Diamond fried chicken

Diamond fried chicken Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Diamond fried chicken, Shopping & retail, Jalan Malaka Raya ( sebelah Barat gerbang rumah sakit Latemamala) watan soppeng, Watan Sopeng.

*Ayam goreng ala kentucky dengan 99 bumbu rahasia pilihan.
*varian menu clasik dan modern dengan cita rasa yang membuat lidah bergoyang di setiap suapan nya.
*Semua menu makanan dan minuman nya paling murah di indonesia.

Parfume pria Maher Zain ... dengan aroma classic yg sweet dan ber energi bikin kamuharum terus sepanjang hari.... 🤗🤗🤗 Se...
12/02/2019

Parfume pria Maher Zain ...

dengan aroma classic yg sweet dan ber energi bikin kamu
harum terus sepanjang hari.... 🤗🤗🤗
Semprot sedikit,harumnya tahan lama 😊😊
Parfume ini cocok untuk sholat dan menghadiri kajian, ke sekolah kampus,bahkan hangeout bareng temen2 kamu...

14/01/2013

Ada yang mengandung alga sehingga kemerahan, ada p**a yang karena debu

12/01/2013

10 Strategi Syaitan Membuka Aurat Wanita

1. Menghilangkan hijab (penutup)

Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.

2. Membuka bahagian tangan

Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata, “Tak mengapa jika memakai baju lengan pendek. Kamu masih pakai tudung.” Di pasaran p**a banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi, “Tidak mengapa kan..?”

3. Membuka leher dan dada

Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan berbisik, “Tak mengapa kan membuka lengan. Sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bahagian dada. Baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak terasa panas. Orang pasti berkata biasa saja.” Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.

4. Berpakaian tetapi bertelanjang

Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan berbisik, “Baju kamu itu dah biasa dah ramai orang yang pakai. Sekarang ini ada fesyen baru lagi. Baju ini tipis dan ketat saja. Boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu. Tidak mengapa, sebab potongan baju ini masih panjang.” Maka wanita ini pun memakai baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

5. Membuka sedikit

Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik, “Susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini. Bergerak pun terasa terbatasi. Apa kata kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut. Nanti lebih senang kamu untuk duduk. Tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa.” Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dalam bergerak.

6. Membuka telapak kaki dan tumit

Syaitan berbisik lagi, “Sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian begini. Kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut. Kamu potong saja lagi hingga di atas tumit. Kamu pendekkan kain ini sehingga atas tumit untuk memudahkan kamu berjalan.” Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain singkat serta ditambah p**a dengan kasut tumit tinggi.

7. Membuka separuh betis

Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi, “Fesyen kamu ni masih biasa saja. Orang macam tak kisahkan. Apa kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol. Di pasaran banyak kain skirt. Tak perlu beli yang sangat pendek. Yang separuh betis saja.” Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.

8. Membuka seluruh betis

Wanita ada terfikir, “Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan wanita zaman nabi dulu?” Syaitan p**a menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata, “Ahh!! Tidak.. Sekarang zaman dah berubah. Dulu lelaki tak s**a kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang s**a. Yang seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tapi terbuka sedikit. Di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis. Kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman.” Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.

9. Serba mini

Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut, “Pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja. Kamu perlu pakai skirt mini. Kamu akan nampak lebih seksi dan menawan.” Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan sebagainya.

10. Hampir semua terbuka

Muncul p**a keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik, “Pakailah kamu bikini.. Semua orang di sana pakai baju itu. Kamu tak perlu malu.” Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup sebahagian dada dan pahanya. Dia pun bers**a ria terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya sudah tidak diendahkan lagi.

12/01/2013

Gambaran Hari Kiamat
pondokblogJanuary 12th, 2013Berita Agama0 Comments
Nuffnang Ads

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang s**a bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kump**an manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kump**an besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah j***m nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu j***m nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

12/01/2013

cara mengtaasi ketombe.

