuk menggelakkan gula dari hangus
4) Tinggikan nyalaan api kepada medium high, masak lagi sehingga gula bertukar warna 'amber'
5) Ketepikan periuk dari dapur, masukkan marjerin/metega seketul demi seketul sehingga cair
6) Akhir sekali masukkan double cream/ heavy cream/ susu sejat/ susu segar(secubit garam ditambah bgi resepi salted caramel)
7) Biarkan sejuk sehingga ianya pekat sendiri.

Mudah bukan? Selamat mencuba!!

Ingin tahu lebih banyak tentang manisan?😉
Like Munch Monstr untuk lebih banyak info menarik👍👍

MANISAN TERKENAL ASIA TENGGARA🇰🇭🇻🇳🇵🇭🇮🇩🇸🇬🇹🇭Negara-negara di Asia Tenggara banyak sekali menyimpan keunikan masing-masing ...
13/01/2022

MANISAN TERKENAL ASIA TENGGARA

🇰🇭🇻🇳🇵🇭🇮🇩🇸🇬🇹🇭

Negara-negara di Asia Tenggara banyak sekali menyimpan keunikan masing-masing kerana didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat yang berbeza. Manakala dikurniakan dengan kekayaan sumber alam beserta iklim tropika yang membolehkan rakyat yang tinggal di Asia Tenggara mempunyai sumber makanan daripada pelbagai jenis.

Ekoran pandemik Covid-19 yang membataskan pergerakan melancong ke luar negara, jadi kali ini kami kongsikan dahulu beberapa jenis manisan yang terdapat disekitar Asia tenggara sebagai persediaan awal untuk dicuba nanti 😋

🇹🇭Pulut Mangga (Thailand)
Lebih terkenal dengan panggilan ‘Manggo sticky rice’ atau nama tempatannya ‘Khao Niaow Ma Muang’. Hidangan ringkas daripada mangga dan nasi pulut yang dicurahi dengan santan kelapa ini mempunyai tekstur pulut yang liat apabila dikunyah, haruman manis daripada buah mangga dan lemak manis santan kelapa.

🇸🇬 Ice Cream Sandwich (Singapura)
Ia diperbuat daripada kepingan-kepingan biskut yang melapik lapisan ice-cream yang lazat dan terdiri daripada pelbagai warna dan variasi.

🇻🇳 Chè (Vietnam)
Secara umumnya Chè merupakan sup manis yang mengandungi buah-buahan dan kekacang (dengan pelbagai pilihan isi yang mengikut selera pengguna). Jadi terdapat 2 jenis Chè secara umumnya iaitu Chè Ba Màu yang menggunakan kekacang dan chè hoa quả yang menggunakan buah sebagai bahan isinya. Chè dihidangkan di dalam gelas kaca dengan ditutupi dengan ais parut.

🇰🇭 🇹🇭 Nom Krok (Cambodia dan Thailand)
Diperbuat menggunakan acuan khas yang memberikan ia rupa bentuk yang unik. Ia sebenarnya adalah pancakes kelapa yang adakalanya turut dihiasi dengan hirisan daun bawang yang menambahkan lagi aromanya. Nom Krok mempunyai rasa yang unik kerana ianya lemak manis dan juga mempunyai rasa masin pada satu masa.

🇵🇭 Bibingka (Filipina)
Bibingka disediakan menggunakan tepung beras, santan kelapa dan kelapa parut. Jadi ia merupakan lempeng tepung beras dan kelapa. Namun begitu ianya amat istimewa kerana dilapisi dengan daun pisang sewaktu proses memasaknya..

🇮🇩 Kueh Lapis Legit (Indonesia)
Ia juga dikenali sebagai spekkoek, merupakan sejenis kek lapis yang amat terkenal di Indonesia.Tidak seperti kek biasa kek lapis ini menggunakan rempah-rempah seperti buah keras, kayu manis dan buah pelaga dalam penyediaan tepung ramuannya. Ia terdiri daripada 10 lapisan berlainan untuk membentuk kek lapis yang lengkap.