10/01/2013

"kunci hidup,tidak perlu memakai hitungan rasio matematika,
dan kuncinya hanya taqwa dan berusaha,,terbukti seorang bapak penjual arum manis,dan istrinya yang sebagai buruh tani dengan penghasilan rp 15000 sehari.bisa menyekolahkan anaknya sampai kuliah,,(subhanallah)
allah akan memberikan rezeki yang tidak terduga kepada hambanya yang bertaqwa,,dan allah akan memberi kehidupan yang berkecukupan.ALLAH tak kan membiarkan umatnya yang bertaqwa hidup kekurangan.semoga kita termasuk golongan orang yang bertaqwa dan berusaha untuk mencari keberkahan hidup.amieeenn.

09/01/2013

share yuk...ke temen-temen kamu..

09/01/2013

mengatasi ketombe #
Ketombe merupakan masalah umum kulit kepala yang sering ditemui. Ketombe adalah pengelupasan kulit mati dikulit kepala dan hal tersebut merupakan hal yang normal bagi manusia. Masalah yang sering terjadi adalah pengelupasan kulit mati yang berlebihan secara terus menerus diikuti dengan iritasi kulit kepala yang menyebabkan banyaknya muncul ketombe.

Penyebab Ketombe dapat disebakan oleh beberapa hal diantaranya :

1. Dermatitis seboroik
Dermatitis seboroik merupakan infeksi pada kulit manusia yang disebabkan jamur yang tumbuh pada kulit manusia. Hal ini ditandai dengan bersisik / mengelupasnya kulit yang di akibat oleh minyak atau lemak berlebih, dan Dermatitis seboroik salah satu penyebab umum munculnya ketombe dikulit kepala.

2. Psoriasis
Psoriasis adalah penyakit kulit yang ditandai kulit bersisik berwarna kemerahan disertai rasa gatal atau perih. Psoriasis juga merupakan salah satu penyebab munculnya ketombe.

3. Kulit kering
Kulit kering merupakan salah satu penyebab ketombe yang dapat diperburuk dengan penggunaan pengering rambut ( hair dryer ) dan kondisioner yang salah.

4. Infeksi jamur
Infeksi jamur pada kulit dapat menyebabkan kulit berminyak dan biasanya ketombe dapat tumbuh secara subur.

5. Penyebab lain
Penyebab lain dari ketombe dapat disebabkan oleh tingkat sterss yang tinggi, kurang menjaga kebersihan kulit kepala, berbagi sisir dengan penderita ketombe serta penggunaan sampo dan kondisioner yang tidak sesuai dengan jenis kulit kepala.

Namun jangan khawatir, banyak cara yang dapat dilakukan untuk menghilangkan ketombe. Dengan perawatan dan pengobatan yang tepat dapat mengurangi bahkan menghilangkan ketombe. Berikut ini beberapa tips untuk hilangkan ketombe yang menggangu.

1. Keramas dengan Sampo.
Pilihlah sampo anti ketombe yang disesuaikan dengan jenis kulit kepala anda. Pemilihan sampo dengan kandungan anti ketombe yang tepat dapat membantu anda mengurangi dan menghilang ketombe. Keramas dengan rutin dapat menjaga kebersihan kulit kepala dan menghindari pertumbuhan ketombe.

2. Mandi setelah melakukan kegiatan berkeringat.
Pastikan anda mandi dan keramas setelah melakukan kegiatan yang mengeluarkan keringat, seperti berolahraga. Keringat dapat menyebabkan iritasi kulit dan mempercepat pengelupasan kulit dan mempercepat pertumbuhan ketombe.

3. Jangan gunakan air panas / hangat.
Air pana dapat menyebabkan terbukanya pori-pori kulit sehingga keluarnya minyak alami pada kulit dan kulit anda menjadi kering. Apabila anda menggunakan air hangat, bilaslah rambut mengunakan air dingin, hal ini akan membuat pori-pori kulit menutup dan mencegah munculnya ketombe akibat kulit yang kering.