Ingin tahu lebih banyak tentang manisan? 😉
Like Munch Monstr untuk lebih banyak info menarik👍👍

MONSTR PILIHAN HATI❤️Hello munchies! Korang dah rasa ke semua produk Monstr? Rugi sangat kalau belum, sebab semua produk...
09/01/2022

MONSTR PILIHAN HATI❤️

Hello munchies! Korang dah rasa ke semua produk Monstr? Rugi sangat kalau belum, sebab semua produk kami memang best dan sangat sedap! Nak tahu tak kenapa produk Monstr telah menjadi pilihan hati ramai penggemar coklat? 🤔

- Dapat menikmati pelbagai jenis pilihan produk Monstr yang premium dan berkualiti tinggi✨
- Kerangupan kookies, koko krunch dan bubble rice yang tiada tandingan 💯
- Dapat meluangkan masa gembira bersama keluarga dan rakan sambil menikmati produk Monstr😁
- Dapat menghadiahi insan tercinta dengan produk Monstr 🎁

Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai kesedapan produk Monstr!😎
CUBA SEKARANG ----> https://linktr.ee/munchmonstr ‼️

Kepada yang dah rasa tu, korang paling s**a yang mana? 😏
Cuba komen kat bawah 👇

CELUP KE TUANG?🤔Setiap orang ada pilihan masing masing. Cara makan cookies pon ada kegemaran tesendiri. Kami sangat mema...
07/01/2022

CELUP KE TUANG?🤔

Setiap orang ada pilihan masing masing. Cara makan cookies pon ada kegemaran tesendiri. Kami sangat memahami perbezaan tersebut, jadi kami bawakan POUR AND DIP KOOKIES JAR khas untuk korang! 🥳

Didatangkan dengan satu balang dipenuhi dengan kookies mini yang rangup dan satu bekas coklat yang meleleh seperti air liur korang 🤤

Lepas ni dah tak payah pening kalau tak s**a cookies yang dah campur dengan coklat, boleh pilih nak celup ke tuang, ikut s**a hati korang! Tengok gambar ni je dah menitik air liur 🤤takkan korang nak tengok je⁉️

Jom order sekarang sebelum terlambat! -🡪 https://linktr.ee/munchmonstr💢

COMBO MONSTRVAGANZA🤗Disebabkan ramai yang request untuk masukkan bloody velvet cookies dalam set combo Monstr, so here w...
05/01/2022

COMBO MONSTRVAGANZA🤗

Disebabkan ramai yang request untuk masukkan bloody velvet cookies dalam set combo Monstr, so here we come! 🏃‍♀️

Satu lagi set combo untuk korang pilih supaya dapat menikmati penjimatan yang hebat 😚

Macam biasa kami juga turut memberikan Monstr Box secara percuma untuk setiap pembelian combo ini 😉senang nak dijadikan hadiah atau cenderamata kepada keluarga dan kenalan, boleh juga untuk disimpan sebagai kenangan 🤩

Dapatkan segera sementara stok masih ada 👋
Macamana nak order? Klik link ni je uols 👉https://linktr.ee/munchmonstr

02/01/2022

MANA PEMINAT RED VELVET??🗣

Asyik makan coklat jer, korang tak teringin ke nak rasa red velvet? Kepada yang belum tahu, Monstr juga ada mengeluarkan produk berperisa red velvet iaitu BLOODY VELVET COOKIES 🥰

Produk ini sangat menarik kerana dilimpahi coklat putih cair yang menyaluti biskut red velvet dan bubble rice yang rangup. Bloody Velvet Cookies ni bukan chocojar yang biasa tau, cookies dia lagi banyak dari bubble rice! Confirm korang s**a 😃

Cuba tengok adik ni, laju je dia makan….dia betul2 s**a dengan Bloody Velvet Cookies 😍 Bukan adik ni je, ramai lagi yang fav sangat dengan produk ni 💋. So korang tunggu apa lagi, dapatkan segera sebab stok kami tengah panasss sekarang ni 🔥🔥🔥

TEKAN SINI GAIS 💁‍♀️ https://linktr.ee/munchmonstr

BUKAN COKLAT JE? KEK BUAH PON ADA?!Bukan kaleng2 ni gais, kek buah pon Monstr keluarkan untuk korang! GRANDMA’S FRUITCAK...
01/01/2022

BUKAN COKLAT JE? KEK BUAH PON ADA?!

Bukan kaleng2 ni gais, kek buah pon Monstr keluarkan untuk korang! GRANDMA’S FRUITCAKE keluaran Monstr yang sangat moist dan penuh dengan buah buahan ini dikukus selama 4 jam untuk pastikan ia tahan lebih lama dan tak mudah rosak 😍

Apa yang lebih menarik, produk ini ialah bestseller selama 3 tahun berturut2! Korang nak tahu tak kenapa?
Sebab, ciri2 GRANDMA’S FRUITCAKE yang tidak berminyak, tidak pahit, tidak berbau buah pala yang kuat, dan yang paling penting, tidak terlalu manis! 😉

Jadi, rugi lah kalau tak rasa lagi kek buah ni kerana ia telah menjadi pilihan ramai sejak mula diperkenalkan sehingga sekarang 😮

Sesiapa yang belum rasa tu ayuh order sekarang di sini 🡪 https://linktr.ee/munchmonstr 👀