4. Gunakan bahan alami / herbal.
Banyak bahan alami / herbal disekitar kita yang memiliki manfaat untuk menghilangkan ketombe, diantaranya.
- Minyak jojoba, yang terkenal sebagai pelembab alami yang baik untuk kulit dan mencegah munculnya minyak pada kulit dan menyeimbangkan PH kulit sehingga kerombe tidak akan muncul.
- Jeruk nipis, gosokan pada kulit kepala dan tunggu beberapa saat lalu bilas. Asam salisilat pada jeruk bermanfaat membersihkan minyak yang berlebih pada kulit kepala.
- Minyak kelapa murni, pijat kulit kepala anda dengan minya kelapa murni lalu tutup dengan handuk panas diamkan beberapa saat. Minyak kelapa murni memiliki sifat anti jamur yang baik untuk mencegah ketombe.
- Kulit nanas, parut nanas yang sudah matang lalu gosokkan pada permukaan kulit kepala, diamkan semalaman lalu bilas pada pagi hari. Nanas mengandung zat bromelain yang berkhasiat untuk membuang jaringan kulit tidak sehat termasuk ketombe.

5. Pola hidup sehat.
Perhatikan pola hidup sehat, konsumsi makanan yang bergizi, kurangi stres, jaga kebersihan tubuh, hindari rokok dan alkohol, konsumsi vitamin yang baik untuk kulit.

Kulit kepala sehat dan tidak ada ketombe membuat anda semakin percaya diri. Tidak akan ada lagi serpihan putih ( ketombe ) pada baju hitam anda. Semoga bermanfaat :) .by Arjuna Barber SHOP

09/01/2013

Trik Membuat Rambut Licin dan Lembut
Angga Firmanza - wolipop
0 Komentar |
img
Dok. Thinkstock
Jakarta - Rambut licin bak model di runway bukanlah hanya impian semata. Jika Anda mengerti cara menata dan menggunakan produk yang benar, rambut licin dan lembut pun bisa dimiliki.

Berikut ini cara mendapatkan rambut licin dan lembut, seperti yang dikutip dari carefair.

Shampo
Shampo yang sesuai dengan jenis rambut sangat baik untuk rambut, namun shampo dengan pelembab memberikan manfaat tambahan untuk menghindari rambut berantakan di ujungnya. Sebaiknya berkeramaslah dengan shampo dua hari sekali untuk memberikan minyak alami rambut kesempatan menjinakkan rambut.

Hindari blow dryer
Setelah berkeramas, keringkan rambut Anda dengan handuk. Namun jangan digosok karena bisa menyebabkan rambut rusak dan rontok. Agar rambut terlihat licin, janganlah mengeringkan rambut dengan blow dryer. Sebaiknya oleskan rambut dengan foam atau kondisioner tanpa bilas dan biarkan rambut mengering dengan sendirinya.

Mengeringkan rambut
Setelah rambut mulai mengering dengan sendirinya, bagi rambut ke dalam empat hingga lima bagian besar dan gunakan klip untuk memisahkannya. Gunakan blow dryer dan sisir rambut di setiap bagian tersebut dengan sisir dari atas ke bawah. Anda bisa menggunakan sisir bulat atau flip sesuai keinginan. Lanjutkan hingga semua bagian benar-benar kering.

Menata rambut
Jika Anda menginginkan rambut lurus, gunakanlah pencatok. Jika ingin sedikit keriting di bagian bawah, ambil beberapa bagian rambut di bawah dan roll rambut. Beberapa detik penataan dengan blow dryer akan memberikan rambut yang diinginkan.

Tambahkan cahaya
Setelah selesai ditata, tambahkan sedikit serum untuk membuat rambut lebih berkilau. Perlu diingat, cukup gunakan sedikit shine serum.

Address

Jalan Malaka Raya ( Sebelah Barat Gerbang Rumah Sakit Latemamala) Watan Soppeng
Watan Sopeng

Opening Hours

Monday 09:00 - 23:00
Tuesday 09:00 - 23:00
Wednesday 09:00 - 23:00
Thursday 09:00 - 23:00
Friday 09:00 - 23:00
Saturday 09:00 - 23:00
Sunday 09:00 - 22:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Diamond fried chicken posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Diamond fried chicken:

Share