HAPPY TUMMY, HAPPY FAMILY👨‍👩‍👧‍👦Asyik berebut dengan adik beradik? Mak abah pon nak jugak? Beli je HAPPY FAMILY MINI BOX...
31/12/2021

HAPPY TUMMY, HAPPY FAMILY👨‍👩‍👧‍👦

Asyik berebut dengan adik beradik? Mak abah pon nak jugak?
Beli je HAPPY FAMILY MINI BOX, boleh makan ramai ramai. Dalam set ni, terdapat pelbagai jenis campuran produk supaya korang boleh rasa dan berkongsi kesemuanya bersama keluarga. 😄

Bukan saja dapat berjimat kos postage, malah dapat free monstr box pulak tu! Tak dapat dinafikan lagi memang berbaloi baloi ‼
Sesuai dimakan ketika meluangkan masa bersama keluarga kerana produk Monstr sesuai untuk semua lapisan umur ✨

Tekan https://linktr.ee/munchmonstr untuk order segera kerana set ini adalah terhad 😰

30/12/2021

BROWNIES MONSTR PRODUK YANG BERBAHAYA!!!
Kenapa Brownies Monstr berbahaya? Kerana ia membuatkan anda ketagih dan makan tanpa henti kerana kekenyalan tekstur dan keenakan rasa coklat yang mengasyikkan seseorang apabila mencuba satu suapan 😋

APA YANG MEMBUATKAN IA KETAGIH⁉
Brownies Monstr mengunakan:
- High Quality Chocolate
- Coklat Tidak Muak
- Tidak Terlalu Manis
- Limpahan Rasa Coklat Yang Memuaskan
- Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur

Lebih menarik, Monstr telah mengeluarkan 2 saiz bungkusan untuk brownies ini, iaitu Brownies Junior dan Brownies Senior! Dilengkapi dengan ziplock agar mudah disimpan, memang sesuai dibawa sebagai bekalan ketika travel kemana sahaja.

Dahla sedap, harga berbaloi pulak tu! HANYA RM10 UNTUK BROWNIES JUNIOR DAN RM18 UNTUK BROWNIES SENIOR. Kami memberi jaminan 100% kepuasan hati anda setelah mencuba brownies keluaran Monstr ini.

Jom grab sekarang dan nikmati kelazatannya segera!
KLIK CEPAT2 https://linktr.ee/munchmonstr
KLIK CEPAT2 https://linktr.ee/munchmonstr
KLIK CEPAT2 https://linktr.ee/munchmonstr

BROWNIES KEDUT PALING SENANGApa itu brownies? Sama je ke brownies dengan kek coklat? 🤔🤔Brownies ialah sejenis kek coklat...
29/12/2021

BROWNIES KEDUT PALING SENANG

Apa itu brownies? Sama je ke brownies dengan kek coklat? 🤔🤔

Brownies ialah sejenis kek coklat yang padat dan berasal dari Amerika. Nama brownies diberikan kerana warnanya yang keperangan dan gelap. Bahan pentingnya ialah coklat masakan ataupun serbuk koko. Ada brownies yang teksturnya rapuh seperti cookies dan ada yang lembap dan gebu seperti kek.

Brownies antara manisan paling mudah, guna bahan yang senang dan sedap! Namun ada kalanya resipi yang dicuba tidak menjadi. Bagi anda yang teringin sangat nak buat brownies ni, boleh cuba resepi yang sangat mudah ini:

1) Satukan mentega dan dark chocolate compaund. Masak guna kaedah double boiler hingga semua bahan cair.
2) Dalam bekas berlainan, kacau telur dan gula menggunakan whisk / pemukul. Pukul manja-manja dan sekejap sahaja.
3) Campur adunan mentega coklat tadi ke dalam bekas yang mengandungi adunan telur dan gula. Gaul rata hingga sebati.
4) Seterusnya masukkan tepung. Kacau lagi hingga sebati. Jika tiada tepung naik sendiri, boleh juga guna tepung gandum biasa yang telah diayak bersama 1 1/3 sudu teh baking powder.
5) Ambil loyang bersaiz 9×9 dan alaskan dengan baking paper. Tuang adunan brownies tadi.
6) Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 5 minit. Kemudian turunkan kepada suhu 150C dan bakar adunan menggunakan api atas bawah selama 50-55 minit.
7) Brownies kedut siap dan sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba!😋

Ingin tahu lebih banyak tentang manisan? 🤔🤔
Like Munch Monstr untuk lebih banyak info menarik👍👍

Address

Alor Setar
05320

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Munch Monstr posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Munch Monstr:

Share

Category